Showing posts with label syirik. Show all posts

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN. Rakyat malaysia ni kalau baca je tajuk berunsurkan seram & mistik laju je kan clik tapi bila artikel yang berilmiah ni depa kurang sikit berminat. Takpa hangpa baca blog lekatlekit ni macam macam ada. Memandang segmen seram serik lekat lekit ni dah lama tak bersiaran elok juga la kita menyambung episodnya.

Bukan apa tadi dok scrooll konten konten yang fyp kat tiktok tertengok konten seorang Influencer ni. Tak boleh sebut nama dia sebab cerita ni mungkin melibatkan perniagaan dan reputasi orang lain jadi kita cerita secara general sahaja tanpa menyebut nama sesiapa.

Al kisahnya Influencer ni dapat satu offer untuk review sebuah restoran ni. Paid review bukan free review yer. Pada hari kejadian tu dia pergi la ke restoran tersebut untuk cuba makanan kat situ bersama ibu dan anak saudara dia yang masih budak.

Katanya masa sampai ke kedai tu tak ada apa yang pelik. Kedai pun ramai pelanggan. Tak ada apa apa yang mencurigakanlah.Semua baik sahaja dari pandangan pertama dia bila sampai.

Nak di jadikan cerita seram.. masa nak masuk ke restoran tu.. Dia nampak kelibat pocong dekat pintu masuk kedai tu. Dia je yang nampak orang lain tak nampak yer. Mungkin dia ada kelebihan istimewa yang di anugerahkan Allah boleh nampak makhluk halus ni tak tahu la kan. Wallahualam.. tapi yang saya kongsi ni cerita yang di kongsikan Influencer tu la.

Mula mula tu dia bersangka baik, mungkin jelmaan pocong yang dia nampak tu dari orang lain yang mungkin berniat tak baik kat restoran tu. Jadi dia masuk juga bersama ibu dan anak saudara dia.

Masa nak ambil makanan sekali lagi di ternampak makhluk tu dekat tempat makanan. Time tu dia mula rasa tak sedap hati la. Sebab mungkin kali pertama nampak dia bersangka baik, kali kedua nampak lagi dia mula rasa ada perkara tak baik kat situ. Memandangkan dia bawa ibu dan anak saudara yang masih kecil jadi dia batalkan niat untuk mencuba makanan kat situ dan terus ajak mak dia balik. Kebetulan masa dia datang pemilik kedai tu tak ada.

Keesokan harinya tu.. pemilik kedai tu mesej si Influencer ni untuk tanya kenapa dia balik tanpa mencuba makanan kat situ. Dia bagitau la apa dia nampak dan dia tahu apa yang pemilik kedai tu buat. Biasa la orang berniaga. Jadi dia nak batalkan kerjasama dengan pemilik kedai makan tu. Mula mula memang la ada perasaan tak puas di pihak pemilik kedai tu sampai ugut nak viral bagai. Tapi si Influencer ni warning kalau dia viralkan si Influencer ni..Dia pun boleh buat perkara yang sama. 

Jadi si pemilik ni cuba berbincang.. katanya dia saja letak benda tu untuk uji betul ke Si Influencer ni boleh nampak. Dia cuma letak sehari tu je. Dia offer lagi untuk si Influencer datang sekali lagi kesitu dan bagi jaminan benda tu dah tak ada tapi Influencer ni tetap dengan pendirian dia takkan bekerjasama dengan orang orang macam tu.

Moral of the story.. Dalam mencari rezeki satu je kita kena yakin. Setelah berusaha, berdoa kena tawakal. Kena yakin rezeki semua dari Allah. Jangan buat perkara yang syirik & khurafat. Kot mana pun yang bagi kita rezeki tetap Allah. Hangpa letak la pelaris ke apa.. Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa keizinan Allah. Jadi untuk apa kita nak buat benda syirik sedangkan benda tu pun tak ada kuasa apa apapun sebenarnya. Hanya di tugaskan untuk menyesatkan manusia yang lalai.

VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR

VIRAL! SIHIR 7 KETURUNAN PATAH BALIK PADA PENGHANTAR. Sejak semalam di Tiktok viral tentang kisah satu keluarga di sihir. Sebenarnya kisah anak anak seorang wanita ni di sihir dah lama juga viral kat tiktok. Sebulan ke dua bulan lepas aku tak berapa ingat tapi ada la tengok. Cuma cerita sebelah pihak kononnnya ia di sihir oleh saudara kandung sendiri.

              Gambar sekadar hiasan

Dari pembacaan aku, Versi mula kisah sihir ni memang katanya anak anak dia di sihir. Jadi si sipolan ni viralkan dengan tujuan untuk meminta bantuan. Bila dah viral tu.. Ada la hamba Allah sudi membantu untuk merawat sihir yang terkena pada keluarga ni. Disitulah bermulanya plot twist yang tidak di sangka sangka.

Apa yang aku baca.. sipolan ni pada mulanya katanya terkena sihir tapi tidak la seserius mana meminta bantuan seorang ustaz pelesu untuk membantu. Si ustaz pelesu ni pulak menuduh konon adik kandung sipolan itu sendiri yang menghantar sihir. Mungkin marah mereka menghantar sihir 7 keturunan kepada si adik tu tadi.. malangnya sihir tersebut berpatah balik terkena pada anak anak si sipolan tadi.

Bila keadaan bertambah teruk.. sipolan ini viralkan dengan tujuan untuk mohon pertolongan. Ada seorang perawat yang sudi membantu datang kerumah mereka untuk melakukan ritual rawatan membuang sihir tu.
 
Dengan kuasa Allah.. mereka terjumpa satu beg berisi gambar gambar yang di cucuk dengan jarum. Bila di di siasat baru tahu gambar tersebut adalah gambar keluarga adik sipolan. Maka terbongkar lah apa yang berlaku sebenarnya. Ustaz pelesu yang menuduh adik perempuan sipolan ini menyihir keluarga  sipolan yang menghantar sihir tu tapi malangnya sihir tu buat uturn pulak. 

Tu dari apa yang di viralkan la. Bukan aku kata tapi depa yang bagitau macam tu.

Sekarang mereka dalam proses rawatan. Semoga di beri kesembuhan buat mereka & di beri hidayah kepada semua pelaku yang terlibat dalam perkara syirik & khurafat tu. 

Dan khabar ustaz pelesu @ bomoh khurafat tu sudah pun di tahan pihak berkuasa untuk siasatan. Semoga ada hukuman dari tindakan undang undang untuk dia. 

Kisah ni buat aku teringat perkara yang lebih kurang sama pernah berlaku kepada saudara mara aku juga. Dimana someone ni terlalu mempercayai bomoh, asal sakit sikit cari bomoh. Bomoh ni kalau hangpa nak kesan samada bomoh khurafat atau perawat cara Islam.. Yang jenis main petik nama orang untuk di tuduh menghantar sihir. Ketahuilah samada dia bomoh penipu atau dia bomoh yang menggunakan perantaraan jin. Kalau perawat menggunakan rawatan Islam..mereka hanya focus merawat. Mereka tak akan bagitahu siapa yang menghantar sihir.

Berbalik kepada kisah saudara aku ni.. akibat si bomoh main petik konon si ipar dia yang bomohkan, perkara tu buat mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa bertahun tahun lamanya. 

Ada kes.. sampai anak sanggup derhaka pada ibunya kerana percaya mak dia ada saka. Sehingga si ibu tu meninggal dunia pun si anak macam nak tak nak datang ziarah ibu buat kali terakhir.

Apa yang kita boleh belajar dari peristiwa macam ni.. hangpa jangan sesekali terjebak dengan perkara perkara syirik dan khurafat. Iblis dan syaitan ni memang kerja dia menyesatkan manusia. Tak ada satu perkara baik pun jika terjebak dengan benda benda macam ni. 

Ada sedara aku sendiri sampai fikir.. jika melibatkan gangguan jin maka kena berubat guna perantaraan jin juga. Punya terpesong la akidah dia bila terlalu percaya dengan bomoh bomoh ni. Dia lebih percaya kata kata bomoh dari mereka yang merawat menggunakan rawatan Islam.

Tapi yang paling kelakar pernah berlaku dalam hidup aku adalah aku di tuduh menyihir orang. Dah lama kisah ni masa aku masih bujang. Kononnya masa aku ambil cuti balik kampung, sipolan ni mengadu pada sipolan sorang lagi dia tak sedap badan. Disitulah bermula spekulasi konon mungkin aku bomohkan sipolan masa di kampung sebab aku ada simpan gambar depa. Aku simpan gambar depa sebab ada gambar aku je.

Yang tu memang aku rasa kelakar. Dalam hidup aku memang aku tak pernah guna khidmat mana mana bomoh.. selepas aku kawen dan anak.. masa tu anak aku kena gangguan. Dua tempat je aku pergi. Tak darussyifa kat bangi, pernah sekali darussyifa kat shah alam atau pusat rawatan Islam swasta Al Qayyum. Setakat ni rawatan dia tak nampak la pakai kain kuning ke.. perasap kemenyan ke.. bacaan ayat ayat Al Quran pun kita boleh dengar dengan jelas.

Semoden & Semaju mana pun manusia.. Amalan khurafat & sihir menyihir masih di amalkan sehingga hari ini. Sebab kalau kau membunuh secara terus kau mungkin akan di kenakan hukuman mengikut undang undang tapi kalau kau membunuh melalui sihir.. perkara tu tak dapat di buktikan dengan fakta biarpun berlaku. Sebab tu masih ada manusia terus mensyirikan dengan melakukan perkara macam tu sehingga hari ini.

