Showing posts with label blogger. Show all posts

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya. 

2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar. 

Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah. 

Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog. 

2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar. 

Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger. 

Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca. 

Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang. 

Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog. 

Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku. 

Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau! 





PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI

PENGALAMAN DI DAKWA & DI BICARAKAN DI MAHKAMAH TINGGI. Rasanya ramai dah tahu sejak setahun lepas saya menghadapi satu kes saman sivil (saman fitnah/malu) kerana menulis something di blog berkaitan 1 produk ni. Sebab perbicaraan masing berlangsung & keputusan mahkamah masih belum ada so saya tak boleh reveal la apa2 berkaitan dengan kes saman cuma saya nak share maybe ada di antara hangpa yang sedang di dakwa di mahkamah maybe boleh buat persediaan awal kan. Almaklum la I kan blogger.. Memang suka share macam macam perkara yang saya rasa boleh memberi ilmu & manafaat kepada orang lain.


Pada 2 & 3 september 2018 lepas saya menghadiri perbicaraan kes saman terhadap saya di mahkamah tinggi Kota Bharu kelantan. Saya bukan orang kelantan ok! Tapi saman di failkan di sana so saya terpaksa mengikuti perbicaraan di mahkamah sana juga la selepas permohonan di bicarakan di tempat saya gagal. Tapi tu cerita tahun lepas la..

Memang saya tak pernah di dakwa atas apa2 pertuduhan sebelum ni malah tak pernah pun masuk mahkamah atas apapun urusan. Tengok perbicaraan kes orang lain pun sebelum ni tak pernah. Kira lepas kena saman itulah kali pertama saya jejak kaki ke mahkamah & dapat tengok juga la kes kes lain di bicarakan secara live sementara nak tunggu turn kes saya di bicarakan. Yang ni penting bagi mereka yang tak ada pengalaman dengan mahkamah. Memang even tarikh tu tarikh kes kita di bicarakan atau sebutan kes atau apa2 prosiding tapi kita tak tahu hari tu turn kes kita di panggil pukul berapa. So kena tunggu. Sebab dalam 1 hari tu bukan hanya 1 kes di bicarakan tapi banyak kes. Dia takde kalau kata pukul 9 pagi.. 9 pagi tepat kes kau akan di panggil. Melibatkan perbicaraan apa2 kes pun.. memang timing tu takkan sharp ok!

Sebagai seorang di dakwa.. Bila di panggil masuk ke kandang tertuduh. Akan bermula dengan di soal jawab oleh peguam pihak plaintif (peguam pihak yang saman). Kebanyakkan soalan hanya boleh jawab ya & tidak. Setuju atau tidak je. Even jawapan memerlukan ulasan tapi semasa soal jawab dengan peguam pihak plaintif jika soalan itu perlu jawab ya & tidak.. setuju atau tidak.. cuma boleh jawab macam tu je. Tak boleh nak ulas apa apa.

Sumber : Menghadapi Proses Mahkamah

Dengar betul betul soalan.. kadang2 soalan agak berbelit susah nak faham boleh minta ulang. Tak apa kalau berkali kali pun.. Sampai faham baru bagi jawapan. Mungkin ada soalan dalam tu seolah menyatakan sesuatu yang sebenarnya anda tak lakukan atau belum terbukti anda lakukan.. Boleh je minta perkataan yang anda rasa tidak sesuai di gunakan dalam soalan tu di gugurkan atau di tukar.

Selepas selesai peguam pihak plantif bersoal jawab.. Peguambela saya pula ambil alih. Ada beberapa soalan dari pihak peguam plantif tadi dia ambil & jawapan yang saya bagi tadi baru di minta mengulas kenapa & mengapa  di jawab ya atau tidak.. setuju atau tidak. Time tu la kita di beri peluang memberi kenyataan & ulasan. So jangan panik ok.. Even soalan dari peguam pihak pendakwa tu kita tak boleh ulas apa2.. Tapi ada sesi kita di beri peluang memberi keterangan & ulasan. Nama pun perbicaraan kan so mesti la ada keterangan dari kedua belah pihak untuk di adili. Cuma yang tak pernah berhadapan dengan kes mahkamah macam saya mula2.. cuak jugak sebab saya tak tahu proses perbicaraan tu macam mana. Sebab tu saya rasa nak share tentang perkara ni. Supaya nanti yang mana terlibat dengan perbicaraan tak la mengelabah sangat.

Semua kenyataan kita akan di catat oleh hakim, pihak peguam plantif & pihak penguambela kita.

Tip dia korang jangan mengelabah. Memang la saya sendiri pun nervous ok masa di panggil ke kandang tertuduh tu. Tak dapat nak describe rasa tu macam mana. Rasa nak tercabut jantung pun ada. Dok terbayang kena sergah dengan lawyer macam drama & filem tu jer. Kang kena sergah hilang ingatan habis semua fakta nak cakap aku lupa mampus! Macam tu la yang saya terbayang pada mulanya. Tapi Alhamdulillah sepanjang perbicaraan tak ada pun kena sergah dari mana2 pihak. Semuanya berlangsung dengan penuh berhemah katanya.

