Showing posts with label syatilla melvin. Show all posts

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR. Diam tak diam pasangan selebriti terkenal Syatilla Melvin & Shaheizy Sam dah empat bulan bergelar ibu Ayah kan.. Tengah excited lagi tu ada anak.. Nak2 anak sulung. Confirm tak habis lagi dok belek anak. Kalau berjauhan confirm rindu tak hingat punya.. Sapa -sapa pun macam tu juga. Anak kot bukan boleh buat macam kau uli2 tepung, ukir2 patung. Anugerah Allah yang tiada nilainya dengan harta di dunia..


Suka juga follow cerita cerita pengalaman Syatilla kat LR. Tadi terbaca satu perkongsian kat Instagram Syatilla masa dia nak melahirkan baby boy ensem depa tu.. Almaklum la cheq bersalin normal ja. Excited juga nak baca pengalaman orang bersalin secara czer @ pembedahan ni.. Pengalaman kena toreh perut kot. Satu pengalaman yang mungkin jadi pengalaman menakutkan & mengerikan..

Ni la wajah Sam Syeriv yang dah 4 bulan

Malas la kami nak tulis balik so kami screenshot ja senang untuk hangpa baca. Bukan apa satgi kalau tulis balik kami ni banyak suka menyimpang lepas tu mula nak konar baring. Risau cerita sekangkang kera jadi sedepa pulak. hahahahaha


Betul kata Tilla.. jangan dok ikut orang. Ikut kata hati & kemampuan kita. Bukan satu dosa pun beranak secara pembedahan ni. Biar la mulut mulut bawang nak kata apapun.. janji hangpa & anak hangpa selamat. Dok teran nak beranak normal kalau dah tak mampu.. Benda tu ada risikonya.

Baca pengalaman kena toreh perut hidup hidup ni walau di bius pun ntah kenapa cheq yang rasa ngilu & seram... Apapun setiap ibu yang melahirkan anak tak kira la sekali atau banyak kali.. Wanita memang hebat!! Tak kira la kau beranak secara normal atau czer tapi itulah bukti kekuatan seorang wanita di sebalik kelembutan & kelemahannya..

Sakit bersalin ni tak sama macam sakit lain.. Sakit yang rasa tak reti nak nak describe macam mana. Memang sakit la. Cuma beza setiap orang samada dia perlu menahan sakit tu lama atau sekejab. Macam saya, Alhamdulillah Allah permudahkan sakit tu sekejab tak sampai berejam jam.. Sakit masa perjalanan ke hospital sebab air ketuban dah pecah. Sampai hospital pun tak tunggu lama terus masuk LR beranak jer. Mungkin Allah tahu kemampuan saya setakat mana..

Moral of the story.. Menunggu hari bersalin ni tak kira la kau beranak kali ke sepuluh ke hapa tetap satu perkara yang paling mendebarkan kaum wanita tapi itulah perkara yang orang perempuan jarang nak serik walau sentiasa takut bila sampai saat masuk LR. hehehehe. Ingat anak anak saat melahirkan kamu pun dah susah sangat apatah lagi masa nak membesarkan.  Ingatlah.. ibu bapa ni sentiasa cuba lakukan yang terbaik cuma adakala di luar kemampuan untuk mereka adakan bukan sebab tak sayang.

GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Semua orang tahu Pelakon terkenal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin baru jer menimang cahaya mata lebih kurang 3 bulan lepas la. Kira ni dah lepas pantang la kan... Sebelum ni memang tak nampak depa upload gambar anak depa.. Maybe nak tunggu lepas pantang kot. Almaklum la tunjuk gambar baby yang belum habis pantang ni macam2 risiko terutama berkaitan dengan penyakit Ain ni kan..


Tapi selepas 46 hari umur baby boy depa akhirnya pasangan selebriti terkenal ini memberi peluang para peminat untuk melihat rupa paras baby boy mereka yang di beri nama Syeriv Samheizy bin Shaheizy Sam. Tu dia.. bunyi keju ja nama dia. Tak kisah la bunyi keju ka.. bunyi belacan ka.. bunyi tempe ka.. asalkan membawa maksud yang baik ye dak. Aku sendiri pun tak tau apa makna nama anak depa.. Moga2 yang baik baik saja la kan.