Moral of the story.. Ketahuilah sesuatu sihir tu berlaku pun dengan Izin Allah sebagai ujian buat manusia. Jadi jika kita di aniaya mohonlah pertolongan dari Allah bukan jin dan syaitan. Sebab jin & syaitan tak ada kuasa apapun. Yang berkuasa adalah Allah SWT.

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP

AWAS! JUMPA DUIT SYILING JANGAN KUTIP Masa kecil dulu kalau jumpa duit walau sekupang (10sen) pun dia rasa macam dapat bonus dah. Tu zaman dulu. Zaman sebelum 2000an la. Sebab 10sen masih boleh beli jajan atau gula gula. Pergi beraya pun tahun 90an masih ada bagi duit raya 10sen.

Tapi zaman sekarang budak budak pun main campak campak je duit syiling. Betapa zaman dah berubah duit syiling semakin hilang value.

Tapi duit syiling ni pun selalu di kaitkan dengan benda mistik. Kalau dulu zaman 90an popular mainan khurafat spirit spirit of the coin. Permainan panggil hantu untuk tanya soalan kebanyakan berunsur rahsia orang lain la. Lepas tu pakat histeria satu sekolah. Begitulah kesudahannya selalu.

Tadi terbaca dekat satu group di facebook berkaitan duit syiling. Satu posting telah di buat di situ untuk mencari jawapan pada kejadian yang dia rasa pelik bila jumpa duit syiling bersepah di kawasan luar rumah dia.

Dari komen pengikut di group tersebut ada menasihati jangan menyentuh atau mengutip syiling tersebut risau jika salah satu cara orang menghantar sihir. Ada yang berkongsi pengalaman mendapat gangguan sebab mengutip syiling yang di jumpai.

Bagi saya.. sihir & gangguan jin dan syaitan memang wujud sampai sekarang. Tak mustahil benda tu boleh berlaku. Tapi tak semua situasi syiling tu mungkin berhantu atau menjadi perantaraan sihir. Selalunya kalau ada unsur sihir ni keadaan dia akan jadi pelik. Contoh syiling tu macam di tabur setempat yang mungkin jadi tak masuk akal untuk berada disitu dalam keadaan macam tu.

So kalau hangpa rasa jumpa syiling dalam keadaan meragukan tak payah la kutip. Kadang kadang naluri kita ni boleh rasa juga kalau ada sesuatu yang tak baik. Kalau rasa macam tak sedap hati.. cuba buang di tempat lain atau biar je kat situ.

Ada juga yang sindir..kalau jumpa not kertas dalam nilai yang besar mesti tak takut nak kutip. Terpulang la pada individu. Tapi ada komen kongsi pengalaman kawan dia di santau guna duit kertas. Bagi saya apapun barang di gunakan kalau dah di jampi serapah, puja jin & syaitan & guna khidmat khadam (jin) semua pun boleh guna sebagai perantaraan sihir.

Moral of the story.. nak percaya atau tak itu terpulang pada individu tapi jangan sampai terpesong akidah & mensyirikan Allah.

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS. Masa kecil kecil dulu ada juga dengar cerita pasal pelaris guna seluar dalam ni. Tapi sebelum tu biarlah eden terangkan dulu apa itu pelaris. Mungkin ada yang tak faham, terpinga.. tertanya.. di dalam dilema pulak kan.

Pelaris tu adalah satu perbuatan sihir yang di gunakan untuk melariskan perniagaan. Of course la syirik & khurafat. Benda benda sihir ni memang akan guna bantuan jin. Tak ada istilah magic tanpa unsur khurafat kat situ.

Berbalik pada cerita pelaris guna seluar dalam ni.. kebanyakan orang berniaga makanan la. Dulu pernah dengar ada orang jual laksa dia balut penutup buyung dengan seluar dalam untuk jadikan pelaris. Memang laris la jualan dia tu. 

Ni tertengok kat tiktok satu video perempuan jual bakso guna pelaris seluar dalam. Dia lagi win.. dia rendam seluar dalam dia dalam periuk kuah bakso tu. Kau bayangkan laki yang record tu tahu selepas dia dah kenyang makan bakso?? Hangpa bayangkan la.. kalau tak sabar mau mandi jugak perempuan tu dengan kuah bakso. Boleh tonton di video kat bawah


Kita bila letak pergantungan dengan jin & syaitan macam tu la. Sedangkan yang memberi rezeki tu Allah. Apapun agama semua ajar benda yang sama kot. Dok buat perkara syirik & khurafat kalau menjadi pun tetap dengan izin Allah.. Sama juga kau berdoa kalau Allah kata tu rezeki kau tetap la rezeki kau.

Walaupun dah nak habis tahun 2020 tapi benda benda macam ni tak pernah habis. Masih ada yang mengamalkan di era moden. Semua dengan satu sebab.. untuk nikmati hidup senang dengan cara pantas.

Moga kita terhindar dari terpedaya dengan hasutan iblis yang ingin menyesatkan manusia. 

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL

PAKAI JUBAH KALIS SIHIR SAMA SEPERTI MEMAKAI TANGKAL. Kecoh kat social media bila ada pihak mengeluarkan inovasi baru dengan produk jubah kalis sihir.. kalis santau bagai. Apa brand sapa pengasas dia mana boleh petik2 kat sini.. Tak habis lagi yang satu tu kat court.. Almaklum la zaman sekarang kau tulis benda betul ke salah.. Yang berharta juga pegang kuasa. Bukan kata depa lebih berkuasa dari Allah.. Tapi kelebihan yang Allah bagi kat depa tu.. kadang2 depa gunakan untuk menunjukkan kuasa pada orang yang tidak berkemampuan.


Jadi biarlah saya ulas secara genaral jer tanpa sebut jenama atau nama sesiapa. katanya Jubah yang dia keluarkan mempunya satu tenaga yang boleh menghalang dari terkena sihir & santau. Alah.. paling senang untuk elak dari gangguan jin & makhluk halus.. Wah hebat kat jubah tu. Ada aura yang membuat makhluk halus tak berani dekat dengan kita. kekekeke

Semalam tertengok la berita TV yang membangkit isu pasal Jubah Superpower ni sampai boleh halang jin dekat dengan kita.. Pengasas dia tetap mempertahankan produk dia dengan alasan dia sendiri la. Tapi komen dari Mufti Negeri Sembilan.. Mempercayai atau memakai jubah yang claim sebagai kalis sihir ni hukumnya sama seperti memakai tangkal yang ada unsur syirik & khurafat. Sebab kita dah meletakkan pergantungan & perlindungan kepada jubah tu. Kita percaya Jubah tu ada kuasa yang boleh menghalang gangguan jin & makhluk halus ni.

Jubah tu pun harga not bad.. katanya di jahit dengan kaedah falaq. Tak tau la sambil jahit sambil dia baca surah Al Falaq ke macam mana.. Atau benang dia guna di rendam air yang di bacakan surah Al Falaq.. tak sure la maksud dia kaedah falaq tu macam mana. Maybe ada penjelasan dari pengeluar jubah ni nanti. Sejauh mana keberkesanannya.. Saya tak tahu & saya tak pernah cuba. So jangan la tanya saya. kekekeke

Apapun kita semua di beri akal fikiran yang waras.. Pilihan di tangan masing masing. Kita sedia maklum.. Jin & syaitan ni pun makhluk Allah juga jadi depa memang tak ada apa2 kuasa. Kita semua di ajar sejak kecil Ayat ayat Al Quran kalau di amalkan boleh menjadi pendinding kita dari sebarang gangguan jin & makhluk halus ni. Al Quran ni perkara yang perlu di amalkan.. Bukan untuk di jual dalam bentuk air ke, baju ke... Walaupun memang ada dalam rawatan Islam menggunakan air sebagai kaedah rawatan. Air tu di bacakan ayat2 Al Quran.. Tapi setakat ni tak pernah jumpa lagi la dalam rawatan Islam jual jubah untuk halang dari gangguan jin & sihir.

Moral of the story.. Akhir zaman memang akan muncul perkara perkara yang bagi kita di luar logik akal.. Jadi sedarlah tanda tanda kiamat dah mula banyak. Pi la bentang sejadah cepat. Tolong tok siak.. dapat juga pahala bentang sejadah tu. kekekekeke Peace Yo!

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN

SERAM! POS LAJU SHAH ALAM DI SELUBUNGI MISTERI SELEPAS BUKA SATU BUNGKUSAN. Pagi pagi lagi dah warm up dengan cerita seram apa kes lekatlekit Ooi.. Alah.. takde kes apa - apa cuma rasa macam best je nak tulis cerita ni dalam segmen seram serik lekatlekit ni. Almaklum la selaku blogger puaka mesti la apa yang ada kaitan dengan dunia mistik & misteri kena abadikan dalam blog agar blog lekatlekit.com terus di hantui cerita cerita seram katanya..


Rasanya ramai kot dah tahu sebab benda ni dah jadi viral.. Alah kes petugas pos laju yang terkejut bila buka satu bungkusan kiriman barang ada seekor jenglot. Gila kau.. sekarang ni nak beli jenglot boleh hantar pakai pos laju jer. Sapa gamakynya seller & sapa gamaknya buyer tu kan? Bila kes ni jadi viral mesti depa tahu siapa depa kan?

