Showing posts with label laporan. Show all posts

ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS

ISU BREASTFEEDING, LAPORAN POLIS DI BUAT TERHADAP AMRAN FANS. Wah nampaknya seorang individu yang gambar dia di viralkan oleh Amran Fans dah tampil buat police report. Ingat kan nak settle tepi tepi jer macam salah seorang yang gambar breastfeeding dia jadi viral tu. PM & minta maaf dengan Amran then Amran pun delete la gambar ni dia tapi yang ni tetap nak menuntut keadilan katanya setelah di aibkan.


Aku tak salahkan dia la.. Memang la bila jadi viral benda tu akan mengaibkan. Dia nak buat report polis tu hak dia la kan. Tapi tu la yang memalukan ada pulak bila isu gambar breastfeeding di kalangan ibu2 melayu Islam bertudung litup ni jadi kontroversi, ada yang rasa tercabar nak buat pulak. Dari tak pernah upload gambar dia menenen anak dia tapi di sebabkan Amran terus dia buat benda tu. Mungkin dia harap dia pun jadi viral seterusnya rating & friendlist dia bertambah. Nanti senang boleh buat bisnes pump susu ke... baju baby ker.. hapa kan?hehehee


Kan PU Rahmat dah tegur perbuatan macam tu salah. Boleh baca kat sini >> HUKUM UPLOAD GAMBAR MENYUSU ANAK WALAU TAK NAMPAK AURAT << Kenapa mesti nak cabar jugak apa yang tak boleh. Simpan sikit kemaluan tu di dalam jangan di tunjuk sangat pada umum.

Pada ibu ibu yang breastfeeding yang rasa macam teraniaya sangat padahal takde orang point semua ibu2 breastfeeding pun.. Yang takde kena mengena tu pulak tacing sampai ke titisan susu terakhir katanya.. Kalau kita tak buat tak payah nak tacing2 sangat la. Tak payah lebih sudu dari kuah. Pada yang melakukan pulak tak payah rasa nak berlawan sangat kalau dah tak perbuatan macam tu pun agama larang sebab ia membawa kemudaratan. Breastfeeding ni asalnya menjadi pahala kepada ibu ibu tapi di sebabkan terlampau nak menunjuk pada dunia yang dia ada susu readymade tak payah nak bancuh dengan air panas dah jadi satu benda yang mungkin menjadi saham dosa pulak.

Moral of the story.. Takkan jadi berita kalau tak ada cerita. Tu baru Amran Fans yang viralkan bayangkan makcik2 kat kampung hangpa yang masih old school tengok hangpa dok tayang gambar menenen kat media sosial. Nak2 lagi makcik2 yang perangai macam ni >> 15 Jenis Perangai Golongan Makcik Yang Kadang2 Annoying & kadang2 Menghiburkan << Bukan je kat alam maya jer hangpa popular mungkin melarat satu kampung depa cerita perangai hangpa tau! So, berhati hati.. Orang kampung sekarang pun golongan cerdik IT contoh macam aku. aku pun orang kampung jugak.. hehehehe

CERITA DONGENG YANG MEMBAWA PADAH

Bila baca je kes seorang pelajar politeknik Ibrahim Sultan, terengganu yang katanya telah mengadakan cerita kononnya dia kena culik & telah membuat laporan palsu auto aku ingat kes siti Balqis seorang anak dara terengganu yang pernah jadi top sekejab dengan cerita konon dia di larikan jin bila tiba tengah malam. Sapa masih ingat.. ingat la. Tak ingat takpe nanti aku bagi link untuk korang baca balik.

Kedua dua mereka memang berbakat dalam penulisan sebab imaginasi depa ni boleh tahan.

Pelik sungguh budak2 ni kan.. Yang si siti balqis buat story konon kena culik dengan jin tiap2 tengah malam sebab nak keluar dengan jejantan.. Yang si budak politeknik ni buat cerita kena culik sebab tak siap assigment. Bagi la alasan lain tak boleh ka... kenapa la ambil risiko dengan memperjudikan masa depan buat laporan palsu camni. Nak kata bodoh, sampai politeknik juga belajar. Takkan tak tau buat laporan palsu jugak boleh di dakwa. Dah tu siap tambah ada 7 orang kanak2 turut di culik. Yang ni memang aku rasa nak tumbuk perut dia laju2. Hang tau dak.. benda ni buat kami yang bernama mak bapak trauma, fobia & panik. Jangan pasai hang tak buat assignment habis satu negara jadi panik.

Sumber Sinar harian

Siti Balqis aku boleh lagi geram dalam ketawa sebab dia berjaya perdayakan ramai bomoh masa tu. Kemain2 berpuluh bomoh konon datang membantu dengan spekulasi masing2. Jin tu.. jin ni.. alih pompuan tu saja buat cerita sebab dia nak bersosial. Kalau minta keluar dengan jantan malam2 confirm la tak lepas... Tapi yang budak politeknik ni memang tak mampu nak senyum dah. Rasa kalau jumpa nak jugak aku tonyoh muka dia kat kuali panas. Kau tak tau betapa trauma & fobia aku bila kau cakap ada 7 kanak2 yang turut di culik. Kau belum jadi mak orang.. dan kau takkan rasa apa yang aku rasa & para ibu bapak lain rasa!!

