Showing posts with label Anniversary. Show all posts

UCAPAN DATO SITI NURHALIZA SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10 TAHUN

UCAPAN DATO SITI NURHALIZA SEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 10 TAHUN. Diam tak diam dah sepuluh tahun Dato Siti yang maintain comel mendirikan rumahtangga dengan Dato K yang maintain misai tebal tu. Masa awal perkahwinan tu kontroversi la sikit sebab Dato siti jugak antara artis yang di label sebagai perampas suami orang. Tu persepsi orang.. Yang lebih mengetahui segalanya mereka2 yang ada dalam situasi tu je dulu. Tapi tu dulu la.. Sekarang nampakna Siti & anak2 tiri dia nampak ok jer. Tak ada masalah apa apa. Dato Siti pun tak banyak kontroversi sangat dah. Almaklum la dia naik bukan sebab kontroversi & gosip Murahan tapi bakat yang luar biasa di miliknya.


Tadi dok scroll Instagram terserempak dengan post Dato Siti kita yang manja lagi romatik ni. Panjang lebar ucapan beliau sempena hari ulangahun perkahwinan yang ke 10 bersama Dato K. Matang sangat ucapan dia. Takde gedik2.. manja2.. tak tentu pasal macam geng2 kawen muda zaman sekarang. Almaklum la orang dah berusia & matang ni memang berbeza. Matang bukan sebab umur dah banyak tapi cara berfikir, bertindak & berkata kata jugak. Rasanya nak sweet2 depan laki sendiri sudah la tak payah nak tulis bagi 1 dunia baca ye dak. Orang tak jeles sebab ada orang lebih sweet dari hangpa tapi tak tunjuk pun sebab bukan satu keperluan atau kewajiban pun nak buat macam tu. Kot2 tak buat jatuh talak aku pun risau jugak, hehehe


Apapun selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 10 Dato Siti & Dato K.. Moga tahun ke 10 ni Allah kurniakan zuriat. Sama2 kita doakan buat mereka yer.. Doa yang baik untuk orang lain kita pun dapat kebaikkan bersama, ye dak. Jadi jangan kedekut sangat nak berdoa kebaikkan untuk orang lain. Kita doakan orang dapat anak mana tau kita yang ada anak banyak tak cukup budget nak beli smartphone canggih2 tetiba sebab doa kita pada orang lain tu Allah kurniakan rezeki kita dapat hadiah smartphone. Boleh la kerek sikit masa selfie ye dak. hahaha... Ops kerek boleh menjeremus kepada riak. Jadi jauhkan amalan kerek tu. hehehe

Moral of the story.. Sebuah perkahwinan itu tidak semestinya anak ramai akan bahagia, tiada anak kita kurang kasih sayang. Kebahagian sesebuah rumahtangga tu terletak kepada bagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah bagi dalam sesebuah perkahwinan, redha & terima qada & qadar. Insya Allah tiada isu zuriat yang boleh menyebabkan kemusnahan sesebuah rumahtangga. Tak semua orang berkahwin tu akan ada anak & tak semua orang tak kahwin tak ada ada anak. ops... hehehe

5 TAHUN SUDAH BLOG YANG DI ANGGAP LUCAH NI

Wah.. dah menapak di tahun ke 5 blog melekat lekit ni. Diam tak diam.. pejam celik.. marah senyum, gelak tangis.. Rupanya usia blog ni dah 5 tahun. Alhamdulillah setakat ni tiada apa yang menggugat aku untuk terus menaip kata - kata dalam blog ni.


Segala hentaman, kritikkan,kutukkan,hinaan,umpatan,cacian,makian.. Nampaknya belum cukup kuat nak gugat semangat berblog aku ni. Dalam 5 tahun ni... ada yang dari suka jadi benci.. yang benci terus pergi tak kembali2.. yang baru datang terus datang. Lumrah berblog.. Apa nak di kata.

Tapi maybe ramai yang tak tahu.. Blog ni sebenarnya bukan blog yang pertama aku tulis. Dulu aku pernah create satu blog yang masa tu aku sendiri tak tahu nak jadi macam mana dalam blog. Maybe blog ikut ikutan.. tapi seriusly tak memberi kepuasan langsung bila penulisan kita macam meniru orang lain. Aku tutup blog tu... dan buka blog ni yang pada awalnya masih lagi mengalami krisis identiti. Yelah.. budak baru belajar tulis blog kan masa tu. Tapi teruskan jugak.. dan akhirnya matang bersama usia la penulisan aku kat blog ni.

Kalau di semak entri2 dulu.. memang tak di nafikan ada kebudakkan kat situ.Tapi dari situ boleh nampak penulisan aku semakin hari semakin dewasa. Sehinggalah aku putuskan untuk taknak cerita sangat hal peribadi. Kalau dulu ada jugak sikit2 kisah peribadi tapi sekarang dah semakin tak ada. Sebabnya.. aku takut terbabas dalam bercerita hal peribadi yang mungkin boleh jadi senjata orang lain menjatuhkan aku. Sebab kita sedia maklum.. Ada orang suka & ada orang tak suka. Yang nampak macam baik dengan kita pun belum tentu baik apatah lagi yang terang2 nampak tak baik, kan.