Alkisahnya.. satu bungkusan ni masa scan di kesan macam ada sesuatu bergerak gerak di dalamnya maka petugas pos Malaysia tu rasa tak sedap hati la. Risau ada benda bernyawa dalam tu.. Maka dia pun buka la. Bukan dia pecah amanah ke apa.. Sebab benda tu mencurigakan. Mungkin juga niat dia untuk menyelamatkan satu nyawa yang mungkin akan mati kelemasan dalam bungkusan tu kalau tak di buka. Tapi sebaik je dia buka.. Terus berdegup jantung ku.. mendengar kan namamu ah.. ah... Sorry ternyanyi pulak.. Sekali Jenglot kau! Matilamak nak Oooi.. Sapa punya kerja la hantar Jenglot guna pos laju ni wei. Mau satu department buat bacaan yassin gamaknya lepas buka parcel berisi jenglot untuk mohon perlindungan dari Allah.

Sekali buka Tu dia.. terbujur Jenglot. Kalau hangpa gamaknya pengsan ke koma terus hahahaha
Ada yang tak tau Jenglot tu apa.. Dia macam sejenis makhluk halus jugak la. Di gunakan untuk tujuan tertentu yang pasti tujuan yang tak baik la. Memang benda ni ada berkaitan dengan amalan syirik & khurafat sebab perlu melakukan ritual pemujaan dulu baru dia berfungsi. Takde kau letak bateri AA terus dia hidup boleh bekerja untuk kau ok! Jangan tanya aku lebih2 la.. aku bukan pengamal benda2 macam ni. Apa yang aku tau kebanyakkan melalui pembacaan aku je.

Ada yang dok pertikai kakitangan pos laju suka hati je dok buka parcel orang. Tapi memang depa ada kebenaran untuk membuka sebarang bungkusan sekiranya mencurigakan atau barang di dalamnya melanggar terma & syarat pos malaysia. Dalam kes ni.. kalau dah macam tu aku rasa memang patut depa buka pun. Kau tak suspect apa2 ke kalau dah sampai bergerak gerak.


Zaman sekarang kan.. perkhidmatan jenis spiritual & berkaitan dengan alam mistik pun banyak orang boleh buat secara online. Benda - benda macam tu upgrade bersama teknologi sebab tu tak pelik kalau sihir pun boleh di hantar melalui atas talian. Kita sebagai manusia yang hidup di zaman teknologi sedang berkembang ni.. Bukan je kena berhati hati dengan bahaya yang nampak dengan mata kasar.. Malah bahaya yang menggunakan makhluk2 halus ni pun kita kena ada protection jugak. Tapi jangan la hangpa satgi pi dok minta tangkal la.. Azimat la hapa... Nak buat pendinding diri ni guna ayat2 Al Quran pun ada... Nanti hangpa rujuk entri ni >> PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN <<



Moral of the story.. Amalan syirik, khurafat & kepercayaan kepada benda2 mistik bukan hanya ada pada zaman dulu - dulu. Zaman di mana manusia masih jahil.. Tapi zaman sekarang ni pun semakin menjadi jadi. Malah di mudahkan lagi benda benda macam tu melalui teknologi. Jadi siapa yang lebih kuno? hehehehe

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN

PENDINDING DIRI CARA ISLAM YANG MUDAH DI AMALKAN. Tetiba hari ni rasa nak buka TV pagi pagi hari.. selalunya aku jarang sangat nak buka tv. Sebab ter buka tv maka tertengok jugak la rancangan Malaysia hari Ini MHI. Topik hari ni pasal pendinding. Ada seorang ustaz yang menjadi panel jemputan untuk membincangkan isu tu.. Aku tak ingat pulak nama ustaz tu.. Tapi rasanya nama ustaz tu tak berapa penting sangat kan.. Yang penting apa yang di sampaikan.


Zaman sekarang ni memang ramai ustaz 2 pelesu (palsu) & claim mengamalkan rawatan Islam padahal rawatan yang depa guna bercanggah dengan ajaran Islam. Yang lagi bahaya ada yang mencampur adukkan ayat ayat Al Quran dengan amalan2 khurafat bagi mengaburi orang yang datang mendapatkan rawatan dengan mereka.. Salah satu yang banyak orang suka cari ada pendinding.. Pendinding ni tak kira la untuk diri sendiri, rumah atau premis perniagaan. Sebab tu kita kena tahu yang pendinding macam mana di bolehkan dalam islam dengan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Aku ni bukan la pandai sangat.. Cuma aku share dari apa yang aku tengok & dengar tadi kat MHI. Menurut ustaz yang di jemput tadi.. Dalam kaedah Islam.. pendinding memang tak ada dalam bentuk objek macam tangkal atau azimat.. contoh pakai benang hitam kat pinggan ke.. kertas yang di lipat2 di dalamnya tertulis apa2 ayat kemudian di bawa kemana mana... Dalam Islam pendinding menggunakan ayat2 Al Quran adalah dengan cara mengamalkan bacaannya. Kalau ada ustaz setaz yang bagi pendinding macam tangkal ke hapa.. Hati hati la. Even ada yang buat pendinding dengan menulis ayat2 Al Quran atas kertas atau apa2 kemudian suruh bawa kemana2 konon sebagai pendinding pun kena hati hati.. Takut orang salah faham & bergantung pada sekeping kertas tu sebagai pendinding sebab sebagai umat Islam kita kena mohon perlindungan dari Allah.. Bukan percaya sekeping kertas yang tertulis ayat2 Al Quran tu yang melindungi kita tanpa kita mengamalkan dengan cara membaca.

Ustaz tu juga berkongsi cara mudah untuk melindungi diri dari sihir atau apa2 gangguan jin & syaitan.. iatu dengan mengamalkan 3 Qul.. 2 kali sehari iatu sebelum tidur & selepas solat subuh. Caranya.. bacakan 3 Qul tersebut sambil menadah tangan macam berdoa.. Selesai membaca hembus sehingga habis nafas ke atas tapak tangan kemudian usap keseluruh tubuh yang kita boleh sentuh. Insya Allah.. dengan izin Allah ia dapat melindungi kita dari kejahatan manusia, jin & syaitan.

Perkongsian ni bukan nak tunjuk aku ni pandai.. sebenarnya aku sendiri masih jahil dari segala sudut cuma apa yang aku rasa baik aku kongsikan la. Aku sendiri pun masih banyak yang perlu belajar.. Moga yang baik itu memberi manafaat kepada semua orang.

AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA

AKIBAT TAKSUB DENGAN BOMOH IBU NYANYUK DI TUDUH ADA SAKA. Jangan tak tahu ada tau spesis macam ni di kalangan orang melayu Islam.. Sebab dari muda memang selalu guna khidmat bomoh sampai satu tahap dia tak percaya & yakin dengan rawatan cara Islam menggunakan ayat ayat Al Quran ni. Kisah yang aku nak share ni adalah kisah benar cuma identiti tu di rahsiakan la..


Alkisahnya.. sipolan ni mula terjebak dengan bomoh ni masa dia masih muda kerana terkena buatan seseorang yang sukakan dia. Time tu dia tengah dating dengan someone la.. Ada perancangan untuk kahwin. Bila terkena sihir sipolan yang sukakan dia & cuba pisahkan dia dengan kekasih dia tu so dia cuba mendapatkan rawatan untuk buang sihir tu dari seorang bomoh kampung. Katanya.. Bomoh tu pun syok kat dia jugak.. Konon nak tolong buang sihir yang orang hantar pada dia tapi dia pulak sihirkan sipolan ni supaya sukakan dia. Lawa sangat gamaknya kan.. semua orang berebut2 nak kan dia...

Bermula dari kisah tu la.. dia mula taksub dengan bomoh sampai sekarang. Ada je la dia nak merujuk dengan bomoh ni. Even tak ada apa apa gangguan mistik pun dia rasa macam ada gangguan mistik. Sampai la satu masa.. Mak dia dah tua, mula nyanyuk. Dah tak berapa mampu nak uruskan diri.. Terlalu taksub dengan perkara berkaitan makhluk halus ni.. dia percaya bila ada bomoh yang cakap mak dia ada saka. Kononnya sebab mak dia busuk sangat.. dia percaya la yang sebenarnya mak dia dah mati yang hidup dalam jasad mak dia tu cuma saka. Sampai satu tahap dia nak tikam mak dia sendiri sebab dia rasa bukan mak dia dah..

Mak dia busuk tu sebenarnya sebab tak ada sapa nak tolong uruskan mak dia yang dah nyanyuk. Mandi pun kadang2 tak.. Dia pulak bila mak dia dah jadi macam tu langsung tak peduli. Macam benci sampai tahap dia kata kalau boleh putuskan hubungan anak beranak tu dia nak buat. Elok la semua harta & duit mak dia semua dah tukar pada nama dia.. So, orang tua nyanyuk tu di biar sampai busuk macam bangkai.

Pernah dia cuba panggil seorang ustaz yang mengamalkan rawatan Islam untuk buang saka mak dia kononnya.. Tapi bila ustaz tu periksa sebenarnya tak ada apa2 pun dengan mak dia. Cuma orang tua yang dah nyanyuk jer.. Dia tak percaya apa yang ustaz tu cakap. Dia tetap yakin dengan bomoh yang dok pembohong dia yang kononnya mak dia ada saka. Sampai sekarang dia masih anggap mak dia hidup dengan saka. Sampai sekarang dia tak pedulikan mak dia walau tinggal serumah. Sampai sekarang mak dia masih busuk & tidak terurus & dia terus memusuhi mak dia.

Kesian kan.. Terlampau banyak guna khidmat bomoh memang boleh buat seseorang tu hilang kewarasan. Macam sipolan dalam kisah ni.. Aku syak dia pun dah tak berapa setting mental  sampai semua benda dia rasa ada kaitan dengan makhluk halus ni.. Nak kata tak sekolah educated. Ada degree beb! Tapi tu la bila terjebak dengan orang2 yang mengamalkan perkara khurafat & syirik ni.. jadi tak berguna juga taraf pendidikkan yang dia ada. Walau tahu baca terjemahan Al Quran sekalipun tapi dia tak yakin dengan Al Quran pun no point jugak.

Moral of the story... Memang ada masalah atau penyakit berkaitan dengan sihir & jin tapi merujuk la kepada mereka yang mengamalkan rawatan secara Islam. Jangan sesekali terjebak dengan bomoh2 khurafat ni.. Bukan apa jenis bomoh2 macam ni bomoh cari makan..  Depa rawat jugak hangpa tapi ada yang depa hantar balik pendamping. Macam2 sebab la depa buat macam tu.. So berhati hati bila mendapatkan rawatan secara spiritual ni.

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN

5 LAGU SERAM MENYERU MAKHLUK HALUS TIDAK DI GALAKKAN UNTUK DI NYANYIKAN.  Bukan sesuatu yang pelik sangat la kalau ada lagu2 di gunakan untuk menyeru makhluk2 halus ni.. Tu perkara yang sejak zaman dahulu kala lagi ada. Sebab tu kadang2 bila kita dengar orang baca mentera2 yang berunsur syirik & khurafat ni macam ada melodi.. Bukan je manusia, hantu pun boleh boleh terpukau juga ok dengan lagu. hahahaha.. Jadi tak pelik perkara tu ada kaitan dengan makhluk halus.


Dulu pernah terbaca satu lagu yang di katakan di nyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia yang dah meninggal dunia. Kononnya lagu tu di rakaman selepas di mati & rakaman tu di temui di tempat dia mati tu. Lagu tu memang agak menyeramkan sebab aku pernah dengar. lagu tu menceritakan pasal satu pontianak.. Akhir lagu tu ada suara penyanyi tu ketawa mengilai ngilai. Tu salah satu lagu yang menyeramkan pernah aku dengar. Tak tau la cerita penyanyi yang dah mati tu nyanyi betul ke tidak.. Saja je aku share nak bagi ada mood seram katanya. ahahaha

Jadi untuk lebih menaikkan mood seram meh la kita tengok carta lagu2 seram. Antara lagu lain yang di kaitkan dengan lagi menyeru syaitan atau hantu ni adalah..

Lingsir Wengi

Menurut kepercayaan sesetengah orang jawa, jika lagu ni di nyanyikan maka tunggu je la satgi Kuntilanak (Pontianak) akan datang kepada hangpa. Lagu ni juga di katakan di nyanyikan sejak turun temurun oleh orang2 jawa tapi tak ada siapa tahu siapa komposer (pencipta) lagu ni. Tak payah teka Aidit Alfian la.. Memang bukan dia. Aidit Alfiat antara lagu popular dia Kalis Rindu yang penyanyi Elyana nyanyi tu. Walaupun di kaitkan dengan perkara mistik tapi lagu ni banyak je korang boleh cari kat internet. Malah boleh download lagi.. Kalau ada nak try test power boleh la dengar & hafal kemudian nyanyi tengah2 malam. Untung datang pontianak boleh paku kemudian buat bini hahahahaha

Asereje Las Ketchup

Lagu ni pernah popular dulu. Tak kira kecik besar tua muda gemuk kurus.. Semua tahu lagu ni. Menjadi siulan muda mudi termasuk kanak kanak. Sebab lagu dia sangat catchy.. Kalau dengar mesti rasa nak hentak2 kaki hahahah... Lagu ni di katakan lagu puja setan (syaitan). Menurut info tak berapa sahih aku baca.. Lirik lagu ni kalau di terjemah dalam bahasa  Amerika Selatan & sepanyol.. ada lirik yang menyebut nama iblis. Kononnnya sapa nyanyi lagu ni akan di dekati Iblis.. Masalahnya tak nyanyi pun ramai dah manusia macam iblis jugak hahahahaha.

Malam Satu Suro

Malam satu Suro ni kalau ikut kalendar jawa.. kira macam tahun baru la. Mereka akan raikan tahun baru jawa ni selepas Maghrib sebab depa percaya hari bermula selepas matahari terbenam bukan tengah malam macam kita ni. Kita masuk pukul 12.01 minit tengah malam dah bertukar tarikh kan. Orang jawa percaya satu suro ni adalah hari keramat. Sebab tu la lagu malam satu suro di anggap mistik & boleh memanggil makhluk halus.

Nina Bobo

Ni bukan bobo si sotong yang buat video miming lagu Sayang tu yer... Jangan salah faham pulak OK! Kalau bobo made in Malaysia tu tak seram tapi gedik je lebih ahahaha. Cuma jadi seram kalau sapa terbuat bini je. hahahaha.  Ni kira macam lagu rakyat Indonesia la.. Hampir semua parents kat sana pernah nyanyikan lagu Nina Bobo ni kepada anak anak mereka. Lagu ni kisahnya bermula.. kononnya selalu di nyanyikan seorang ibu kepada anaknya yang berketurunan Indonesia - Belanda yang bernama Helenina Mustika yang susah nak tidur. Lagu ni di ciptakan oleh ibunya sendiri. Alkisahnya budak ni dah terbiasa di dodoi dengan lagu ni sebelum tidur maka setiap kali nak tidur dia kena dengar lagu ni. Budak ni mengidap penyakit kronik. So bagi menghiburkan anaknya.. si ibu menanyikan lagu Nina Bobo ni.Dijadikan kisah sedih.. si anak meninggal dunia. Tapi selepas di meninggal dunia si ibu sering dengar anaknya menangis minta di dodoikan dengan lagu tu.. Maka setiap malam si ibu akan menyanyikan lagu Nina Bobo walau anaknya dah meninggal dunia.

Malam Jelangkung

Lagu Malam Jelangkung ni di nyanyikan bila bermain sebuah permainan yang memanggil roh. Alah maybe lebih kurang macam permainan spirit of the coin tu la kot. Peralatan permainan ni menggunakan patung kayu, kertas dan pensil. Nak main permainan tu kena nyanyi lagu tu dulu. Mungkin berfungsi sebagai mentera untuk menyeru roh la kot. Tak tau la samada permainan ni betul2 boleh panggil roh.. Tapi mana ada roh orang mati balik ke dunia ye dak. Kalau yang datang tu dah tentu jin & syaitan jer. Permainan ni agak popular di Indonesia.

Kebanyakkan lagu - lagu menyeru hantu ni adalah dari negara Indonesia. Maka dengan ini Indonesia menjuari kategori lagu seram paling popular. Tahniah kepada komposer lagu2 tersebut yang tak tau ntah siapa. Walaupun lagu depa popular tapi kesian tak dapat royalti. hehehehe.

Moral of the story.. Kalau lagu2 yang ada unsur2 menyeru jin & syaitan memang tidak di galakkan di nyanyikan takut rosak akidah pulak walau sekadar suka suka pun. Alahai banyak lagi kot lagu yang best2 kau boleh nyanyi.. Takde sangat lagu nak nyanyi.. nyanyi ke lagu selimut putih. Insya Allah bukan takat seram maybe anda menggigil ketakutan & terus Insaf tak berani tinggal solat lagi. hehehehe

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA

8 PERKARA MISTIK & SERAM YANG PERNAH VIRAL BERLAKU DI MALAYSIA. Orang Malaysia ni memang terkenal dengan cerita2 mistik. Kalau dulu kita dengar cerita2 ni cuma dari mulut ke mulut.. Paling tidak pun baca kat majalah mastika. Sekarang sapa nak layan sangat baca mastika. Surat khabar pun orang malas nak baca.. Semua baca kat skrin jer. Dah ada kemudahan.. Tak perlu nak keluar budget beli majalah bagai kan. Cuma zaman sekarang dari cerita mulut menjadi cerita di skrin. Nak2 lagi zaman sekarang camera semua atas tapak tangan.. Bukan sekadar cerita siap ada bukti bergambar walaupun ada di antaranya kesahihan & kebenarannya di ragui. Almaklum la zaman sekarang banyak pakar IT yang tak perlu pergi universiti pun pandai buat editing gambar sampai nampak real.


Blog aku ni salah satu penyumbang kisah2 seram & mistik walaupun kebanyakkan cerita seram dari hasil pembacaan aku kat forum2 online atau blog2. Aku karangkan balik je dengan gaya bahasa aku sendiri. Ada jugak dari pengalaman sendiri.. Tapi aku bukan la setiap minggu hadapi pengalaman seram. Aku pun tak ada masa sangat la nak pi join geng paranormal cari hantu semata mata nak penuhkan slot cerita seram kat blog aku ni. Dah beranak pinak ni.. Nak buat kerja kerja macam tu dah tak berapa sesuai sangat.

