DIET YANG TAK MENYEKSAKAN DIRI
Bak kata pepatah cegah sebelum terjadi.. kalau terjadi rawat sebelum parah.. Dari sikit boleh jadi bukit. Kalau duit kita boleh la terima pepatah sikit sikit lama2 jadi bukit. Jadi dari sikit kita boleh menabung sampai jadi banyak tapi kalau lemak.. dok biar sikit2 lama2 jadi bukit.. rasanya bukan bukit dah.. gunung ganang boleh boleh jadi.. ye tak??Dulu masa sebelum kawen.. sebelum ada anak.. orang selalu cakap. Badan macam hang ni kalau dah kawen & ada anak pun susah nak gemuk. Jenis badan kecik. Tu dari sudut pujian.. dari sudut kejian pun ada... Badan hang ni kecik sangat macam mana la nak kawen. Kalau kawen pun susah nak dapat anak ni @ susah nak beranak ni. Tu dia.. manusia yang cuba mencipta hukum sendiri. Tapi semua tu tak buat sang lekit down pun..
Kisahnya bukan kisah puji mengeji ni.. kisah selepas lala merangkak ke umur setahun. Lala membesar dengan gaya slim tapi mak dia pun tak nak kalah mula membesar bagai juara gitu. Badan tu di akui sedikit chubby berbanding dulu tapi masih di tahap ideal.. cuma yang tak berapa ideal ni tang perut. Sedih tau.. tiap kali nak keluar 5 6 pasang baju pakai lepas buang.. dari size xs dah naik s sekarang dah hampiri M. Ni tak boleh jadi.. sebelum berkembang mekar setaman.. biarlah kembang sekuntum ni di benteras dulu. hahahahahahahaha
Yang paling penting perut kena slim.. maka bermula sesi menyapu Losyen mustajab pati halia extrahot 2 kali 1 hari dan berpantang makan nasi & minum ais. Selama seminggu sang lekit amalkan semua tu.. Alhamdulillah tang perut tu dah nampak sikit hasil walau tak berapa rata sangat lagi tapi dah kempis la sikit. Bagi sang lekit tak makan nasi & tak minum ais takde la jadi dugaan besar sangat sebab sang lekit kat rumah sebelum ni pun kadang2 bukan makan nasi sangat pun. Bab minum ais memang sebelum ni hari2 ada jugak minum air sejuk even tak banyak.. tapi sekarang memang tak minum langsung pun takde sampai meleleh air liur tengok ais. Ok jer.. sebab sang lekit dah biasa minum air panas.. cuma sang lekit kurangkan air bergula & banyakkan minum air suam. Pun tak jadi masalah. Kiranya daku ni kalau nak diet takde la seksa sangat la yer.. sebab semua pun boleh tahan.. hahahahahahahaha
Merasa kali pertama dalam hidup buat diet tapi Alhamdulillah takde la terseksa macam pengalaman2 orang yang pernah sang lekit dengar. Cuma bila tak serius & nampak bakal jadi serius tu elok la di rawat segera supaya tak sengsara sangat nak balik ke bentuk asal. Ni bila badan dah mekar setaman astakona.. baru mengelupur nak diet, mana tak sengsara. Bukan takat badan.. duit pun turut menderita tau. Jadi mari kita mula amalkan pemakanan yang sihat.. memang yang sihat tu kadang2 tak berapa lazat. hehehehehehe