Nama Lekat Lekit yang selalu jadi pertikaian atau jadi penilaian berunsur lucah.. Sejak aku pilih perkataan lekat lekit ni tak terdetik di hati atau akal aku benda ni lucah tapi bila sampai ke hati & akal orang lain, ada pulak yang kata dengar macam lucah. Tapi aku tak peduli sangat, selagi aku yakin lekat lekit bukan satu perkataan mencarut dan melucah.. Lantak la yang otak terlalu kuning tu nak fikir apapun. Yang pasti Apa yang melekat lekit hari ni adalah membawa maksud apa cerita aku hari ini yang nak aku letak dalam blog. Simple je maksudnya.. Orang lain yang terlalu konar sampai terbabas fikir yang bukan2.

Siku liku aku selama tulis blog ni bagi aku takde la bagi tekanan emosi sangat malah takde bagi kesan langsung pun dalam kehidupan aku seharian. Sebab keutamaan aku ada lah kehidupan sebenar aku, dunia maya aku letak sebagai hobi. Apa berlaku kat dunia maya ni ceritanya kat bermula & abis kat situ jugak. 5 tahun bertahan dalam dunia blog bagi aku satu pencapaian yang baik jugak la. Maybe sebab aku memang minat mengarang cerita jugak kot, tu yang mampu bertahan. So, kuncinya adalah minat kalau buat sekadar ikut ikutan.. memang susah nak bertahan.

P/S : Hari ni hari ke 13 kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi misteri sebab tiada langsung pentunjuk atau tanda di temui bagi mengesan dimana mereka semua berada. Sungguh Allah masih mahu menguji kita & masih mahu mendengar rintihan doa kita. Terus berdoa agar misteri ini terungkai & menjawab semua soalan, spekulasi,tuduhan & andaian. 
Ya Allah.. selama ni kau tunjukkan kuasa Mu dengan memberi kami kenikmatan sehingga kami lupa betapa besarnya kuasa MU, hari ni kau tunjukkan dengan menghilangkan hanya sebuah pesawat membuat 1 dunia jadi gawat..  Maka kepada Mu jua kami memohon pertolongan, Berilah petunjuk & jalan agar pesawat Mh370 di temukan. Amin...


SETAHUN SUDAH

Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan..

Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setahun lalu...
Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni.

Setahun kemudian..
 
Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni. Rindu & kasih sayang pada arwah ayah takkan mungkin terpadam buat selama - lamanya kerana dia ku panggil Ayah. Biarpun Arwah tidak sempat meraikan hari bahagia Sang Lekit, Saya redha. Terima akan ketentuan Tuhan. Moga Ayah tenang di sana. Moga Ayah di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah buat Ayah...

Gambar terakhir arwah ayah & mak di bukit tinggi

Pada suami tercinta.. ketahuilah di hati ini kamu yang pertama. Tak pernah terdetik di hati nama insan lain akan bertakhta. Baik buruk, kurang & lebih kita cuma manusia. menerima seadanya & cuba menjadi yang terbaik untuk diri masing - masing. Moga kasih sayang kita akan sentiasa utuh & bertambah erat dengan kehadiran anugerah Ilahi kepada kita tak lama lagi. Insyaallah..

Happy Anniversary Lekit & Lekuk

Happy Anniversary lekit & lekuk. Tu dia sejak bila lak laki aku dapat gelaran lekuk ni?? Wah.. diam tak diam dah 8 Bulan perut aku.. erkk.. apa kena mengena dengan perut lak ni. Bukan itu la!

28 Dec 2010 genaplah 8 bulan usia perkahwinan Puan Suria & Encik Shahrul. Rasa macam baru semalam dok try baju pengantin. Belek - belek baju pengantin yang hanya sekali je pakai tu dalam almari.. 28 adalah tarikh keramat dalam hidup kami (Puan Lekik & Encik Lekuk yer.. (Nama gelaran baru hubby den). Sebabnya tarikh lahir aku 28 Aug, Hubby 28 Mei & tarikh nikah kami 28 April.

Walau masih berdua.. belum ada tanda - tanda untuk bertiga apatah lagi berempat berlima & beramai - ramai.. Tapi kami tetap bahagia & masih bersama. Masih berpegangan tangan bila berjalan.. So, masih takde apa yang mengubah kehidupan kitorang. Hope kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga. Berani kau cakap pasal syurga kalau amal sejengkal cuma!! Apapun setiap hari aku cuba juga untuk berubah kearah kebaikkan & takde manusia yang tak mengidami syurga kan??

Apappun untuk En. Shahrul.. Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan yang ke 8 Bulan. Ingat ke tak tu?? Tak ingat luku kepala kang!!

Happy Anniversary (Yang ke 8 Bulan pada 28 Dec)

P/S : Bulan ni punya Anniversary semua lapan.. 8 Bulan, 28 Haribulan... campur dengan tarik lahir kitorang 28 Aug & 28 Mei dan tarikh nikah 28 April..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com