Showing posts with label laku. Show all posts

BILA BERSUAMIKAN FACEBOOK

Tu dia macam mana berlaki kan Facebook tu.. Rasanya masa akad nikah dulu dengan orang lain kot tetiba laki ku facebook katanya.. Cerita apa ni laki ku facebook bagai ni.. Tajuk drama adaptasi baru baru ka? hakcipta terpelihara ok! Ni bukan adaptasi mana2 drama, novel atau filem.. Ni original.. segar dari otak lekat lekit ok!


Apa yang aku nak cerita pasal.. "Bila bersuamikan facebook ni?" macam biasa perkara yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita terutama kaum perempuan. Sekarang ni zaman facebook kadang2 aku nampak kaum perempuan kebanyakkan.. macam bersuamikan facebook.. Dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 masalah peribadi semua nak cerita kat facebook.. Yang tak patut atau tak perlu share pun still nak share. Semua nak ngadu kat dinding facebook tu.. Tak kira la yang berlaki mahupun tak? Nak loving2 dengan laki pun tetap la dinding facebook jugak di conteng.

Tengok fenomena ni bagaikan virus yang takde penawar.. sampai jadi memudaratkan pulak. Sebab terlalu suka menconteng semua perkara kat dinding facebook kadang2 sebab benda kecil akibat salah faham.. jadi masalah besar. Gamaknya spesis semua nak update kat FB ni hidup dia kurang perhatian & kasih sayang kot. Rasanya kalau cukup kasih sayang dalam kehidupan di luar alam maya takde la teruk sangat tulis kat wall FB tu.. Aku tak rasa orang jarang cerita hal peribadi kat FB tu takde life tapi aku rasa orang yang setiap masa nak update rutin harian dia kat FB tu macam takde life.

Satu lagi spesis perempuan yang manjang nak cerita semua benda dia buat dengan suami atau suami buat untuk dia.. Kadang2 rasa Ya Allah.. kau je ke berlaki dik/akak/makcik? kadang2 kita compare rasanya laki kita lagi sweet like kencing manis tapi takde la teruk sangat aku nak cerita kat semua orang. Sikit2 sudah la.. kalau setiap masa dah tak sweet sangat kot... dah macam laki kau tu facebook bukan manusia. Yelah.. nak minta laki beli makan, beli barang atau beli apapun tulis kat wall. watdehek??!!.. semua kau nak share & mengadu kat facebook mengalahkan laki kau tak pernah balik rumah pulak.

Satgi ada pulak pompuan rasa diskriminasi.. macam la orang laki tak dak perangai macam ni. Ye.. ada tapi kebanyakkan perempuan so aku lebih suka cakap majoriti bukan yang segelintir. Sebab perempuan lagi banyak mengadu domba kat dinding facebook maka entri ni lebih highlight kepada kaum perempuan.

Moral of the story.. Bukan kata tak boleh langsung nak share kebahagian.. kesusahan.. Masalah atau aktiviti harian kita tapi berpada pada. Bersosial di laman sosial ni kena ada privacy jugak bukan semua benda kita boleh share. Macam kita tahu.. benda baik pun kalau kita terlalu obses akan jadi kemudaratan balik pada kita. Jadi pandai2 la beza kan apa yang boleh, apa yang tak boleh & apa yang tak perlu kita tulis di dinding facebook.


USTAZ KAZIM TOLAK TAWARAN BERLAKON TAKUT FILEM TAK LAKU

Tak sangka jugak selain Ustaz Azhar Idrus yang dapat  offer berlakon filem, Ustaz kazim elias pun tak kurang hebat jugak, katanya pernah dapat offer berlakon. Memang pengiat filem sekarang nak lariskan filem ajak Penceramah & pendakwah bebas berlakon dalam filem depa.. even babak tu satu dua jer.. Pelaris sangat tau! hahahahaha


Tapi pengakuan Ustaz Kazim Elias yang katanya pernah dapat offer berlakon tapi di tolak dengan alasan takut filem tak laku, ni cuma santai2 jer.. Dia update caption pada satu gambar dia bersama para retis tak tau program apa. Tak tau bab offer berlakon tu serius ke tak.. Tapi maybe tak mustahil penceramah & pendakwah yang agak popular akan dapat offer macam tu, ye dak? almaklum la pengiat seni sekarang lebih kepada bisnes bukan berkarya dah sebab tu buat filem kebanyakkan asal boleh jual tiket jer. hahahahaha


P/S : Kalau yang jenis asal popular je ambil berlakon ni kebanyakkan dalam filem2 MiG jer kan?? krik.. krik.. krik...

** mood raya lagi entri pun santai2 la kan. start esok entri dah menyental pulak.kekeke**


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com