Sekarang ni nak ikuti kisah2 seram atau baca pengalaman orang yang pernah berdepan dengan perkara pelik, mistik atau berkaitan alam ghaib ni memang senang. Kalau yang rare sikit confirm la jadi viral.. Bila jadi viral penuh la kat news feed FB atau blog2 up story tu. Cepat tersebar & cepat la kita tahu.  Salah satunya  kisah anak patung berpakaian sutera & berenda dalam keadaan comot & mata di tutup di tinggalkan di tepi jalan bawah sepohon pokok tu je aku rasa macam aku terlepas pandang cerita tu. Katanya ada unsur2 mistik pada anak patung tu mungkin dah di serap sihir menggunakan anak patung tu. Nampak agak menyeramkan.. Kalau aku jumpa pun aku tak sentuh atau ambil. Kita tak tahu bersama anak patung macam tu ada apa. Untuk 7 lagi perkara & kisah seram & pelik pernah berlaku kat malaysia korang baca sendiri kat sini  >> 8 Perkara Menyeramkan & Pelik Pernah Berlaku Di Malaysia & menjadi Viral Di Media Sosial <<

Seseorang sedang melakukan ritual mungkin untuk mematikan sihir yang ada pada anak patung tersebut

Moral of the story.. walaupun ada antara 8 kisah ni kita tak tahu sejauh mana kebenarannya.. Tapi sekadar nak baca suka2 tak salah. Cuma jangan taksub jer tu yang tak berapa betul. Jangan sampai mempengaruhi kehidupan seharian sudah.

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR. Sesekali kita ubah sikit segmen seram serik lekatlekit yang normally berkongsi cerita seram kepada info seram. Benda2 yang berkaitan alam ghaib yang berdampingan dengan manusia ni tak salah kita ambil tahu. Mungkin berguna pada kita di kemudian hari. Bukan untuk rujukan untuk sesiapa yang nak bela saka, ok!

Filem Waris Jari Hantu salah satu contoh cerita tentang saka. Dalam filem ni mengetengahkan saka harimau

Saka yang kita sedia maklum sejenis jin belaan manusia. Kiranya jadi khadam pada manusia la lepas perjanjian di persetujui. Tapi setakat ni syarat jin nak jadi khadam/saka kepada manusia dia jarang la nak minta banglo sebiji ke hapa.. Normally benda dia nak makan & pewaris bila owner dia dah di pinggir kubur supaya nasib dia terus terbela katanya. Ataupun berpunca dari amalan ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu kebal, ilmu perdukunan, persilatan, pengasih, pelaris, penyeri, susuk, dan lain-lain amalan yang menyalahi syarak.

Tapi jangan tak tahu saka tak semestinya warisan turun temurun ok.. Kadang2 saka ni boleh datang duduk dengan kita tanpa kita sedari. Sebab dia boleh berdamping dengan kita dengan berbagai cara walaupun keturunan kita tak pernah bela saka pun. Contoh jin saka ni boleh datang atas sebab sebab berikut

1. semasa kita ke tempat-tempat tertentu yang dihuni jin atau memasuki rumah baru terutama rumah yang lama tidak berpenghuni

2. adanya jin-jin yang tertentu, terlalu berminat pada seseorang
melalui mimpi seperti menerima sesuatu dalam mimpi, memiliki anak kecil, kerap melihat makhluk-makhluk aneh 

3. membuat rawatan dengan mereka yang berdamping dengan jin
menerima amalan dari mereka yang berdamping dengan jin walaupun amalan ayat-ayat al-quran, zikrullah maupun persilatan. 

4. Mereka yang memiliki saka dengan sengaja memerintah atau menyerahkan saka mereka kepada orang lain dengan berbagai cara yang tidak kita sedari.

Jenis jenis saka yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu adalah..

Saka Umum
Saka Pendamping/Sahabat 
Saka Kawasan
Saka Tangkal
Saka Jamu
Saka Gerondong
Saka Yang Berulang
Saka Ruh Gentayangan

Tu dia saka jamu pun ada. Tapi jangan silap pulak saka jamu ni bukan saka dari jamu yang orang perempuan dok ambil tu tau. Saka jamu ni saka yang selalunya perlu di jamu bila tiba masa masa tertentu. Macam kena buat jamuan makan untuk dia la. Dulu ada la someone yang aku kenal dia seorang bomoh, setiap tahu dia akan buat kenduri untuk menjamu saka saka dia.. Tapi kenduri tu tetap dia jemput orang datang makan. Mungkin tu la kot saka jamu. Dari apa yang aku baca saka jamu tu memang ciri2 dia macam tu hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu tentang saka saka ni boleh baca kat sini >> Jenis Jenis Saka <<

Punca jadi saka ni boleh berlaku dari Jin-jin yang datang mengganggu atau melalui jalan sihir, sekiranya tidak dirawat juga boleh berubah status menjadi saka. Jadi jangan ambil mudah kalau rasa macam hidup anda di selubungi misteri. Cepat2 la merujuk kepada pusat rawatan Islam. Manalah tau.. tetiba orang hantar jin kat kita tapi kita ingat just mainan perasaan je. Bila dah lama jin tu berdamping dengan kita, tak mustahil boleh menjadi saka. Bukan apa ada jenis orang sekarang yang tak percaya kepada sihir & perkara mistik. Konon urban sangat.

Moral of the story dari dok kumpul saka konon nak senang cara ekspress baik la kumpul harta macam beli rumah ke.. Beli rumah banyak2 boleh jugak jadi aset untuk pelaburan jangka panjang. Jadi kalau ada niat nak beli rumah jangan main beli jer.. Kena tahu 5 perkara ni dulu >> 5 Tip Penting Sebelum beli rumah << Yang penting nak beli rumah jangan beli rumah yang ada jin saka. Silap haribulan servis saka bertukar tangan tanpa anda sedar. hehehehe

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL

INI SEBAB BAHAYA BERKONGSI GAMBAR SELFIE DI MEDIA SOSIAL. Teknologi semakin canggih maka sihir pun ikut peredaran zaman jugak. Kalau dulu nak sihirkan orang.. depa guna pakaian, rambut,kukur atau apa2 berkaitan dengan orang yang nak di sihir termasuk gambar sekarang ni dah makin senang sebab mudah je nak dapat gambar sesapa sahaja yang nak di sihir melalui media sosial. Terutama perempuan la makhluk paling ghairah berkongsi gambar kat media sosial katanya. Asal dia nampak cantik, muda, jelita, remaja bagai gambar dia.. Tak sabar nak share nak dapat like & pujian bertalu talu walau caption dia 'aku hanya wanita biasa' padahal dia harap pujian luar biasa tu. hehehehe


Hak masing masing la kan.. Zaman media sosial ni bukan boleh tegur lebih2 satgi keluar statement 'dengki' & tak boleh tengok orang bahagia katanya. Jadi masing2 mula ambil sikap lantak kau la.. Yang terdedah dengan bahaya kau, bukan aku. Yang nak hadap sengsara kalau jadi apa2 pun kau. Berani buat, pandai pandai tanggung la yer...

Tapi aku just nak share satu kisah yang aku baca ni... Katanya seorang isteri tetiba buat perangai lari ikut jantan lain walaupun masa tu rumahtangga dia tak ada apa2 masalah malah masih mesra. Semua tu akibat perbuatan sihir dari kawan di Facebook. Yelah.. nak dapat gambar orang sekarang bukan susah pun,semudah kau clik pada gambar kemudian save lepas tu pergi print dah dapat.


Ada orang ambil gambar selfie muka sendiri salah satu cara dia nak tunjuk bakat dia dalam seni photography katanya.. Jadi dia rasa tak salah la nak tunjuk hasil selfie dia pada orang lain. Konon dia berjiwa seni la padahal orang yang betul2 berjiwa seni adalah orang yang macam ni >> Jika Anda Ada 14 Perkara ni Confirm 100% anda berjiwa seni << Bukan hanya rajin selfie & upload gambar kat media sosial je dah membuktikan jiwa seni anda, ok!

Jadikan peringatan buat mereka2 yang rasa nak ambil perkara tu sebagai langkah keselamatan awal. Bagi yang rasa mungkin mereka kebal dari segala sihir takpe teruskan la apa yang korang rasa bahagia & selesa. Yelah.. bukan semua orang pasti kena sihir kan.. Aku dulu pun selalu upload gambar kat media sosial tapi tak pernah kenal sihir pun. Yelah.. yelah.. cuma tu la mencegah itu lebih baik dari merawati. Takde la sampai penuh darussyifa orang menunggu nanti.. hehehehhe

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS

KISAH SERAM SAKA MAK SIAH MENCARI PEWARIS. Lama bercuti segmen seram serik lekatlekit ni kan.. Almaklum la sekarang ni tak cukup jari nak menaip. Banyak benda nak kena buat sekarang mengalahkan ibu anak 10 gayanya. Padahal anak sorang & suami pun sorang je nak uruskan. Sampai nak sempat katanya nak memburu hantu. Bila ada masa memburu hasil pulak tak berapa best. Tu la masalah pemburu hantu macam aku ni.. hehehe

Mak Siah

Takpe la sebagai warm up balik keseraman di blog lekatlekit.com ni marilah kita membaca kisah seorang Mak siah yang membela seekor saka ni. Alkisahnya mak siah ni dia tak ada anak sebab dia tak kahwin. Dia ada seekor saka yang di bela.. sampai masa dia perlu mewariskan jugak saka tu pada orang lain. Almaklum la.. bela saka ni selagi tak ada yang sanggup terima saka dia memang susah nak mati. Bukan sebab tak mati.. dah mati pun still dok nampak hidup lagi sebab jasad dia di kuasi saka yang di bela. Saka ni spesis jin jugak yang di bela manusia sebagai pendamping. Macam2 tujuan la orang bela saka ni..

