JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT
JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT. Kita biasa dengar & baca ayat2 macam ni.. "Jakun la kau tak pernah tengok orang pakai fesyen color block".. dan ayat macam ni.. " Jangan jadi batak sangat la sampai tak boleh terima pendapat orang lain" atau mungkin ayat macam ni.. "kau ni macam sakai la.. pergi la sikat rambut sikit.".. tu contoh ayat.. mesti dalam hidup kita seharian akan dengar & baca ayat2 macam tu kan?? Korang istilahkan orang sakai, jakun & batak bagai tu.. korang tau ka siapa SAKAI, JAKUN & BATAK yang sebenarnya?? kalau tak tau jom kita berkenalan dengan depa..
BATAK
Sumber gambar di SINI
JAKUN
Gambar Carian Google
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu. (Sumber kat sini >> JAKUN <<
P/s : Gambar tu gambar suku kaum jakun dulu2 sekarang rasanya orang Jakun pun malu nak bercawat tapi yang tak Jakun pulak banyak bercawat dengan bangganya. Kawan asben ada sorang orang Jakun berjaya. Jadi tak perlu kita umpamakan orang yang kolot & tak up to date ti JAKUN.. depa pun pandai guna tenet dah.
SAKAI (tak jumpa gambar)
Orang Sakai merupakan sekumpulan masyarakat yang terasing dan hidup masih secara tradisional dan nomaden pada suatu kawasan di pulau Sumatera, Indonesia.
Beberapa ahli berpendapat, orang Sakai ini merupakan percampuran antara orang Wedoid dengan orang Minangkabau yang bermigrasi sekitar abad ke-14
Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani (Rujukan kat sini >> Sakai << & kat sini jugak >> Sakai 1 << )
Selamat berkenalan dengan orang2 yang selalu kita sebut untuk jadi bahan sindiran, kutukkan & hinaan. Mereka pun manusia yang ada hati yang membezakan mungkin suku kaum, bangsa, adat, cara hidup & agama tapi perasaan sebagai manusia tetap sama kot macam kita. Benda ni dah jadi sinonim sangat dengan kita bila nak gambarkan sesuatu atau seseorang yang kononnya tak up to date,kolot,hina & comot, selekeh kotor bagai. Kadang2 kesian jugak dengan depa.. hanya kerana depa dari suku kaum orang asli, kita yang tak asli asyik jadikan depa bahan je untuk gambarkan sesuatu yang buruk pada seseorang. Kita pun marah bila orang umpamakan kita dengan sesuatu yang buruk kan jadi renung renungkanlah... perasaan dari pihak depa pulak. Sekadar berkongsi info & pandangan. Pada yang terasa tu.. maafla nak cakap, sapa makan cili dia la rasa pedas, kan??kan??kan??
P/S : Jangan sewenangkan nak gambarkan suku kaum orang asli tu sebagai golongan terpencil & jauh dari kemajuan & kemodenan sebab dah banyak mereka yang berjaya di luar sana. Ada antara depa pun dah ada blog. tak caya clik SINI.
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE