PAGERANK TINGGI, ALEXA RANK MANTAP ATAU ENTRI BERKUALITI?
Budaya berblog.. Apa yang menjadi matlamat pagerank yang tinggi & ranking yang mantap tapi entri?? Main SEO sampai nak taip seorang SEO tu di link kan?? Padahal entri takde apa sangat pun. wah sang lekit macam jeles jer... Jeles?? Meh kita kupas, kupis & kopek.Bila ada blog... kebanyakkan blogger, pertama akan cari pembaca, kedua akan kejar follower, ketiga kumpul traffic, keempat tambahkan angka pada pagerank & kelima cari kedudukkan dalam ranking alexa. Tapi berapa kerat sangat blogger yang pentingkan kualiti dalam penulisan beliau?? Sang lekit pun masih belajar untuk menulis sesuatu yang yang berkualiti macam Nyah Zulfikar tu di samping mengejar yang lain (Pun masih tak berjaya lagi tapi takpe ada keinginan belajar). Tapi kalau baca blog yang asyik SEO bagai (aku pun sebenarnya masih tak paham SEO ni) sampai apa saja perkataan yang ada huruf SEO di buat link naik menyampah jugak kan??
Bagi sang lekit la kan... Penulisan yang mantap akan memberi bonus perlahan lahan kepada sesebuah blog untuk mendapat pembaca, follower, pagerank & traffic yang tinggi & kedudukkan yang mantap dalam ranking (orang kata biar lambat asal selamat). Tak perlu keterlaluan sampai nampak sangat korang tu gila SEO, traffic & ranking.
Kenapa dorang cari sangat semua tu. Sudah tentu la duit. Tapi ada jugak blogger yang kata dia tak heran dengan traffic apa yang penting earning (duit). Kalau blog kau takde orang clik.. ko nak jana pendapatan macam mana kan?? Tak tau la ko belajar ilmu tarik duit dari blog tanpa perlu blog ko ada visitor.
Tak kisah la apapun penceritaan, tema blog korang yang penting jangan la jadi gila SEO,Traffic,ranking sampai orang naik menyampah. Sapa taknak blog di kenali, ramai pembaca & boleh jadikan pendapatan samping tapi berpada - pada la dalam mengejar semua tu. Diulangi jangan sampai nak taip SEORANG pun huruf SEO tu di link kan. agak sakit mata sebab di lihat terlalu obses, terdesak & tidak ikhlas dalam penulisan tu.
Entri ni cuma pendapat peribadi. Kalau ada mana2 pihak terasa bermakna ada kena mengena la dengan beliau. Pun begitu entri ni tak merujuk kepada mana2 pihak, individu, blog mahupun blogger secara terus.