Menurut post Syatilla Melvin baby boy depa ni di lahirkan melalui kaedah c-section. Pembedahan la tu. Dia tak keluar ikut pintu bak kata orang tua tua. Keluar ikut tingkap. Tak kisah la keluar celah mana pun.. Asalkan ibu & anak dalam keadaan sihat & selamat, ye dak? C-zer ke normal ke bukan penentu hebat atau tak seorang wanita itu.. Wanita yang melahirkan anak semua adalah wanita hebat. Satgi ada pulak yang tak ada rezeki anak terasa macam tak hebat.. Jangan macam tu. Yang tak ada rezeki anak tu sebenarnya lebih hebat kerana Allah menguji hambaNya yang hebat hebat saja, ok! Rezeki ni datang berbagai bentuk.. Tak ada rezeki anak.. mungkin rezeki lain, ye dak. Jadi sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Dok membebel lupa pulak nak tunjuk gambar baby boy Shaheizy Sam & syatilla Melvin ni.. Meh la tengok rupa Syeriv Samheizy.. Allhamdulillah comel jer... Yelah mak bapak dia pun comel katanya.


Semoga Syeriv Samheizy membesar menjadi anak yang soleh. Boleh membanggakan kedua ibu bapanya & menjadi khalifah di bumi Allah ni.

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Almaklum la orang tengah mood cuti maka blog puaka jadi blog retis sekejab. Nak tulis cerita seram time orang tengah bercuti memang tak ada sapa nak hadap sangat. Orang yang bercuti tak kemana mana macam aku ni je masih hadap blog. Nak buat macam mana masih tak berkesempatan nak holiday even balik kampung pun tak sempat lagi.

Semalam dah tayang2 gambar majlis bertunang & berinai sam & syatilla malam ni meh la kita tengok gambar depa nikah pulak kat Penang sana nu.. Almaklum pengantin perempuan orang penang.

Dah selamat jadi suami orang. Jangan menangis gegadis di luar sana

Yang aku perasan si Sam ni memang dari sejak semalam dia rajin sungguh dok selfie.. ambil video & snap gambar dari smartphone dia. Mungkin dia memang suka bergambar kot. Apapun dedua sama cantik sama padan. Tak ada cacat cela kat mana2 pasangan ni untuk jadi pertikai. Almaklum la.. Manusia ni kadang datang majlis nikah orang ada je tak kena. Pengantin lelaki hensem, pengantin perempuan kurang lawa pun depa mula nak buat spekulasi. Kalau pengantin laki tak ensem tapi pengantin perempuan comel mula la nak kata tu mesti kaya... Padahal kadang2 soal hati ni susah kita nak ramal.

Apapun Allah dah tulis jodoh mereka. Sampai bila atau setakat kita doakan je la sehingga ke akhir hayat bersambung ke syurga. Jadi untuk tidak membebel dengan lebih lanjut mai la tengok gambar2 depa nikah tadi..



Pada peminat shaheizy sam atau syatilla melvin jangan ada yang menangis bawah bantal pulak lepas ni yer.. Redha kan jodoh mereka. Hangpa tak payah berangan sangat la kan.. Kembali la ke alam nyata tak payah hidup dalam drama cinta melayu sangat. hahaha

Punyalah nakal anak mak ni.. sempat dia prank bini dia lepas akad nikah

Sam & Tilla dah selamat di ijabkabulkan. Lepas ni mesti nak honeymoon. honeymoon tak semestinya pergi bercuti. Dalam bilik pun honeymoon jugak. Elok sangat la mana2 pasangan dah berkahwin kalau nak honeymoon mungkin perlukan benda ni untuk lebih bahagia bila bersama. Kenapa beli sekarang? Sebab sekarang tengah buat sale sempena Valentine.. Siap ada free gift lagi couple t-shirt. Tapi Awas! Untuk pasangan yang dah berkahwin je boleh guna.. sebab yang berkahwin je halal buat hubungan kelamin. Nak tahu produk apa meh tengok sini >> Valentine Day Sale Untuk Pasangan Suami Isteri rasa lebih bahagia bila 'bersama' <<

Apapun selamat pengantin baru buat Sam & Tilla.. Selamat menempuh kehidupan yang lebih mencabar selepas ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com