Showing posts with label samsung. Show all posts

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK. yang belum login maybank2u hari ni kena login cepat. Kalau lambat nanti takut terlepas peluang ni. Sebab peluang ni memang menarik sangat semudah login je. Nak tahu apa yang best? Meh baca entri ni sampai habis..


Sapa perasan contest yang di anjurkan maybank2u? Aku baru je perasan benda ni.. Almaklum la blogger nak check gaji dah masuk ke belum. Gaji blogger ni mana ada tarikh tetap kan.. kalau ada kerja ada gaji katanya. Jadi aku pun login la maybank2u nak check cashout 8share dah masuk ke belum..


secara tak sengaja ternampak maybank2u challenge yang best & menarik kat maybank2u. Dah la hadiah best.. syarat pun tak perlu buat task2 yang rumit cuma login sebanyak 5 kali je untuk menang hadiah2 menarik macam voucher diskaun membeli belah kat lazada, gadget2 elektronik macam smartphone samsung.


Syarat dia mudah.. Login sebanyak 5 kali selama contest masih berlangsung.. 1 login di kira untuk sekali login dalam 1 hari. Kiranya kalau hangpa login 10 kali sehari pun dia kira 1 point je. Bermakna kena login 5 hari la untuk dapat 5 point tu. Lepas tu tunggu je apa seterusnya...


Alah.. login je apa susah kan? Kalau tu pun susah pergi tidur je la layan mimpi indah dapat Huawei P9.. atau duduk atas sofa berangan sambil makan kuaci dah ler. hehehehe

Jadi mana2 yang ada account maybank2u tu jangan lepaskan peluang menarik. Mana tau rezeki korang kan..

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU

INILAH 7 RAHSIA SELFIE YANG MESTI ANDA SEMUA TAHU. Budaya selfie memang tengah melanda seluruh umat manusia di dunia. Tak kira kecil besar, tua muda,miskin kaya.. Orang sekarang suka berselfie dimana mana sahaja dalam apa saja emosi & keadaan. Tak kira suka & sedih. Ketawa & menangis. Dengan orang hidup mahupun mayat @ jenazah. Tak kira di shopping complex atau di tanah perkuburan. Trend berselfie ni memang tiada sempadan macam dapur cik mat gebu jugak katanya. hehehe

Selfie

Aku pun suka selfie jugak cuma tak suka sangat nak upload kat media sosial sekarang ni. Ada la sikit2 upload ikut keperluan. Macam nak tunjuk testimoni produk yang aku pakai ke.. Tapi memang selfie yang sipi sipi je la. Memang tak lengkap nampak seketoi2 muka aku. tapi aku bukan la pakar selfie sangat. Takat tadah muka dengan front camera kemudian clik button snap. Tu je la aku mampu. Cuma aku pastikan berselfie dalam keadaan cahaya yang cukup supaya nampak la pori2 kat muka aku ni dengan jelas. hahaha

Mesti ramai yang suka selfie nak tahu rahsia nak dapat selfie paling power. Sebab yang ramai suka selfie tapi tak tahu rahsia di sebalik sebuah gambar selfie yang power & gempak. Aku memang jenis tak boleh simpan rahsia nak2 lagi rahsia yang memang ramai orang nak tahu. Jadi kat sini aku nak bongkarkan rahsia macam mana nak dapat selfie paling power tahap gaban punya. Kalau korang nak tahu meh tengok kat sini >> 7 Rahsia Selfie Yang Mesti Anda Tahu << Kalau korang tahu rahsia ni confirm lepas ni selfie2 korang akan jadi paling gempak kat alam maya katanya.

Confirm ramai tengah try selfie sekarang ni kan? Takpe asalkan korang bahagia & tak menyusahkan orang lain sudah. Sebagai penutup aku ucapkan selamat ber selfie semua.

