Showing posts with label antarabangsa. Show all posts

LOVE BITE LABAH LABAH BAHAYA BOLEH MENGUNDANG FITNAH

LOVE BITE LABAH LABAH BAHAYA BOLEH MENGUNDANG FITNAH. Walaupun isu ni rasanya dah 2 hari berlalu tetap aku rasa nak mengulas jugak. Bukan apa rasa macam kelakar pun ada kontroversi yang melanda penyanyi antarabangsa yang berasal & memulakan karier nyanyian dia kat Malaysia. Sebab rezeki & bakat... dia melebarkan kerjaya seni dia ke peringkat antarabangsa. Siapa sangka peserta yang pernah uji bakat untuk rancangan Malaysian Idol & tak sempat pun berjuang dalam pertandingan tu kini di kenali di peringkat international.


Mesti yang tak tau terpinga2 sapa gerangan retis tu.. Alah si gadis yang terkenal dengan fesyen turban  tu la. Alah yuna.. Kalau mula2 dia tampil dengan imej bertudung, sampai keluar nama tudung yuna walau dia tak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung atas namanya kini dia dah tak bertudung.. Op's bukan free hair tapi dia kini tampil dengan imej turban

2 hari lepas kecoh pasal love bite yang kelihatan di leher Yuna.. Jadi Yuna terpaksa juga tampil memberi penjelasan supaya tak jadi fitnah yang maha besar. Kata dia bukan love bite tapi tu kesan gigitan labah - labah.. Kesian Yuna, kerana labah labah tak pepasal dia kena fitnah. Tu la Yuna lain kali rajin2 buang sawang.. Baru tak ada labah2 mencabul kehormatan katanya. Dah tu pandai labah2 pilih port panas nak gigit. Kat leher.. Memang mengundang prasangka la kan. Almaklum la Yuna sekarang kan berturban.. jadi memang la leher tu tak boleh nak cover.

Gambar Yuna Yang Menjadi Kontroversi ada love bite tu

Kesian Yuna sebab gigitan asmaradana labah labah tu & fesyen tudung dia yang tak cover leher tu dia di fitnah oleh nitezen media sosial. Kalau betul love bite dari someone yang beromen dengan dia.. Mustahil la dia tak cover sebelum upload gambar.. Takkan la nak tuduh dia sebenarnya dah kahwin senyap2 kat luar negara, love bite tu maybe masa dia honeymoon. Dia lupa dia kawen senyap - senyap.. tu yang lupa nak cover love bite kat leher. Jangan dok buat spekulasi sangat la. Dah dia kata labah2 gigit.. labah2 la. Yang selebihnya, hanya dia & Allah je yang tahu. Tak baik tau menuduh tanpa bukti.

Moral of the story.. Jika anda tidak mahu menjadi mangsa gigitan labah labah.. sila pastikan sawang2 di tempat anda tinggal, menginap atau tidur di bersihkan. Peace Yo! hehhehe

TAK SANGKA KHAI BAHAR PERNAH BERDUET DENGAN ARTIS2 ANTARABANGSA & TEMPATAN NI

TAK SANGKA KHAI BAHAR PERNAH BERDUET DENGAN ARTIS2 ANTARABANGSA & TEMPATAN NI. Khai bahar ni aku kenal sebab dok tengok post2 kat Page KHK yang suka sangat mengecam dia. Aku pun sebenarnya tak kenal dia sebab dia di kenali melalui video2 dari aplikasi karaoke smule tu. Aku memang jarang sangat nak layan video2 smule orang ni.. apatah lagi nak ber smule. Rasa macam tak cukup masa pulak nak buat hahahahaha.

Khai Bahar

Sebab di kenali dari smule.. dia dah jadi retis sekarang. Popular di kalangan peminat2 muda remaja la sebab dia pun level2 muda belia lagi. Kakak2 macam aku ni maybe takde la fanatik sangat kot dengan Khai bahar tu. Tapi dah nama blogger & pengamal media sosial tegar ni minat tak minat tetap kau ikut semua perkembangan semasa, dunia hiburan bagai. Kadang2 ter ambil tahu secara tak sengaja jugak..

Baru2 ni katanya jadi Viral Khai Bahar berduet dengan Misteri Potato dari mexico sana. Betoi ka? Menurut sumber yang aku baca depa nampak serasi macam dah lama kenai je.. Ye ke? Tak tau la depa dah lama kenai ke baru kenai ke.. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya & tengok video Khai Bahar Berduet dengan Mister Potato boleh tengok kat sini >> Antara Artis tempatan & antarabangsa yang pernah Berduet dengan Khai bahar termasuk Mister Potato << Mesti korang sendiri tak sangka hebatnya khai bahar mampu berduet dengan retis2 ni. hehehehe

Bukan calang2 retis jugak yer Khai Bahar ni berduet. Dah tu views kat youtube cecah juta2 lemon tu. Kau mampu?? Tak mampu akak dik.. Akak mampu nyanyi dalam rumah sendiri jer. Tu pun tak tau jiran2 kesah ke tidak. Kot2 depa dok pendam perasaan setiap kali akak memekak ke hapa tak tau la. Hope jiran2 terhibur hendaknya. hehehehe

Zaman sekarang nak jadi retis dah tak susah nak pergi audition rancangan reali TV bagai.. duduk rumah layan smule pun boleh jadi retis malah boleh jadi popular lebih dari retis. Cuma yang perlu kau buat.. buat sesuatu yang mampu membuatkan ramai orang jadi pengikut kau. Amran Fans.. muka pun tak payah tunjuk. Pun popular lebih dari retis dah. heheheh

ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN

ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN. Sebelum ni dok baca isu video parody yang di lakokan dua pelawak Malaysia Jihan & Syuk yang di tuduh Yuna sebagai menghina artis antarabangsa & merangkap rakan duet dia, Usher. Mula2 aku tak berapa excited sangat la nak tengok.. Selalunya macam tu la aku. Mula2 macam malas nak layan tapi bila asyik lalu je entri2 dari blog gosip pasal isu video parody tu aku pun clik jugak la nak tengok sejauh mana Usher di hina dalam video tu. Yelah.. baca statement Yuna macam mengambarkan perbuatan pelawak tu sangat serius sampai mampu memusnahkan karier seni dia di US. Almaklum la bukan senang retis Malaysia nak bina nama kat sana kan...

Sumber OHBulan

Sebelum tengok dok bayang mesti melampau gila lakonan Syuk & Jihan ni. Kalau tak mustahil la Yuna marah giler kat video tu. Lepas tengok video tu... Alahai.. takkan sensitif beno orang US sampai video macam ni pun depa nak touching & anggap satu bentuk penghinaan & racist. Aku ingat orang US ni lebih terbuka & sporting sebab tengok cara hidup depa memang open giler. Kalau tengok rancangan prank depa pun rasa boleh tahan gurau kasar. Kalau orang Malaysia ni mungkin pelakon aksi prank tu kena makan penyepak jugak sebab orang Malaysia ni kan sensitif.  Takkan la sebab video parody yang di tayangkan dalam rancangan Meletop kat Astro tu orang US nak merajuk terus sampai tak terima Yuna untuk menyanyi kat sana.


Dia gelapkan muka dalam video tu sebab nak mengambarkan watak Usher jer. Serious aku tak nampak benda tu macam racist & menghina sangat la. Usher kan lelaki berkulit hitam. Tapi tang jihan pakai turban tu aku rasa lawak kasar jugak la. Turban dia bonjol kat depan kepala tu nampak macam menganjing style Yuna jugak la. Tapi pelik tang turban tu Yuna tak kisah pulak.. Yang dia lebih kesah pasal takut Usher kecik hati & merajuk taknak kawan dengan dia lagi. Hahahahaha

Boleh tonton video parody tu kat sini & korang nilaikan la sendiri. Bagi aku video ni tak ada apa yang menghina sangat pun. Cuma mungkin sebab melibatkan kontroversi isu peluk tu buat Yuna jadi sedikit sensitif & merasakan parody ni satu isu yang serius. -maaf video dah kena remove -

Aku rasa la.. Isu ni Yuna terlebih touching mungkin sebab kontroversi pasal usher peluk dia & di kecam oleh orang Malaysia. So, mungkin emosi dia belum stabil pasal isu tu.. tup tup keluar video parody yang dia rasa macam nak menganjingkan dia maka dia gunakan alasan Usher untuk melempiaskan perasaan marah dia pada orang Malaysia. Sabar Yuna.. tarik nafas & hembus. Sepatutnya tak perlu jadi isu tapi dah Yuna mengangkat dia sebagai isu besar maka terjadi lah lagi isu melibatkan Yuna.

Moral of the story kalau rasa tak tahan dengan kritikan & kecaman jangan jadi retis.. Sebab dunia retis ni memang kena bersedia hadap benda2 macam tu. Kalau rasa jiwa tak kental Pergi jadi Atlit macam depa ni >> Inilah Atlit Wanita Yang Ramai Orang Tak Sabar Nak Tengok Beraksi Di Sukan Olimpik. Sapa Kata Atlit Wanita Tak lawa << Atlit sukan pun sekarang boleh jadi selebriti apa. Tapi kurang la sikit kena kecam atau jadi kontroversi katanya. hehehehehe

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA. Tu dia.. tetiba blog lekatlekit buat tajuk ala2 blog berita pulak. Sebab sedap pulak caption yang di gunakan oleh En Saiful Nang ni. So macam rugi tak highlight pada tajuk entri katanya.


Kita sedia maklum dua tiga hari ni kecoh pasal video Yuna di peluk rakan duetnya penyanyi antarabangsa Usher ke hapa namanya. Malas nak google la pulak tapi ada tengok & baca cerita pasal kontroversi tu la.Yelah.. nak komen lebih2 satgi orang kata.. hang pun tak tera mana sangat nak tegur orang. Yelah.. yelah.. aku tak sebaik mana. Biarlah orang yang baik baik tegur Yuna.

Alasan Yuna menghormati rakan duet dia sebab tu berlakunya adengan terpeluk & di peluk. Almaklum la budaya orang barat ni memang peluk meluk ni bukan perkara luar biasa & menjadi satu dosa. Ada jugak dua tiga retis yang backup Yuna & compare dengan pelakon drama melayu yang berhijab masih melakonkan aksi2 peluk & bersentuhan dengan lelaki atas alasan merealisasikan watak tu. Pada aku yang tak baik ni.. Tak guna kita nak bandingkan sebab dua2 pun salah. Perbandingan tu tak buat mana2 perbuatan tu jadi betul pun. Apa yang boleh perbetulkan je la apa yang salah.

Nak komen lebih2 tak berani jugak cuma tertarik nak kongsi komen Saiful Nang yang ada kaitan dengan isu Yuna sekarang walaupun di tulis dalam cara sangat berkias. Jadi baca & ambil la apa yang baik di sampaikan oleh beliau..




Moral of the story.. Macam saiful nang cakap, kalau nak jadi diri sendiri kita bukannya baik sangat tapi kalau nak jadi baik, jadilah seperti apa yang Allah mahu kita jadi. Aku pun belum sempurna.. Sama sama kita perbaiki.

YANG ORANG TAK TAHU DI SEBALIK SELFIE DENGAN MUKA DUCKFACE

YANG ORANG TAK TAHU DI SEBALIK SELFIE DENGAN MUKA DUCKFACE. Selfie dengan wajah & memek muka duckface sampai sekarang masih popular. Semua orang suka selfie macam tu tak kira la tua ke muda. Kiranya selfie dengan muka duckface ni mungkin bagi pandangan mata ramai orang nampak comel kot walaupun hakikatnya ada yang comel ada yang comot. hahaha... Tapi yang penting confident katanya . hehehe


Ramai ingat selfie dengan memek muka duckface ni tercetus dari artis2 korea & jepun sebenarnya tidak. Benda ni berlaku sebelum jadi trend lagi cuma kita cuma tak perasan. Bila dah jadi trend kita sendiri susah nak cari siapa orang pertama yang mencetuskan memek muka macam tu.

Maka meh sini aku nak bongkarkan kebenaran tentang Selfie dengan memek muka duckface yang confirm ramai yang tak pernah tahu. Yelah.. orang malas baca memang kurang info katanya. hahaha.. Jadi yang rajin melangut kat blog lekatlekit.com ni korang memang antara orang yang bertuah sebab dapat tahu siapa pencetus memek muka duckface sebenarnya. Memang perkara ni di luar jangkaan anda.

Mesti ramai tak sabar kan nak tahu.. Ok ok tanpa membuang banyak masa yang korang curi masa kerja semata mata nak baca blog lekatlekit.com ni meh sini tengok asal usul selfie dengan memek muka duckface kat sini >> Ini Yang Berlaku Sebelum Tercetusnya Selfie dengan Memek Muka Duckface <<

So para duckface sekalian moga lepas ni anda tidak lagi di selubungi misteriiiiiiiiii.. erkk.. misteri sangat ke? hahahaha

INILAH STUNT MAN YANG MELAKUKAN AKSI UNTUK WATAK JACK SPARROW

Rasanya semua orang kenal dengan watak Jack Sparrow dalam filem Pirate Of Caribbean kan? Tapi tak ramai yang tahu siapakah stunt man yang melakukan aksi bahaya Jack Sparrow dalam filem tu. Sebab filem ni antara filem peberet aku selain filem seram maka aku nak jugak up kat blog sapa stunt man yang bergadai nyawa buat aksi dalam filem tu...

Sumber Google

Bila tengok dah make up dengan gaya Jack Sparrow macam kembar pulak.. Tapi tu la kena la nampak sama nanti tak nampak real bila dia lakokan aksi tu. Macam drama silat zaman 90an dulu.. hahahaha.. bila aksi berlawan untuk watak heroin memang nampak real lelaki yang buat aksi tu. Ok.. ok.. tak baik kutuk drama melayu lelebih jadi marilah kita tengok wajah sebenar stunt man yang buat aksi untuk watak Jack Sparrow ni

Ni la stunt man untuk watak Jack Sparrow dalam Pirate Of Caribbean. Nak tengok banyak lagi gambar pelakon & stunt man mereka boleh tengok kat sini >> 'Stunt Man' Dan Pelakon Asalnya<<

Tinggi pun lebih kurang.. bentuk muka pun lebih kurang.. yang penting size badan tu kena sama. Tak tau pulak nama dia sebab dari sumber yang aku tak dapat tak share detail pasal stunt man ni.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com