Alkisahnya Mak siah ni berjiran dengan sepasang suami isteri yang ada dua orang anak lelaki. salah seorang anak lelaki jiran mak siah ni memang suka mengintai aktiviti mak siah kat rumah dia. Maka dia tahu la apa mak siah selalu buat termasuk la membuat ritual untuk saka dia. Satu hari mak siah dapat tangkap budak ni.. Sebab budak ni takut di apa apa kan mak siah dia berjanji tak bagitau orang tapi mak siah minta dia adik dia untuk di jadikan pewaris saka. Tapi si abang ni tak sampai hati, rela tawar diri dia untuk jadi pewaris saka tu walaupun masa tu dia masih budak & tak faham sangat tentang saka maka ni. Apa yang dia cakap masa tu sebab takut diri dia & adik dia di apa apakan mak siah jer..


Sampai la depa dewasa & si abang dah berkahwin. Nak2 lagi abang terkahwin dengan girlfriend adik sebab tak tahu si adik bercinta dengan perempuan tu. Yang perempuan tu pulak tersilap terima ingat yang datang pinang tu untuk si adik. Bila dah jadi macam tu masing2 redha je la. Tapi hati si adik ni tetap ada rasa jeles sikit. Kadang2 kemesraan dengan ex girlfriend tu still ada bila berkumpul di kampung mengundang sedikit cemburu pada si abang & curiga pada si Ayah. Tapi masing2 terus mendiamkan diri.

Berbalik pada kisah saka Mak Siah tadi.. bila dah dewasa & mak siah pun dah terlalu tua nak jaga saka dia.. maka itulah masa dia menyerahkan pada si abang yang pernah berjanji masa budak nak waris saka mak siah walaupun masa tu dia tak faham apa apa. Bermulalah episod seram keluarga tersebut bila isteri si abang asyik ternampak & mimpi benda2 yang menyeramkan.. Nak di jadikan cerita pada satu malam mak siah memulakan ritual penyerahan saka. Maka di hantar saka kepada si abang. Selepas tu abang jadi berubah.. jadi panas baran & lebih suka termenung dengan wajah yang menyeramkan. Si Ayah & si Adik mula pelik dengan perubahan Abang panggil seorang ustaz untuk merawat. Akhirnya saka tu berjaya di pisahkan dari si abang & keadaan jadi seperti sediakala. Cuma saka mak siah pulak kemurungan di tangga rumah mak siah sebab takde tuan nak jaga dia.

Begitulah kisah dari filem pelepas saka. DVD ni aku beli ahad lepas. Memang tak ada cerita baru so dari balik tangan kosong aku rasa itu lebih menyeramkan ada lagi baik rembat je la apa2 cerita yang aku belum tengok dengan syarat genre dia mesti seram.

Best ke tak best tetap dah jadi sebahagian dari koleksi seram aku. Kepuasan mengumpul tu yang penting hahaha

Filem ni ok la.. setakat boring2 nak tengok boleh la. Susah la nak jumpa filem seram melayu sekarang yang betul2 best & seram. Orang kata munafik seram tapi pada aku ni belum tentu sebab bab2 filem seram memang aku demand sikit. Tak main la acah acah seram.. celah ketiak aku pun tak gigil katanya. Filem pelepas saka ni pun bagi aku tak seram. Saka dia macam hantu kak limah je aku tengok. Memang effect seram tu tak berapa menusuk kalbu sangat la. Jalan cerita dia bagi aku tipikal jer.. Alah cerita pasal saka & nak jadi pewaris saka je. Takde apa yang lain sangat pun.

Moral of the story... Dari dok bela & bagi makan saka ni tak bawa untung pun malah memberi kemudaratan pulak pada yang membela ada lagi baik hangpa buat benda ni.. Bukan je dapat pahala (Insya Allah) malah mungkin dapat memberi kehidupan baru pada orang yang memerlukan. Bukan susah pun RM8 je korang boleh bina sebuah rumah melalui 4 online sites ni. Tak caya, tengok sendiri kat sini >> RM8 Korang boleh bina rumah dengan membeli belah di 4 online sites ni << Macam tak percaya pulak RM8 kita boleh bina sebuah rumah kepada golongan yang memerlukan. Gamaknya RM8 tu kalau nak buat rumah sendiri macam aku yang takde rumah lagi ni boleh tak?? hahahhaa

SERAM! TERKEJUT WANITA CANTIK BERTUKAR JADI TUA SELEPAS DITIDURI

SERAM! TERKEJUT WANITA CANTIK BERTUKAR JADI TUA SELEPAS DITIDURI. Ni bagus jugak di baca oleh lelaki lelaki kasanova yang suka sangat 1 night stand. Dia punya bini angkat bersepah. Bukan takat keliling pinggang, kategori keliling badan. Kiri kanak depan belakang atas bawah. Kalau buat list perempuan yang dia dok baca check in kat hotel rasanya boleh jadi novel. Tu tak termasuk yang dia ayat2 ajak minum, enjoy dalam pub atau pi karaoke. Kalau senaraikan semua tu rasanya 3 4 buah novel pun belum tentu cukup nak cerita aktiviti kasanova dia tu.

Gambar sekadar hiasan

Macam tu dengan seorang mamat ni katanya dia hidup dalam keluarga yang bermasalah. bapak kaki botol, kaki judi. Selalu bergaduh dengan mak dia. Jadi dia rasa tak tenteram la nak duduk kat rumah so dia banyak habiskan masa kat luar dengan aktiviti yang kurang bermoral. Biasa la spesis2 suka enjoy macam tu.. pusat2 hiburan & perempuan memang perkara biasa la. walaupun tak kahwin tapi honeymoon selalu. Kiranya hari2 hari hari jumaat la bagi dia. pepaham je la..

Nak jadikan satu kisah ni.. Dia berkenalan dengan seorang wanita cantik. Bentuk badan tak payah cakap la beb! Dia punya cutting no 8 la. Dari pandangan mata lelaki gatal & jahat memang cukup sempurna, cantik & menariknya. Semenjak dia kenal perempuan ni setiap hari dia rasa ghairah je. Kalau tak dapat jumpa dengan perempuan tu dia mesti rasa panas badan & baran. Sebelum ni dia dok bertukar pasangan pun tak pernah rasa macam tu punya melekat dengan perempuan. Tapi yang sorang ni.. Macam mana pun tetap dia kena juga jumpa & bersama perempuan tu.

Sampai la satu hari tu... Perempuan tu ajak dia kat hotel. Kau rasa dia nak malu2 kucing parsi ke kalau dah perempuan yang sentiasa buat dia rasa ghairah walau hanya berbual ajak pergi hotel. Sangat2 mustahil la. Bila dah sampai melarat ke hotel.. Takkan nak baca yassin bersama sama kot. Menipu sangat la tu. Dah la bukan muhrim. Berdua2 dalam bilik. Dengan lelaki yang nafsu level syaiton nirojim.. Maka berlaku seperti apa yang di harapkan syaiton. Berjoget sakan iblis meraikan malam pertama mereka tu. Sampai la keesokkan paginya. lelaki ni terbangun & tengok perempuan tu masih tidur tapi membelakangi dia. So, dia biar je la. Dia pergi mandi. Lepas mandi pun perempuan tu still tak bangun dia pun jenguk la.

terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. Bila yang dia nampak adalah seorang perempuan tua yang dari muka sampai kekaki berkedut seribu. Ni kalau iron pun belum mampu hilang kedut. rawatan laser pun dah tak jalan. Tua sangat dah kot.. Sebab terlampau takut perempuan cantik yang dia dah ehem hem semalam bertukar jadi nenek tua. Dengan bertuala paras pinggang. Dia capai pakaian dia terus lari sampai ke lobi baru dia pakai baju seluar.

Bila dia cerita kejadian tu kat kawan dia.. Kawan dia bawa jumpa seorang pakcik yang ada kemahiran la dalam perkara2 mistik ni. Menurut pakcik tu perempuan tua tu sebenarnya pakai susuk untuk kelihatan muda & cantik. Tapi mungkin pagi tu susuk dia terjatuh kot tu yang nampak rupa sebenar dia. Mak aii.. susuk apa dia pakai gamaknya. Dari kedut seribu nampak tegang macam anak dara. Bomoh degawan pun tak mampu nak bagi susuk macam tu. Hahaha

Sumber - Kisah Bermalam Dengan Nenek Tua -

Moral of the story... Nenek2 zaman dulu banyak masa tua habis buat benda2 macam ni je dengan cucu cucu dia >>Yang Tak Ada Lagi Pada Nenek2 Zaman Sekarang<< Tapi nenek zaman sekarang dah tak boleh terima hakikat diri tua dah tua. Dah masuk zon pinggir kubur tetap tu nak feelling muda rumaja buat maksiat dengan lelaki level2 cucu. Padan la dengan kasanova macam tu.. Sekali kau tidur dengan nenek. Padan muka!