Saya psycho diri saya.. semua yang ada depan saya adalah manusia. Saya tak perlu takut secara berlebihan seolah olah takdir saya mereka yang tulis. Apa yang berlaku & bakal berlaku adalah perancangan Allah. Ingat kita ada Allah.. Tidak ada makhluk yang lebih berkuasa melainkan Allah & semua yang berlaku atas izin Allah juga.

Alhamdulillah.. sepanjang perbicaraan saya rasa saya boleh memberi keterangan dengan tenang even kadang2 saya tak berapa formal sebab dah biasa menulis & bercakap cara santai kan. Takpe mahkamah boleh terima. Tapi make sure jangan menggunakan perkataan kurang ajar sampai menghina mahkamah yer. Kawal emosi anda supaya anda tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar peraturan mahkamah secara lisan atau tindakkan.

Lagi satu dalam mahkamah tak boleh ambil gambar, rakam video atau apa yer. So jangan nak selfie.. candid gambar hakim ke hapa pulak. Sebab tu kalau kita tengok berita pasal apa2 perbicaraan pun memang tak ada gambar semasa perbicaraan di jalankan dalam mahkamah.. Kalau adapun lukisan ilutrasi sahaja. Kat luar negara tu lain.. Tapi kat Malaysia tak di benarkan & kalau korang buat juga maybe akan di ambil tindakkan.

Gambar sekadar hiasan

Sebagai blogger yang tak ada banyak pengetahuan tentang undang - undang & kes mahkamah ni.. Setakat tu je saya boleh kongsikan dari pengalaman saya sendiri. Semoga perkongsian yang seciput ni dapat memberi manafaat kepada mereka - mereka yang maybe macam saya baru pertama kali di hadapkan ke mahkamah untuk buat persediaan dari segi mental & fizikal. Niat saya cuma memberi informasi untuk manafaat orang awam sahaja tidak bertujuan menjatuhkan atau mengaibkan mana mana  pihak atau organisasi.

Apapun selama setahun ni saya dah berusaha.. Sekarang saya tawakal je. Apapun keputusannya nanti saya cuma mohon Allah kuatkan hati & apa yang baik saya sedang ubah moga Allah kekalkan. Moga hati saya tidak berbolak balik bila di uji dengan nikmat & tidak berputus asa bila di uji dengan musibah. Itu je saya harap.

Moral of the story.. Menghadapi kes mahkmah ni memang tak ada rasa yang best bila kita di dakwa. Tak tau la ada orang seronok kena dakwa & di hadapkan di mahkamah. Tapi bersangka baik dengan Allah.. sebab apa yang berlaku ada hikmah & hidayah. Mungkin mengubah kita menjadi lebih baik & membetulkan kesilapan yang mungkin kita tak sedar selama ni. Di dakwa tak semestinya kita bersalah atau tidak bersalah.. So jangan judge semua orang yang di dakwa itu jahat atau bersalah. Ini mahkamah dunia.. Apa apa saja boleh berlaku. Tapi sentiasa semat di hati.. Apapun berlaku semua dengan Izin Allah & apapun yang Allah izinkan berlaku tak ada satu pun yang sia sia selain ada sesuatu yang sedang Dia tunjukkan kepada kita secara tersirat atau tersurat. Hikmah kita kena cari bukan tunggu macam tu juga hidayah.

PENUH MISTERI TAPI COMEL

PENUH MISTERI TAPI COMEL. Cerita apa pulak ni.. Misteri tapi comel. Ada ke benda2 misteri ni nampak comel? Awat pulak tak dak.. Contoh blogger lekatlekit ni.. Macam misteri tapi tak misteri mana pun sebenarnya. Comel tu dah tentu la comel kan.. Tu dia statement minta kena ludah beramai ramai.

tau la muka kami banyak cik J.. parut memarut bersepah.. tapi ingat tak comei kan? Nanti kami tempek merkuri kat muka cantik la.. Ops.. hehehe. Alahai bukan nak cerita pasal muka lekatlekit ni. Nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Saja je bergurau senda dulu dengan hangpa. Awat.. tak boleh ka?

Nak cerita tentang sesuatu yang baru ada kat blog lekatlekit.com ni. Cer teka apa benda yang baru? Bukan.. admin baru. Admin blog orang yang sama jugak. Satu satunya admin & owner blog ni adalah blogger yang kena saman RM3juta.

Tapi nak cerita sambil memberi penghargaan kepada seseorang yang telah mengembirakan & memberi seri baru pada blog lekatlekit ni. Cer usya header kita tu. Comel tak? Comel kan.. Dia gunakan pic penuh misteri yang kita guna sejak bertahun tahun sebagai profile pic kat FB. Trademark tu.. Tukar nama Fb pun orang still ingat profile pic tu ok. Kini di jadikan salah satu trademark pulak kat blog lekatlekit.com


Pada pandangan mata saya.. header ni sesuai jugak mengambarkan blog lekatlekit. Misteri yang tak misteri.. Tapi sangat comel. kekekeke.

