Showing posts with label kemalangan. Show all posts

VIDEO! DETIK CEMAS KERETA HAMPIR DI REMPUH TRELER

VIDEO! DETIK CEMAS KERETA HAMPIR DI REMPUH TRELER. Pernah tak korang terselamat dari kemalangan? Pasti trauma kan lebih lebih lagi jika perkara tu hampir berlaku tapi di sebabkan sesuatu perkara yang bagai keajaiban berlaku anda terlepas dari kemalangan ngeri. 

Tak dapat nak bayangkan perasaan waktu tu. Mesti rasa macam mati hidup semula. Yelah.. orang kata sipi sipi sangat dah nak kena tapi dengan kuasa Allah dapat di elakkan.

Begitulah yang berlaku kepada individu ni. Tak pasti samada mereka sekeluarga atau sebaliknya. Yang pasti mereka dalam kenderaan dan sedang memandu di jalan raya. Tiba tiba sebuah treler dari arah bertentangan hilang kawalan masuk ke lalulan mereka dan hampir terbabas melanggar kenderaan yang mereka naiki.

Dari suara, hela nafas & istiqfar tu pun jelas menunjukkan betapa mereka sangat terkejut, takut dan trauma. Treler tu dah sangat hampir merempuh kenderaan mereka tapi sempat berpusing & berhenti menyebabkan mereka terlepas dari kemalangan ngeri. Dari keadaan jalan raya yang basah kemungkinan jalan raya yang licin & mungkin juga tayar yang tidak di selenggara punca treler tersebut seolah olah tergelincir. 

Kejadian tu di rakam oleh dashcam kereta mangsa sendiri. Kita yang tengok ni pun rasa nak tercabut jantung apatah lagi orang yang berdepan sendiri dengan situasi tersebut. Mungkin menjadi trauma juga pada mereka ketika memandu lebih lebih lagi jika berselisih dengan treler atau kenderaan berat.

Apapun itulah yang di katakan berpantang ajal sebelum maut. Jika Allah mengkehendakan sesuatu itu berlaku maka berlakulah ia. Dalam islam pun ada doa untuk naik kenderaan sebagai usaha kita untuk memastikan kita selamat dalam perjalanan selain memandu dengan berhati hati dan mematuhi peraturan jalan raya. Selebihnya mohonlah perlindungan dari Allah.

Kalau korang nak tengok video yang di ambil dari tiktok boleh tonton di bawah


Pembetulan : lori.

TIADA HAD LAJU DI TETAPKAN UNTUK AMBULAN KETIKA KECEMASAN

TIADA HAD LAJU DI TETAPKAN UNTUK AMBULAN KETIKA KECEMASAN. Semenjak ada baby hud ni kan.. kadang kadang lambat sikit membawa isu isu terkini & viral kat sosial media. Orang nampak macam 24jam online padahal kadang2 bukan FB 5 minit update posting lepas tu menyibuk buat kerja lain. Hud pulak tengah fasa fasa nak membesar ni.. Demand nak layan.. nak dukung bagai la.


Pepagi lepas budak shahila pergi sekolah memang saya ambil masa sekejab scroll social media baca berita berita terkini & viral. Pagi ni nampaknya isu ambulan tengah hot juga di perkatakan bila semalam sebuah ambulan yang membawa pesakit kemalangan & menyebabkan pemandu & pesakit tersebut meninggal dunia. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Macam biasa akan muncul komen komen sang kancil yang konon macam bijak mempertikaikan itu ini.. Salah satu komen mempertikaikan ambulan yang laju ketika membawa pesakit yang tak kritikal katanya. So kat sini dia macam nak salahkan pemandu ambulan yang bawa ambulan macam ribut petir sehingga menyebabkan kemalangan maut macam tu.

Apa yang saya baca tiada had laju di tetapkan kepada ambulan membawa pesakit ketika kecemasan. So pemandu tu sendiri la kena tahu kemampuan dia membawa selaju mana agar cepat sampai ke hospital & pesakit boleh mendapat rawatan dengan segera. Tak suka suka pemandu ambulan tu nak ambil risiko bawa laju.. Apa ingat dia tengah shooting filem Kl Drift ka hapa... dia kerja membawa nyawa orang kot. Kita mungkin rasa tak kritikal tapi orang orang medic ni mungkin lebih tahu kalau lambat sampai maybe boleh jadi komplikasi apa apa ke.. Jadi lagi cepat sampai ke hospital untuk dapatkan rawatan tu.. adalah lebih baik.

Rasanya kalau tetapkan had laju ni.. susah juga. Sebab tak tahu situasi kecemasan tu nanti macam mana. Tapi apa yang penting kalau nampak ambulan lalu dengan siren tu bagi la laluan. Sebab tu orang tak bagi hangpa drive kat laluan kecemasan. Kita dah tak tahu bila laluan tu akan di gunakan untuk menyelamatkan nyawa orang. Bukan ada ramalan macam ramalan cuaca nak kemalangan ke.. nak tetiba sakit ke hapa. So, selain bagi laluan kepada ambulan.. Jangan guna lorong kecemasan juga. Jadilah pengguna jalan raya yang bijak, anda mungkin mampu membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

Apapun.. rasanya pemandu ambulan tu bukan saja saja bawa laju sehingga meriskokan nyawa penumpang/pesakit & nyawa dia sendiri. Apa dia buat adalah dengan niat untuk menyelamatkan orang lain juga cuma mungkin dah tertulis ajalnya begitu.. Ada ketika kita perlu bersangka baik. Lain la dia merempit tak tentu pasal kalau kau nak kecam pun.

Moral of the story.. tak salah untuk berbeza pendapat yang salah kau buat spekulasi sendiri seolah olah kau tahu apa yang berlaku & apa yang perlu di lakukan.

ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN SEMUA MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA

ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN SEMUA MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA. Parut.. sapa suka parut. Confirm ramai tak suka even parut kat tempat tertutup pun. Aku pun jenis berparut jugak.. Parut jerawat, parut bekas garu.. Kira parut & aku umpama aur & tebing la. Tapi sekarang ni tak payah sedih, rasa down & confident level terus merudum sehingga ke paras bawah. Hidup belum musnah hanya kerana parut.. sebab macam macam cara boleh buat untuk menyelesaikan masalah parut ni.


Antaranya menggunakan produk Argan Scar Serum.. Kau cakap parut apa dia tak boleh sental.. Parut kelapa jer tak boleh tapi yang lain lain parut semua boleh. Satu lagi parut di hati sebab putus cinta pun tak boleh hilangkan dengan Argan Scar Serum tapi kalau putus cinta sebab muka atau badan berparut boleh la guna. hehehehe. Satgi ada cakap.. Kalau parut lama yang dah sebati dengan kulit ni boleh ke hilang dengan guna Argan Scar Serum ni? Awat pulak tak boleh tapi kalau kau sapu malam esok kau harap parut ghaib memang dogeng sangat la ceritanya. Kalau consistent guna, Insya Allah parut lama. parut baru.. baru pertengahan usia semua boleh di selesaikan dengan hanya menyapu ke bahagian parut. Tak payah rawatan laser lagi katanya.


