Showing posts with label mati. Show all posts

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

TERKINI! GAMBAR WARGA ASING BUNUH DIRI DI LUNAS KEDAH

TERKINI! GAMBAR WARGA ASING BUNUH DIRI DI LUNAS KEDAH. Tekanan hidup ni kadang - kadang buat manusia jadi cetek akal.. Kadang - kadang masalah putus cinta pun boleh buat orang bunuh diri.. Kita yang rasa masalah putus cinta tu macam masalah biasa yang semua orang akan lalui mesti rasa macam bodoh sangat orang yang sanggup bunuh diri kerana cinta ni.. Tapi tu la kan. Manusia ni kadang2 mentaliti & tahap kekuatan dalam diri dia tak sama. Ada orang lebih suka settle masalah sendiri & ada orang jenis nak sentiasa ada orang bagi support atau bantu dia setiap kali dia ada masalah. Bila tak dapat support & kekuatan dari orang lain mula la dia rasa down & mula la setan iblis main peranan untuk menyesatkan dia... Dan tak mustahil boleh berlaku kejadian bunuh diri bagai..


Adat & budaya sesuatu kaum atau bangsa pun kadang2 nampak jadi faktor kes bunuh diri ni. Contoh kita boleh nampak kes bunuh diri ni banyak berlaku kepada orang India.. Kalau di negara India la. Silap sikit minum racun & gantung diri.. Mungkin sebab mereka dah biasa melihat perkara tu di buat sejak turun temurun.. untuk keluar dari masalah adalah mati so bunuh diri adalah penyelesaiannya bagi sesetengah masyarakat kat sana.

Terbaru nampak update dari kawan bekas satu sekolah dulu gambar seorang warga asing mati tergantung kat sebuah pokok di lunas kedah. Katanya kejadian baru je lagi berlaku pagi tadi. Lokasi katanya dekat dengan kilang greatech dekat dengan parking kilang keropok & coklat. Orang lunas tau la kot.. Aku even orang dekat2 situ pun aku tak boleh imagine tempat tu.. Kilang greatech pun aku tak tau kat mana.. Nak2 lagi aku dah 10 tahun berhijrah ni.. Lagi la tepu otak nak ingat tempat2 kat sana. Menurut sumber yang aku baca.. warga asing tu pekerja kilang dekat2 situ la jugak.


Gamaknya pasaipa la sampai bunuh diri tu yer? Ke di bunuh pun tak tau la.. Tunggu je siasatan polis. Nak buat spekulasi ni bukan kepakaran aku la kan? Kepakaran aku cuma mengulas isu2 semasa & menyebarkan berita je hehehehe

Apapun.. Moga kita semua jadikan benda ni satu peringatan. Penting bila ada masalah kita lebih mendekatkan diri dengan maha kuasa bila kita buntu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Kerana 'Dia' lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita bukan menjadi 'Malaikat Maut' kepada diri sendiri. Benda ni boleh berlaku kepada sesiapa sahaja bila nafsu melebihi akal & iman.. Jadi setiap kali rasa down atau tertekan sangat Isghtifar banyak banyak.

MAYAT VOKALIS KUMPULAN ROCK MELAYU 80AN DITEMUI DALAM KEADAAN MENYEDIHKAN

MAYAT VOKALIS KUMPULAN ROCK MELAYU 80AN DITEMUI DALAM KEADAAN MENYEDIHKAN. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga & sahabat handai Vokalis kumpulan rock 80an.. Ujang Samudera yang di khabarkan telah meninggal dunia. Kumpulan samudera pernah popular dengan lagu Salam Sejahtera di zaman kegemilangan mereka.


Selepas Vokalisnya Ujang tidak aktif lagi menyanyi beliau bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat sehingga beliau di temui meninggal dunia di kediamannya selepas 6 hari tidak datang bekerja.


Sebab risau salah seorang rakan sekerja Arwah Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin berkunjung kerumahnya di FELDA Palong Timur, Segamat dan menemui mayatnya dalam keadaan yang agak menyedihkan sebab menurut jiran arwah berkemungkinan meninggal dunia sejak tiga hari lalu. Tapi tak payah kita buat spekulasi macam mana keadaan mayat Arwah...  Cuma kita doakan moga roh beliau di ampuni segala dosa dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang beriman.


Mungkin arwah meninggal dunia sendirian di rumah.. Wallahualam. Kematian di klasifikasikan sebagai mati mengejut bermakna tiada unsur2 jenayah ke hapa. Mungkin dah sampai masanya.. Takkan terlewat atau cepat walau sesaat.

Apapun.. semoga di permudahkan segala urusan terakhir arwah di dunia ni.. Moga di beri kebahagian di alam abadi sana. Al Fatihah untuk Allahyarham Sarfen Husin.

SEMPENA MAULIDUR RASUL, BUNTAT LEBIH TRENDING DARI RASULULLAH SAW

SEMPENA MAULIDUR RASUL, BUNTAT LEBIH TRENDING DARI RASULULLAH SAW. Aku ni serius aku tak follow sangat drama 7 hari mencintai ku ni.. Tapi tengok jugak sikit2 la. Selalu aku menonton pun memang tak tumpu sangat. Kiranya tengok kalau ada kesempatan je la.. Tapi untuk episod semalam yang aku tak sure episod keberapa dah.. Tertengok la jugak sikit sebelum 7.30 semalam..

Pelakon Kanak Kanak Yang Membawa watak Buntat Dalam Drama 7 Hari mencintaiku

episod semalam buat ramai follower drama ni terutama perempuan menangis teresak esak. Episod si Buntat meninggal dunia. Masa babak tu keluar background lagu Uji rashid tapi tak sure tajuk apa.. Lirik dia aku ingat sikit.. 'Dalam dakapan senja, ku renungi gambar wajahmu... bla.. bla.. dah tak ingat. Dah la babak mati keluar pulak lagu yang menyentuh hati mau tak meraung la hakak2 yang menonton. Aku sebab tak follow & tengok pun tak kusyuk sangat.. so feel sedih tu tak terasa la kot. Hahahahaha. Tak expect Buntat akan jadi trending semalam... Tapi sebab ramai followers drama tu makan trending la buntat lebih dari hero & heroin drama tu..

babak yang menyentuh hati hakak2 yang menonton semalam

Sebab dah masing2 asyik bercakap pasal buntat & jadi trending semalam.. Teguran dari seorang pendakwah sebab kebetulan semalam adalah hari Maulidur Rasul tapi Nabi Muhammad SAW tak pulak jadi trending macam buntat.. Tegur2 manja jer. Yelah kita ni memang sentiasa kena ingat mengingati ye dak.. Sebab kita manusia bukan tak ingat tapi kadang2 terlupa jer yang kita dah nampak taksub sangat dengan hiburan..

Bukan la tak boleh berhibur tapi mungkin apa yang nak di sampaikan mungkin sekadar untuk mengingati kita semua supaya jangan berlebihan sehingga membelakangi apa yang perlu di dahulukan. Tak perlu kot nak keluarkan status tak puas hati macam sipolan ni..


Jadi sama - samalah kita ambil Teguran Ustaz Kazim elias sebagai tegur kerana sayang sebab aku ada nampak ada yang sarcasm Ustaz Kazim balik. Konon dia pun layan Buntat jugak. Bukan layan maybe sebab dia nampak sana sini orang update pasal buntat sebab tu tercetusnya teguran tu. Terima je la apa yang baik untuk memperbaiki diri kita kan...

Apapun hakak2 semua jangan sesedih.. sedekahkanlah Alfatihah untuk Buntat. Moga Lepas ni Murah rezeki buntat dalam bidang seni supaya dia menjadi salah seorang pelakon yang membuktikan untuk menjadi seorang pelakon yang di minati ramai tak perlu rupa paras & fizikal yang menawan sangat. hehehehe

P/S : Cari balik screenshot teguran Ustaz Kazim Elias tu tak jumpa pulak.

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II

KISAH RUMAH SEWA BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM PART II. Seperti yang di janjikan dari entri kisah seram yang lepas pasal rumah berpuaka di seksyen 17 shah alam tu.. Malam ni aku sambung la kisah tu. Maka malam ni pakat2 duduk dalam selimut siap2 sambil baca entri cerita seram pasal rumah sewa berpuaka kat seksyen 17 tu. Kisah dia memang lebih menyeramkan dari episod pertama. Ni kira final kisah ni.. Bagaimana dia menggangu budak2 student IPT yang menyewa kat situ & kenapa rumah tu jadi berpuaka.

Gambar sekadar hiasan

Kalau episod pertama haritu kisah Ustaz Zul kena sakat.. kisah kedua pasal ustaz suhaimi salah seorang penyewa kat situ di sakat tapi kisah ustaz suhaimi di sakat tak extreme sangat. Cuma masa dia nak naik tangga ke tingkat atas... dalam samar samar dia ternampak satu lembaga yang macam manusia berambut panjang sedang mencangkung atas tangga memandang kearah dia. Sempat jugak mereka bertentang mata dalam 2 - 5 saat macam tu sebelum lembaga tu hilang. Kira tak sempat jatuh cinta tapi sempat jugak buat ustaz suhaimi berdesup lari keluar dari rumah tanpa tutup pintu, start kereta pergi rumah kawan dia yang tak jauh dari tempat tu. Tu dia penangan puaka rumah sewa seksyen 17.. Ustaz pun bertukar jadi watson nyambek katanya. memecut melebihi had laju sebab terkejut & takut.

Tu pasal kisah ustaz suahaimi.. Ni kisah bebudak student IPT yang menyewa kat situ. Dalam episod pertama memula cuma seorang je student IPT yang sewa kat situ tumpang abang angkat dia ustaz suhaimi (boleh baca episod pertama tu kat sini >>PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM << ). Selepas masuk sem ke 2 tu ramai student yang turut menyewa kat situ. Dalam episod pertama si pencerita (student pertama yang sewa kat situ) memang tak kena sebarang gangguan tapi lepas tu... Dia pun tak terkecuali dah. Setakat bunyi orang ketuk pintu tengah malam, bayang-bayang kat cermin tingkap, suara-suara halus.. suara anjing tengah malam (walaupun kawasan kejiranan kat situ tak bela anjing sebab majoriti melayu islam) tetapi tetap berlaku lolongan anjing menyeramkan di waktu malam.

Kejadian paling seram & extreme ni berlaku pada waktu tengah malam. Kira2 dekat pukul 12 tengah malam la.Almaklum la time tu la jin & syaitan sangat aktif melakukan aktiviti tak bermoral dok kacau anak cucu cicit adam katanya. Tapi biasa budak2 student ni mana ada jenis tidur awal. Kalau jenis tidur awal confirm la jadi bahan. Tapi malam tu tetiba dia rasa mengantuk sangat walaupun kebiasaanya dia tidur macam kawan2 dia yang lain jugak antara pukul 1 atau dua pagi. So dia masuk la bilik.Dia kongsi bilik dengan ustaz suhaimi. duduk master bedroom. Ada la satu katil queen size. Tapi ustaz tak ada malam tu. So dia tidur sorang2 je tu yang tak sedar dia tidur dalam keadaan terbalik. Kepala dekat hujung katil, kaki mengadap kepala katil

Sedang enak di buai mimpi tetiba dia rasa bahagian kaki dia macam sejuk lain macam jer. tetiba teringat pulak mak mertua kakak dia cakap kalau bahagian kaki sejuk konon roh orang mati sedang pegang tubuh kita. Di kukuhkan lagi kisah dogeng & mitos konon roh orang mati pegang badan kita akan rasa sejuk bila teringat pulak kisah kawan abang ipar dia yang mati lemas & mayat di jumpai selepas 3 hari hilang. Konon lepas mayat tu di jumpai roh kawan abang ipar dia berkeliaran la cari kawan kawan & berlaku benda yang sama pada abang ipar dia yang di percayai di datangi roh kawan dia yang mati lemas tu. Tapi kakak dia yang kena sentuh bukan abang ipar dia. roh orang mati mana boleh balik kedunia dah dik Ooi.. Yang kau percaya sangat tu dah kenapa. hahahaha. Aku tulis balik sebab dia share kisah tu macam tu. So dia percaya yang sentuh kaki dia pada malam tu adalah roh orang yang dah mati. Awas! Dalam Islam yang menganggu manusia bukan roh orang mati tapi hanya jin & syaitan yang mungkin menjelma seperti simati untuk menyesatkan & merosakkan akidah manusia.

Lepas dia rasa kaki dia sejuk & di sentuh sesuatu tu.. tiba2 rasa badan dia di himpit pulak. Tapi di sebabkan dia dah biasa kena himpit macam tu so dia semakin tahu la cara nak handle. Konon sebelum ni kena himpit siap boleh berunding lagi dengan makhluk yang di himpit. Tak tau la betul ke tidak.. Sebab dah ada pengalaman so dia tak panik sangat la. Dia guna kaedah2 yang dia tahu untuk melepaskan diri. Tapi tak share pulak macam mana caranya. Cuma dia mention ikut sunnah nabi je.

Dalam dia dok meronta ronta tu, sempat dia tengok semua keadaan sekekeling yang masih terang sebab tak sempat tutup lampu sebelum dia tidur. Walaupun tubuh dia kaku tak dapat bergerak tapi jelas dia nampak barang2 dalam bilik tu termasuk almari & jam dinding katanya. Tak semena mena tiba dia terasa macam ada pergerakkan berlaku. Katil queen size tu seolah2 bergerak & terangkat. Tiba2 sahaja dia rasa katil terapung bila dia nampak paras tilam dia dah sama level dengan paras almari plastik dalam bilik tu. Dalam 3 kali katil naik turun macam tu.. Dia cuba meronta2 nak lepaskan diri tapi tak berjaya. Mula la dia rasa marah walau still takut jugak. Nak jerit suara tak keluar tapi sempat dia cabar melalui suara hati suruh makhluk tu tunjukkan diri kalau berani sangat. Apa barang buat serangan hendap macam tu kan? Selepas banyak kali dok cabar jugak makhluk tu tunjuk rupa dia.. tetiba dia terdengar suara macam bunyi babi beserta bau yang memang tak best langsung la. Dia pandang ke arah dinding bahagian kepala katil. Tak lama lepas tu muncul asap hitam dekat kepala katil & membentuk satu rupa yang sangat hodoh. Time tu dia dah tak tau nak cerita macam mana perasaan takutnya dia. Katanya perasaan takut tu melebihi takut masa nak jumpa cikgu disiplin masa sekolah dulu.Masa cabar tu kau macam berani je kan? Itulah peristiwa yang paling menakutkan dalam hidup dia. Dengan izin Allah katanya.. dia berjaya menjerit & terlepas dia dari gangguan makhluk tersebut

Lepas dia bangkit dari katil.. badan dia berpeluh, nafas kencang macam baru berlari naik tangga. Selepas tenang sikit baru dia keluar dari bilik tanpa pandang belakang lagi. Dalam keadaan pening & keliru.. tak tahu nak kata mimpi ke real tapi dia boleh rasa memang semua tu bukan mimpi. So dia pergi ke bilik kawan kawan dia tapi dia tak cerita apa yang berlaku. Tengok kawan2 dia rilex je dok menyembang seolah2 tak ada siapa dengar apa2 bunyi pelik masa kejadian tu berlaku kat dia tadi tapi ada jugak salah seorang housemate dia yang perasan apa yang berlaku malam tu. Kesudahnya malam tu dia join kawan2 lain tidur kat ruang tamu beramai ramai.

