Showing posts with label reban ayam. Show all posts

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG MAKMAL ROKOK HARAM

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN TENTANG MAKMAL ROKOK HARAM. aku rasa kena minta royalti dari kerajaan Malaysia untuk kempen #TakNakseludup dah ni. Blogger lain tulis pasal kempen #Taknakseludup ni di bayar aku pulak tulis free2 je untuk depa. Takpe la orang kata buat khidmat masyarakat. Baru ikhlas sikit, kan? hahahaha.

Walaupun tak di bayar gigih jugak aku tulis pasal ni. Almaklum la blogger kan.. Tak kira la orang bayar ke tidak. Selagi isu tu best & menarik untuk di kongsi.. Mesti masuk blog katanya. Yelah.. selain untuk kejar traffic yang manjang tak berapa laju ni secara tak sengaja menyampaikan informasi kepada orang awam. Walaupun blogger sering di anggap keyboard warrior tapi tanpa pendekar papan kunci pun tak meriah alam maya,kan? hahaha


Berbalik pada cerita makmal rokok haram @ rokok seludup ni.. Tak tau la sejauh mana betul makmal depa macam ni kan. Kalau macam ni punya rupa makmal depa.. Memang multifuction sungguh. Disamping menghasilkan rokok2 yang lebih murah, malah boleh menternak haiwan jugak dalam makmal tu. Yelah.. kalau kena ambush senang nak coverline. Boleh transfer jadi reban ayam sekejab. Mungkin tu jugak salah satu trick kot. hahahaha.. Mesti hangpa tertanya tanya.. mana aku tengok makmal rokok seludup ni? aku tengok kat sini >> Pendedahan Berani Mati Tentang Makmal Rokok Seludup <<

Betul ka tidak aku sendiri pun tak pasti. Kalau betul la tahap kebersihan depa level reban ayam tak mustahil ada najis2 haiwan termasuk dalam ramuan rokok tu. Hahaha.. Ok la tu jadi baja. Pokok baja dengan taik ayam subur di ladang. Orang baja dengan rokok taip ayam manatau lebih sihat & kuat pulak. Hahahaha. Tapi jangan kena penyakit hawau ayam sudah. Haru2 kepala jadi teleng.

Bersih ke kotor makmal rokok ni.. Takde rokok menyihatkan. Tak kira la halal ke haram ke atau harus sekalipun. Apapun aku tak rasa pendedahan macam ni buat perokok rasa serik nak beli rokok seludup.. Malah depa maybe hanya gelak jer. Perokok ni macam mat rempit jugak berhenti bila mati je kecuali yang dapat hidayah masa hidup. hahaha. Peace!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com