Argan Scar Serum ni adalah penawar segala parut merupakan produk serum parut pertama di Malaysia menggunakan ekstrak minyak Argan. Ia di hasilkan dengan Teknologi yang tinggi & di Formulasi dengan ekstrak minyak argan untuk mengurangkan, memudarkan & menghilangkan segala jenis parut dan tekstur yang tidak sekata.

Sedikit info berkaitan produk Argan Scar Serum ni..

- Anda Akan Rasa Perbezaan Ketara Jika Diguna Secara Konsisten.
- Argan Scar serum Mendapat pdi kilang yang berstatus 'Good Manufacturing Practice (GMP)
- Berdaftar dengan KKM
- Dijamin Selamat Tanpa Kesan Sampingan.
- Kandungan Bahan Premium Iaitu Argan Oil Untuk Membantu Pertumbuhan Sel Kulit Baru.
- Mencantikkan Dan Mensekatakan Tona Kulit.
- Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit.
- Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.
- Serum Pekat Yang Mudah Menyerap Untuk Kesan Yang Lebih Mendalam.

Antara keistimewaan lain tentang produk Argan Scar Serum ni adalah untuk menyelesaikan masalah parut..

✔Parut Jerawat
✔Stretch Marks
✔Parut Chicken Pop
✔Parut Luka
✔Parut Bersalin
✔Parut Kemalangan
✔Kulit Kering
✔Parut Kusam
✔Selulit
✔Tona Kulit Tidak Sekata
✔Kulit Kering Atau Rosak & Apa Sahaja Jenis Parut


Jadi para pengumpul parut sekalian meh la ramai ramai kita menyental parut parut di kulit kita dengan Argan Scar Serum ni. Berminat nak beli tapi tak tahu kat mana? Alah.. zaman hujung jari ni semua boleh dapat secara online jer. Duduk rumah usap perut sambil goyang kaki pun boleh membeli belah katanya.. Jadi kalau rasa nak cuba, boleh hubungi :
.

Instagram : @araazhealthcare
Founder: @araaz.ahc

whatsapp 'ArganScar' ke 0136566033 atau 
klik link Wasap.my/60136566033/arganscar

Stokis/agen/dropship diperlukan setiap negeri

Kalau berminat boleh hubungi :
Whatsapp 'Stokis' ATAU 'Agent' ke 0136566033
20 Stokis/Agent T

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK? Macam biasa la kadang2 ada isu aku lebih suka tunggu & lihat.. Tengok macam mana respond orang lain dulu terhadap sesuatu isu tu baru aku keluarkan pendapat aku pulak. Semua orang tahu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sekumpulan budak2 awal belasan tahun.. 8 daripadanya meninggal dunia. Ada la beberapa yang cedera & masih di rawat di hospital.


Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.

Bab tu settle.. Bagi aku semua pihak salah tak kira dari budak2 tu, ibubapa, pemandu, orang awam, pihak berkuasa semua. Takde sapa terkecuali.. semua aku sumbat dalam lokap kesalahan aku. Hahahaha... See aku lagi kejam ok! Tapi aku masih ada perikemanusiaan la dari mereka mereka yang dok kecam mak bapak budak2 tu. Konon tak reti jaga anak.. biar anak merayap tengah2 malam.. bila jadi benda2 macam tu menyusahkan orang lain bla.. bla.. bla.. bagai. Akibat dari kecaman hebat dari nitezen ni.. Sampai ada waris mangsa yang meninggal dunia tu tampil mohon hentikan kecaman & tuduhan. Bukan depa biar anak2 depa keluar merayap tapi kadang2 budak2 ni lagi di tegah lagi di buat. tak boleh keluar dengan keizinan.. dia keluar secara senyap2 di luar pengetahuan waris dia. Alah.. yang dok kecam tu pun aku yakin masa hangpa sebaya depa pun hangpa pernah buat benda2 macam tu. Mak Ayah tak bagi keluar.. kau seludup jugak keluar. Balik kang nak kena rembat secara maraton pun kau tak kisah janji boleh keluar ye dak?? So kalau hangpa tergolong spesis macam tu.. Layak ke hangpa nak kecam mak bapak orang?? Hangpa sendiri tau bukan semua sebab tidak di tegah atau di peduli mak bapak tapi sebab kedegilan seorang anak yang tak makan saman.


Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.

Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.

Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.

MUKA PELAKON DRAMA OPAH BERUBAH JADI PELIK NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK

MUKA PELAKON DRAMA OPAH BERUBAH JADI PELIK NAFI BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK. Dulu masa aku masih bergelar perempuan bekerjaya katanya.. Kat opis aku tu ada satu masa tu dok trend cucuk2 vitamin c nak bagi kulit cantik. Nak2 yang ada masalah jerawat & parut jerawat.. Even kulit aku masa tu masih lagi fasa berjerawat tetap aku tak berani cuba cucuk cucuk ni. Nak2 lagi yang cucuk tu bukan doktor bertauliah cuma pengusaha salon ke pekerja salon kecantikkan macam tu la. Tak tau la kat mana depa buat.. masing2 tiap2 minggu kot dok pi cucuk. Nasib baik muka sengsorang tak berubah jadi alien tapi kesan tu nampak masa depa dok cocok2 je lepas dah tinggal kembali ke kulit asal.


Tadi terbaca kat terbaca kat Berita harian Online seorang pelakon yang pernah membintangi drama bersiri opah dulu muka jadi berubah. Bila tengok tu memang jadi lain & pelik dari wajah dia yang dulu. Tak tau la lepas ambil suntikan kolagen untuk menghilangkan parut bekas kesan luka sebab kemalangan ke hapa. Clik nak baca artikel berita harian dia just buat caption macam tu je. Tak tau silap kat celah mana muka dia jadi macam tu sebab nak baca berita selanjutnya BH online ni nak kena register bagai. Dah register pun tak boleh nak baca jugak katanya. hehehe. Kedekut sungguh.


sebab tu la nak buat apa2 atau ambil apa2 produk terutama yang memerlukan suntikan ni kena berurusan dengan mereka yang ada kelayakkan dalam bidang tu. Bukan kelayakkan palsu yer.. Sebab tu kena merujuk ke hospital atau klinik yang sah. Kalau setakat dekat salon2 kecantikkan tak payah ambil risiko sangat la. Kalau jadi apa2 kat muka hangpa dah tak berguna.


Apapun beliau seorang pelakon yang hebat semasa membintangi drama Opah dulu. Drama tu pun memang ada peminatnya tersendiri & menjadi tontonan ramai waktu tu. Tak tau la korang salah seorang peminat drama Opah atau drama lain. Kadang2 drama kat TV ni pun macam sedang melakonkan kisah hidup kita macam drama Opah ni mengisahkan kehidupan sebuah keluarga cuma kita je tak kadang2 tak sedar. Tapi kalau nak tahu drama apa yang seperti kisah hidup anda boleh tengok kat sini >> Rancangan TV Yang Mana Sebenarnya Adalah Kisah Hidup Anda Meh Tengok Kat Sini <<

Moral of the story.. Apapun bersyukur dengan apa yang Tuhan Jadikan dengan wajah kita menyelamatkan kita dari melakukan kerosakkan pada wajah sendiri. Bersyukur tu tak semestinya biar je sampai face wash pun kau malas nak pakai. Bersyukur ada kita jaga sebaik baiknya wajah kurniaan Allah ni agar sentiasa elok bukan mengubahkan mengikut kehendak sendiri. Lukisan Allah pada wajah kita adalah sebaik baiknya.