Walaupun dia tak share kisah seram penuh misteri & mistik yang berlaku pada dia sebab takut kawan2 dia lari cari rumah sewa lain akhirnya semua membuka rahsia bila satu mensyuarat kecil depa buat ketika berada di luar rumah. Masing2 ada kisah seram di ganggu puaka dalam rumah tu. Akhirnya misteri kenapa rumah tu jadi berpuaka terungkai bila ada jiran membongkar satu kejadian yang pernah berlaku kat rumah tu.

Katanya jiran depa tu salah seorang wartawan TV swasta. Dia dah lama berjiran dengan rumah puaka tu. Menurut cerita dia sebelum ada yang menyewa rumah puaka tu, dia & keluarga dia la jadi mangsa puaka2 dalam rumah tu. Tapi sebelum tu katanya ada orang tinggal. Lelaki.. kadang2 sorang kadang2 berdua & kadang2 berkumpulan. Kira rumah bujang la. Di pendekkan cerita once upon the time.. sorry ter speaking pulak.. Polis menyerbu ke rumah tersebut. Rupanya2 yang duduk kat situ adalah penjenayah yang paling di kehendaki polis. Masa serbuan tu, berlaku tembak menembak sebab masing2 taknak kalah. Penjenayah tu tekad nak serang polis guna parang. Baru sampai depan pagar rumah penjenayah tu di tembak & mati di tempat kejadian. Penuh la darah kat lantai depan pintu pagar tu. Lepas tu rumah tu kena sita selama 3 tahun sebelum tuan rumah tu menuntut semula untuk di sewakan.

Lepas bebudak tu habis belajar masing2 balik ke kampung halaman sendiri & rumah tu katanya di sewakan dari kawan kepada kawan2 yang seterusnya. Paling last depa dengar cerita pasal rumah tu katanya di sewa oleh seseorang dari kelantan yang agak alim. Tapi dengar kata keluarga tu pun berpindah ke tempat lain jugak. Rumah berpuaka tu menurut sumber cerita di katakan berada kat seksyen 17 & kat kawasan rumah tu ada pokok mangga besar.

Sapa yang dapat teka dari clue yang di berikan maka tahu la rumah yang mana. Aku jangan tanya la.. Memang confirm tak tahu. Kalau aku lalu depan rumah tu pun memang aku tak perasan sebab kadang2 aku sendiri tak tahu aku kat mana bila keluar dengan asben aku. Tahu2 sampai tempat yang di tuju je. hahahaha

Moral of the story..Sememangnya ada rumah2 tertentu yang di sukai jin & syaitan termasuklah rumah yang pernah berlaku pembunuhan. Jadi tak mustahil lepas berlaku penjenayah di tembak mati kat rumah tu.. sejak dari tu bermulalah kisah seram dalam rumah tu. nak2 lagi dia pernah disita & kosong selama 3 tahun kan.. 3 hari pun rumah kita tinggal dah ada jin buat hak milik inikan pula 3 tahun.  Tapi sekali aku nak ingatkan apa yang menganggu dalam rumah tu bukan dari roh orang yang dah mati. Orang yang dah mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk jelmaan atau cara sekalipun sebab dia dah terpisah dari dunia manusia. Yang ada hanya jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND

RISIKO KENA TEMBAK JIKA POTONG KENDERAAN LAIN KETIKA MEMANDU DI THAILAND. Aku pernah la jenjalan ke hatyai. Rasanya dua kali kot. Dua2 kali laki aku drive bawak masuk kereta sendiri ke sana. Tak susah pun nak drive kesana. Dengan anak kecik masa tu aku rasa lebih selesa bawa masuk kereta sendiri. Almaklum la nak kemana mana nanti senang. Tak payah nak sewa tut tut bagai. Tambang tut tut pun ta murah sangat nak ke satu satu destinasi.


Tadi terbaca Harian metro online kes rakyat malaysia yang di tembak matI kat Haytai baru baru ni. Katanya punca sebab suspek tak puas hati cara dia bawak motor & potong motor suspek. Sebab terkejut & geram terus sipolan tu tembak dia. Depa jenis tak main bertumbuk dah.. tembak terus je. Seram pulak aku baca kes macam ni.

Sumber Harian Metro

Memang kalau kat Thailand boleh tengok penunggang motorsikal kat sana takde nak merempit bagai. Even tak pakai helmet rilex je dorang bawak. Even jalan dorang memang tak systematic langsung tapi tetap nampak tenang jer. Bila kita kesana jangan la nak bawa motor macam kat Malaysia. Suka2 hati nak cilok sana sini. Kat Thailand sedia maklum depa nak dapat senjata api cukup senang. Malah senjata api di jual merata rata macam jual pistol mainan jer. So jangan nak tunjuk samseng jalanraya sangat la kat sana.

Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengaum. Kalau tiba kau me'lembu' dalam kandang harimau memang mati la jawabnya. Kita faham2 je la penunggang motor kat Malaysia ni. Cara depa bawa motor macam jalan tu depa je guna. Kalau tergolek sorang2 tak apa jugak.. ni buat tergolek atas jalan orang lain terlenyek dah melibatkan orang lain pulak.

Kalau setakat naik motor tak payah tunjuk samseng sangat la kan.. Melainkan kau naik benda ni >> anda akan kagum melihat ujian ketahan kenderaan ni << Besar la sikit tu pun tak bermakna kau boleh jadi samseng jalan raya walaupun kereta ni memang jenis kebal & kental punya.

Moral of the story.. Hormati cara & budaya orang lain bila kita ke tempat orang. Itu sangat penting untuk menjamin keselamatan kita selama berada di negara orang.

P/S : Entri ni tidak menuduh arwah bawa motor ala2 mat rempit cuma dari kes ni kita patut ambil pengajaran. Kalau berada di Thailand.. jangan nak merempit macam kat malaysia.

KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN

KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN. Lama tak memburu cerita seram jejauh ni. Almaklum la tadi belajar cara cara selamat nak hack supaya dapat tiket penerbangan percuma kat entri ni >> KISAH BANGUNAN 20 TINGKAT JADI BERHANTU SELEPAS KEBAKARAN << Dah berjaya guna tick hacking tu maka malam ni kita terbang jauh sikit memburu cerita seram. Jauh perjalanan luas permandangan seram katanya. Jadi sebab dah terbang jauh malam ni.. Marilah kita mengetahui kat mana terletaknya bangunan Joelma & apa kisah seram yang berlaku di sebalik bangunan 20 tingkat tu.


Bangunan Joelma terletak di Brazil. Apa ingat brazil ni terkenal dengan bola sepak je ke takde hantu. Ada ok kisah lagenda seram brazil ni. Salah satunya yang berlaku di bangunan Joelma ni. Bangunan ni amat terkenal pada tahun 70an. Memang time tu Bangunan Joelma ni menjadi tarikan orang ramai la. Tapi era kegemilangan dia berakhir pada 1 febuari 1974 bila bangunan 20 tingkat tu terbakar dan mengorbankan 190 nyawa manakala 350 orang lagi cedera. Ada yang cuba menyelamatkan diri turun menggunakan lift akhirnya tak berjaya keluar & terbakar hidup hidup kat situ. Ada jugak yang cuba melompat keluar dari bangunan tersebut.


