Showing posts with label kedua. Show all posts

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI

YANG ADA HATI NAK JADI ISTERI NOMBOR 3 ADI PUTRA KENA TAHU PASAL NI. Kecoh la dua tiga hari ni pasal tersebar gambar pernikahkan pelakon Adi putra bersama isteri kedua walau kedua dua masih tak mahu bagi apa2 komen terhadap gambar & gosip yang tersebar tu. Kalau dah kahwin tu, Tahniah je la. Apa nak di kata.. Dah jodoh. Di sebalik apa yang berlaku tu, Biarlah Allah sahaja yang menentukan.

Pelakon yang menjadi kegilaan ramai masakini Adi Putra

Aku macam biasa la.. Baca jer semua cerita,berita, gosip,kontroversi & viral tapi bukan semua berita & cerita sensasi tu aku berminat nak ulas. Mula2 kes adi putra kahwin ni memang rasa tak ada apa yang aku rasa best nak tulis.. Tapi bila tengok gambar isteri kedua dia kemudian compare dengan yang pertama boleh nampak banyak persamaan antara kedua dua isteri Adi putra ni. Baru la aku rasa macam best je nak buat entri hahahaha

Walaupun Adi putra ni Tinggi, slim & gelap tapi taste dia tetap perempuan yang berkulit putih, ber muka bulat & berbadan sedikit chubby @ tembam. Korang perasan tak persamaan fizikal kedua dua isteri dia? Memang taste Adi Putra kot.. Sapa kata perempuan muka bulat & badan chubby takde value. Hero drama & filem yang romantik macam tu pun tergila gila tau perempuan macam ni. Jadi wanita2 yang lansing muka V shape kalau ada hati nak jadi nombor 3 & 4 dalam hidup Adi putra, sila la la bulatkan apa yang perlu. Sebabnya mungkin Adi Putra tak tertarik pun badan size s korang tu hahahaha. kadang2 pandangan mata lelaki memang tengok perempuan langsing macam tiang katanya. Sebab dulu aku ada kawan yang memang taste dia perempuan berbadan besar. Mula2 pelik jugak.. sebab dia kategori lelaki ada rupa jugak tapi citarasa orang mana sama ye dak. Tak salah pun nak suka perempuan berbadan besar sebab mereka pun ada kecantikkan mereka tersendiri.

Isteri pertama & kedua Adi Putra. Persamaan mereka berkulit putih berpipi pau & berbadan chubby.

Sebab tu kita tak boleh kaitkan fizikal seseorang dengan perjalanan jodoh dia. Ada orang yang cantik badan ramping bak kerengga kalau karate boleh senang patah dua katanya.. Mungkin bukan citarasa lelaki yang dia suka sebab yang ramping tu belum tentu menarik pada pandangan mata semua orang. Sebab kecantikkan dari pandangan mata setiap manusia tu berbeza.

Kadang2 bukan size badan atau paras rupa yang membuatkan seseorang tu suka pada pasangan dia, mungkin faktor kematangan juga buat orang jatuh cinta walau kalau dari fizikal tu kurang menepati ciri pasangan idaman. Bersikap matang jugak perlu untuk mendapat pasangan di luar jangkaan, Jadi kalau korang nak tau perangai korang dah matang bersama usia atau belum boleh test kat sini >> Nak tahu tahap Kematangan & mentaliti Anda, Meh Test Disini <<

Jadi yang mana badan tak dapat cutting S, muka tak mampu jadi V shape jangan sesedih.. Manalah tau ada hero2 filem sedang mendambakan anda sebagai pasangan hidup siapa tahu. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia mungkin pada potongan badannya. hehehehe

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH

GAMBAR! NABILA HUDA SELAMAT BERNIKAH. Tahniah kepada pelakon berbakat besar & kontroversi pun tak kurang besar sebab dah selamat di nikahkan bersama pasangannya katanya tokei restoran yang kacak lagi terpacak. Cantik Nabila dalam busana nikah dia yang putih suci murni bagai minyak yang melalui pemeringkatan dua kali. hehehe


Walaupun dia pelakon seksi & kontroversi tapi bertudung jugak di hari pernikahan dia. Ada sesetengah retis umur dah senja nan merah pun menikah ala2 minah saleh, Bergaun kembang bagai.


Hope perkahwinan Nabila huda untuk yang kedua kali ni berkekalan hingga akhir hayat. Di kurniakan rezeki zuriat, rezeki bahagia.. Semoga ikatan perkahwinan kali ni mampu menjadikan Nabila huda insan yang lebih baik dari sebelumnya.


TAHNIAH EZAD LAZIM @ EZAD EXIST DAPAT ANAK KEDUA

TAHNIAH EZAD LAZIM @ EZAD EXIST DAPAT ANAK KEDUA. Aku memang follow ezad lazim yang dulu orang kenal sebagai ezad exist sebab dia kan bekas vokalis kumpulan exist selepas mamat. Sekarang ni dia bergerak secara solo. Lagu yang tengah popular sekarang lagu hati mati yang menjadi lagu tema untuk drama TV3 Wadi. Kalau korang follow drama tu rasanya pernah dengar lagu terbaru ezad lazim ni.