Orang yang design header tu blogger juga cuma dia tak bagi mention siapa dia. Sebelum hangpa tanya.. dia juga tak ambil tempahan untuk design header yer. Dia bz dengan kerja hakiki dia selain menulis blog.

Apapun terima kasih yer pada Sipolan tersebut. Dengan hadiah header ni sedikit sebanyak memberi kegembiraan pada den yang masih bergelut dengan kes saman & masih ikhtiar untuk mencukupkan dana bagi menampung kos guama yang tinggi. Mohon doa & kalau rasa tak menyusahkan mohon turut sama sama menyumbang.

Tolong LIKE & SHARE posting ni di facebook yer


Moral of the story.. Dalam di uji ramai yang hadir cuba mengembirakan diri ini. terima kasih semua yang membantu tak kira meringankan beban atau memberi keceriaan pada diri ku ni. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang berganda ganda untuk anda semua.

MISTERI KEMUNCULAN IKLAN DI BANNER ADSENSE TERJAWAB

MISTERI KEMUNCULAN IKLAN DI BANNER ADSENSE TERJAWAB. Mentang mentang la blog hang di kenali sebagai blog cerita seram.. Semua hang nak misteri nusantarakan. Pasal google adsense pun hang nak buat ala - ala seram jugak kan..

Of course la baru menampakkan identiti seram tu even blog den ni macam macam isu & cerita ada. Tidak tertakluk pada kisah seram je. Dalam dok bergelut dengan kes saman RM3juta ni.. Tetiba hari ni berlaku satu keajaiban.

Actually.. Lepas anak den pergi sekolah akibat mengantuk sangat sangat, den tidur la balik.. Memang sekarang eden kurang tidur sikit. Almaklum tengah susah ni.. Bukan sebab tak boleh tidur. Ikhtiar untuk cari penyelesaian. Tak kira la dengan cara menggunakan kudrat empat kerat ataupun secara spiritual. Spiritual ni jangan ingat den main bomoh jampi jampi ludah ludah pulak yer.. Walau den suka cerita seram.. Insya Allah belum terjebak dengan perkara perkara khurafat & syirik. Usaha cara spiritual dekatkan diri dengan Allah, jaga solat, amalkan zikir & wirid, baca Al quran.. bla.. bla.. sebagainya. Macam orang lain jugak. Ikhtiar untuk cari ketenangan.. Sebab bagi saya bila kita hadap sesuatu masalah.. Paling penting bukan material tapi kena ada kekuatan & ketenangan. Ada duit berkoyan koyan pun kalau hati tak tenang.. Mungkin boleh jadi masalah jiwa jugak. Sebab tu pentingnya kekuatan Rohani tu..

Alahai.. kalau tak menyimpang 3 cabang memang tak sah la kan.. Ceritanya pasal misteri iklan Adsense je dah jadi kisah lain pulak. ok.. ok.. Berbalik kisah misteri ni.. Lepas bangun tidur cuci muka. Pastikan takde taik mata tergantung.. Buat air buka la pc. Memang la lepas tu pc on benda pertama eden buka blog la. Terperasan pulak kat on top blog atas banner nuffnang.. ada iklan trivago appear. Rasa kat situ den letak coding untuk banner adsense yang dah lama den apply & apply balik tak lulus. Dasar jarang bukan gmail ni.. Memang pejadahnya dia tak tahu kan. Hahahaha..

Nak confirmkan saja buat posting menunjuk kat Facebook.. & double confirm dengan group blogger kat whatsapp. Lepas tu semua cakap memang dah approve.. Baru nak check email. Melampau kan? Memang sah & misteri iklan yang muncul di banner adsense tu adalah berpunca dari Google Adsense den yang dah lulus sepenuhnya. Check ada la earning sikit..


Alhamdulillah.. rezeki awal tahun 2018. Rezeki blogger kena saman katanya. Sebab tu penting sentiasa bersangka baik dengan Allah. Den tak pernah jeles dengan blogger lain yang dah dapat adsense atau kecewa sebab dok apply tak dapat - dapat. Buat rilex jer.. Allah tu lebih tahu bila masa dia nak bagi sesuatu ikut keperluan kita. Kita manusia ni memang jenis minta kadang2 bukan keperluan tapi kehendak.

Apapun moga Adsense memberi rezeki berlipat ganda untuk den tahun ni.. Semoga 2018 banyak khabar khabar gembira untuk saya termasuklah kes saman ni. Semoga ada keajaiban.. Doa & terus bantu saya..

Bagi yang ada Account Facebook mohon LIKE & SHARE posting ni di facebook bagi membantu saya untuk meneruskan misi mencari dana bagi menampung kos guaman supaya saya boleh membela diri di mahkamah. DOAKAN saya mendapat pembelaan & keadilan. Amin..



KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL

KAK SENDUK KEMBALI MENCERCA DI BLOG MERIAHUOLL. Rasanya kalau hangpa dah lama berblog kenal dengan Blog Meriahoull yang penulisannya menggunakan nama pena Kak Senduk. Antara blog yang saya suka baca masa saya mula2 baru menulis blog. Selain blog Kak Senduk ni.. Blog Imah Lenggok.. tapi Imah lenggok dah lama tutup blog.


Baca blog depa ni memang pecah perut walau ayat dia memang tajam menikan, pedas, panas,laser, berapi semua.. tembus ke hati ok! Tapi penulisan dari blogger outspoken ni selalunya lebih jujur, telur & pandangan dia bukan fake. Tapi Kak Senduk dah lama bercuti dari berblog. Sejak semalam nampak dia dah mula kembali Meriahoull dengan entri entri baru. Entri terbaru dia dok komen pasal Video Live kat FB pasal makeup..

Saya memang setuju dengan pendapat dia.. Hangpa nak tau apa dia dok kecam pasal live makeup kat FB tu pi la terjah sendiri kat blog Meriahuoll.. Memang meriah karipapusing. Terubat rindu nak baca bebelan kak senduk. At least tengah sedih boleh la tersenyum..

Kak Senduk sekarang dah tak bekerja makan gaji. Dia ada buat jualan secara online. Macam macam benda la dia jual. Tapi kalau hangpa nak minta dia buat paid review pun boleh. Sedang elok la dia pun memerlukan sumber pendapatan secara online sekarang ni. Sedih haritu baca luahan hati dia.. Selama ni kita dok gelak2 je baca ngomelan dia tapi jauh di sudut hati dia tak ada siapa tahu kesusahan dia selepas berhenti kerja. Cuba berniaga macam macam tapi hasilnya tak seberapa & di pandang sepi orang2 sekeliling sebab tak berduit.

Kak Senduk ni mempunyai pengaruh & follower yang ramai kat media sosial.. Sebab penulisan dia ada identiti sendiri & memang menghiburkan. Dia tulis berkajang pun tak jemu orang nak baca. Pada online seller yang mempromosikan jualan hangpa.. Sedang elok la gunakan khidmat Kak Senduk ni. Hangpa boleh hubungi dia melalui

Facebook : Reez Sham Yasin
Blog : Meriahoull

Apapun welcome back Kak Senduk. Semoga dengan kehadiran kak senduk di blog memeriahkan lagi dunia blog di Malaysia.. Semoga Kak Senduk murah rezeki.. Rindu editing gambar2 Kak Senduk yang malatop macam dulu. Gud luck..

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI

AKU BUKAN SRIKANDI, CUMA HAMBA YANG DI UJI. Macam satu mimpi ngeri apa yang berlaku.. Sebenarnya tak pernah pun terlintas di hati saya benda ni akan berlaku dalam hidup saya. Rasanya mimpi seram tu lagi indah dari realiti yang perlu saya hadap sekarang. Orang nampak saya macam kuat.. terus berusaha, berjuang mencari jalan penyelesaian. Macam tak pernah mengalah atau putus asa.. Semua orang nampak saya seolah2 seorang srikandi, seorang yang sangat kuat hadapi Ujian besar bila di saman RM3 juta.. Padahal..

Saya manusia biasa. Wanita biasa.. Saya pernah rasa down, rasa putus asa, rasa penat, rasa nak mengalah.. Semua rasa tu memang ada saya rasa. Saya menangis.. saya kemurungan.. Sampai terpaksa di tenangkan suami saya. Semua tu berlaku pada saya tapi tak siapa yang nampak. Tapi bila saya meletakkan pergantungan pada Allah sebab saya rasa semua yang berlaku ni di luar kemampuan saya walau saya cuba berusaha. Akhirnya Allah bagi jalan.. Allah bantu saya melalui orang lain.

Satu persatu di hadirkan bantuan untuk saya.. Tapi kadang2 tetap saya masih rasa nak berhenti sebab saya tak mampu nak tanggung beban dalam perasaan saya setiap hari. Saya terpaksa struggle fikir untuk cari duit nak cukupkan kos guaman saya sehingga permohonan pindah mahkamah selesai bagi memudahkan saya hadir ke mahkamah untuk bela diri sekiranya saya tak mampu untuk mengambil peguam mewakili saya. Sampai sekarang masih tak cukup.. Tapi sampai ke stage ni takkan saya nak berhenti & berputus asa. Sia sia la usaha saya selama ni..

Menjadi seorang Suria Lekatlekit.. Saya tak sangka akan di uji sehingga tahap ini. Tapi saya percaya & sangat yakin Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Allah takkan menduga tanpa di berikan kekuatan untuk hamba yang di Uji. Sebab tu saya masih mampu bertahan sehingga sekarang. Walau rasa nak putus asa.. Saya masih terus berjuang untuk mencari jalan supaya saya boleh membela diri.

Setiap apa yang saya buat.. Saya letakkan pergantungan pada Allah sebab saya tahu saya cuma hamba yang tak punya apa2 & kuasa. Apapun kesudahanya kes saman ni saya yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya yakin dengan usaha mampu mengubah kepada yang lebih baik. Yang baik itu kadang2 permulaannya sangat pahit.. Tapi saya yakin Allah tak pernah kejam. Manusia yang kejam sesama manusia jadi saya tak perlu pertikaikan apa yang Allah takdirkan untuk saya.

Saya mengharapkan bantuan dari semua pihak.. Macam macam usaha kawan2 blogger untuk membantu saya salah satu melalui jualan ebook ni.. Anda hanya perlu menyumbang RM10 & sebagai balasan mendapat 8 ebook ni..


Kalau berminat untuk berkolabrasi dengan blog saya untuk sebarang review bagi membantu saya mengumpul dana menampung kos guaman saya boleh 
Whatsapp saya : 0172429610

Harap masih ada yang sudi membantu & menyumbang kepada saya. Jika saya berkemampuan saya pun tak nak meminta minta.. Tapi demi Allah saya tak mampu dari segi kewangan & tiada harta untuk di jual atau di pajak. Saya terpaksa merendahkan diri minta bantuan dari orang lain.

Moga pertolongan anda walau hanya dengan share entri ni Allah memberi balasan yang baik & pahala yang berlipat kali ganda. Moga Allah permudahkan urusan anda semua & memberi rezeki yang berpanjangan bagaikan air laut yang tidak pernah kering. Amin..

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI

BUKAN MINTA DI TAJA, CUKUP LA SEKADAR BOLEH BELA DIRI. Assalamualaikum.. Dengan rendah diri saya ingin memohon semua membaca & menyebarkan entri ini untuk membantu saya insan yang tiada kemampuan kewangan & memerlukan bantuan kewangan di saat ini.


Seperti ramai yang dah tahu, saya telah di saman oleh pengasas produk kecantikkan kerana menulis artikel berkaitan mereka di blog saya. Cukup la setakat tu penjelasan saya.. Bagi yang tahu jalan ceritanya, maka tahu la. Sebab saya tidak boleh mengulas lebih detail tentang perkara tu.

Ada yang salah faham.. Bila saya minta tolong untuk mencari bantuan mencari dana bagi menampung kos guaman untuk saman yang di kenakan kepada saya.. Ingat den ni nak minta orang sponsor semua kos guaman tu..Sebenarnya saya masih lagi sedar diri.. Siapalah aku ini kan sampai ada yang sanggup nak taja semua kos guaman tu..

Hangpa tau dak.. Saya di saman sebanyak RM3 juta.. Di Ulangi 3 juta kerana penulisan kami berkaitan dengan satu produk tu. Blog lekatlekit kalau di ikutkan bukan level blog popular macam beautifulnara, OhBulan bagai tu.. Mana nak cari RM3 juta tu nak Ooi.. Mati hidup semula 10 kali pun belum tentu dapat. Income dari blog pun cukup2 untuk beli keperluan sendiri jer.. Bukan macam income blog beautifulnara atau OhBulan..

Risiko jika saya tak membela diri adalah.. saya akan berhutang RM3 juta selain di mufliskan.. Tapi kalau cuba membela diri menang atau kalah, Memang takkan dapat la tuntutan sebanyak 3 juta tu. Semua tu mahkamah yang akan tentukan mengikut apa yang selayaknya sahaja. Sebab tu la saya terpaksa mohon bantuan & sumbangan dari semua.. At least dapat bayar kos guaman sampai untuk permohonan tukar mahkamah yang berhampiran dengan saya pun dah OK.. Sekurang kurangnya dapat hadir & membela diri. Di wakili peguam atau tak.. At least datang mahkamah & di bicarakan dulu sebelum di jatuhi hukuman bersalah atau tak. Kalau saya tak hadir ke mahkamah.. risikonya saya akan di kenakan perintah ingkar & pihak menyaman akan menang tuntutan mereka termasuk gantirugi sebanyak RM3 juta tu tanpa perbicaraan.

Bagilah peluang saya yang tidak berkemampuan ini membela diri. Saman di Failkan di mahkamah nun jauh di sebuah negeri pantai timur. Nak ulang alik kesana memerlukan kos yang banyak di samping saya ni bukan la bekerja. Hanya surirumah & penulis blog. Nak2 lagi ada seorang anak Mild Autisme yang masih menjalani terapi & bersekolah. Benda tu menyukarkan saya untuk hadirkan diri ke mahkamah nun jauh di pantai timur.

Di sebabkan tidak berkemampuan saya terpaksa memohon bantuan & sumbangan dari orang lain biarpun ada yang menyindir, menghina & bertepuk tangan dengan apa yang sedang berlaku pada diri saya tapi saya relakan & izinkan semua tu untuk sesiapa rasa nak bersorak gembira. Insya Allah.. Saya tak simpan dendam untuk anda.. Saya cuma nak cari penyelesaian & mencari bantuan.

Atau nak bantu dengan cara mengambil review di blog saya. Saya tidak mengenakan bayaran yang tinggi, Insya Allah walau saya memerlukan kewangan yang banyak sekarang ni. Jika berminat boleh whatsapp di 0172429610.

Saya terpaksa merayu bantuan dari orang lain atau kalau anda nak menganggap saya mengemis sumbangan pun saya tak kisah. Sememangnya saya benar benar memerlukan bantuan dari semua pihak, Tak kisah la sumbangan anda banyak atau sikit At least mampu membantu saya sampai ke stage boleh mohon tukar mahkamah. Moga jasa baik & keikhlasan semua membantu saya Allah membalas dengan seribu kebaikkan & rezeki yang melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering.

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN

APA YANG BERLAKU DAH PUN BERLAKU, MISI MENCARI BANTUAN DI TERUSKAN. Curi masa jugak nak update blog.. Walau dalam keadaan tak berapa sihat hari ni tapi rasa blog dah on off update harus jugak ada something kena bebel. Mesti ada nak tanya pasal kes saman tu kan? Apa progress sekarang? Tak dak progress apa - apa lagi. Misi mencari bantuan masih di teruskan.. Almaklum blogger semekin ni banyak keterbatasan dia. Terutama faktor kewangan la. Tapi tak pa.. Usaha, Doa, Tawakal & Insya Allah.. Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik.


Macam mana keadaan Suria Lekatlekit sekarang? Mesti ada yang nak tanya kan.. Almaklum la kena saman ni hidup masih bahagia ke? Alhamdulillah.. takde la mengalami 360 darjah perubahan dalam hidup even ada juga la perubahan. Selain struggle cari duit, Tak boleh nak shopping dah. Nak beli shawl RM7 pun sampai hilang nombor kat calculator tu tekan buat kira kira katanya hahahaha. Menipu sangat la kan. Takde la.. Berjimat la. Simpan mana tau duit cukup untuk menampung kos mahkamah nanti.

Sepanjang terima surat saman ni.. Tak tau la banyak juga Allah tolong. Benda yang aku tak terbayang boleh berlaku dalam keadaan aku yang tak berduit kepok kepok.. tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi sebab usaha cari solution, tebalkan muka minta tolong sana sini, tanya orang tu ni.. Akhirnya ada juga jalan yang boleh di usahakan agar tak terus kalah tanpa perbicaraan setakat ni. Akan datang tak tau samada masih mampu atau tak, Wallhualam. Tapi selagi ada masa & peluang tu memang aku akan terus cari sesuatu yang boleh membantu la.

Sepanjang misi mencari bantuan ni.. hampir kena tipu la.. hampir tak di kenakan perlaksanaan ingkar sebab tak dapat hadir ke mahkamah.. Banyak perkara yang hampir hampir buat aku kalah tanpa perbicaraan. Tapi tu la.. Kuasa Allah, dalam kemampuan yang sangat terbatas tetap ada bantuan di saat akhir tiba. Yang aku sendiri rasa macam satu keajaiban sangat. Kat situ aku belajar.. Tiada apa yang mustahil dengan izin Allah. Perkara yang kita tak pernah terfikir boleh berlaku pun boleh terjadi. Sebab tu Allah suruh kita usaha sebab dengan cara tu je boleh mengubah nasib. Biar la orang nak hina ke hapa sebab mengemis bantuan.. Tu salah satu jalan kita berusaha.

Ramai yang anggap bila aku minta bantuan harap orang taja peguam untuk aku bagai.. Tu yang sampai ada sanggup hina & sindir aku kat facebook.. Padahal, bantuan ni banyak cabang. Bantuan khidmat nasihat, bantuan bagi aku job secara online, bantuan kenalkan saluran yang boleh aku mohon bantuan.. Banyak sebenarnya. Tapi ada juga la menyumbang berbentuk kewangan so boleh la tampung kos untuk first step ni. Untuk next step kena struggle lagi kumpul modal.

Ada yang anggap aku ni tak padan dengan poket nak berlawan dengan orang yang dah sah sah mampu dari segala sudut.. Apa aku nak kata lagi kan. Yang dah berlaku dah pun berlaku.. Yang mana rasa nak tolong sangat aku harapkan. Yang mana rasa tak nak tolong tak ada paksaan. Aku izinkan je la yang mana2 rasa nak mengumpat ke, menyindir ke, mengecam ke. Biasa la dunia media sosial.. perkara yang mesti kita hadap hahahaha.