Lepas kejadian kebakaran tu Bangunan tu di tutup selama 4 tahun untuk kerja baik pulih katanya. Maybe tak hangus jadi debu la tu masih boleh baik pulih. Tapi selepas di buka semula tempat tu menjadi tempat berhantu pulak. Almaklum la hantu.. Depa ni spesis suka ambil kesempatan. Maklum la tempat pernah berlaku kematian beramai ramai ni mula la depa nak menyamar jadi roh mangsa yang mati terbakar tu. Dasar hantu!

Walaupun punca kebakaran di katakan sebab arus elektrik namun masyarakat setempat percaya bahawa ia ada kaitan dengan perkara mistik. Sebab katanya tapak bangunan tu pun bukan elok sangat. Menurut cerita turun temurun katanya sebelum bangunan tu di bina kat tapak tu pernah juga berlaku kejadian pembunuhan. Dimana seorang pemuda membunuh seluruh ahli keluarganya & tanam mereka kat tapak bangunan tu kemudian dia bunuh diri. Di akui kumpulan aktiviti paranormal yang percaya tapak bangunan tu mempunyai kuasa negatif dari roh2 yang tidak di kebumikan secara baik. Namun kisah pembunuhan tersebut sampai sekarang tiada siapa dapat membuktikan ia pernah berlaku.

Selepas di bukan semula pada tahun 1978 katanya banyak berlaku kejadian kejadian seram di bangunan tersebut. Ada yang terbau hangus terbakar, ada yang dengar orang menjerit & ada juga yang kata nampak kelibat2 mangsa korban kebakaran yang pernah berlaku kat situ.

Aku sendiri tak tau kat daerah mana bangunan Joelma ni. Masih beroperasi ke tidak pun tak tahu la. Tapi kalau korang pergi brazil selain boleh buat benda benda yang menerujakan macam ni >> Bayangkan anda boleh buat 7 benda ni kat Brazil, memang nikmat gila << korang boleh ambil kesempatan tanya kat orang2 tempatan kat sana tentang bangunan Joelma tu sebab katanya trajedi tu sampai sekarang masih di ingati. Kot2 dapat cerita lebih best yang korang boleh share. Manatau jadi viral katanya.. hehehe

Moral of the story.. Jin & syaitan ni tak payah terkejut la. Kat mana2 pun dia ada. Nak2 lagi tempat2 berlaku kejadian kejadian negeri yang boleh di kaitkan sebagai punca berlaku kejadian mistik. Almaklum la kerja dia kan menyesatkan anak cucu adam. Jadi dia takkan pencen sampai la kiamat.

VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK

VIDEO KRONOLOGI NAHAS HELIKOPTER DI SARAWAK. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter di sarawak. Kita sedia maklum Semalam para penyelamat berjaya menemui mayat pertama mangsa nahas helikopter tersebut. Beliau adalah Datuk Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Jenazah mangsa telah selamat di kebumikan semalam. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang orang beriman.

Hari ni tengok berita terkini pagi tadi katanya para penyelamat berjaya menemui dua lagi mayat. Bermakna ada lagi 3 mangsa masih hilang. Apapun kita doakan yang terbaik pada mereka yang masih hilang. Doakan keluarga mereka di beri kekuatan & kesabaran untuk menerima kemungkinan yang bakal berlaku.

Turut menaiki pesawat malang itu adalah Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun, Suami dato Noriah  Asmuni Abdullah dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan juruterbang warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.

Bagi yang terlepas berita kemalangan helikopter yang melibatkan orang orang kenamaan boleh tonton video kronologi kejadian kat bawah ni.

Sumber Harian Metro

Sebagai rakyat Malaysia berita berita macam ni memang sangat menyentuh perasaan. Rasanya lebih sedih berbanding dengan isu di tuduh rampas tanah orang. At least masih hidup & masih boleh bagi kenyataan untuk membela diri.. Tapi mereka yang terlibat dalam kemalangan maut macam ni dah tak ada cara untuk kembali. Hilang harta boleh cari balik hilang nyawa tiada ganti. Nahas2 macam ni bukan di rancang atau apa2.. Bukan sesaja depa nak buat aksi berani mati macam ni >> Lelaki ini 4 kali di tahan kerana buat aksi merbahaya Tapi akhirnya berjaya Mengadakan Live Show di Genting << Tapi perkara berlaku di luar jangkaan manusia. Hope takde sapa nak buat spekulasi yang bukan2 yang boleh menguris perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Ajal & maut semuanya ketentuan Allah.. Kita doakan semoga semua mangsa yang masih hilang berjaya di temui secepat mungkin.

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

VIRAL! KISAH SEORANG LELAKI NAMPAK CAHAYA PUTIH SEBELUM MENINGGAL DUNIA

VIRAL! KISAH SEORANG LELAKI NAMPAK CAHAYA PUTIH SEBELUM MENINGGAL DUNIA. Hari ni tengok orang mula share satu kisah berkenaan seorang hamba Allah yang baru pulang ke rahmatullah katanya. Sebelum memulakan cerita terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah. Marilah sama2 kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya di kongsikan oleh seseorang berkenaan satu perkara yang berlaku sebelum arwah kawannya meninggal dunia. Cerita ni di ceritakan semula Isteri arwah yang berada di sisi arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya arwah arwah berusia 42 tahun ketika meninggal dunia. Antara usia yang muda jugak la. Sebab almaklum la kita kan.. selagi tak melebihi 60 tahun tak rasa macam ajal dah dekat. Padahal ajal nak sampai takde had umur yang di tetapkan. Sampai masa pulang la kau ke rahmatullah tanpa lewat atau cepat walau seminit.

sebelum arwah ni meninggal dia baru je dapat kereta BMW yang baru di beli. Baru je rasmikan kereta tu. Lepas maghrib malam sebelum arwah meninggal, arwah bawa isteri dia keluar naik BMW, Dalam tengah memandu tiba2 arwah macam blackout sekejab tapi sempat si isteri ni tarik stereng. Bila arwah tersedar semula dia sempat berhenti kereta tepi jalan. Masa tu dia tanya isteri dia samada nampak tak cahaya putih yang dia nampak datang depan kepala dia. Malangnya isteri dia tak nampak. Dia pun tunjukkan kepada dia yang dah mula berpeluh sejuk. Peluh tu isteri dia memang nampak cuma cahaya putih tu isteri dia tak nampak.

Kemudian dia bagitau macam ada sesuatu yang tarik tengkuk (leher) dia. Bagi nak tenangkan suami dia.. si isteri cakap nanti balik rumah mereka sama2 baca yassin. Sekali lagi arwah bagitau isteri dia cahaya putih tu datang balik. Dan selepas tu dia terus terlentok & meninggal dunia dalam kereta BMW yang baru di belinya.

Cahaya putih yang arwah nampak sebelum dia meninggal dunia kita sendiri tak tahu apa benda. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Mungkin Allah memberi kesempatan arwah menceritakan apa yang dia nampak sebelum ajal dia tiba untuk memberi kita pengajaran. Kalau orang kafir ada yang percaya hidup & mati tu berlaku secara semulajadi sebab mereka tidak percaya pada Tuhan tapi sebagai seorang Islam kita dah di ajar sejak dari kecil ajal & maut Allah dah tulis bila & bagaimana.