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR. Aku rasa perempuan ni memang dah cukup amal ibadat tengah bersedia je malaikat maut datang cabut nyawa dia. Kalau dia belum ready aku tak rasa dia berani bergambar dengan aksi macam tu tanpa di lengkapi dengan peralatan keselamatan. Yer yer aku kagum dengan dia.. bukan sebab aksi berani mati dia tu tapi sebab dia dah bersedia untuk menemui Tuhannya bila bila masa je dengan aksi berani mati tu.


Semalam ternampak friendlist kat FB aku share satu gambar seorang gadis melayu yang bergambar dengan berpaut pada batu atas gunung yang pasti dia tulis kat bawah tempat di terjuntai bergayut tu gaung. Kalau sapa2 pun tengok aku rasa kering darah apatah lagi mak bapak atau family dia yang tengok. Ni mau mengecut terus rahim mak kau yang mengandungkan kau dik kalau tengok gambar kau macam tu.. Silap haribulan bapak kau pun boleh kena heart attact. Seriau beb!!

Tahu la.. zaman sekarang zaman semua orang nak menunjuk aksi2 rare yang boleh jadi viral cuma satu je nak pesan jangan sebab nak popular di media sosial kau memperjudikan nyawa kau sampai macam tu sekali. Aksi2 macam tu aku rasa kalau nak buat pun biarlah di bawah pengawasan mereka yang profesional & lengkap dengan sistem keselamatan yang di pasang kat badan kau. Badan kau bukan kebal dik.. kalau jatuh tak mustahil bersepai macam daging cincang.

Aktiviti hiking tu memang cukup baik & cukup sihat dari dok bersenam dalam pub bagai.. Cuma tu la kalau dah terlebih berani macam tu pun jadi tak berapa sihat pulak. Nasib ni kadang2 kali pertama dia baik.. kali kedua ketiga & seterusnya belum tentu. Contoh macam orang yang main ular.. banyak dah terjadi akhirnya mereka mati di patuk ular walau sepakar manapun mereka macam tu jugak dengan kau. Sebaik mana pun kau boleh buat aksi berpaut berani mati macam tu.. Kena ingat aksi macam tu hanya dengan kesilapan kecil boleh menyebabkan kemalangan & kematian. Betul la ajal & maut dah tertulis di mana, bila & bagaimana tapi sebagai manusia rasanya memang wajib kita menjaga keselamatan diri. Kalau dok fikir kalau nak mati tu mati jugak.. Baik kau pergi tidur kat landasan keretapi jer.. Kalau belum ajal Insya Allah kau tak mati.

Bergayut macam tu je.. buatnya time tu tetiba tapak tangan berpeluh licin.. Na'uzubillah... Semoga kau sentiasa di lindungi dari segala malapetaka yer dik. Jangan tiru mat saleh sangat la dik.. bak kata mami jarum orang barat otak dia berkarat tu kadang2 cara depa berfikir di luar logik akal manusia. hehehe

Moral of story.. Ni cuma nasihat dari seorang kakak.. Hope kau tak buat lagi aksi2 macam ni. Ingatlah orang tersayang walaupun kau tak sayang nyawa sendiri tapi masih ada orang yang sayang kau & akan bersedih jika berlaku sesuatu keatas diri kau. Kalau tak sayang diri sendiri, kasihanilah mereka yang menyayangi diri mu. Peace Yo!

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM. Last aku sebagai wanita bekerjaya aku bekerja kat sebuah branch proton dealer. Memang tak di nafikan banyak komplen pasal kereta proton ni. Aku selalu di kambing hitamkan untuk menjawab call customer bila semua menolak untuk jawab sebab customer asyik dok push. Yelah.. customer kalau beli dengan kita walau kesalahan tu bukan di sebabkan kita tetap depa nak kita yang solve walau kita cuma jual jer. erkk.. aku bukan sales advisor proton ok! aku tak pandai jual aku kerja bahagian admin je hahahha... Macam2 jenis complaint la boleh dengar. Yang berhemah dia akan cakap penuh protokol & adat istiadat katanya.. Yang kurang sabar dia sembur kita macam machine gun la. Normally aku cuma jawab.. ok cik/puan/encik.. ye ye saya tahu. Nanti saya bagitahu pihak yang sepatutnya... Tu la tugas aku bila di kambing hitamkan katanya. Hahaha

Gambar proton Iriz yang remuk. Sekadar hiasan. Sumber Google

Sebelum ni pun kita tengok banyak viral kereta2 proton yang accident remuk macam tin aluminium. Memang teruk la.. Jadi macam2 la kutukkan, kritikan terhadap kualiti kereta proton. Ada yang kata asal boleh jual jer.. Ada jugak yang berpendapat beli kereta proton macam jual nyawa kat jalan raya. Kalau nak tulis segala caci maki & penghinaan terhadap kereta buatan Malaysia berjenama proton ni memang banyak la walau masih ramai rakyat Malaysia yang memilih kereta proton sebab mampu milik. Tin aluminium ke hapa.. Sebab tu je mampu beli.. Jadi asalkan boleh bergerak terlindung dari hujan panas sepanjang perjalanan & boleh bawa seisi keluarga pun dah syukur. Nak demand kena la tengok kemampuan diri.. Kalau dah hanya mampu pakai proton tak payah selera ferari sangat la kan. Ferari kereta mahal pun bukan boleh bawak ramai. Anak kau berderet macam itik pulang petang.. Beli MPV exora sudah la. hehehehe

Jangan risau yang hanya mampu beli kereta berjenama proton sebab selepas di kutuk,hina & keji atas kualiti & tahap keselamatan kereta proton kini proton dah upgrade sistem keselamatan dia ke tahap yang lebih membanggakan rakyat malaysia. Korang mesti tak percaya sekarang ni kereta proton dah ada semua ni >> Inilah Yang Proton Buat Untuk Tingkatkan Sistem Keselamatan Pada Kereta Keluaran Mereka << Jadi lepas ni pengguna kereta proton tak payah rasa rendah diri lagi la kan. Kereta proton sekarang pun boleh jadi lambang kemewahan dengan harga yang mampu milik... erkkk... mampu milik ke? mampu milik la bagi yang berduit. hahahaha


Apapun tak salah mengkritik untuk meningkatkan kualiti barangan keluaran tempatan cuma kritikan jangan la sampai menjatuhkan produk buatan Malaysia. Tapi kadang2 teruk sangat kualiti tu..sampai rasa tak layak di jual pun memang kita rasa adalah lebih baik jangan jual. hahahaha.

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!

CIKGU.. TOLONG JANGAN MENIPU!. Pejam celik dah sebulan anak aku ke sekolah tabika ... Alhamdulillah aku sentiasa pantau perkembangan dia kat sekolah. Cikgu cakap ok je. Dia boleh bergaul cuma masalah biasa dia cuma attention. Tu aku sedia maklum memang anak aku ada masalah. Anak aku ni.. Perkembangan dia delay. Dia ada SI problem yang memerlukan terapi untuk pulihkan. Therapist dia pun selalu mention, Insya Allah masalah SI ni boleh hilang cuma perlukan terapi. Aku just cuba yang terbaik je.. Selebihnya aku redha dengan anugerah Allah paling aku sayang ni. Sebolehnya aku tak nak bebankan anak aku di luar kemampuan dia.


