Showing posts with label kembara sakura. Show all posts

BUKAN KEMBARA SAKURA LAVENDERMUMMY TAPI BERPELUANG KE TOKYO DENGAN PERCUMA

BUKAN KEMBARA SAKURA LAVENDERMUMMY TAPI BERPELUANG KE TOKYO DENGAN PERCUMA. dengar khabar lavender mummy masih tak putus asa untuk mencari mangsa pakej percutian Kembara cinta sakura, Japan tu. Dan masih lagi ada bakal mangsa nasib baik terselamat.. Kalau tak kembara di tanah gersang la jawabnya.. Duit hangus.. sakura kemana.. kembara depan internet je nak jejak lavender mummy.

Yang ni memang confirm tipu semata mata
Kalau hangpa teringin sangat nak pergi Jepun.. Ni ha.. confirm tak menipu punya. Bukan je tak menipu malah korang berpeluang ke Tokyo jepun dengan percuma. Tak payah nak struggle dengan pakej murah ribu riban yang di tawarkan lavender mummy tu.

Macam mana korang nak menangi Trip percuma ke Tokyo ni.. Tak susah hanya perlu ikut 3 langkah mudah ni je. Nak tahu apa 3 langkah mudah tu meh tengok kat sini >> 3 Easy Steps To Win A FREE Trip To Tokyo, Japan <<

Hope lavender mummy tak dapat idea buat contest kembara cinta sakura jepun pulak lepas ni yer.. Manalah tau dia buat contest lepas tu cari penaja yang boleh salurkan dana. Lepas dapat dana.. contest kemana lavender kemana mummy jadi mumia.

TAK SERIK! PENIPUAN TERBARU LAVENDER MUMMY 2015

Aku ingat dah taubat nasuha sebab dah lama tak dengar cerita dia rupanya dia mencemar duli untuk tahun 2015 ni dengan percubaan menipu lagi. Tak abis2 guna modus operandi kembara sakura yang mengunakan nama pendakwah agama. Si ketot yang akal menipu panjang berjela ni memang tak pernah serik.

percubaan menipu yang terbaru dengan lavender mummy

Terbaca kat blog denaihati tadi pasal penipuan terbaru dia.. Yelah bagi kita yang dah tahu aktiviti penipuan dia dengar je kembara sakura tu kita dah tau tapi bagi orang yang tak familiar dengan semua tu tak mustahil boleh tertipu sebab tu pentingnya kita sentiasa viralkan percubaan menipu dia setiap kali dia mula nak menipu. Tu je cara kita membenteras penipuan lavender mummy. Yelah.. nak heret bawak pi balai licik sangat. Ntah apa jenis minyak pelincir dia pakai pun tak tau.

Aku syak account dia dah kering ni.. So dia cari backup. Model macam dia perlukan pendapatan yang tinggi. Gila kau! Makeup je beribu sebulan katanya.. Tak baju bajan lagi katanya. Hahahaha... Bagi yang belum kenal rupa bentuk model antarabangsa kelahiran Malaysia ni mai la aku tunjuk sikit rupa paras dia yang menawan tu.

Untuk info segala penipuan yang pernah di lakukan lavender mummy sebelum ni korang boleh baca kat blog Denaihati.

Moral of the story... Penipu sekarang memang ada dekat depan mata kita walau jasadnya jauh. jadi di ingatkan pada semua apa juga melibatkan urusan kewangan siasat betul2 dengan siapa anda berurusan. Jangan lurus macam pembaris sangat sebab orang lurus bendul ni sasaran penipu macam lavender mummy.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com