Showing posts with label Afee. Show all posts
Showing posts with label Afee. Show all posts
12 September 2014
80an,
Afee,
Artis,
Cintaku tak pernah mati,
kumpulan.rock kapak,
lagu,
Malaysia,
otai,
review,
single,
tajuk,
terbaru,
Utopia,
Vokalis
5
Komen Melekat
AFEE UTOPIA CINTA TAK PERNAH MATI UNTUK MENYANYI
Yang lahir tahun 70an & remaja masa tahun 80an mesti kenal
dengan kumpulan Utopia kan?? Zaman rock kapak memang banyak penyanyi
yang hebat2.. pendek kata kebanyakkan penyanyi zaman tu memang dengan
bakat la.. Jarang yang jual rupa. Bagi yang generasi baru yang tak
sempat kenal dengan kumpulan Utopia. Kumpulan ni di anggotai 4 orang
ahli, Afee (penyanyi), Rano (Drummer) Husni (gitar) Iwan (Bas) Antara
lagu popular Utopia adalah Mithali Cintaku & Maya Percintaan.
Selaku
Vokalis kumpulan Utopia, Afee kini kembali mewarnai persada seni
tempatan dengan single terbaru secara solo. Otai kembali pegang Mic
tentunya belum hilang bisa. Nyanyian beliau masih mantap macam zaman
kegemilangan Utopia jugak. Cuma perlu sokongan dari penggemar muzik
tempatan untuk beliau terus aktif dalam dunia seni. Sayang.. bakat besar
dari seorang penyanyi berpengalaman di biar berkubur tapi kita sibuk
mengangkat penyanyi baru yang bakatnya hanya paras buku lali.. gahnya
hanya pada kontroversi.
Single
terbaru Afee Utopia ni bertajuk Cintaku tak pernah mati . masih
mengekalkan vokal yang mantap. Lagu berkisahkan cinta yang di curangi
tapi tetap cuba di pertahankan. Memang ramai yang akan tangkap leleh..
sedu sedan la dengar lagu ni. Nak2 lagi yang ada kisah sama macam lagu
ni.. So, nak tau sejauh mana kehebatan Otai yang masih berbisa ni
apakata korang dengar sendiri single terbaru Afee Utopia. Bagi peminat
Utopia.. Mungkin single dari Afee mengembalikan nostalgia lama &
mengubat kerinduan anda pada kelunakkan suara Afee yang pernah
menghiburkan anda satu masa dulu.
Yang
lama tak semestinya lapuk. Kalau masih aktif bermakna masih ada
kekuatan dalam nyanyiannya. Jadi tak salah kita terus memberi sokongan
pada mereka. Kalau dulu kita rasa mereka hebat kenapa kita kita
biarkan mereka menagih simpati & sokongan walhal kehebatan dia
telah terbukti sejak dulu lagi. Terus menyokong otai2 lama yang masih
berbisa.
Sumber Google
Terkini dari Afee.. Orangnya pun hensem lagi apatah suaranya (sumber gambar KitaFM)
Subscribe to:
Posts (Atom)
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com