Bagi blogger yang support tanpa prejudis tu aku ucap terima kasih. At least sokongan tu buat aku rasa kuat. Dan terima kasih buat 2 insan yang aku nak rahsiakan dulu nama dia. Sebab aku akan buat satu entri penghargaan khas untuk depa nanti. Yang banyak membantu aku dari sejak awal sampai sekarang. Tak pernah menolak dari kali pertama aku cuba minta bantuan. Takde nak sindir atau nak kutuk aku dengan apa yang berlaku walau imej dorang di media sosial nampak agak lantang & mempunyai ramai followers & haters. Dorang bagi aku seorang pejuang.. Berani! Sebab tu bila aku minta tolong dorang tak de alasan untuk tak cuba tolong berbanding yang berimejkan setaz setazah ni.. Time tu juga la dia nak sebut kejahatan kita selama ni tapi menolongnya haram. Seolah olah nak bagitau orang ni la balasan untuk orang macam aku.  Pun ada jugak spesis macam tu. Padahal selama ni jarang sangat bertegur sapa dengan aku. hehehehe. Tapi yang bagus sikit dia pm.. tegur. Aku ok jer.

Bukan nak berlawan tapi misi aku mencari penyelesaian.. Bukan nak menang tapi juga tak harap terus kalah cuma berjuang selagi mampu. Aku tak nak berhenti berusaha selagi ada jalan yang boleh aku guna. Kecualilah aku betul betul tak mampu... Maka aku pasrah & redha dengan ketentuan Ilahi. Aku percaya apa yang Allah aturkan untuk aku tu adalah yang terbaik.

Apapun aku masih mencari bantuan.. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai goreng garing dalam kuali ye dak. Alang2 dah sampai stage ni tak boleh nak konar dah.. teruskan je la. Apa yang berlaku akan datang.. aku redha je. Redha bukan bermaksud tak buat apa apa.. Redha aku adalah dengan usaha dulu. Kalau dah di luar kemampuan kena redha la. Ikhlaskan semua yang berlaku & teruskan hidup dengan mencari misi kebahagian pulak. hehehehe

Apa aku harap adalah Doa dari semua.. Sebab aku masih percaya doa akan menjadi senjata & perisai untuk aku. #prayforsurialekatlekit hehehehe


SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA

SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.


April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.

Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.

Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.

Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.

Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.

Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.

Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.


DOA ADALAH SENJATA. MOHON DOA DARI SEMUA

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Kalau ada blogger yang masih ingat.. Sepanjang bulan puasa hari tu Lazada ada menganjurkan ramadhan raya blogger contest. Aku pun ada join untuk task minggu pertama. Resepi Iftar yang di pertaruhkan adalah Resepi Kari Ikan Salmon. Ha.. kau kaya sangat mak jemah makan ikan salmon katanya. Actually setakat beli seketul dua mampu la.. Kalau nak beli sekor dua pitam jugak kat kaunter cashier tu nak membayar. Sebab family kami kecik. Yang makan cuma 2 mulut. Maka seketoi pun dah cukup. lagi sorang tu jangan harap nak makan ikan padahal masa kecik2 mak dia dah sumbar segala macam ajar dia makan.. Nak buat macam mana dia tetap jadi picky eater.


Alhamdulillah.. resepi yang di pertaruhkan untuk task minggu pertama ramadhan raya blogger contest tu terpilih sebagai salah satu pemenang. Sebenarnya join pun sekadar suka suka.. Tapi tetap la buat sehabis baik katanya. Kalau dah rezeki.. ye dak. Tetap la milik kita. Ada 3 segmen untuk contest ni. Blogger memang boleh join lebih dari satu. Tapi di sebabkan sepanjang bulan puasa aku memang sibuk ke hulu hilir.. Masa tu mood pun tengah up & down. Yelah.. susah hati kena saman. Sementara nak pulihkan semangat yang hilang tu ambil masa jugak la kan.. Sekarang Alhamdulillah.  Emosi tu dah stabil. Dah boleh terima hakikat & kemungkinan cuma usaha masih di teruskan. Selagi ada daya untuk berusaha.. usaha je la. Manatau ada yang nak membantu kan. Tak usaha kita takkan dapat apa apa..

Dalam celah - celah dilanda musibah tu.. tup tup ada orang tag bagitau menang contest lazada tu. Time tu tak silap aku ada kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) nak jumpa ketua aktivis dia Dato Nadzim untuk kes saman sivil aku ni. Rasa terkejut juga la kan.. Aku ni bukan selalu sangat join apa2 contest.. Bila join dah menang tu, Allahu dia punya excited macam dapat ferari sebiji pulak hehehehe

Tu la Allah tu maha adil.. dalam tengah berduka di timpa musibah di hadirkan juga kegembiraan kecil untuk buat kita tersenyum. Tak kisah la.. senyuman tu sementara At least dalam celah2 dok berduka lara Alana tu ada juga datang berita gembira. Ye dak.. Kita kena muhasabah diri & selalu bersyukur. Jangan banyak merungut, Insya Allah orang bersyukur ni even di uji dengan musibah pun dia mampu ambil dari sudut yang positif. Ni semua aku belajar sepanjang aku hadap musibah kena saman ni la.. Kau ingat senang ke kena saman, takde duit & nak senyum.. Time tu memang rasa ketat mulut ok nak senyum tapi bila motivasikan diri balik, solat, doa, Isgtifar & baca Al Quran.. Insya Allah, Allah tu bagi jalan, bagi kekuatan & bagi ketenangan.. Seterusnya mulut yang ketat tadi seolah olah dapat minyak pelincir & mampu tersenyum kembali hehehehe.