Screenshot yang sedang menjadi viral sekarang

Moral of the story.. Ajal datang kadang2 tanpa signal macam sakit. So, marilah kita sama2 insaf & buat persediaan sebelum ajal menjemput kita pulang. Dimana saja kita berada kena sentiasa ingat Allah. Even melancong ke negara bukan islam pun kita kena tunaikan kewajiban kita sebagai seorang Muslim. Contoh kalau korang nak ke korea ini korang kena tahu dulu >> 8 Perkara Setiap Muslim Perlu Tahu Sebelum 'Travel' Ke Korea Selatan << Supaya korang takde la menyesal di kemudian hari. hehehe.

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU

BILA SEORANG IBU MENDOAKAN ANAKNYA MATI DAHULU. Menjadi seorang ibu ni secara automatik di anugerahkan satu perasaan yang sangat istimewa. Sayangnya seorang ibu memang tiada sempadan. Sebab tu ramai ibu2 media sosial sekarang suka caption gambar anak dia dengan 'nyawaku' bagai.. Yang mengambarkan itulah kekuatan hidup mereka. Tapi adakala sebab terlampau sayang.. Seorang ibu terpaksa mendoakan anak nya pergi dahulu.

Gambar sekadar hiasan

Nak2 lagi mereka2 yang ada anak anak kurang upaya ni.. Memang kebanyakkan ibu2 yang ada anak kurang upaya harap anak mereka yang di jemput Allah sebelum mereka. Bukan kerana rasa terbeban tapi kerana risau nasib anaknya tidak terbela. Andai dia yang pergi dulu siapa akan menjaga Amanah istimewa tu. Ibu ni ada satu perasaan yang sentiasa rasa orang lain takkan mampu jaga anak dia sebaik dia jaga.. lebih2 lagi yang istimewa. Sebab dia lebih rela menanggung sedih meratap pemergian dari terfikir apa nasib anaknya bila dia dah tak ada.

Kasihnya Ibu.. membawa ke syurga

Menjadi seorang ibu.. Sayang kepada seorang anak tu kadang2 hanya terbayang anak dia takde depan mata dia lagi pun dia boleh menangis macam mati anak. Tu baru terbayang apatah lagi benda yang di bayangkan tu benar2 jadi kenyataan. Bila dok tengok update gambar2 sekitar upacara istiadat pemakaman Almarhum Tunku Jalil anakanda sultan Johor.. Melihat gambar Sultan Johor kesat airmata aku terus terbayang ibu yang melahir & membesarkannya. 10 kali ganda rasa tu ibu rasa. Sebab aku percaya beliau juga harap anak beliau kembali sembuh & hidup dengan sihat. Tapi.. Janji Allah tu pasti. Anak yang pernah membesar dalam rahimnya.. Di lahirkan dengan risiko nyawa hujung rambut.. & terpaksa menyaksikan bagaimana anak yang di tatang bagai minyak yang penuh, pernah ketawa,tersenyum & menangis depan matanya menjadi sekujur jenazah yang akan hilang dari pandangan mata. Melihat anugerah yang di pinjamkan kembali kepada pemiliknya. Dan terpaksa melihat kesan2 tinggalan seseorang yang pernah wujud dalam hidupnya. Sesungguhnya.. Amat berat untuk di lalui sesiapa sahaja. Tak mudah untuk membiasakan diri tanpa orang yang pernah kita sayang. Ya Allah.. Kuatkanlah hati2 mereka yang di Uji dengan kehilangan anak ni. Aku sendiri pun rasa sebak dah... Ok nangis jab!

Gambar Yang paling Menyentuh Hati sekitar upacara pengebumian Almarhum Tunku Abdul Jalil. Kasihnya Ayah.. tiada sanggup berpisah.

Sayangnya seorang ibu kadang2 terlalu takut anaknya hilang... Dan kadang2 dia harap anaknya pergi dulu bila dia merasakan anaknya tidak selamat bila dia tiada disisi. Sayang seorang ibu kadang2 tak terjangkau akal kita memikirkannya. Yang masih ada ibu & seorang ibu.. Sejauh mana anda sayangkan mereka jom uji kat sini >> Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Moral of the story.. Ibu & ayah hanya datang & pergi sekali dalam hidup. SEKALI. Pemberian yang hanya sekali tu.. hargailah sebaik mungkin

BLOGGER MALAIKAT MAUT ASYIK MATIKAN ARTIS DALAM ENTRI

BLOGGER MALAIKAT MAUT ASYIK MATIKAN ARTIS DALAM ENTRI. Tulis blog sapa yang taknak ramai orang clik & baca blog aku. Itulah tujuan aku tulis blog supaya orang baca apa yang aku tulis. Aku bukan jenis blogger yang konon tulis blog macam diari harian untuk tatapan masa depan. tak kisah la orang baca ke tidak.. Aku memang suka menulis. Aku nak tulis diari bukan dalam blog. Jadi bila aku tulis blog memang aku tulis cerita untuk di baca & dari hari pertama aku tulis blog memang aku harap ada orang baca apa yang aku tulis.


Tapi tak sampai la nak sebarkan perkara yang terang2 tak betul. Dulu aku pernah jugak terpost khabar2 angin ni tapi bukan niat nak sebarkan fitnah atau gosip. Mungkin masa tu dalam proses memahami dunia maya so mudah terpedaya dengan post2 yang tanpa usul periksa. Bila dah semakin lama terjebak dalam media sosial ni aku semakin faham fenomenanya so aku semakin memilih apa yang aku nak post.. Tak kira la berita, cerita, gosip & sebagainya. Aku pastikan berita yang aku nak tulis tu ada bukti dari sumber boleh di percayai.

Tapi ada jugak blogger tema blog dia asyik dok matikan retis jer dalam entri dia. terang2 nampak tujuan dia sekadar nak dapatkan rating & traffic blog jer. Dia ni blogger cari makan biasa la. Ada saja retis dia nak sebarkan fitnah konon dah meninggal dunia. Aku ada perasan tapi aku baca tajuk jer.. Dah tau. dia ni Gimik melampau lampau sangat. Dah macam blogger malaikat maut je.. Yelah kalau dah asyik tulis cerita tak betul pasal orang yang hidup.

Hope dia cuba cari cara lain yang lebih berhemah la nak cari traffic blog pun. Aku pun bukan baik.. Tapi rasanya masih tak tergamak la nak tulis cerita2 macam tu. Dah terang2 memang tak betul. Dari baca blog yang asyik buat entri yang matikan artis yang masih hidup baik korang layan filem tamil lagi bagus. At Least cerita dia lagi real dari entri blogger malaikat maut macam tu. Takde la sakit hati sangat sebab kita tahu cuma filem. Ni tulis entri macam ye ye je betul padahal fitnah semata mata.

Moral of the story.. Aku pun blogger yang suka juga up cerita pasal retis.. Tak payah hipokrit kata kita memang tak pernah ambil tahu dunia hiburan. Konon tak tulis pasal retis.. tup2 upload gambar pi event yang melibatkan retis untuk promosikan retis tu. tetap jugak kau layan retis2 ni kan.. Cuma konon kau banyak tulis pasal personal life kau anggap orang tulis cerita retis macam blogger murahan sangat. Tapi.. berpada pada la. Jangan manjang asyik up fitnah tak berasaskan je. Tu bukan kategori tak sengaja dah.. Tu memang konsep blog dia gamaknya.

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL. Sekarang banyak group paranormal di tubuhkan.. Bukan je kat luar negara malah kat Malaysia ni pun dah makin banyak. Masing2 nak mengkaji makhluk ghaib sampai aku rasa kadang2 jin pun menyampah nak layan depa ni. Pada yang obses dengan aktiviti paranormal ni kadang2 sampai sanggup lakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam dah akhirnya membawa malapetaka pada diri sendiri.


Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan dengan group paranormal jugak. 5 sekawan ni tekad nak menyiasat kewujudan entiti @ makhluk halus di sebuah rumah tinggal. Sebelum mereka ke rumah tersebut salah seorang dari 5 orang ni selalu dapat mimpi ngeri berkenaan rumah tersebut membuatkan ketua kumpulan group paranormal ni semakin nak mamat tu join mereka kerumah tersebut sebab lelaki tersebut sebenarnya ada kaitan dengan kejadian ngeri pernah berlaku di rumah tersebut. Ibu kepada lelaki tersebut sebenarnya pernah terlibat dalam kejadian misteri di rumah tersebut. Selain memburu hantu tujuan mereka kesitu adalah untuk menghentikan gangguan mistik yang berlaku terhadap kawan mereka. Semasa mereka menyiasat dalam rumah tersebut satu patung ballet pada kotak music yang mereka temui dalam sebuah bilik boleh bernari sendiri bila di sentuh. Salah seorang lelaki dalam kumpulan tersebut merasakan ia adalah petunjuk bila patung tu akan berhenti ke arah carpet. Mereka cuba mencari sesuatu yang berada di bawah semua carpet yang ada dalam rumah tu. Akhirnya mereka temui satu lukisan berbentuk bulat iatu simbol untuk mengadakan upacara menyeru syaitan. Berpandukan sebuah buku rujukan.. mereka mula berpegangan tangan mengelilingi bulatan simbol tersebut sambil salah seorang membaca mentera menyeru roh. Tiba2 salah seorang ahli kumpulan tersebut yang sedang mengandung 10 minggu merasa sakit yang teramat di bahagian perut memaksa teman lelakinya terpaksa melepaskan tangan seterusnya telah melanggar syarat upacara tersebut. Bila tangan di lepaskan maka membolehkan roh2 yang di seru bertindak ganas. Maka berlakulah kejadian bunuh membunuh yang akhirnya menyebabkan kesemua mereka mati dalam rumah tersebut kecuali seorang perempuan yang sedang mengandung kerana dia jadikan pewaris untuk roh2 jahat tersebut. Itu adalah syarat untuk membolehkan roh2 jahat tersebut bebas. Mereka perlu mengorbankan nyawa manusia.

Done!

Tak tahu selepas tu apa jadi kepada salah seorang ahli group paranormal tersebut yang tengah mengandung sebab ending cerita tu sumpahan roh2 jahat tu tak berjaya di hapuskan pun malah dia berjaya mendapat pewaris lagi lepas cerita tu pun habis. Begitulah kisah yang mampu aku cerita secara ringkas untuk filem Demonic. Walaupun ia di arahkan oleh pengarah yang sama untuk filem The Conjuring tapi rasanya The Conjuring lebih best berbanding Demonic. Cuma bagi aku demonic ni boleh jugak la aku tengok tanpa ada rasa nak menyumpah seranah. Kadang2 sebab sound effect dia terkejut jugak la. Cuma filem ni mula2 tu memang banyak sembang. Aku kalau filem banyak sembang ni memang cemuih sikit tapi masuk pertengahan cerita dah banyak babak2 suspend.

Kesimpulannya.. Filem ni kategori not bad tapi bukan yang terbaik sangat. Boleh la tonton sambil2 makan sandwich cili padi. Confirm, korang akan rasa sandwich tu lebih seram dari filem demonic. Sebab filem ni bagi aku seram seram manja jer. Bukan level seram yang menepati piawai ketakutan aku. Tapi kalau sandwich tu memang lebih seram dari filem seram. hahaha

Moral of the story.. Pada group2 paranormal yang ada sekarang. Please kalau ilmu tu sejengkal jangan rumah berpuaka korang nak try. Tak payah nak tunjuk terrer sangat dengan hantu kalau Al Quran pun korang tak khatam. Ayat Qursi pun tak hafal.. Ingat yer adik2 paranormal. Peace Yo!

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA

INILAH BUKIT BERDARAH DI MALAYSIA. Ada ke bukit berdarah kat Malaysia? Ada tapi bukan namanya bukit berdarah tapi di istilahkan atau di umpamakan sebagai bukit berdarah. Adakah sebab ada darah yang keluar dari bukit tu mengalir macam larva gunung berapi? Apakah kisah di sebalik bukit ni berdarah? Nak tahu meh la baca... Jangan malas2 kalau nak tahu.


Bukit berdarah yang aku maksudkan adalah bukit tabur yang terletak di taman melawati, Gombak. Antara lokasi yang menjadi tempat untuk orang buat aktiviti hiking @ mendaki. Bukit tabur mula mendapat perhatian pada tahun 2006 sebab keindahan di puncak bukit tersebut. Waktu tu memang ramai jurugambar amatur mula mengambil gambar & menyebarkan di laman sosial.

Tapi sayangnya Bukit tabur banyak berlakunya kes kes kemalangan yang menyebabkan kematian pendaki yang pernah datang ke situ. Antara kes kematian yang pernah berlaku melibatkan pendaki adalah

- 14 Januari 2014: Soleha Abdul Rahman, 25, dilaporkan terjatuh dari Bukit Tabur kira-kira 60 meter ke dalam gaung. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

- 5 Januari 2014: Noor Asmahani Hashim, 28, mengalami kecederaan belakang, tangan dan wajah setelah terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter.

- 3 Disember 2013: Guru sains, Ng Pee Tat, 30an, maut setelah tergelincir di sebuah cerun yang curam ketika pertama kali menyertai pendakian di Bukit Tabur bersama rakan-rakannya

- 28 September 2013: Tan Tick Soon, 51, jatuh sejauh 60 meter di cerun curam dan mengalami kecederaan serius. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa empat jam untuk menyelamatkan mangsa

- 17 Disember 2012: Seorang jurutera berusia 27 tahun terselamat setelah terjatuh dari ketinggian 100 metre ke dalam gaung di Bukit Tabur. Chan Wing Sing bagaimanapun mengalami kecederaan buku lali dan pinggang.

- 19 Disember 2009: Lima sekawan dilaporkan sesat selama lima jam ketika mendaki Bukit Tabur, namun berjaya ditemui dengan selamat.

-23 September 2009: Lim Kok Leong, 51, terselamat daripada maut setelah dahan-dahan pokok memperlahankan jatuhan mangsa ketika mendaki berseorangan di Bukit Tabur. Mangsa terperangkap selama lima jam sebelum berjaya diselamatkan.

- 28 Mac 2009: Dua doktor ditemui mati di dalam gaung berhampiran Klang Gates di Ulu Ampang selepas sebuah ekspedisi mendaki di Bukit Tabur. Kedua-dua mangsa Dr Haliza Mohd Shafie, 53, seorang pakar kanak-kanak dan Dr Amin Tai Abdullah @ Tai Yen Ming, seorang pakar bedah kanak-kanak dilaporkan tergelincir dan jatuh dalam jarak sekitar 500 meter.

-15 Oktober 2008: Seorang pelajar kolej jatuh dari ketinggian 100 meter namun terselamat ekoran dahan-dahan yang menahan mangsa dari jatuh dengan lebih cepat. Mangsa bagaimanapun dilaporkan cedera parah antaranya luka dalam di dahi, retak tulang rusuk serta tertusuk ke paru-paru.