SEMUA BERLAKU KERANA TERPENGARUH DENGAN CIK MAT GEBU

SEMUA BERLAKU KERANA TERPENGARUH DENGAN CIK MAT GEBU. Memang punca dia cik mat gebu hokay.. Kalau tak mesti aku tak jadi ketagih sampai macam ni sekali. Mana tahan beb asyik dok melintas depan mata jer.. Tok Imam pun boleh tergugat inikan aku yang iman tak kuat. Tapi pengaruh tu pengaruh macam mana? Buruk ke baik?

Ni Gambar Hak Milik Blog Dapur Tanpa Sempadan. Terliur kan tengok gambar masakan Cik Mat Gebu ni. Nak resepi sotong ni meh terjah kat sini >> SOTONG TUMIS SOS TIRAM <<

Dulu memula buka account Instagram aku sendiri tak tau nak share gambar apa sangat. buat instagram pun sebab dulu ada job review yang memerlukan review di Instagram jugak. Tapi Kalau dah buka account instagram tu memang untuk berkongsi gambar la kan.. Takkan nak berkongsi luahan hati pulak walau tetap ada yang jadikan semua account media sosial dia termasuk Instagram ni tempat nak luah segala apa yang dia rasa. Instagram aku memang untuk aku kongsi gambar. Nak2 sekarang aku gila ambil gambar masakan. Ni semua pengaruh cik mat gebu la.. Jeles tengok gambar2 masakan dia yang cecantik.

Ni gambar yang di ambil dari Samsung Galaxy S4 Zoom guna auto mode je bukan lagi dari DSLR macam dulu. Skill tu masih tahap amatur la.. Tapi takpe usaha tangga kejayaan. Laksa tu homemade air tangan melekat lekit.. Rasa dia memang sebungkus laksa aku je makan sorang2 selama 2 hari. Ni pun rasa next week nak masak lagi. hahaha

Setiap hari aku belajar untuk cari shoot menarik bila ambil gambar masakan aku. Nak kata berjaya ambil gambar macam cik mat gebu tu takde la.. Cuma aku rasa macam skill ambil gambar aku improve jugak la dari dulu. Mungkin sebab aku dah ada Galaxy S4 Zoom yang asben aku belikan untuk aku sebab kesian kat bini dia asyik merintih nak Cybershot camera. Tapi aku still kena banyak belajar lagi macam mana nak ambil gambar yang menarik untuk Instagram aku. Secantik gambar masakan yang cik mat gebu ambil tu.

Orang kata bagai mengantuk di sorong tilam,bantal & selimut.. Tengah dok cari tutorial nak ambil gambar cantik untuk instagram terjumpa pulak artikel ni >> Rahsia Ambil Gambar Cantik Untuk Instagram Terbongkar. Rugi Tak curi ilmu ni << Nak2 lagi yang suka travel & ambil gambar. Memang membantu sangat la artikel ni. Rugi korang tak rebut peluang belajar dari artikel ni tau.

Untuk pengetahuan semua kalau sekarang ni tengok aku suka upload gambar masakan aku ketahuilah.. aku cuma terminat ambil gambar masakan bukan semata mata nak tunjuk apa aku masak & makan. Selagi aku tak dapat skill macam cik mat gebu.. selagi tu aku akan terus ambil gambar masakan aku katanya. hahahaha

KALAU ANDA PENGGUNA SAMSUNG CEPAT BACA SEBELUM RUGI

KALAU ANDA PENGGUNA SAMSUNG CEPAT BACA SEBELUM RUGI. Aku ada 2 gadget jenama samsung.. Satu Smartphone & satu lagi tablet. Masih setia sebab belum rosak. Lepas rosak nanti tak tau la kesetiaan ini masih pada samsung atau cinta beralih arah pada jenama lain pulak. Walau dulu pernah ada kontroversi gambar anjing yang tersembunyi dalam smartphone jenama Samsung yang original. Nak buka gambar anjing tu pun kena pakai code bagai.. Tapi takde la aku rasa was was pun. Gambar anjing je kot.. Lagi pun gambar tu tersembunyi. Bukan terpapar kat skrin setiap masa. bagi aku tak ada apa nak jadi Isu.. bukan tengok gambar anjing terus terpesong akidah pun.