So, Moral of the story dont play2 ok.. Kalau dah dapat peluang sambung belajar buat assignment bagi siap.. jangan nak buat cerita dongeng kau kena culik. Sekarang kau tanggung azab kat dunia.. Malu dapat.. yang lain2 azab bakal kau dapat.

P/S : memang aku sakit hati sangat dengan minah ni..

Kalau korang nak baca kisah siti balqis boleh baca kat sini
Kisah culik Siti Balqis part 1
Kisah culik siti Balqis part 2
Kisah culik siti Balqis part 3
Kisah culik Siti Balqis part 4


USTAZ KAZIM ELIAS BAKAL BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER LAVENDER MUMMY

Aku ingat dah lenyap dari dunia maya ni.. rupanya ada lagi si ketot yang licik ni. Tadi terbaca kat page Ustaz Kazim Elias katanya bakal buat laporan polis terhadap blogger Lavender Mummy yang cuba melakukan satu penipuan menggunakan nama beliau untuk satu program. Gamaknya duit belanja hasil menipu sebelum ni dah abis dah kot so kena cari income haram yang baru lah.

Ni la rupa blogger Lavender mummy tu

Kenapalah kau begitu licik wahai Lavender mummy. Sampai sekarang kau masih lepas bebas melakukan penipuan demi penipuan. Ilmu alam apa la si kecik ni guna gamaknya. Kali ni melibatkan orang terkenal hope tak terlepas & dapat balasan setimpalnya. Biar kali ni dia dapat hidayah.

Sumber FB page Ustaz Kazim Elias

Apa rasanya dok makan duit haram hasil menipu orang sana sini? Bukan la nak hina.. dah la fizikal tu kekurangan, perangai pulak memang totally cacat akhlak tang mana la orang nak simpati dengan kau. Jahat Na'uzibillah... Tak padan dengan tinggi dia punya akal penipu tu. Panjang mengalahkan jambatan kedua pulau pinang.

Jadi korang semua berhati hati la berurusan secara online takut terkena dengan lavender mummy ni tak guna sesen. Dia jelmaan pelbagai watak.. kadang2 jadi model, jadi kakitangan kerajaan & macam2 jadian la dia boleh jadi. Dah macam sesumpah pulak aku rasa minah ni.

Moga kau insaf la wahai lavender mummy @ Nur zusilawati,OKU kerdil yang panjang akal menipunya.

 Kecik bukan sebarang kecik.. kecik yang otaknya licik

Patut la entri pasal minah ni tetiba dapat views banyak tadi. Nak baca boleh baca kat sini >> Awas Anda Mungkin Jadi Mangsa Penipuan Blogger Ni <<

Banyak gila jenayah dia buat secara online ni kalau korang google dengan keywords Nurzusilawati Nadzri


AWAS JANGAN TERLEBIH WHATSAPP SUAMI NANTI JADI KES POLIS

 Amboi whatsapp laki sendiri je kot.. sampai jadi kes polis bagai, kau dah kenapa lekit? hahahahaha... Bukan aku la yang kata. Tapi ni pasal kes orang lain. Aku mana ada whatsapp2 laki aku.. kalau apa2 aku call je terus nak cakap ailebiu ke.. aimisyu ke.. tolong beli susu anak bagai. Senang bila cakap ada intonasi tak payah jadi salah paham, kan? kekekekekeke

 Sumber google

Terbaca tadi kat Fb post Ben Ashaari pasal keratan akhbar yang katanya seorang suami membuat laporan polis sebab bini dia tak henti2 Whatsapp. Tak tau la whatsapp apa sampai laki dia rasa satu tekanan & gangguan sehingga buat laporan polis tapi bunyinya macam kelakar jugak la. Bini sendiri je kot..

Sumber Ben Ashaari

Tapi tu la kita tak boleh nak judge apa2 sebab kita tak tahu apa sebenarnya yang di berlaku di sebalik laporan akhbar tu. Kandungan Whatsapp tu pun kita tak tahu apa... Tapi memang la tertanya tanya jugak apa yang bini dia Whatsapp gamaknya sampai menggugat ketenteraman laki sendiri. Tapi perlu ke laporan polis bagai kalau masih sebumbung sebagai suami isteri? Tetap kita akan fikir Whatsapp je kot. hahahahahaha....

Macam2 la zaman hujung jari sekarang ni. Membuatkan Semakin mudah manusia itu untuk jadi pesalah atau penjenayah kalau tak berpada pada dalam tindakkan. Moga jadi peringatan kita semua nak2 lagi yang macam aku ni memang aktif bersosial di laman sosial.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com