-sumber  Bukit Tabur ‘bukit berdarah’-

Sebab tu pentingnya kita kalau nak mendaki ni pergi secara berkumpulan & dengan orang2 yang memang mempunyai kepakaran dalam aktiviti lasak macam mendaki ni. Untuk mengelak kejadian2 macam ni berlaku sebab laluan nak daki bukit tabur ni apa yang aku baca memang agak bahaya & licin. Jadi kalau korang memang peminat aktiviti lasak macam mendaki korang kena tahu 16 Groups ni supaya korang boleh melakukan aktiviti lasak korang dengan kurang risiko. Nak tahu apa 16 group tu meh tengok kat sini >> 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem <<

Moral of the story.. jangan memandai mandai kalau tak pandai sebab punca kemalangan berlaku kebanyakkan sebab kita memandai mandai kepada perkara yang kita tak arif.

ALFATIHAH UNTUK PENYANYI HAZAMI BUKAN FITNAH TAPI SALAH FAHAM

ALFATIHAH UNTUK PENYANYI HAZAMI BUKAN FITNAH TAPI SALAH FAHAM. Kecoh semalam hampir viral jugak screenshot salah satu fanpage yang macam nama anak che ta & zain je. Aku pun lupa apa nama fanpage tu.. Ingat tang Aaisyah rania.. bla.. bla.. gitu la bunyi. Kecoh bila Admin fanpage tu post  mohon peminat penyanyi & komposer Hazami.. sedekahkan alfatihah untuk beliau. Caption dia tu ada juga minta peminat & ahli keluarga Hazami bertabah.

Memang caption mengundang salah faham tapi kita tetap tak boleh judge dia memfitnah sebab tiada unsur2 fitnah pun kat situ. Dia just minta sedekahkan Alfatihah je takde statement hazami meninggal dunia pun

Memang la post macam tu mengundang salah faham.. ada yang ucap  Innalillahiwainnalillahirojiun lagi. Aku memula baca macam terkejut jugak. Bila aku baca balik... Takde pulak mention pasal mati atau apa2 yang berkaitan dengannya. Just status minta sedekahkan alfatihah jer tapi yang membaca & cuba viralkan post tu sebenarnya salah faham. Yelah.. zaman media sosial asal dengar berita kematian jer.. Terus taip Al Fatihah... Padahal kita di ajar bila dengar berita kematian atau musibah pertama sekali ucapkanlah  Innalillahiwainnalillahirojiun bukan sedekahkan Al fatihah.

Lepas tu nak tuduh admin fanpage tu sebar fitnah bagai. Bila masa dia tulis penyanyi Hazami meninggal dunia.. Yang di tulis Al fatihah untuk hazami. Yang sebar fitnah adalah mereka yang menviralkan status tu sebab salah faham tentang Al fatihah yang di sedekahkan untuk hazami. Apa kau ingat Alfatihah boleh sedekah untuk orang mati je ke? Kita boleh sedekahkan Al fatihah untuk sesapa je.. Tak salah pun.

Inilah salah faham tersebar nitizen.. Asal taip Al Fatihah.. mesti tanya siapa meninggal?? Dah sinonim.. kalau Al Fatihah je mesti untuk orang mati. Lepas ni meh la kita reramai serbu rumah ustaz atau majlis2 agama belajar balik supaya kita takde la mengelabah bila orang sedekahkan Alfatihah kat orang yang masih hidup.

Moral of the story... Pentingnya siasat sebelum share tak kira la kau share sekadar nak dapat kepastian dari orang lain sebab benda tu la punca fitnah tersebar. Kalau tak sahih tak payah nak share. Tunggu je sampai dapat confirmation.

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN

BUANG SEL KULIT MATI TANPA PENGLUPASAN. Ada orang memang tak suka skincare yang mengelupas ni termasuk aku walau mengelupas kecil je pun. Memang la mengelupas kecil ni tak nampak kulit tu mengelupas tapi bila sapu bedak rasa berbulu je muka.. I tak suka U... Tak suka jadi makhluk berbulu di muka hokay!! hehehehe...

Sebelum ni aku pernah guna cosmorderm magic exfoliating gel untuk membuang sel2 kulit mati. Yelah.. dah mati tak elok simpan jadi bangkai nanti katanya. Tapi tak luak pun aku guna... sekali dua pakai memang lepas tu kulit mengelupas. Yang mengelupas tu katanya untuk buang sel sel kulit mati la.. So, aku stop gunakannya. Bukan sebab tak bagus tapi aku rasa bila mengelupas kulit macam kering.

Setelah sekian lama aku tak beli exfoliating gel ni... Ahad aritu terbeli jenama Bio Essence. Deep exfoliating Gel Royal Jelly + ATP... Kalau ikut promoter tu suggest guna 2 kali seminggu jer tapi kalau baca kat kotak dia katanya boleh guna hari2 sebab menggunakan formula yang sangat ringan & lembut. Katanya setiap hari kita mempunya banyak sel sel kulit mati untuk di buang bagi mengantikan sel sel kulit baru. Tapi dalam minggu ni aku baru je guna 2 kali.. Alhamdulillah takde sebarang penglupasan & tak buat kulit jadi kering kontong macam gurun sahara. Yang penting dia tak bagi kesan buruk pada kulit aku yang penuh misteri ni hehehe. Akak suka dik!!

macam ni la rupa Bio Essence Deep Exfoliating Gel Royal Jelly + ATP

Yang best lepas tenyeh2 kat muka kita akan rasa licin & bersih.. Menurut promoter tu deep exfoliating gel boleh membantu menghilangkan bintik2 hitam & memudarkan parut jerawat. Selain membuang sel sel kulit mati & menggalakkan pertumbuhan sel sel kulit baru produk ni jugak membantu menganjalkan kulit & melambatkan proses penuaan wajah. Consistent guna boleh menganjalkan kulit & nampak awet muda.

Cara pakai kena jugak bagi kat penuh kat keywords blog dok google.. Nak pakai benda ni kena pastikan ada berada dalam keadaan kering. Tangan & muka. Sapa Deep exfoliating gel ni ke seluruh muka kemudian usap2 perlahan lahan sampai keluar daki2 kat muka tu. Alah.. macam pakai scrub la. Lepas dah puas menyental sel sel kulit mati tu.. bebawak la pergi cuci. Tak susah nak guna kan??

Harga tak mahal pun... RM19.88. Pergi la cari kat guardian, watson, tesco.. ada je jual. Tapi maybe harga berbeza mengikut tempat. Tesco mahal sikit produk bio essence. Ni aku beli kat guardian je.

Moral of the story.. aku bukan perempuan cantik berdahi licin.. sebab muka aku berpuaka la aku gigih cari produk nak cantik. Jadi jangan membayangkan aku macam cinderella yer. hehehehe

PERKAHWINAN PALING SERAM BERTEMAKAN KEMATIAN

Orang sekarang nak kawen memang bukan setakat budget kena banyak.. kerja banyak.. otak pun kena banyak fikir. Yelah.. orang sekarang nak kawen berkonsep bagai. Nak2 lagi jenis pasangan yang memang suka lain dari lain. Yang pelik pelik je dorang nak buat. Tapi konsep kematian ni aku tak pernah tengok lagi orang buat. Ini betul2 menginsafkan katanya... hehehhehe


Ni bukan sekadar demo tapi memang betul betul ada pasangan pengantin buat tau! Siap posse dalam keranda tu! Bagus sentiasa ingat kematian.. jadi takut sikit nak buat dosa tapi tu la.. Kalau kita buat benda ni kat kampung mau 10 tahun orang dok cakap pasal majlis kahwin kita setiap kali ada orang kampung buat kenduri kawen. Buat2 pulak masa tu sampai ajal.. Tak susah dah. Keranda semua dah stanby katanya... hehehehe

Kalau korang nak tengok macam mana tema perkahwinan berkonsepkan kematian atau Yang mana nak kawen masih tercari cari lagi tema majlis persandingan korang boleh tengok idea2 konsep perkahwinan kat sini >> 7 Tema perkahwinan yang paling cool & rare <<

Moral of the story.. Kalau hangpa berduit nak buat majlis bertema bagai buat la.. Tapi jangan nak cipta kelainan sampai tak sesuai pulak untuk majlis yang sepatutnya dapat keberkatan tapi sebab terlampau pelik & membazir hilang keberkataan jadi dosa balik.