Sebab aku ni bukan jenis cepat melatah dengan kontroversi mengarut.. Jadi tak apa yang aku nak ragukan dengan jenama samsung. Mungkin sebab2 pengguna setia macam aku ni kot samsung sampai bagi benda ni yang hanya pengguna samsung sahaja boleh redeem. Kalau hangpa nak boleh la tengok kat sini >> Tebus Sekarang Kalau Terlepas Anda Akan Rugi <<

Aku pun kejab lagi nak try la redeem menda alah tu. 3 bulan tu full access boleh tengok sampai lebam biji mata katanya. eklusif lagi tu. Rugi la kalau korang tak ambil peluang ni. Bukan selalu pun dapat macam ni. Tengah Samsung bermurah hati nak bagi.. Jangan sia sia kan.

Aku yakin ramai pengguna samsung yang baca entri ni... Jadi jom kita serbu. Jangan berlengah lagi. Orang lambat selalu rugi bagai anjing dengan bayang bayang... erkkk... hahahaha

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA. Semua ni sebab Lazada. Kalau tak kerana Lazada Buat Sale Online Revolution pasti benda ni tak jadi kat aku. Tapi tu la terlajak perahu mungkin boleh undur.. terlajak terjebak ni memang tak boleh nak undur dah. Terpaksa pasrah & redha je la. halalkan apa yang dah keluar tu. hehehe

Lazada Malaysia

Kerana Online Revolution Sale ni aku yang memang jarang sangat nak membeli belah secara online kecuali supplement untuk anak aku tu pun sebab kat luar tak ada jual kali ni memang betul2 terjebak jugak. Untuk Online Revolution Sale ni 4 barang dah aku beli. Aku harap cepat la Berakhirnya Online Revolution Sale ni. Tak sanggup lagi aku.. di hantui dengan perkara yang bernama sale. Tapi Alhamdulillah la.. Walau aku terjebak tapi semua benda yang aku beli sebab nak guna bukan semata mata sebab sale. Cuma ambil kesempatan beli masa sale la.

3 Barang aku dah pernah cerita kat blog.. Yang terbaru 2 hari lepas aku order Samsung Dvd Player. Sebab Dvd player aku ni hidup pun sebab di kuasi saka jer.. Nak play dvd asyik disc error jer. Kalau aku takde dvd player celah mana aku nak tengok dvd kan? PC?.. Tengok kat PC memang tak mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Aku kalau nak tengok movie aku paksa semua yang ada dalam rumah tengok sekali. hahahaha.. Laki aku yang tak berapa minat cerita seram dulu pun dah layan sebab bini dia gila tengok cerita seram. Sebab tu aku suka tengok kat TV.. Salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan katanya. walaupun kadang2 aku sorang je tengok yang lain mengiramakan dengkur paling merdu. hahahaa

Nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan. Anak aku jenis bukan nak duduk lama2 mengadap benda yang dia tak minat. Tapi kalau yang suka tengok wayang.. Elok juga hangpa dapatkan tiket free untuk tengok wayang bulan sepanjang bulan december ni kat sini >> Jom tengok Macam Mana Nak Dapat Tiket Wayang Free Untuk Bulan Disember Ni << Rugi la dah boleh dapat free nak bayar jugak. Aku kalau anak aku boleh tengok skrin pawagam tu lama2 aku pun nak pi tengok wayang kalau dapat tiket free ni.

Sebab tak boleh.. Maka terembat 1 Samsung DVD player yang tak mahal manapun. RM129 jer.. Cukup la untuk melempias nafsu seram aku katanya. Hahahaha

Satu je aku tak puas hati.. Kata include battery dalam remote tu tapi apsal bateri takde bila sampai. Pentipu sungguh. hahahaha

Aku dah tekad.. Cukup la setakat tu aku bershopping kat lazada untuk tahun ni. Lain kali je la kita bersua kembali yer lazada. Doakan aku semoga kuat Iman menghadapi jualan2 murah tak kira kat memana pun. Cukup lah.. Aku tak nak jadi orang yang gila shopping hahahaha. Apapun lazada paling best delivery memang pantas macam lipas kudung. Aku order malam 8 dec... Tadi dah sampai barangnya.