Selepas sebulan kesekolah.. hari kedua di bulan kedua persekolah tetiba balik muka dia ada kesan luka. Muka bapak dia pun jadi muka orang terluka sangat. Almaklum la.. anak kesayangan. Dah tu.. itulah satu satunya anak dia setakat ni. Sebab bapak dia yang collect dia dari sekolah semalam.. (memang rutin pun bapak dia hantar & ambil dari sekolah kecuali ada hal aku la take over tugas tu). Kata bapak dia cikgu cakap dia garu tapi serius kesan luka tu memang bukan kesan garu. Lagipun selama 4 tahun aku jaga sendiri anak aku tak pernah pulak lala garu muka dia sampai luka macam tu. Kuku pun aku sentiasa potong pendek. Kesan dia macam tercucuk sesuatu. Bertitik2 macam tu kesan luka dia. Muka pun comot sikit.. sebab aku tau anak aku menangis. Yelah.. aku yang jaga dia selama 4 tahun 100%. Aku tahu macam mana kesan anak aku lepas menangis.

Aku syak cikgu tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku kat anak aku. Memang alasan.. "dia garu kot.. " tu mencurigakan sangat. Aku bukan nak salahkan cikgu tapi aku risau bila cikgu cuba sembunyikan sesuatu yang berlaku pada anak aku macam ni, aku rasa anak aku tak secure kat sekolah. Kalau dia jatuh ke, kawan yang buat ke atau apa2 je.. Just bagi tahu benda yang betul. Bila dia bagi alasan yang tak logik.. serius aku rasa tak puas hati sangat. Aku dah mention awal2 anak aku macam mana.. Dorang yang cakap takde masalah nak terima anak aku sekolah kat situ. Aku tak paksa pun. Tapi dorang yang bagi jaminan Insya Allah dorang akan bantu anak aku.

Ni kesan luka dah kering sikit aku snap pagi tadi. Memang tak nampak langsung macam bekas dia garu. Dekat sangat dengan mata..

Cikgu.. aku cuma harap jangan menipu. Aku takut bila cikgu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku benda ni akan mudaratkan anak aku nanti. Kalau dia tak sesuai sekolah kat situ, at least aku tahu & boleh fikirkan cara lain untuk sekolahkan anak aku. Jangan bila tanya semua ok.. tapi sebenarnya tak ok. Sekarang suami aku pun dah tak confident nak hantar ke sekolah.. cuma aku cakap takpe. Just tahun ni. Ikut suami aku dia tak bagi dah anak aku sekolah kat situ bukan sebab anak aku tak boleh calar sikit tapi sebab anak aku tak boleh berkomunikasi lagi. Dia speech delay. Dia macam budak baru belajar cakap je sekarang. Tak pandai cerita sangat so benda ni paling merisaukan kami bila berlaku perkara2 macam ni.

Moral of the story.. Pengajaran buat cikgu cikgu tadika benda macam ni bukan perkara remeh untuk di selindungkan bagi sesetengah mak bapak macam kami ni. Kami bukan nak salahkan cikgu. Kami tahu cikgu cuma mengajar bukan mengasuh tapi lumrah budak tadika yang baru kenal persekolahan memang tugas cikgu agak berat sebab kena pantau supaya tak berlaku kemalangan2 yang boleh mengakibatkan kecederaan. Yelah.. kita manusia kadang2 terlepas pandang tapi harap jujur dengan mak bapak pelajar tu apa yang berlaku. Menipu bukan penyelesaian tapi permulaan sebuah masalah yang mungkin jadi lebih besar. Aku taknak perkara macam ni di biarkan nanti sampai satu masa bagi kemudaratan pada anak aku. Tu benda paling aku risau. Serius.. aku tak salahkan cikgu cuma aku terkilan sebab aku rasa cikgu tak bagi tahu benda yang betul apa yang berlaku kat anak aku.

GAMBAR YANG MUNGKIN BUAT DARAH ANDA TURUN KE KAKI

GAMBAR YANG MUNGKIN BUAT DARAH ANDA TURUN KE KAKI. Terbaca satu artikel ni berkaitan tentang Ayah. Yelah.. zaman sekarang ni banyak sangat anak kadang2 hanya respect ibu tapi tak pedulikan ayah. Ayah ni biasa la sikap dia kadang2 yang tak reti tunjuk kasih sayang buat anak salah faham.. Padahal walau dia tak pernah cakap sayang pun dia tetap berusaha untuk pastikan anak bini dia cukup makan pakai walaupun dia terpaksa tampal kasut, seluar koyak..


Bila cakap pasal ayah ni.. Sebak pulak. 24 April 2016 akan datang genaplah 6 tahun arwah Ayah pergi mengadap Ilahi.. Memang pemergian ayah aku ni bagi kesan sangat dalam hidup aku. Yelah.. time tu kan aku tengah buat preparation nak kawen. Nak2 lagi kali pertama ayah nak timang menantu. Excited dia.. Memang jelas nyata. Kerap sangat call aku time tu. Takut sangat aku tak jadi kawen. Macam2 perancangan dia buat walaupun.. ada yang tak kesampaian sebab dia pergi dulu. Apa yang paling menyedihkan dia pergi lepas habis isi borang nikah aku.. Ya Allah kau ampuni dosa2 Ayah. Tempatkan dia bersama orang2 yang kau kasihi.

Tu kisah Ayah aku.. Ayah yang sebenarnya tak banyak cakap sangat. Dia sebenarnya tak reti nak garang2 pun dengan anak2 sebab dia dulu anak bongsu & family dia memang jenis trick anak anak dengan belaian manja giler. So, bila dia jadi Ayah pun dia tak reti sangat la nak pukul anak2 ni. Tugas membiratkan kaki tangan anak anak.. mak aku la take over sebab dia membesar dengan bapak yang garang. Allah pertemukan jodoh mereka berdua memang saling melengkapi. hehehehe

kasihnya Ayah.. Kadang2 sebab sayang dia terpaksa angkat tangan & kadang2 sebab sayang jugak dia tak sampai hati nak jentik sekalipun. Kasih sayang seorang ayah bukan setakat tu jer... Kalau korang tengok foto bergerak ala video pendek dalam format gif ni.. Serius darah korang boleh turun sampai ke kaki. Memang suspend giler tengok aksi seorang ayah ambil tindakkan pantas menyelamatkan anak dia selepas motor di langgar dari belakang. Macam nak meletop jantung aku tengok gambar ni. Tak caya korang tengok la sendiri kat sini >> 13 Gambar Bagaimana seorang Ayah Cuba Menyelamatkan Anak mereka. Memang mendebarkan <<

Moral of the story.. Kasihnya ibu membawa ke syurga.. kasihnya ayah sanggup bersusah. Pada bapak2 di luar sana, jaga la anak tu sebaik mungkin, Insya Allah jika anak dia jaga & di didik dengan baik bila ayah2 dah tua.. anak akan layan ayah2 dengan baik. Jangan sekadar setakat bagi hidup jer.. Lepas tu lantak la. Pandai2 la nak hidup.. kalau macam tu tak terkejut la tetiba keluar muka depan harian metro bapak kena buang dengan anak kat bus stop..