GADIS MATI AKIBAT TAHAN BERAK

Jangan ada yang gelak yer baca tajuk entri.. Tak kelakar ok! Mati bukan perkara gurauan kot.. Bila sampai menyebabkan kematian memang kes serius jugak yang patut di jadikan pengajaran pada orang lain. Bukan semua orang rasa nak berak terus pi berak.. Ada orang fobia nak berak jadi dia sanggup tahan berak sampai berbulan bulan. Ni bukan cerita dogeng ok!


Seorang gadis mild austisme yang katanya setiap kali nak berak dia jadi fobia & sanggup tahan berak sampai 2 bulan. Bayangkan 2 bulan tak berak.. sedangkan kita membuang hari hari. Kalau tak buang satu dua hari mula la jadi sembelit bagai. Tapi remaja ni boleh tahan sampai 2 bulan. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.

Ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Gejala yang dialami oleh gadis tersebut adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak. Sewaktu mayatnya dipindahkan,  seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut gadis tersebut yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya.

Jadi moral of the story.. Jangan tahan berak. Kalau tengah meeting dengan bos nak berak sila minta izin pergi berak. Bukan apa kalau di ajar tahan2 ni kang terbiasa asyik nak tahan jer lama2 benda tu memudaratkan diri.

RUMAH SEWA ORANG MATI DI BUNUH JADI BERHANTU

Kita yang menyewa ni.. kadang2 tak tahu salasilah rumah yang kita nak sewa. Tak tahu siapa penyewa sebelum ni.. tak tahu apa yang pernah berlaku pada rumah tu & tak tahu rumah tu ada penghuni tak nampak ke tidak. Bila kita dapat rumah yang kita rasa sesuai dengan kita tak kira tempat dia strategik atau sewa dia yang dalam kemampuan mahupun rumah tu selesa untuk kita tinggal.. Maka selalunya kita akan terus deal. Jarang sangat nak tanya pasal penyewa sebelum ni. Kalau tanya tuan rumah  takkan bagitau punya.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Bila jadi banyak kejadian bunuh kat rumah ni aku terfikir jugak.. yelah sekarang ni zaman viral so rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan kejam macam yang berlaku pada sebuah rumah sewa yang di sewa sekeluarga kemudian berlaku kejadian bunuh & mayat si anak di tanam bawah lantai dapur kemudian di simen semula.. Lepas selesai siasatan & kes, ada lagi ke orang nak sewa rumah tu?

Kebanyakkan rumah macam ni akan jadi rumah hantu sebabnya jarang dah nak ada orang duduk. Bila dah tinggal & di biarkan usang maka datanglah makhluk2 tak nampak, nak2 lagi tempat yang pernah jadi pembunuhan memang antara sempat kesukaan jin. Spesis jin ni memang suka sangat nak tinggal free. Amaklum la orang tak nampak. Lepas tu mula dia buat hakmilik. Kalau ada orang lain datang tinggal start la dia menyakat.

Sebenarnya rumah2 macam ni boleh di bersihkan mengikut ritual keagamaan masing2. Kalau milik orang Islam.. buat cara Islam. Begitu jugak kalau pemilik dia non muslim buat cara depa je la. Tapi tu la yang susah nak bersih adalah mentaliti masyarakat. Asal rumah orang mati kena bunuh jer.. mesti jadi rumah seram berhantu. Maka mula la blog melekit nak up cerita segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. asyik dok momokkan orang dengan cerita seram pasal rumah tu maka aku pun bernafsu jugak nak tulis hahahaha.

Kesian kan.. bila yang berlaku kes macam tu adalah rumah sewa & yang buat adalah penyewa maka yang teraniaya adalah pemilik rumah tu. Rumah dia dah jadi takde value lagi. Kecuali hartanah memang ada value la. Roboh & bina semula. Tapi nak buat macam mana kalau dah takde rezeki dari rumah tu... macam aku hari ni cream bird nest bio essence anak aku campak dari tingkat 9. Banyak lagi isi dalam tu.. tapi dah takde rezeki maka berkecai kat lantai bawah je, Mujur tak kena kepala orang. Kalau tak bocor jugak. erkk.. ada kena mengena ke dengan cerita rumah orang mati di bunuh. Hahahaha..tetap nak bagitau tu.

Moral of the story... Jangan terlalu taksub dengan momokkan cerita rumah yang ada orang mati di bunuh atau bunuh diri akan jadi berhantu. Jangan terpengaruh dengan filem. Yang jadi berhantu bila rumah tu di biar kosong bukan hantu dari roh orang yang mati tu.

ASRAMA TEMPAT MENGASAH BAKAT GANGSTER

lama tak kupas kupis isu2 semasa macam ni kan? sekali sekala kita kena jugak tulis even blog ni dah jadi blog seram. Tak seram pasal cerita hantu seram pasal isu2 yang menghantui pembacanya. Hahaha... Alahai.. macam puaka sangat kau tu.


Ok ok.. aku tak nak berjangkit dengan Akak Mummydearie yang manjang kona baring, kuak lentang bagai bila tulis entri. Dalam satu entri boleh jadi 10 kisah dia tulis even tajuk satu je. Hahahaha... Berbalik pada tajuk yang di tajukkan. Ye pasal budak2 asrama sekarang.

Dulu mak bapak hantar anak ke asrama dengan tujuan nak anak tu lebih berdikari & berdisiplin. Adik aku dulu pun pernah duduk asrama. ye betul semua tu mengajar dia jadi lebih solehah & berdikari. Tu yang hari2 makan megi katanya sampai jadi ketagih. Tapi sekarang rasanya.. Asrama macam tempat yang tidak selamat pulak untuk anak anak kita. Bukan satu dua kes dah.. dah banyak. Tu kes yang di highlight di media sosial & media elektronik. Kes2 terpinggir yang di sembunyikan, maybe ada sapa tahu.

Dulu ragging tak sampai membunuh tapi sekarang kalau orientasi tu macam nak kena hukuman mati je dia punya buli. Yang terbaru di tendang sampai putus urat saluran darah ke otak sebabnya tak senyum kat senior je. Tu baru tak senyum gamaknya kalau dia jeling kat senior bukan takat putus saluran darah, putus kepala pun tak mustahil. Tapi semalam aku tengok berita interview bapak dia.. pihak sekolah bagitau anak dia jatuh katil, mulut berbuih kemudian meninggal padahal budak tu jadi mangsa buli senior. Tengok tu, pihak sekolah kalau boleh nak tutup hal sebenar. Tapi sebab ada bedah siasat, tak mampu nak tukar cerita la.

Asrama dah macam bukan tempat mendisiplinkan budak2 sekarang tapi tempat mengasah & menimba ilmu gangster yang di warisi dari senior2 terdahulu. Budaya ragging mesti di benteras & orientasi berbentuk membuli harus di haramkan. Sebab budak2 sekarang bukan macam budak2 dulu.

Moral of the story.. Jangan jadikan asrama akademi gangster. Hope ada jalan penyelesaian yang terbaik. Gamaknya warden asrama kena guna warden penjara yang lebih garang & tegas kot untuk mengawal samseng2 muda belia ni. Kalau tak habis anak orang di karate sesuka hati.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com