BILA PENGGUNA GALAXY Y CERITA PASAL GALAXY A8

BILA PENGGUNA GALAXY Y CERITA PASAL GALAXY A8. Bila pengguna Galaxy Y cakap pasal Galaxy A8 Ultra slim.. Gamaknya macam mana dia nak komen sedangkan dia jauh ketinggalan sangat katanya. Hahahaha.. Apa salahnya sesekali jadi blogger yang cerita pasal gadget pulak kan. Manalah tau tetiba dapat tajaan dapat sematpon percuma. Orang kata tuah manusia ni kita tak tau.. Rezeki nak datang dalam pelbagai bentuk & Allah nak tarik balik rezeki yang kita dapat pun dengan pelbagai cara.

Nak full view clik sini >>  Galaxy A8 <<

Terbaca pasal Galaxy A8 yang Ultra Slim.. Memang slim sungguh ni.kalau dah ukuran dia 5.9 mm je katanya. Memang segengam je la boleh pegang. Kalau dah slim confirm la ringan. Takde la rasa macam bawak publick phone dalam beg ye dak?? Yang paling penting kaki2 selfie mesti suka sebab camera dia 16 MP Rear + 5 MP Front Camera (both f1.9). Lagi pun kapisiti storage dia besar untuk menampung semua gambar & aplikasi korang & kapasiti ketahanan bateri dia pun boleh menampung sehingga  3,050 mAh. Nak online, layan youtube, main games memang takde hal lah. Paling best katanya boleh menonton video dalam HD wide screen

Selebihnya kalau korang nak keistimewa Galaxy A8 korang boleh tengok kat sini  >> Galaxy A8 <<

Yang mana tengah survey nak tukar smartphone baru tu boleh la usya2 Galaxy A8. Yang mana beg selalu tak cukup space, ni la masanya kurangkan space dalam beg dengan membeli Galaxy A8 yang nipis, tipis tapi tahan lasak.


BUANG SEMUA BARANG JENAMA SAMSUNG TANDA BOIKOT ISRAEL

Dari pagi tadi aku dok baca isu yang katanya samsung penyumbang dana kepada Israel (betul tak betul aku tak sure). Baca la jugak komen2 penuh ghairah & marah manusia2 yang katanya prihatin atas apa yang berlaku di Palestine. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih ada hati.

ni yang sedang di sebarkan secara meluas kat laman sosial

Dalam banyak2 komen ada aku terbaca komen yang suruh sesiapa jer ada guna barang tak kira apa2 gadget termasuk hp buang. Menitis air peluh I membaca komen macam tu. Gadget @ Hp samsung ni bukan rega seringit dua kot.. Ye betul kita tak sokong Israel kalau boleh kita pun tak nak menyumbang apa2 pada Israel. Selama ni kita tak tahu produk apa yang menyumbang pada Israel sebab takde pendedahan, bila dah di dedahkan.. baru kita tahu & kita dah terbeli. Kalau beli biskut jer takpe.. kalau terbeli peti ais 2 pintu jenama samsung tetiba demi menyokong boikot produk yang menyalurkan dana pada Israel perlu buang semua produk tu sedangkan benda tu dah jadi keperluan.. susah jugak kan? Rega ribu riban ni kadang2 nak dapat bukan semudah petik jari ye dak??