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU

SELFIE BERLATAR BELAKANG KEBAKARAN HOTEL MALAM TAHUN BARU. Hari ni dah masuk 1 januari 2016.. Jangan ada yang tersasul tulis tarikh 2015 lagi yer. Normally awal2 tahun macam ni ramai la dok tersasul tulis tarikh.. yelah.. benda baru tak berapa melekat di hati lagi. Sementara nak terima hakikat bahawa dah masuk 2016 ni.. Tapi tahun baru di dubai mungkin menjadi sejarah buruk pada sebuah hotel mewah sebab terbakar.


Yang terbakar tu.. terbakar la. Yang dok berselfie ala2 pengantin baru lepas ijabkabul berlatar belakangkan hotel yang terbakar dengan caption macam sengaja membakar hati orang memang la tempah bala. Macam kejadian tu rancangan komedi pulak dia buat. Zaman media sosial ni kena jaga sensitiviti orang lain sebab makhluk alam maya ni semua berhati lembut mudah simpati & tersentuh katanya.. Kau buat status kurang ajar sikit confirm ramai yang akan macam kena histeria mengecam anda sehingga ke urat saraf paling halus.


Tapi memang agak biadap la zaman selfie ni.. Mereka lebih utamakan ambil gambar dari mendahulukan bantuan. Macam kebakaran besar macam ni mustahil kita orang awam boleh bantu sangat tapi kalau tak boleh tolong.. Minta tolong jangan mempersendakan. Ia mungkin melibatkan nyawa makhluk lain bukan yang terbakar tu bangunan kosong tak berpenghuni.


Jangan terlalu biadap sangat mentertawakan orang lain di timpa musibah.. sampai satu saat kalau Allah nak uji kita dengan musibah jangan nak tacing sampai tembus ke jantung bila orang pulak mempersendakan kita bila berlaku kecelakaan.

Moral of the story.. Dah suka selfie tu ambil la gambar elok2 ni sikit. Ni gambar pun blur.. Mesti dia tak tau teknik & trick ambil gambar yang cantik macam kualiti DSLR guna smartphone. Elok tengok kat sini macam mana nak ambil gambar dari smartphone tapi dapat kualiti yang macam DSLR >> Tip & Trick Ambil Gambar Secantik DSLR Guna Smartphone <<

ORANG YANG SUKA MAKI SEMASA MEMANDU SEBENARNYA PERASAN BAGUS

ORANG YANG SUKA MAKI SEMASA MEMANDU SEBENARNYA PERASAN BAGUS. Kat jalan raya memang jadi salah satu port paling banyak orang dapat dosa maki hamun orang. Tak maki hamun secara terang terangan pun mesti dia termencarut jugak kat dalam kereta sorang2. Ramai pemandu tak terkecuali jadi seorang pemaki di jalan raya tak kira lelaki & perempuan cuma beza laki ni kalau sampai mulut dia maki hamun, kaki tangan dia pun tak mustahil sama2 naik jugak. Berbeza dengan perempuan.. dia lebih kepada membebel sorang2 jer dalam kereta. Yelah.. tahu kemampuan & kudrat seorang perempuan nak tunjuk taiko sangat kecuali la yang pernah jadi viral Kiki the stereng lock. Tu pun sebab orang tua.. cuba yang langgar kereta dia abang sado badan berketak ketak.. berpetak petak.. ada berani dia hentak hentak dengan stereng lock kereta orang. Kekeke

Gambar Sekadar Hiasan

Nak uji tahap kesabaran seorang manusia tu salah satu tempat jalan raya. nak2 tiba musim perayaan.. Jalan raya pun mula meriah dengan manusia nak beraya katanya. Time tu boleh tengok macam2 jenis level pemandu... Yang konon profesional.. yang konon bersopan santun.. yang konon.. lemah lembab bawa kereta.. Yang gelabah tak tentu pasal.. Yang kelam kabut macam ribut.. Pendek kata. Kadang2 kita dah bawa kereta elok2 ikut peraturan jalan raya pun boleh jadi cuak dengan pemandu yang kononnya ni..

Bila ada spesis pemandu yang kononnya ni.. Tu la punca orang mula nak jadi pemaki di jalan raya. Ada jugak Kadang2 yang suka maki hamun orang kat jalan raya rasa semua orang memandu cara salah dia je yang betul yelah. Dia rasa dia dah cukup handal memandu level2 pro dah.. manusia ni iman tak sampai sejengkal apatah lagi sabar kadang2 hujung kuku je. Bila di uji sikit dengan pemandu yang kononnya tu.. memang mencabar jugak. alih2.. penuh la wall FB dengan luahan maki hamun. Yelah.. yang tak berani nak maki hamun secara live memang kat situ je la dia tunjuk hero @ heroin.. hehehe... eleh kita semua pun buat ye dak??

Sebenarnya masalah di jalan raya ni berlaku bila pemandu tu sendiri rasa dia dah cukup bagus atau betul cara pemanduannya sedangkan dia yang salah sebab tu berlaku kejadian macam kemalangan atau hampir kemalangan. Dia tak sedar apa dia buat tu salah sebab dia rasa dia dah memandu dengan cara betul.. Ramai yang tak sedar diri.. sebenarnya dia belum cekap meluncur di jalan raya. Jadi korang nak tau korang ni memandu yang  dengan betul & baik meh check kat sini >> Sejauh Mana anda tahu memandu <<

Amacam?? Dah dapat keputusan samada anda memang benar2 pandai memandu atau hanya memandai mandai je? Tu la.. Jangan rasa korang dah memandu lebih dari seabad korang dah cukup terer hokay!

Moral of the story.. Jalan raya bukan tempat berperang lidah.. Kadang2 sebab benda kecik jer depa gaduh tengah jalan sampai jam satu bandar. Jadilah pemandu berhemah, Insya Allah kita tak perlu roti ketika memandu. Peace!

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2)

CERITA SERAM DI SEBALIK LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 (LPT2). Kecoh sejak semalam kisah seram berkaitan dengan lebuhraya LPT2 sampai hari ni keluar kat sinar harian. Actually aku macam jarang je baca kisah2 seram kat LPT2 ni. Mungkin terlepas pandang kot. Jadi sebagai blog yang bertemakan cerita seram katanya.. di mana ada cerita mistik di situ ada blog lekatlekit. erkk.. dia mana ada blog lekatlekit situ ada kisah seram.. Arghh.. mana2 je lah yer.


Katanya sejak LPT2 di buka sehingga sekarang banyak kemalangan maut berlaku. Ramai yang percaya kemalangan yang berlaku kat situ ada kaitan dengan perkara mistik. Ada yang menceritakan pengalaman seram melalui jalan tu. Ada jugak mangsa kemalangan kat situ ternampak makhluk menyeramkan. Ada yang mengakui bila melalui jalan tu akan rasa mengantuk yang teramat sangat sehingga hampir terbabas.