Pernah jugak keluar melodi pasal isu bini dia yang mengidap sejenis ketumbuhan dalam perut ke hapa semasa mengandung anak kedua. So, risau jugak la sebab bini dia tetap nak meneruskan kandungan kedua tu. Risiko tu ada tapi Allah lebih tahu segalanya. Alhamdulillah tengok update terkini ezad katanya isteri beliau selamat melahirkan anak kedua mereka. Lelaki pulak kali ni. Yang sulung perempuan. Dah sepasang anak penyanyi Ezad Lazim


Apapun tahniah kepada Ezad & isteri walau bini dia pernah block aku sebab aku kutuk syasya solero. Hahaha.. takpe la small matter je. Yang retis laki dia bukan dia. So, aku tetap supporter Ezad Lazim. Takde la rasa marah atau berdendam pun sebab isu tu cuma isu salah faham je.

Bulan ni ramai pulak retis dapat anak kan?? Gamaknya bulan beranak berganti ganti di kalangan retis kot. hehehe

ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG LAGI

Wan Sakinah yang dulu pernah di kecam dengan macam2 kontroversi kini dah hamil anak kedua. Tu tandanya korang hentam & kecam macam mana pun dia tetap bahagia even bergelar bini nombor dua. Yang dok lebih2 sangat kutuk tu dah mengandung ke belum? hahahahhaa


Tak payah nak buat ayat2 macam Isteri pertama Ashraff muslim teraniaya sangat.. Konon kesian Dayana bla.. bla.. tak mengandung.. terpaksa bermadu... makan hati.. bla.. bla.. mesti kurang kasih sayang dari suami... bla.. bla.. bagai. Insya Allah Dayana seorang yang positif & bahagia dengan Anugerah anak & bakal anak tiri yang bakal lahir nanti.

Dan tak payah nak mencaci Sakinah terus terusan dengan mengelarkan dia perampas. Depa nampak bahagia jer hidup berkongsi kasih kita pulak yang sakit tengok dah kenapa, kan?

 Sumber google

Apapun even aku terlebih dulu kawen sebelum sakinah.. Aku masih belum ready untuk 2nd anak. Anak nan sorang ni perlu perhatian yang lebih buat masa ni.

Apapun tahniah pada Sakinah, Ashraff & Dayana jugak sebab bakal menerima seorang lagi ahli baru dalam keluarga bahagia mereka. Moga kehadiran ahli syurga kedua mereka nanti mengeratkan ikatan kasih sayang. Untung Ashraff.. Dapat Dayana & Sakinah.

Moral Of the story.. Even aku tengok depa bahagia hidup berkongsi kasih tak bermakna aku pun mengimpikan kehidupan yang macam tu, hokay! hahahaha... belum kuat iman nak terima madu

ADA LAGI RUPANYA BLOGGER TAK MALU MACAM NI

Ingat dah pupus rupanya ada lagi blogger2 yang tak malu macam ni. Sebab masih ada terpaksa la aku melahar jugak dalam blog yang berpuaka ni. Sapa suruh bagi isu, kan dah jadi cerita dalam blog lekat lekit. Yang rasa gud gud sangat.. baca tajuk jer terus label negative.. You saka pegi jauh jauh katanya... hahaha very the copypaste tajuk drama kan?

 Tak tau la gambaq anak dara sapa. Pinjam dari google jer

Di sebabkan mereka masih nak menunjukkan ketidak maluan mereka di blog masing - masing maka aku nak tolong canang jugak la ketidak maluan mereka kat blog aku tanda terima kasih. Mereka2 yang tak malu ni bukan la tak senonoh perbuatannya.. Tapi tak malu tunjuk tulisan tangan memasing jer.. Wah makin kreatif peserta2 cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni.. ada yang tulis resepi selang seli dengan gambar lagi guna tulisan tangan.. Ada yang buat cerita komik bergambar dengan tulisan tangan. memang rajin Uolls.. aku pun belum mampu rajin tahap macam tu...

Sebab kerajinan depa ni join cabaran ni tanpa hadiah.. Maka aku yakin depa ni semua rajin2 jugak bertandang kat blog orang jadi tak rugi korang rajinkan diri beramah mesra dia blog diorang...

1. Alongxp
2.  umi's cup cake
3.  Farha Kimah
4. Mrs. A
5. Adinda Baizura Mazlan
6. izzeyda
7.  Cik Ash
8. Tiga lalat

Tu dia 6 blogger yang sporting & ikhlas sebab tak perlu sogok dengan hadiah pun depa boleh join jugak. Kalau nak tengok 11 lagi peserta cabaran menulis entri dengan tulisan tangan boleh tengok kat entri ni INILAH BLOGGER TAK MALU PATUT KORANG TAHU.

Terima kasih yang sudi support cabaran ni even ada di antara kita sebelum ni tak pernah kenal di alam maya pun. Bagi yang masih nak sahut cabaran ni.. silakan sebab takde expired date pun.Boleh rujuk entri ni Cabaran Menulis Entri Dengan Tulisan Tangan

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com