Ada yang kata komen tu cuma sarcasm.. Ok.. boleh jadi. Tapi tak mustahil ada yang rasa kena buat macam tu tanda sokongan. Sapa tak buat dia sokong Israel. Macam ni la memudahkan cara.. Kita tak mampu patah balik even dalam apa juga perbuatan atau percakapan..  Yang mana dah terbeli & terpakai.. kalau mampu nak tukar jenama lain, bagus. Buatlah. Tapi bagi golongan yang macam aku ni.. nak tukar gadget @ hp atau perkakasan/peralatan dalam rumah ni bukan senang. Aku bukan hartawan jauh sekali jutawan.. beli sekali pakai sampai rosak. Yang dah terbeli & terpakai.. tak perlu la sampai kena buang cuma apa yang perlu kalau betul produk tu menyumbang dana pada musuh umat Islam.. jangan beli lagi lepas ni. Simple kan?? Kalau buang pun mustahil kita dapat  balik duit yang katanya menjadi dana dari pembelian produk tu, betul tak??

Moral of the story.. Komen la pakai otak bukan emosi. Sarcasm tak salah tapi jangan sampai jadi salah faham. Boikot tu bagus tapi yang tak bagus boikot bermusim. Buatlah dengan ikhlas bukan ikut ikutan. Apa yang penting tak perlu riuh sangat dalam menyatakan simpati pada saudara kita di Palestine kalau malas nak angkat tangan berdoa untuk mereka. Tak perlu jadikan kata2 sebagai senjata sebab tak mati musuh dengan maki.. Berjuanglah walau hanya dengan doa, Insya Allah itulah senjata orang Islam.

P/S : Terus doakan untuk saudara kita di Palestine. Moga Allah memberi kemenangan pada umat Islam di seluruh dunia. Amin..

SAMSUNG DAH KELUAR GALAXY S5 AKU MASIH Y LAGI

Bagi penggemar Gadget samsung mungkin ni berita gembira jugak berita sedih. Yang happy sebab Samsung dah keluarkan produk terbaru yang lebih upgrade.. yang sedihnya bersedialah duit korang bakal di laburkan kat kedai enpon.


Tu bagi korang la.. bagi den surirumahtangga ni takde maknanya nak bertukar enpon tiap kali keluar model baru. Bukan kata sejak jadi surirumah jer dari dulu lagi aku jenis guna enpon sampai rosak. Tapi sentiasa mengikuti la jugak setiap kali ada keluaran terbaru kat pasaran. Sekadar ambil tahu.

Sumber Harian Metro 

Bagi aku orang kaya je mampu tukar2 enpon setiap kali ada produk baru keluar. Bukannya dua tiga ratus rega dia.. ribu riban jugak. Takpe aku guna jelah Galaxy Y aku & Samsung Tab aku tu sudah. Cukup la setakat nak online kat luar. Kat rumah aku lebih selesa guna pc jer. Sangat sederhana kan kehidupan aku?? Syukur la ada orang lagi susah.. jangan nak merasa S5.. ada yang tak merasa tekan kebot pun.

Moral of the story kalau kau mampu.. kau pakai la apapun orang tak kesah. Kau nak tukar2 gadget macam tukar2 spender pun takpe kalau betul kau berkemampuan tapi kalau setakat gaji tiap2 bulan pun sesak sementara nak tunggu hujung bulan baik kau simpan untuk tekak kau sudah. Ada sikit2 buat saving.. mana tau masa depan esok kot2 terjatuh di timpa tangga at least takde banyak pun.. sikit tu ada jugak boleh tampung.

GADGET JENAMA SAMSUNG MEROSAKKAN ISLAM?

Ok.. sesapa yang pakai smartphone/android/tab bagai berjenama samsung sila campak beramai ramai dalam sungai ke laut ke atau tanam dalam tanah kalau taknak akidah korang rosak di sebabkan semua tu.