Clik untuk view yang lebih jelas


Asalnya tempat yang di buat lebuhraya ni hutan belantara. Hutan belantara memang banyak makhluk ghaib tinggal. Kita tak nampak tapi mereka wujud. Bila penempatan mereka di musnahkan.. mereka pun makhluk katanya. Ada rasa marah & berdendam. Jadi tak mustahil.. dari perasaan marah & dendam ni berlakunya gangguan mistik sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Faktor lain adalah kelalaian pemandu tu sendiri. Kadang2 makhluk ni melalaikan manusia sehingga hilang fokus seterusnya berlaku kemalangan.

Clik untuk view yang lebih jelas

kat mana2 pun ada makhluk yang kita tak nampak sebab tu kita kena selalu beringat. Jangan terlampau suka sampai kita lupa risiko berlaku kemalangan boleh terjadi kat mana2. Memandu dalam keadaan letih jugak salah satu punca. Kadang2 terlalu letih & kita jadi stress menyebabkan otak kita jadi kurang waras & mungkin menyebabkan halusinasi. Benda tu tak ada pun tapi sebab dalam keadaan tertekan kita boleh nampak macam2.

Clik untuk view yang lebih jelas

Jadi.. memandulah dalam keadaan yang segar untuk elak kemalangan. Pemanduan berhemah jugak faktor penting untuk dititik beratkan. Jangan terlampau taksub bila sesuatu tempat tu di kaitan dengan kejadian & cerita seram atau mistik. Sebab kalau taksub ia mempengaruh emosi & fikiran kita. Benda yang tak ada pun boleh nampak macam ada bila kita terlalu takut.

Clik untuk view yang lebih jelas




Tapi cerita seram LPT2 ni tak seseram kejadian macam ni. Yang ni lagi seram. Bayangkan sesuatu yang berusia lebih 20 tahun menyimpan perkara yang menyeramkan.. Meh tengok kat sini >> Video Tape Yang Berusia 20 Tahun Menyimpan sesuatu yang menyeramkan<<

Moral of the story.. Kalau bawak kereta macam hantu jangan salahkan hantu bila berlaku kemalangan. Jadi berhati hati di jalan raya.

Sumber Cerita : Pengakuan mangsa kemalangan tentang LPT2 berhantu

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG

AWAS JANGAN LETAK ANAK ANDA DI SEAT HADAPAN KERETA YANG ADA AIRBAG. Kereta yang di lengkapi dengan airbag ataupun beg udara ni tujuan dia untuk keselamatan tapi kadang2 fungsi dia juga boleh jadi tak selamat untuk kanak kanak. Sedih pulak baca berita yang terjadi kat seorang budak berumur 8 tahun yang meninggal dunia akibat airbag ni.


Kisahnya cuma abang dia break mengejut sebab terlanggar bonggol jalan & Airbag auto terbuka mungkin akibat tendangan kuat dari airbag tu budak 8 tahun tu terus tercampak dia bawah seat belakang kereta. Tak tau la budak tu besar mana yang pasti mungkin orangnya tak berapa besar la kot. lagipun baru 8 tahun.

Walaupun benda tu di pasang untuk faktor keselamatan tetap jadi bahaya pada kanak kanak. Bukan la salah airbag tu mungkin kanak kanak dalam usia tu tak sesuai untuk duduk di seat depan dengan pemandu. Tapi mungkin sebelum ni jarang dengan airbag menjadi punca kematian maka kita pun tak terfikir benda tu boleh mendatangkan bahaya.


Bak kata pepatah malang tak berbau.. Ajal & maut semua ketentuan Allah. Kita  sebagai manusia cuma mampu ambil langkah keselamatan awal untuk mencegah dari berlaku perkara perkara tak di ingini.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga kanak kanak tersebut. Semoga mereka redha menerima ketentuan Ilahi.

VIDEO AHLI SILAP MATA TERPOTONG KEPALA ISTERI SEMASA BUAT PERSEMBAHAN

VIDEO AHLI SILAP MATA TERPOTONG KEPALA ISTERI SEMASA BUAT PERSEMBAHAN. Inilah silap mata paling ngeri aku pernah tengok rasanya. mana tak ngerinya kalau dah sampai ada yang mati terpotong kepala. Dah tak silap mata sangat la tapi silap magician tu bila trick dia tak jadi. Tu la bahayanya sebuah persembahan silap mata kalau melibatkan benda2 tajam & aksi bahaya ni

Sumber Google. Sekadar hiasan

Mungkin ramai dah pernah tengok video ni & tak mustahil ada yang tak tahu kisah seorang ahli silap mata yang terpotong kepala seorang pembantunya merangkap Isteri dia yang baru di kahwini 3 bulan dalam satu persembahan silap mata. memang ngeri giler.. Korang tonton sendiri kat video ni


Silap mata cuma satu trick jer.. Bukan ada kuasa luar biasa apa2 pun. Jadi kalau tersilap langkah memang boleh mengakibatkan kecederaan & kematian. Sebab tu Perancangan kena buat betul2 agar semasa persembahan kesilapan macam ni tak berlaku. Semasa persembahan berlangsung ahli silap mata memang tak sempat nak periksa dah kedudukkan orang2 yang menjadi model silap mata dia dalam keadaan selamat ke tidak. yang di fikir semuanya berjalan seperti yang di rancang. Bila berlaku kesilapan kecil pun tak mustahil akan menyebabkan kemalangan ngeri macam ni.

Bukan mudah nak jadi ahli silap mata profesional ni. Kita yang nak buat magic amatur pun tak lepas lagi jangan cuba2 la nak buat silap mata tahap profesional macam ni. Yang pro pun boleh terbuat silap. Kalau korang nak tengok trick yang selalu ahli silap mata buat meh tengok kat sini >> Juara Silap Mata Dunia Bongkar Trick Magic paling senang & mudah <<

Moral of the story.. Nak buat sesuatu pastikan kita mempunyai kepakaran dalam perkara atau bidang tersebut. Faktor keselamatan adalah paling penting untuk elakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku. Kalau rasa tak pandai nak buat magic tapi nak jugak buat magic.. kau buat magic sorok syiling belakang telinga je la. Paling2 pun syiling tu jatuh & hilang je. Jangan cuba2 nak buat magic potong memotong macam dalam video tu walau model kau guna seekor cicak sekalipun.

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI. Hanya orang yang kuat sahaja Allah Uji macam ni. Kita mungkin tak sehebat mereka sebab ujian kita lebih ringan. Pun macam tu kita dah rasa macam langit duduk atas bahu punya berat. Ujian paling menguji fizikal & emosi tak lain tak bukan ujian kematian orang tersayang. Nak2 lagi kematian tu datang selepas sehari di Ijabkabul. Allahuakhbar... Serius meremang bulu roma. Tersentap rasa hati membayangkan perasaan orang yang di Uji sebegitu hebat.


Bila terbaca berita satu kemalangan di Terengganu.. Perjalanan pasangan pengantin baru untuk ke majlis sambut menantu di rumah pihak pengantin lelaki, mereka terlibat dalam kemalangan. Pengantin perempuan katanya patah tangan Tapi pengantin lelaki bersama ibu kepada pengantin perempuan & 2 adiknya terkorban dalam kemalangan. Berderau darah aku baca cerita macam ni. Nak2 lagi baru sehari mereka di ijabkabul.