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT

AWAS! MELENGGANG PERUT AMALAN KHURAFAT. Salam pagi jerebu.. Semoga anda masih sihat walau terpaksa menyedut udara yang bercampur jerebu kuning semalam. Sebelum kita mulakan aktiviti harian jom la kita berdoa supaya masalah jerebu dapat di selesaikan secepat mungkin & semoga Allah melindungi kita semua dari sebarang penyakit merbahaya akibat jerebu & hindari kita semua dari malapetaka akibat kerosakkan bumi.

Gambar Sekadar Hiasan, Sumber Google

pepagi tadi sempat tengok rancangan Fiqh wanita kat tv9. Rasanya rancangan ulangan. Tak ingat pulak nama ustazah tu sebab tak sempat tengok dari awal cuma tertarik bila ada penonton bertanya pasal amalan melenggang perut. Kalau hangpa tak tau melenggang perut tu macam mana.. Melenggang perut ni di lakukan pada wanita hamil. usia kandungan dah dekat2 sarat baru orang buat melenggang perut. Tujuan dia katanya untuk mudahkan proses bersalin & nak tahu jantina bayi dalam perut. Ni kira amalan turun temurun sejak dulu kala. Masih ada yang mengamalkan amalan ni sehingga hari ni. tapi aku tak ada pulak buat masa mengandung dulu. Zaman sekarang nak buat apapun semua kos. Jadi memang aku tak suka buat benda2 membazir yang tak penting even scan anak dalam perut nak tau jantina pun aku tak buat dulu. Keluar la anak jantina apapun aku terima & aku sayang je anak aku.

Sedikit info pasal amalan melenggang perut ni.. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini.

Barang2 yang di gunakan dalam upacara melenggang perut ni adalah Tujuh helai kain yang berlainan warna, Satu gantang beras, Sebiji buah kelapa, Beberapa urat benang, Satu batang damar, Sedikit minyak kelapa atau minyak urut, Beberapa batang lilin, Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya & Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.

Cara2 upacara ni di jalankan.. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut, Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan. -Sumber Wikepedia -


Menurut ustazah dalam rancangan Fiqh wanita tu hukum melenggang perut ni jatuh khurafat dah. Sebab ada ritual2 yang tak sepatutnya dia buat. Almaklum la amalan orang dulu2 ni kebanyakkan memang bercampur aduk. Jadi tak buat pun takpe la. Banyak cara & amalan lain yang boleh di pratikkan untuk memudahkan proses bersalin tu. Nak tau jantina sekarang tak payah melenggang perut, pi la hospital scan je. Sekarang dah ada 3D scan lagi canggih boleh nampak bentuk rupa baby dalam perut. Selebihnya hangpa rujuk la dengan guru agama masing2. Guru agama yang bukan membawa ajaran sesat tau! hehehe

Sumber Lenggang Perut Satu Warisan

Apa barang melenggang perut zaman sekarang. Tak cool langsung kan? Tak nampak macam urban mummy pun. hahahaa

Moral apa yang kita tak pasti tu tak payah la buat. Tak buat lenggang perut pun ramai orang bersalin dengan mudah dengan melakukan amalan2 & bacaan ayat2 suci Al Quran. Tak payah nak menjunjung adat yang bercanggah dengan ajaran Islam. Orang2 dulu kita sedia maklum mereka kurang pendedahan & tak banyak sumber depa boleh belajar. Kita orang sekarang tak payah jadi kuno sangat macam orang dulu dulu.

AHLI SIHIR JUAL MINYAK ANGIN BUAT MAGIC SHOW

AHLI SIHIR JUAL MINYAK ANGIN BUAT MAGIC SHOW. Masa aku kecik kecik dulu kat kampung ada pasar malam. Masa baru buka memang meriah la dengan macam2 benda orang jual kat situ. Dari makanan sehinggalah keperluan harian,baju,barang. Kira panjang jugak la gerai2 peniaga dari serata daerah masa tu. Masa tu arwah ayah aku ada lagi. Dia pun ambil kesempatan jugak meniaga bihun sup ayam versi utara yang tiada tandingannya kesedapan dia waktu tu. Jarang sangat la tak habis. Manjang habis. Tapi tak lama arwah ayah aku meniaga. Sebab dia tak dapat nak curi masa antara kerja tetap dengan kerja sambilan dia meniaga seminggu sekali tu jadi dia dah tak meniaga.


Kat pasar malam kampung aku tu kadang2 ada la penjual minyak angin akan datang buat magic show. Memang berkerumun la orang tengok. Almaklum orang kampung bukan selalu dapat tengok live magic show macam tu. Terpegun jugak la. Letak orang dalam kotak tetiba hilang. Tak tau celah mana dia di sorokkan. Sampai dulu aku anggap penjual minyak angin ni ahli sihir sebab boleh buat magic macam tu kan. Masa kecik mana aku paham pasal trick magician ni. Sekarang ni lain la pendedahan demi pendedahan orang bongkar trick magician ni jadi kita tau la macam mana benda2 yang magic kita tengok tu boleh berlaku.

Tapi tak tau la kan.. Ada magician yang gunakan ritual yang berkaitan sihir ni. Jangan rasa mustahil memang ada. Bayangkan orang jual minyak angin tu letak satu kotak tengah2 orang ramai yang mengelilingi dia. Bukan kat pentas dia buat show cuma satu sudut kat pasar malam jer. Dia ambil seorang masuk dalam tu kemudian suruh orang lain tengok memang tak ada sesapa. Mungkin dia guna teknik kaburkan pandangan orang lain la kot. Hahahaha.

Tapi sekarang tak perlu nak belajar ilmu hitam bagai nak jadi magician. Kat online sekarang pun korang boleh belajar trick mudah buat magic. Nak main2 dengan anak buat magic macam ni pun ok jugak. Korang nak belajar meh tengok sini >> Video! Juara Ahli Silap Mata Dunia Ajar Cara Paling Mudah Buat Magic <<

Moral of the story.. Tak salah nak jadi magician & nak buat magic untuk hiburkan orang lain tapi berhati hati jangan obses sehingga kita termelakukan perkara khurafat & syirik untuk menjadi orang yang hebat buat silap mata. Kalau dah guna perantaraan tu tak di namakan magician tu di namakan bomoh. hahahaha

SUP BUNJUT SYIRIK

SUP BUNJUT SYIRIK. Mesti ramai dah tengok viral pasal sup bunjut kan? Zaman sekarang ni berhati hati la nak post apapun pun. Kalau boleh sebelum membuat kenyataan berbentuk pertikaian pada sesuatu perkara atau benda tu mohon la study dulu. Takut sebab kita malas nak gunakan kemudahan yang ada ke jalan yang betul membawa kemaluan paling besar dalam hidup. Dah jadi viral ni bukan senang nak padam semua yang dah tersebar. Nak tak nak terpaksa kau hadap jugak kemaluan besar itu. hahahaha


Contoh macam kisah viral sup bunjut ni. Aduhai... maybe seumur hidup dia kali pertama dia tengok bunjut berbungkus macam tu kot. Confirm la spesis yang masuk dapur untuk makan je. lain2 dia tak ambil tahu. Ni kalau tanya halia dengan kunyit hidup pun memang tak pandai bezakan apatah lagi suruh dia pilih yang mana satu daun bawang dengan daun kucai. Tahap tak tahu dia ni memang agak parah bagi seorang manusia. hahahaha

Yang dia tau berbungkus macam tu mesti orang nak sihir. Yelah.. kan orang nak sihir selalu je bungkus benda2 dalam kain. Tapi selalunya kain kuning sebab amalan bomoh2 khurafat ni memang banyak guna kain kuning sebab guna perantaraan Jin. Tapi bukan semua berbungkus tu ada unsur2 syirik dik Ooi... Sup bunjut memang sejak azali macam tu. Memang boleh jadi syirik kalau dah di jampi serapah dengan mentera semerah padi bagai. Di seru2 jin syaitan bagai & di letakkan bahan2 kotor dengan niat untuk mensihirkan orang lain. Tu bunjut sekadar rempah ratus sup kalau ada pun di hembus selawat & Bismilillah... takde syirik kat memana pun. hahahaha

Sumber Facebook

Aduhai budak.. Tu baru nampak sup bunjut dia dah pelik gamaknya kalau dia tengok karipap bihun ni apa pun persepsi dia. yelah.. karipap bihun kan jarang sangat nak jumpa orang buat atau jual. Mesti kalau terbeli dia kecoh kat FB peniaga karipap tipu karipap inti bihun. hahahaha. Aku sendiri pun tak pernah tahu wujud karipap bihun ni. Ni sebab baca satu artikel ni >> 10 Jenis Kombinasi makanan yang Pelik Tapi Sedap << Lepas baca artikel ni jugak baru aku tau ada orang makan strawberi dengan ikan masin. tapi takde la sampai aku nak rasa benda yang pelik di mata aku tu berunsur syirik & khurafat macam budak ni. takde pulak terus nak jatuh hukum haram di makan walaupun aku rasa macam pelik je. hahahhaha.

Moral of the story.. Kadang2 yang pelik di mata kita dah biasa bagi orang lain sebab tu kita perlu siasat & cari info sebelum mengeluarkan sebarang pendapat atau pandangan terhadap sesuatu supaya kita tak nampak bodoh atau nampak ketinggalan sangat.