Amboi sang lekit ni berani2 buat statement camtu. Kau nak kena saman dengan samsung?? Itu cuma sindir2 manja buat golongan yang suka mengadakan isu yang sebenarnya tak patut pun di perbesarkan. Isu apa??.. Ni nak cerita. Baca elok2 dengan hati yang terbuka bukan dengan hati yang terluka, hokay.

ni la image anjing yang kononnya merosakkan Islam
Alkisahnya.. baru2 muncul tips untuk mengesan samada telefon jenama samsung yang kita pakai original atau tak dengan menaip satu code ni. Kalau dah taip code tu & ikut arahan tertentu finaly kita akan jumpa 1 gambar anak anjing kaki pendek. Kalau muncul gambar anak anjing tu bermakna original samsung & kalau bukan bermakna tak original la. Maka berpusu2 la orang test kat handphone dorang. Bila dah ramai buat tu maka ada la setaz setazah online mungkin mula dapat idea nak cetuskan kontroversi lalu membuat spekulasi bahawa Samsung salah satu agenda Yahudi merosakkan Islam sebab menyembunyikan Imej anjing dalam telefon mereka selama ni tanpa kita sedari.

Sesungguhnya ia sangat lawak bagi aku. Nak tau kenapa lawak?? Sebab dimana logiknya spekulasi bahawa imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung original tu mampu merosakkan Islam? Takkan hanya tengok gambar anjing tu jadi terpesong akidah kita? Dalam hidup kita hari2 pun kita memang nak tak nak akan tertengok anjing kat mana2 saja. Tak kat tv majalah surat khabar.. kat jalanan & merata rata apsal tak pernah pun timbul isu tengok anjing boleh rosak iman, rosak akidah atau rosak Islam??

Status ni mula di sebarkan (ayat pun macam budak2)

Ke sebab imej anjing yang tersembunyi dalam handphone kita tu membuatkan kita sentiasa di dalam keadaan bernajis & kena samak? Hello... pegang anjing waktu dia kering pun tak perlu samak.. ini pulak sekadar tengok gambar. Lagipun gambar tu bukan terpampang macam wallpaper.. gambar tu tersembunyi & perlukan code untuk membuka. Ke nak kata haram menyimpan gambar anjing dalam handphone? Argh.. pening tau fikir. Apa yang merosakkan Islam macam yang cuba di sebarkan. Bila den tanya.. bukan sipolan yang menyebar tu nak jawab terus block & remove padahal tanya dengan baik je. So, sapa2 ada penjelasan mohon jelaskan kat den mungkin den salah penilaian ke.

Sebahagian perbincangan kat FB den

Apapun kat Malaysia ni ni den tengok kebanyakkan Melayu Muslim ni terlebih sensitif kot pasal isu anjing sedangkan anjing ni bukan haiwan hina walau dia haram di sentuh dalam keadaan tertentu & kita orang Islam tak boleh membela kalau takde kepentingan tertentu tapi bukan bila apa je berkaitan anjing tu semuanya merosakkan akidah. Anjing pun makhluk ciptaan Allah..  Dalam isu ni  bagi den la.. setakat gambar tersembunyi tu yang kalau kita nak tengok kena bukan dengan code bagai rasanya tak gugat kot keimanan seseorang. Lebih tergugat Iman kalau korang simpan gambar pakwe/makwe korang dalam handphone & dok tengok selalu berbanding tengok gambar anjing tu. Lagipun selera ke korang nak tengok gambar anjing tu sampai menaikkan nafsu syahwat atau sampai nak murtad supaya korang boleh pegang & bela anjing sebagai pets?? Takde sampai macam tu kan?? Jadi dimana relevannya bila ada yang kata Imej anjing yang tersembunyi dalam handphone samsung agenda Yahudi nak merosakkan Islam?? Bukan sokong yahudi.. tapi nak ajak korang berfikir sikit.

Moral of the story terutama adik2 ni kalau nak share tu ambil masa study skit apa benda nak share. Zaman sekarang apa yang kita baca seimbas lalu tu kadang2 dengar je macam betul tapi bila baca dua kali boleh jadi kita nampak yang tak betulnya

P/S : Yang terang & nyata agenda kafir nak rosakkan Islam salah satu arak. Tapi tak ramai yang pandang benda tu serius pun.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com