Pengantin perempuan bukan saja kehilang suami yang baru sehari di nikahi malah kehilangan ibu & dua adik sekaligus. Ya Allah.. tak terbayang aku perasaan dia sekarang ni. Dalam saat yang sepatutnya menjadi hari bahagia untuk dia.. bertukar menjadi trajedi hitam dalam hidup dia.  Semoga Allah memberi kekuatan & ketabahan dia menghadapi dugaan paling mencabar emosi ni

Sumber Harian Metro

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam usia dia baru berusia 18tahun dia terpilih untuk di uji kehilangan suami, ibu & 2 adik pada hari yang sama. Sama2 kita doakan ketengan & kekuatan buat beliau.

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Semoga semua mereka yang terkorban dalam kemalangan tersebut di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Alfatihah.

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI. Kadang2 kemalangan boleh berlaku dalam keadaan yang kita tak sangka akan berlaku. Jangan ingat nama kemalangan ni atas jalan raya jer.. Dalam jamban pun boleh berlaku kemalangan. kadang2 benda tu berlaku di luar logik akal manusia. Sebab tu ia di kategorikan kemalangan pelik.


Terbaca satu artikel pasal 8 kisah benar kemalangan pelik & ngeri yang pernah berlaku kepada manusia. Kalau baca kisah & macam mana kemalangan tu berlaku ada macam susah nak percaya penyebab perkara tu menjadi satu kemalangan yang menyebabkan mangsa kemalangan tu dapat kecederaan parah & serius. Benda yang kadang kita tak sangka boleh menjadi bahaya yang memang kita guna dalam hidup kita seharian. Kalau korang nak baca 8 kisah benar kemalangan pelik ni korang boleh baca kat sini >> 8 Kisah Benar Mereka Yang Terselamat Dari Kemalangan Pelik & Ngeri<<

Sebab tu setiap peralatan yang kita guna tu kita perlu ambil langkah keselamatan dari awal walau sudu yang kadang2 kita rasa alah.. sudu jer. Mustahil la sebab sudu kita boleh dapat kecederaan serius. Lain la garfu tajam. Berhenti berfikir macam tu hokay! Jari kita pun boleh jadi objek yang mampu mencederakan diri sendiri apatah lagi sudu. Sentiasa fikir takde apa yang mustahil boleh mencederakan kita walau benda tu nampak selamat & tak berisiko.

Moral of the story.. Dalam hidup walau kita berhati hati pun boleh berlaku kemalangan. Kalau bukan kerana kelalaian kita mungkin sebab kelalaian orang lain cuma tak salah kita ambil langkah mengelak dari berlaku kemalangan. Kalau dah nak jadi tu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Yang penting sentiasa ambil langkah keselamatan awal & bersangka baik dengan Ujian Allah, Insya Allah kita akan dapat yang baik dari musibah yang kita terima.

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH

SENARAI NAMA JEMAAH MALAYSIA YANG HILANG DALAM KEJADIAN KREN RUNTUH DI MAKKAH.  Semua orang tahu tentang kejadian Kren yang runtuh ketika jemaah haji sedang melakukan tawaf di Kaabah. Ada yang cedera & ada yang meninggal dunia & ada jugak masih hilang tidak dapat di kesan. Yelah.. dalam keadaan panik di tempat berjuta manusia tu perkara macam ni kalau berlaku bukan salah pengurusan. Jangan jadi Alvin Tan sangat la nak salahkan Allah & mempertikaikan kekuasaan & kewujudan Allah atas apa yang berlaku di Makkah. Dia kafir.. Jadi dia boleh cakap & pertikai apa saja sebab dia tak percaya dengan Allah. Dia tak tau sebab Allah bagi dia peluang lagi la dia belum di timpa malapetaka sampai sekarang. Anggaplah Alvin Tan ujian besar untuk Umat Islam.

Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan, antara 8 Jemaah yang masih hilang

Ada perkara yang lebih penting kita fokus dari layan & viralkan status Alvin Tan tu. Apa dia buat memang dengan tujuan nak meraih perhatian. Kalau hangpa terus menerus bagi dia publisiti & perhatian kat media sosial memang la dia takkan berhenti menghina agama Islam. So, apa yang boleh kita buat berhenti bagi perhatian pada dia.

Dari dok maki hamun Alvin Tan tu adalah lebih baik hanga mendoakan keselamatan pada semua jemaah haji. Doakan 8 Jemaah yang masih hilang tu di temui dengan selamat. Bagi yang ada ahli keluarga atau saudara mara yang turut menunaikan haji tahun ni boleh la semak senarai nama 8 jemaah yang masih hilang. Yelah.. walau semua waris jemaah yang hilang tu dah di maklum kan manalah tau sedara jauh bau bau bacang yang masih belum tahu maka boleh guna khidmat google untuk mencari

Berikut senarai nama Jemaah haji yang masih hilang

1) Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah

2) Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah

3) Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor

4) Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan

5) Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6) Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan

7) Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8) Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Pada waris yang ahli keluarga mereka tersenarai dalam 8 jemaah yang hilang ni banyakkan bersabar & berdoa. Insya Allah.. semoga Allah melindungi semua mereka yang masih hilang.

107 MAUT & 238 CEDERA DALAM KEJADIAN KREN JATUH DI MAKKAH

107 MAUT & 238 CEDERA DALAM KEJADIAN KREN JATUH DI MAKKAH. Innalillahiwainnalillahirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kren jatuh di Makkah. Semoga roh mereka2 yang terkorban di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Terkejut bila on FB je terbaca kat news feed kejadian kren jatuh di Makkah. Berderau darah walaupun aku tak ada ahli keluarga yang menunaikan haji tahun ni.

Sumber Berita Harian
Terbaca kat berita harian mangsa terkorban setakat ni 107 orang & 238 orang tercedera kesemuanya di bawa ke hospital. Kemalangan kren jatuh tu adalah di sebabkan angin kencang & hujan lebat menyebabkan kren menghempap di kawasan jemaah melakukan tawaf di Kaabah. Kejadian berlaku pukul 4.30 petang waktu Makkah. Setakat ni 6 Jemaah Malaysia di kenalpasti tercedera.

Pasti risau ahli keluarga jemaah haji yang berada di tanah air. Apapun kita hanya mampu berdoa semoga semua jemaah di lindungi dari sebarang benca & kemalangan & dapat melakukan ibadah haji dengan selamat & sempurna.

Moral of the story... Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah  mungkin dari kesilapan manusia secara sengaja atau tak

MISTERI KERETA DAIHATSU CHARADE TANPA PEMANDU DI LEBUHRAYA PAGOH

Apapun orang kata, segmen seram serik lekat lekit akan terus bersiaran di blog puaka melekat lekit ni katanya. Ada ku kesah? hahahaha.. Selagi aku ada mood nak tulis kisah seram kat blog ni maka aku akan terus tulis sampai aku sendiri rasa macam lumpuh nak taip cerita seram lagi. Malam ni kita ke cerita hantu lebuhraya pulak. Kisah sebuah kereta Daihatsu Charade yang misteri & seram. Bukan takat misteri & seram malah katanya banyak menyebabkan kemalangan berlaku kat situ.

