Showing posts with label lucu. Show all posts

BILA STARBUCKS BERTUKAR JADI SUCKS

BILA STARBUCKS BERTUKAR JADI SUCKS. Starbucks ni selalu je lalu lalang depan premis perniagaannya tapi tak pernah sekali try apa2 makanan @ minuman dia. Entahlah.. Tak terasa teringin pun dengan kopi starbucks. lagipun aku bukan penggemar kopi sangat. Almaklum la taste orang tak berapa kaya air tebu dalam balang jual tepi jalan jer.. hahaha. Orang2 kaya je minum kopi starbucks. hehehe.. takde la gurau jer. Belum dapat hidayah mengidam starbucks ni. tak tau la coming soon tetiba nak rasa kopi starbukcs pulak kan...


Starbucks ni pun pernah ada kontroversi status halal kopi dia dulu. Tapi macam biasa la bila tak ada bukti kukuh maka ianya berlalu begitu saja. Tapi kalau starbucks kat luar negara bukan Islam tu.. Maybe ada kandungan bahan tak halal. Kat Malaysia ni kita doa doakan la supaya takde bahan haram tersembunyi di dalamnya. Sebab ramai penggemar starbucks ni di kalangan umat Islam. Apa kelas nak minum kopi cap kapal layar katanya.. Starbucks la! hahahaha

Tapi bila starbucks bertukar jadi sucks memang tak boleh blah.. Semua ni berlaku secara tak sengaja tapi menjadi viral di alam maya. Kesian starbucks jadi bahan jer... Nak tau macam mana starbucks boleh jadi sucks ni meh tengok kat sini >> 13 Gambar Yang Tak Sengaja Di Ambil & menjadi Viral <<

Bertabahlah starbucks. Zaman media sosial ni kena hati hati.. ramai paparazi & mamaraziah yang stanby je camera kat tangan. Sapa je boleh jadi mangsa viral katanya. Cuma kita tak tahu nasib siapa baik atau buruk.

INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT

INILAH AKIBAT DOKTOR TENGAH LAPAR ISI BORANG CUTI PESAKIT. Doktor pun manusia walau mereka sentiasa kena profesional ketika menjalankan tugas tapi kadang2 secara tak sengaja boleh jugak terbuat salah yang kita boleh tahu keadaan doktor yang nampak tenang sebenarnya dalam keadaan tengah stress, tengah sedih atau tengah lapar.

Sekadar Hiasan tiada kena mengena dengan cerita. Gambar sumber Google

Yelah.. Yang bernama manusia ni walau seprofesional mana pun depa kadang2 kalah juga dengan keadaan. Aku pernah ada seorang kawan doktor muda.. Staff & nurse selalu salah sangka dia doktor pelatih padahal dah graduate & dah jadi doktor pun. Dia pernah mengadu dengan aku pernah termarah seorang pesakit yang level2 pakcik sebab asyik ulang tanya bila tarikh operation dia. Aku cuma nasihat dia.. Pakcik tu mustahil akan faham kerja doktor sebab dia bukan seorang doktor cuma dia risaukan sakit dia jer.. tu dia asyik tanya. Doktor jer faham apa perlu di buat sebelum operation terhadap seorang pesakit di jalankan. So, nak salahkan pakcik tu pun tak boleh.. Yelah, sapa tak nak cepat sihat kan? Walaupun dia seorang doktor & aku masa tu masih kerja sementara kat cyber cafe.. Dia boleh accept pandangan aku. Sangat low profile kawan aku tu walau aku pernah tengok wayang dengan dia.. tapi dia bantai berdengkur sebelah aku. Hahahaha

Kita tak boleh harap seorang doktor tu akan menjadi seorang yang perfect setiap masa.. Kadang2 dia juga buat silap. Cuma kesilapan dia buat tu samada boleh hanya di lupakan dengan beri 'Maaf' atau tidak je. Tapi kalau doktor yang buat silap macam ni.. Confirm aku rasa dia tengah lapar. Nak tau apa kesilapan doktor ni sampai orang boleh tahu dia tengah lapar meh tengok kat sini >> 13 Perkara Paling Tak Boleh Blah Berlaku Yang Buat Kita Rasa nak marah pun ada nak gelak pun ada <<

Moral of the story.. Itulah pengorbanan seorang doktor. Kadang2 sampai tak sempat makan.. kurang tidur & susah untuk ada masa berkualiti dengan keluarga. Jadi.. berterima kasih lah dengan doktor.. Mereka bukan sahaja bekerja malah berkorban untuk ramai orang yang mereka sendiri tidak pernah kenal.

19 PERKARA LUCU RAKYAT MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT

Sebelum GST pun maybe kita ada buat benda2 macam ni untuk berjimat apatah lagi zaman GST. Kalau nak berjimat cara ahmad maselan pun boleh.. tapi tu tak berapa jimat sangat. Tapi contoh yang aku nak tunjuk kat hangpa ni lagi jimat & confirm ada di antaranya korang pernah buat.


Pernah tak korang bawak balik paket2 sos dari restoran fast food kemudian guna semula? Pernah tak korang campur air dari syampoo yang dah habis tinggal sisa2 untuk guna? Atau hanya baca majalah dari rak kedai buku tanpa membeli? Kalau pernah hangpa buat perangai macam tu hangpa kena baca artikel ni sebab ada lagi banyak contoh perbuatan yang kita selalu buat untuk berjimat. Confirm hangpa sengih sorang2 sebab majoriti tak terkecuali buat benda2 ni semua. Nak baca artikel ni boleh clik kat sini >> 19 PERKARA LUCU RAKYAT MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT <<

Bila aku baca 19 perkara lucu yang rakyat Malaysia buat untuk berjimat serius benda tu memang tanpa sedar kita selalu buat. Tapi kita tak perasan selama ni cuma bila ada orang tulis isu macam ni baru kita perasan kita ada buat.

Moral of the story.. Nak berjimat tak salah tapi jangan berjimat sampai menyusahkan orang. Semua benda nak tumpang orang free sampai sanggup minum air dari gelas orang semata mata nak jimat duit sendiri. Ada orang terlalu berjimat atau lebih kasar sebut kedekut memang perangai jadi tak malu macam tu. So, jimat tu baik tapi berpada pada.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com