Showing posts with label kopi kesihatan. Show all posts

ADA KE ORANG SANGGUP MINUM KOPI TUNJUK LANGIT TANPA GULA?

ADA KE ORANG SANGGUP MINUM KOPI TUNJUK LANGIT TANPA GULA? Sebelum ni saya ada kongsi kat facebook pasal minuman Kopi tunjuk langit ni.. Ada yang tanya tak pahit ke? Dah la buah tunjuk langit tu dah pahit, campur dengan kopi yang memang ada rasa pahit & tanpa gula pulak tu. Ada yang membayangkan betapa azabnya rasa kopi tunjuk langit ni..


Manusia ni memang tak sanggup nak hadap apa2 azab dunia apatah lagi untuk secawan kopi kan. Terasa bagai nikmat hidup di tarik balik je kalau minum kopi yang tak sedap. Tu dia.. Hangpa kan? Nak sedap ja. Tapi tu la kalau setakat bayang je tapi tak cuba mana tau rasa dia macam mana. Alhamdulillah.. rezeki saya di beri peluang mencuba sendiri Kopi Tunjuk Langit ni.. Tapi takde la lepas minum terus aktif menari tarian tunjuk langit ala2 pak maun kat pesta muda mudi tu. hehehehe

Kopi ni memang la tanpa gula tapi di gantikan dengan stevia iatu pemanis semulajadi. Serius memang tak ada rasa gula, cuma rasa stevia. Sapa yang pernah cuba pemanis stevia ni akan tahu rasa stevia tu macam mana. So, takde la rasa kopi ni azab sangat even tanpa gula. Masih ada rasa enak dia kat situ.. Part pahit tu.. Tak ada adalah pahit nak mati. Pahit2 manja kopi je. Hujung2 lidah je rasa pahit dia. Jangan risau yer..

Kopi tunjuk langit di dihasilkan dengan dua herba yang di ekstrak bagi menjamin kualiti & kesihatan pengguna. Antara herba yang di gunakan adalah Tunjuk Langit & Tongkat Ali. Tunjuk Langit tu bukan nama produk yer.. Bagi yang tak tau tunjuk langit tu nama sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.. Memang rasa buahnya pahit tapi bila di adun menjadi serbuk minuman kopi rasanya dah jadi sedap jangan risau.


Memang bagus bagi mereka yang nak jaga kesihatan. Almaklum la sekarang ni ramai yang mengidap kencing manis bagai kan.. Kopi ni selain mempunyai ekstrak Tunjuk Langit dia tak campur gula tapi guna stevia. So boleh mengawal gula dalam badan juga la.. Bak kata orang senyuman tanpa gula pun manis alah setakat kopi tanpa gula & ganti dengan stevia takkan hilang kemanisan & kesedapan dia lah...

Tapi kena ingat yang berkhasiat pun boleh jadi memudaratkan kalau di ambil secara berlebihan. So, kawal pengambilan. Ambil secara sederhana. Macam saya minuman berkafien macam kopi ni saya suka ambil sekali sehari je waktu pagi. 

Macam biasa bila ambil kopi ni waktu pagi.. Dia membantu juga memberi kecergasan & menghilangkan rasa mengantuk. Kopi ni tak buat jantung saya berdebar debar ke hapa.. Sebab saya ada baca perkongsian di Di Facebook Aktivis medic.. antara kopi kesihatan yang mempunyai kandungan bahan merbahaya.. lepas minum mungkin kita akan rasa jantung kita berdegup laju & rasa berdebar debar. Jangan ingat lepas minum ada effect macam tu tanda kita dah jatuh cinta dengan kopi tu pulak yer hehehehe

Yang berminat nak mencuba kopi pra campuran Tunjuk langit Plus Stevia ni boleh dapatkan dengan


Berminat nak cuba produk ni boleh hubungi :
 CALL/ WHSATSAPP : 014 3030639 (WAN) 

TAK SANGKA BOLEH BUAT SMOOTHIE DENGAN KOPI DELIMA KURMA DR AZIMUTH

TAK SANGKA BOLEH BUAT SMOOTHIE DENGAN KOPI DELIMA KURMA DR AZIMUTH. Bila sebut smoothie ni terbayang warna warni minuman kesihatan dalam gelas. Bukan sahaja permandangan dia nampak indah malah rasa dia pun sedap dengan campuran buah buahan. Minuman smoothie ni selalunya orang yang sedang berdiet la ambil. Tapi tak semestinya kita yang tak berniat nak diet tak boleh minum pulak kan.. Tak jadi satu dosa pun sebab minuman ni selain sedap banyak khasiat. Kang ada yang salah faham pulak hehehehe


Sebab saya ada stok kopi delima kurma Dr Azimuth ni saja la google selain minum macam tu jer apa lagi boleh di buat. Bosan sangat buat minuman panas biasa. Almaklum la nak cari kelainan rasa katanya. Asal minum kopi kesihatan ni. Tuang serbuk kopi & air panas kacau & minum. So boring ok! I nak sesuatu yang ber variasi katanya hahahaha.