Sekadar hiasan. Sumber google

Alkisah tersebutlah kisah... aibbbb... sang kancil datang beramai ramai mengadap ke bawah duli sultan firaunnn!! Ops... terlebih pulak. Alkisah seorang kaki racer ni telah mengalami satu kejadi misteri, seram & menakutkan semasa melalui lebuhraya plus pagoh ni. Pada satu malam yang sepi.. pak mat malam tu cuti jual topi... berlakulah satu kejadiannya. Seorang mamat bersama isterinya sarat mengandung dalam perjalanan balik kampung. Almaklum la malam tu malam krimas, cuti umum. Time tu jam dah pukul 11.45 malam. Tu antara time2 hantu tengah get ready nak berjimbaraya jugak tu. Lepas sikit R&R lebuhraya pagoh depa terserempak dengan sebuah kereta Daihatsu Charade yang menggunakan lorong kiri. Tapi bila si mamat ni nak potong dia macam ajak race pulak. Almaklum mamat tu pun jiwa racer masih menebal even bini dah sarat mengandung. Tapi sebab bini dia membebel bawak kereta laju, maka dia slow kan pemanduan.

Tapi terdetik jugak kat hati dia.. terfikir macam mana kereta model lama tahun 80an yang tak modified apa2, standard je boleh meluncur laju macam tu. Bila dia suluh dengan kereta, memang uzur la kereta tu. Warna putih pun dah lusuh, dengan karat & lubang sana sini. Kereta tu terus meluncur laju di lorong kiri mengikut kelacuan kereta mamat ni buat dia tak boleh memotong kereta Daihatsu Charade tu. Sebab geram dia menaikan lampu (Beam) tapi apa yang di lihat memang mengejutkan. Kereta tu takde pemandu!! Dia boleh nampak dengan jelas kat seat pemandu kosong. hanya nampak stereng jer. Dia cuba perlahankan kereta tapi tetiba break pulak tak berfungsi. Kereta dia terus bergerak laju tetiba macam ada yang menyentap & menarik stereng kearah kiri. kereta dia hilang kawalan akhirnya merempuh besi penghadang jalan & melambung 360 darjah berputar di udara. Entah kenapa sampai part ni aku tetiba teringat cerita jepun Mirror attact yang boleh lompat pusing2 di udara. hahahaha

Kereta depa jatuh dengan cara menghempap bahagian depan dalam keadaan terbalik. Mujur bini dia yang mengandung tu pakai seat bell so dia mampu bertahan kat seat tu, manakala mamat tu dia berpaut pada stereng cuma badan dia je terhempap kat bahagian atas kereta masa kemalangan tu berlaku. Apapun mereka bernasib baik sebab tak ada kecederaan serius & kedua duanya selamat.

Dia pun pergi buat report polis kat balai polis pagoh. Pegawai polis yang ambil report dia pun akui banyak kemalangan yang berlaku kat situ di sebabkan daihatsu charade misteri tu. Ada yang mati ada yang selamat.

Ada lagi kejadian misteri yang berlaku masa kemalangan tu, katanya masa orang tengah sibuk tolong dia & isteri.. toll truck dengan sibuk tarik kereta dia tetiba dia nampak ramai budak2 kecik tak berbaju & berseluar pendek main kejar kejar kat kawasan tu. yang peliknya kawasan tu takde perkampungan ke hapa. Yang ada parit besar, semak, belukar, gaung & ladang kelapa sawit. Time tu dah memang masuk time riadah hantu. Dah pukul 12 tengah malam katanya

Masih menjadi misteri kereta Daihatsu Charade buruk di lebuhraya plus pagoh... Maka kalau korang bertembung buat2 tak nampak sudah. Jangan di layan sangat kalau dia ajak race.

Moral of the story... Lumba haram membahayakan keselamatan. Aku ingat manusia jer suka racing, hantu tak padan dengan kereta model lama pun ada nafsu berlumba. hikhihikhik


Sumber : Khir Khalid

KISAH SERAM JELMAAN ROH KAKAK BALIK RUMAH

Katanya ni kisah benar yang berlaku pada seorang adik. sejauh mana kebenarannya aku memang la tak sure tapi apa yang di sebarkan siap nama penuh arwah si kakak tu aku ceritakan balik la kat blog aku.

Sumber Google

Alkisah seorang adik ni tengah tengok tv di malam hari. Tiba2 di kejutkan dengan bunyi orang ketuk pintu. Bila dia buka pintu, terkejut dia tengok kakak dia dengan keadaan berlumuran darah berdiri depan pintu. Dalam keadaan panik & terkejut si adik ni tanya la si kakak kenapa dia jadi macam tu tapi si kakak tak menjawab hanya menangis & terus lari masuk ke bilik air. Si adik yang panik ni terus pergi bagitau mak ayah dia yang ada dalam bilik.

Si kakak terus mengurungkan diri dalam bilik air biarpun mak dengan ayah dia panggil berkali kali tetap dia terus berdiam diri dalam bilik air. Dalam celah keadaan panik macam tu tiba2 pintu rumah mereka di ketuk lagi. Bila di buka yang datang memperkenalkan diri sebagai kawan kepada si kakak. Membawa khabar si kakak kemalangan & terkorban di tempat kejadian. Mula2 si Ayah marah jugak sebab dia beranggapan anak dia yang kata terkorban dalam kemalangan tu ada dalam bilik air tapi bagi memastikan kesahihan khabar yang di bawa si kawan kakak tu, mereka sekeluarga cuba sekali lagi mengetuk & panggil si kakak yang kononnya berada dalam bilik air tapi tetap tiada jawapan. Sebab pintu bilik air di kunci dari dalam terpaksa si Ayah memecahkan pintu supaya boleh melihat keadaan si kakak. Tapi bila pintu berjaya di buka, tiada sesiapa di dalam. Si ayah berkali kali bertanya pada si adik sampai terpaksa si adik bersumpah kakak dia ada balik & terus menguncikan diri dalam bilik air tadi. Kalau bukan si kakak yang masuk bilik air, masakan pintu bilik air terkunci dari dalam. Mak & Ayah  bingung.

Bila si kakak tiada dalam bilik air mereka sekeluarga bergegas ke tempat kemalangan memastikan kebenaran khabar yang di bawa kawan si kakak tadi. Ternyata sememangnya kakak terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia di tempat kejadian tapi semasa mereka sampai kakak telah pun di bawa ke hospital untuk bedah siasat.

Akibat dari kejadian tu adiknya jadi trauma & bingung memikirkan siapa yang dia nampak dalam rupa kakak pulang kerumah malam tu. Setiap kali bunyi ketukkan pintu si adik sentiasa merasakan seperti kakaknya pulang. Dia terpaksa di bawa berubat untuk pulihkan  diri dari trauma. Sekarang ni tak tahu la samad si adik dah pulih atau belum. Namun si adik sempat berpesan untuk kita semua untuk sama2 sedekahkan al fatihah kepada arwah kakaknya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmi. Semoga Allah mengampuni dosa arwah & semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Kisah ni rasanya dah dekat  7 - 8 tahun dah kot berlaku.

Moral of the story.. Mungkin apa yang si adik nampak adalah jelmaan jin yang mungkin mahu menyesatkan manusia kerana manusia yang meninggal takkan mungkin kembali ke dunia dalam apa juga bentuk atau jelmaan.

sumber : portal kisah best


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com