P/S : Arwah Ayah aku dulu pakar masak bihun sup utara. Memang bunjut dia buat sendiri. Sampai sekarang takde seorang pun anak dia mewarisi resepi bihun sup paling sedap di kedah. Tak sempat belajar. Dulu Ayah ada lebih selesa ayah masak.. sekarang teringat kesedapannya yang takkan jumpa kat mana2

BLOG GOSIP ARTIS TERKENAL IKLAN PRODUK BERUNSUR SYIRIK & KHURAFAT

BLOG GOSIP ARTIS TERKENAL IKLAN PRODUK BERUNSUR SYIRIK & KHURAFAT. Bila mamaraziah lekat lekit bergosip.. Tu dia hot & spicy gosipnya. Selalu dia dok tulis gosip pasal retis kan kali ni mai kita kontroversikan dia pulak. Amboi.. tau la iklan bayaq mahai kat blog dia. Setahu aku la.. admin blog tu melayu Islam.. Tapi terkejut jugak ada iklan2 macam tu kat blog dia.


Aku pun suka jugak dok tulis cerita mistik & seram tapi selalu aku ingatkan sekadar hiburan & hantu,pontianak,pocong toyol ke hapa tu semua jelmaan jin nak menyesatkan manusia je. Yelah.. takut ada yang taksub terpesong pulak akidah orang dok baca cerita seram kat blog aku. Sebab tu aku tulis cerita seram komedi jer.. Jalan cerita santai2. Tak pelik ada orang kata cerita seram kat blog aku tak seram langsung sebab memang tu pun motif aku. Aku nak suruh orang baca bukan nak bagi orang takut atau percaya. Sekadar hiburan..

Berbalik cerita blog gosip retis terkenal yang iklankan produk yang ada unsur syirik & khurafat tu.. Aku dah siasat rupanya iklan tu dari google AdSense. Blog gempak2 je Google ads approve..  blog macam aku dah jenuh apply tak lepas2 lagi ni. Tapi menurut mereka yang menjana pendapatan dengan google AdSense. iklan yang kita taknak muncul kat blog kita boleh sekat. Aku clik jugak iklan tu sebab tajuk dia memang gempak beb! pengedar minyak pengasih. Mana tau sekadar gimik je minyak pengasih dia.. Kot2 dia jual minyak wangi yang bau dia buat pasangan suami isteri jadi ghairah ke kan.. Tapi memang betul produk tu produk pengasih, penunduk &  pelaris. Rawatan tradisional katanya bukan rawatan Islam yer. Kena pandai bezakan tu. Kadang2 orang ingat rawatan tradisional yang perawat dia di kalangan orang2 Islam ni sama macam rawatan Islam. Tidak semua rawatan tradisional tu berlandaskan Islam. Ada yang menggunakan nama rawatan Islam tapi cara rawatan dia bercampur dengan ayat2 Al Quran & ritual yang menjurus kepada pemujaan bagai. So, kalau pelik2 sangat barang2 dia minta masa nak merawat. seluar dalam bagai.. hati hati. Takut kita terjerumus dalam menggunakan khidmat bomoh khurafat.

Balik pada cerita iklan rawatan tradisional tadi... Tengok cara dia mengiklan produk & servis dia pun rasa memang macam ada unsur syirik & khurafat jer. Ada aku baca keratan akhbar di blog tu ada dia tulis ikat kasih guna sangkar,botol,seluar dalam bagai. Tak pernah dalam rawatan islam ada guna seluar dalam. Merepek sangat dah ni. Siap ada ritual puja semangat lagi. Selama aku dok merujuk ke pusat rawatan Islam serius takde ritual pemujaan. Dalam Islam pun tak ajar kita sembah selain Allah. Ada servis lain lagi berkonsepkan rawatan tradisional yang nampak memang macam ada unsur2 mistik.Siap boleh rawat dari jauh secara dalam talian lagi. Bahaya betul!

Matilamak.. Habis lepas ni sapa yang jual mahal sangat kena minyak pengasih. Boleh order online lagi tu tak payah pergi jumpa perawat katanya. hahaha

Ok Marilah kita berbaik sangka mungkin dia tak perasan iklan tu muncul kat blog dia yang meletop kebabom tu. Hope lepas ni dia block iklan2 yang agak sensitif yang melibatkan akidah umat Islam. Yelah gosip2 jugak kan.. Tapi jangan la nak mempromosikan rawatan ada unsur syirik & khurafat macam tu.

Moral of the story.. Bomoh2 sekarang pun dah up to date hokay! iklankan servis depa kat google ads. Abislah.. Makin ramai Umat zaman moden kembali jadi jahiliah. Patut la orang Bandar sekarang makin ramai suka guna khidmat bomoh berbanding orang kampung, ops!. hehehe

CARA MENGELAK DARI TERMAKAN NASI KANGKANG

Aku sampai naik risau sebab setiap hari mesti sangkut keywords cara nak buat nasi kangkang kat blog aku. Bukan la sebab aku ada bagi tutorial cara nak buat nasi kangkang tapi maybe ada entri aku sebelum ni yang cerita berkenaan sihir nasi kangkang. Dari keywords tu.. Maybe ada di antaranya menggunakan teknologi untuk cari cara membuat nasi kangkang. Tujuan Wallahualam... Maybe sekadar untuk info & tak mustahil jugak ada yang berniat nak buat pada seseorang... Na'uzubillah.. Moga2 di jauhkan kita dari terkena sihir nasi kangkang ni terutama lelaki la kan..

Dari keywords blog aku

Nasi kangkang ni selain menggunakan perantaraan Jin & syaitan tapi ramuan & cara penghasilan dia sangat sangat kotor. Bila terbayang confirm aku jadi morning sickness tetiba.. Moga kita tak jadi para wanita @ isteri yang sanggup melakukan benda syirik & khurafat tu semata mata nak ikat suami dari berubah hati pada orang lain. Ingat Mati akak acik Ooi...

Lelaki terutamanya.. Kalau korang rasa pasangan korang lain macam jer korang boleh la amalkan benda ni untuk mengelak dari terkena sihir nasi kangkang ni..

1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) &  Ayatul Kursyi.

2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami
'ul 'alim

3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali.

4) Rajin baca surah Al-Baqarah

 Mohonlah pertolongan dari Allah.. Semoga kita di jauhkan dari kejahatan manusia, jin & syaitan. Peringatan buat kaum wanita.. Menggunakan perantaraan jin untuk kepuasan diri percayalah benda tu akan bagi kemudaratan pada diri kita balik. Benda2 sihir semua ada korban ganti.. Dia macam pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Takde dia bagi kat ko di halalkan dunia akhirat.. dia bagi dia nak balasan. Sampai satu ketika bila kau dah tak dapat bagi dia balasan.. benda tu akan makan diri kau balik.

Moral of the story... Dalam Al Quran dah sedia tutorial macam mana nak melembutkan hati pasangan.. Nak mengikat hati pasangan kenapa perlu guna khidmat jin & syaitan. Guna khidmat jin ni tak mudah pun.. dia demand macam macam jugak padahal guna jalan yang Allah dah bagi tu sebenarnya lebih mudah tapi kita je tak nak ikut & suka menyusahkan diri.

BLOG BOMOH SIAM

Sebab terbaca status blogger Bro Framestone yang katanya ada rakan dia baru meninggal akibat perbuatan sihir aku tetiba saja nak google info2 pasal sihir ni. Bukan untuk di amalkan tapi sekadar untuk pengetahuan sendiri jer.. Zaman sekarang amalan sihir kembali berleluasa.. Orang kembali mempratikkan amalan kuno bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah.  Nau'zubillah.. Moga kita di jauhi dari terpengaruh dengan ritual syirik & khurafat tu.

Sumber google

Google punya google dengan macam - macam keywords tetiba terjumpa satu blog bomoh ni.. Mak Aii.. Bomoh pun ada blog ke? Try la buka.. Yup memang dia banyak share pasal perkhidmatan bomoh siam.. segala macam perkara yang ada unsur khurafat & syirik.. minyak pengasih la, ritual puja roh la la untuk sihir pengikat kasih sayang katanya, ada jugak dia kutuk pasal bomoh lain yang katanya temberang. Tapi rasanya dia bukan bomoh tapi sekadar orang tengah untuk sesiapa sahaja memerlukan khidmat bomoh. Mungkin dapat komisyen dari bomoh kot. Entri dia tak banyak untuk tahun 2015 ni memang takde update langsung.

Dari cara penulisan siap salam macam orang Melayu Islam tapi tergamak pulak dia dok mempromosikan perkhidmatan khurafat & syirik macam tu kan?  Siap mention lagi sapa perlukan khidmat bomoh tak kira dengan apa tujuan sekalipun dia sedia membantu. Bahaya orang macam ni. Kalau orang tu guna khidmat dia dengan niat jahat untuk khianat orang.. sama2 la kongsi dosa.

Moral of the story.. Apa cara ikhtiar kita sekalipun semua berlaku dengan izin Allah bukan bermakna Allah redha dengan perbuatan kita. Jangan sesekali terjebak dengan perkara khurafat & syirik sebab benda ni kadang2 macam dadah jugak sekali cuba.. kita akan nak cuba berkali kali. So, jauhi bomoh khurafat & syirik..

P/S : aku takkan share url blog tu.. So jangan minta. hehehe


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com