Terjumpa kat page Dr Azimuth resepi buat smoothie pulak. Tak sangka dengan kopi macam ni pun boleh buat smoothie yer. Almaklum la..  Tengok pun nak menitik air liur.. Harus la cuba. Tapi atas keprihatinan saya share la resepi smoothie menggunakan Kopi Delima Kurma Dr Azimuth ni..

Cara nak sediakan Smoothie Strawberry & Kopi Delima Kurma Dr. Azimuth adalah

 Bahan-bahan : 


1 sachet kopi delima kurma
5 ketul ais
5 biji strawberry
Segelas air

 Cara-cara : 

Kisar kesemua bahan diatas. Lepas tu tuang dalam gelas & minum jer.


Tu dia senang kan? Selain khasiat dari buah strawberi, kopi delima kurma Dr Azimuth ni pun ada khasiat dia tersendiri dah... antaranya

Anti oksidan
Membantu Mencerdaskan Minda
Membantu Memberi Tenaga Segera

Saya minum kopi ni memang sedap. Saya suka rasa dia. Selalu kopi kesihatan ni kadang2 ada rasa herba yang kuat tapi Kopi Delima Kurma ni rasa serius sedap. Tak manis sangat sebab dia guna extrak Stevia. Memang rasa manis dia rasa yang sihat. Jadi tak risau la asal nak kencing semut ikut masuk toilet hahahaha... 

Kopi ni pun saya nasihatkan ambil waktu pagi sahaja.. Sebab kalau dah lewat petang atau malam takut susah nak tidur. Kalau ambil pagi tu.. Sepanjang hari tak ada lemau sangat nak buat kerja. Boleh membantu golongan yang asyik mengantuk siang hari tu. Atau kalau nak buat kerja overnight.. Boleh la ambil.

 Antara bahan yang terkandung dalam Kopi Delima kurma ni adalah 

➛Krimer bukan tenusu
➛Gula Perang
➛Ekstrak Kopi arabika
➛Ekstrak kurma
➛Ekstrak Delima
➛Ekstrak Beri
➛Ekstrak Kismis
➛Ekstrak Stevia

Kalau nak minum terus tak nak buat smoothie pun boleh. Sebab dia memang serbuk kopi campuran yang pada asalnya untuk di minum macam biasa cuma kalau bosan minum cara biasa boleh la try buat smoothie tu.

Cara nak sediakan dia macam biasa la.. Just buka paket kopi delima kurma, masukkan dalam cawan tambah air panas atau suam. Kacau & boleh minum tanpa was was



Jangan risau produk ni ada Halal Jakim & Ada Logo MeSTI sebab dia produk minuman tambahan. Selamat di ambil. Sebab produk Dr Azimuth ni dah lama berada di pasaran.

Kalau nak dapatkan kopi Delima kurma ni boleh beli melalui 

 CALL/ WHSATSAPP : 016 6379695 (WAN) 

TOLONG JANGAN MINUM KOPI TENAGA PLUS DR AZIMUTH WAKTU MALAM

TOLONG JANGAN MINUM KOPI TENAGA PLUS DR AZIMUTH WAKTU MALAM. Sekarang ni memang menuntut saya buat kerja extra dari sebelum ni kan.. Yelah, nak kumpul duit untuk bayar kos guaman yang tinggi tu. Memang la ada saya minta sumbangan juga tapi saya sendiri pun tetap berusaha mencari sebanyak mungkin dana dari usaha sendiri. Tak boleh nak harap 100% bantuan dari orang lain.

Kopi Tenaga Plus Dr Azimuth
Kadang2 1 hari sampai 6 entri saya tulis.. Selain review di blog saya, saya juga jadi penulis upahan dia blog lain. Kadang2 ada orang minta saya tulis artikel di blog mereka pun saya buat juga. Pendek kata apa saja kerja penulisan yang berbayar memang saya buat la... Tu dia.. kerja sungguh ni. Kerja opis dulu pun tak sekuat ni katanya hahahaha. 

Serius walau orang nampak duduk depan pc & menaip jer.. Tapi tetap penat walau kudrat tu nampak macam tak bekerja sangat kan. Perah otak spin tahap level 5 ok cari idea nak mengarang ni. Kadang kadang tu serius kerja banyak tapi badan rasa lemau, mata rasa nak pejam jer.. Bila jadi macam tu.. Mula la otak nak tepu. Fikir apapun dah tak boleh.. Sebab terlampau letih.

Pi mai Pi Mai tetap kena cari kopi la kalau tengah banyak kerja badan & mata tak bagi komitmen nak buat kerja. Pernah try kopi Tenaga Plus Dr Azimuth.. Memang boleh rasa kesan lepas minum. Dari rasa nak tidur terus mata jadi segar bugar. Bila badan rasa segar ni.. Otak pun jadi aktif. Tu yang boleh draft 5 - 6 entri sehari tu..

Memang membantu jugak la Kopi Tenaga Plus Dr Azimuth ni untuk blogger sepenuh masa macam saya ni. Bila mampu beri tenaga dia bantu jugak merangsang otak otak untuk lebih kreatif bila menulis hehehehe

Ambil waktu pagi memang membantu memberi kecergasan untuk bekerja. Nak2 lagi blogger yang buat servis penulisan review macam saya.. Otak kena fresh, mata kena segar & badan kena bertenaga baru idea menulis tu mencurah curah. Kalau saya ambil sekali sehari waktu pagi pun dah cukup bagi energy sampai ke malam. hehehe

Selain memberi tenaga, banyak jugak la khasiat lain dalam kopi ni.. Nama pun kopi herba kan. Herba ni memang banyak khasiat untuk kesihatan dalaman. Walau namanya kopi tenaga yang normally orang ingat lelaki je boleh ambil.. Tapi kopi tenaga plus formula Dr Azimuth ni dia unisex. Bukan la kopi untuk seksual.. Amboi dengaq seks tu terus terbayang cerita dalam kelambu. Unisex tu untuk lelaki & perempuan la.

Kopi ni adalah kopi Arabica yang di campurkan herba. Rasa dia memang ada kelainan sikit selain mempunyai khasiat herba yang baik. Antara bahan yang terdapat dalam kopi ni adalah

campuran herba
kopi Arabica
guarana
goji
ginseng
habbatus sauda
gingko
halia.

memang kopi ni boleh di minum bila bila masa tapi kalau rasa nak tidur awal jangan minum waktu malam la. hahaha.. kang terkebil kebil sampai subuh pulak. Melainkan memang nak overnight boleh la ambil waktu malam. Manatau kerja shift malam ke kan.. Elok sangat la ambil kopi ni. Kau berjaga la macam nenek nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga. hehehehe. Sebab tu tajuk entri mention jangan minum waktu malam.. Takut ada yang tak berniat nak berjaga tapi terambik waktu malam masa tengok drama tv.. Kang tak boleh tidur masalah jugak. Nak2 yang bekerja waktu pagi. Subuh sapie dah nak kena keluar rumah tu..

Rasa kopi ni sedap juga. Ada juga sikit rasa rasa herba dia tu tapi tak ada lah kuat sangat. Manis dia bukan tahap diabetes la. Lebih senang paham memang kurang manis tapi Tak payah letak gula atau krimer dah. Rasa dia ngam ngam untuk kesihatan. Just buka sachet tuang dalam cawan, campur air panas atau air suam. Kacau & minum jer..

Sebab dia dalam bentuk sachet (paket) kalau nak bawa kemana mana pun senang, terutama yang bekerja. Bukan paket dia macam guni beras susah nak angkut kesana sini katanya.. hehehe.

Bila dah minum kopi dari produk Dr Azimuth ni kita nak tau jugak kan sapa la orangnya, apa kepakarannya. Bukan apa lambakkan produk minuman kesihatan di pasaran ada founder memang bukan ada kepakaran dari bidang tersebut. Cuma repack jer produk letak brand & mengaku founder kan. 

Tapi apa yang saya baca tentang Dr Azimuth ni..  Nama sebenarnya Dr Abdul Aziz bin Azimullah Beliau merupakan pakar terulung nutrisi, Terapi Naturopati, Naturophatic Dermatology, Terapi Komplementari & Islam, Ahli New York Academy of Sciences. Boleh baca tentang New York Academy Of Scienes.

Beliau juga adalah Pengasas Entrepreneurs Development Instutute Sdn Bhd, Biosaintis, Pakar Kesihatan & Kecantikan Holistic Antarabangsa, Pengasas Dr. Azimuth Bioherbal Beauty & Health Therapy Centre, Pemegang Amanah islamic-world.net, Pemegang Amanah Khalifah Institute, Presiden Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Naib Presiden Persatuan Kebajikan Kampucea, Mantan Ahli Jawatankuasa Penasihat Persyarikatan Bumiputra di Jabatan Perdana Menteri.

Rumusan formula produk Dr Azimuth adalah hasil kajian beliau dengan Biosaintis Jepun ynag pertama kali di Malaysia khas untuk kulit Nusantara. Rangkaian produk Dr.Azimuth adalah daripada alam semulajadi ini dijamin berkualiti tinggi dan mendapat pensijilan halal oleh Halal Malaysia bebas daripada bahan kimia terlarang.

Jadi boleh nak ambil produk Dr Azimuth ni tanpa was was kan? Bagi yang memang menuntut kerja yang lebih dari 8 jam sehari perlukan kecerdasan sepanjang melakukan kerja boleh la try.


Berminat nak cuba produk ni boleh hubungi :
 CALL/ WHSATSAPP : 014 3030639 (WAN) 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com