Membebel dah macam cerpen senarai pemenang Ramadhan raya blogger contest tak jugak tunjuk tunjuk.. Sabaq na.. tunjuk awai2 satgi hangpa tak baca tak bebelan kami yang panjang lebar tu.. kena tunjuk hujung baru hangpa sabaq sikit untuk sampai ke destinasi hehehehe..

Sebelum tu... Drumm please!! Pemenangnya adalah... tengok sendiri senarai blog yang menang kat bawah ni yer hehehehe..

clik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tahniah kepada semua blogger yang menang. Yang tak menang jangan sesedih.. Lazada ni banyak anjurkan contest untuk blogger. Next time boleh cuba lagi ok! Tak payah nangis bawah bantai sangat la.. berpeta pulak bantal hangpa tu nanti. Dah dah.. lap hingus. Kalau tak menang lazada contest tu try cabutan bertuah ni pulak manatau ada rezeki kan >> 4 Step Mudah Untuk Honda-Nators Menangi Ganjaran Bernilai Sehingga RM30,000 Raya Ni <<

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..


Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.


Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....

Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.


Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.

Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.

Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN. Lagi 2 hari kita akan menyambut ketibaan hari raya.. Tak terasa sungguh ramadhan dah nak berlalu. Rasa sekejab je. Rasa baru macam semalam aku bangun sahur hari pertama puasa.. Tup tup dah penghujung puasa dah. Time ni ramai dah berdesup balik kampung masing masing la kan.. Tapi aku Almaklum la.. Musibah datang sehari sebelum puasa, Jadi raya kali ni di korbankan la.


Malas la nak berkias kias dah.. Rasa ramai blogger tahu kes aku kena saman dengan pihak **tetetttetetttt*** tu.. Ni sebut **tetttetettt** boleh ke tidak? Siapa dia jangan tanya siapa.. Yang tahu maka tahu la. Surat saman tu sampai sehari sebelum puasa.. Tarikh sebutan kes sepatutnya  20 Jun lepas tapi di sebabkan aku buat rayuan untuk tangguhkan kes.. Alhamdulillah mahkamah yang baik hati luluskan rayuan tu. Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20 july nanti pulak. Yelah.. dekat2 nak raya nak meronggeng ke kota bahru kelantan sana.. Banyak kekangan terutama kewangan la. Dengan lawyer hapa pun aku takde lagi ni.  At least di tangguhkan tu ada la masa aku untuk terus usaha mencari bantuan guaman.  Usaha je la.. Kalau ada rezeki ada la. Takde mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku kan.

Dalam proses mencari bantuan guaman ni.. Aku pernah hampir hampir kena tipu dengan manusia yang aku syak dia punya deria perikemanusiaan dah rosak gamaknya. Dah tahu aku ni bukan orang kaya.. Nak ambil lawyer pun tak mampu, still masih nak ambil kesempatan menipu. Konon datang nak membantu, gunakan lawyer dia untuk wakilkan aku kat mahkamah nanti. Kononnya pada hari sebutan kes tu lawyer dia akan minta mahkamah batalkan saman & dengan confident cakap boleh settle semua pada 20 Jun tu. Mula2 aku hampir terpedaya jugak bila dia cakap Lillahitaala dia nak tolong aku sebab kesian aku tak mampu nak hire peguam. So dia nak tolong aku mudahkan urusan. Kos lawyer dia akan tanggung katanya tapi kos mahkamah nanti aku kena bayar sekiranya saman dapat di batalkan.

Ok la aku setuju la..  Sebab aku ingat bila dah settle semua baru aku bayar. Kalau banyak dia kata aku boleh bayar secara ansuran dengan dia. Bermakna ada surat menyurat yang membuktikan kes aku tu dah di gugurkan bagai. Tapi bila dia minta aku bank in kat dia sejumlah wang katanya untuk stanby sekiranya saman dapat di batalkan kena terus bayar kat mahkamah aku mula tak berapa percaya. Tapi aku tak nak buruk sangka. Yelah.. orang datang nak tolong katanya. Aku minta nak jumpa dengan lawyer dia yang kononnya nak tolong aku. Dia kata lawyer kat sebuah negeri di selatan tanah air memang tak ada area kl. Nanti dia terus ke KB jer untuk wakilkan aku. Aku tak perlu pergi. Minta contact number lawyer tu pun berbuih juga la baru nak bagi. Bila dapat aku cuba call lawyer tu tak jawab. Aku whatsapp tanya dia pasal kes aku jawapan tak berapa lawyer sangat buat aku makin curiga. Nak2 lagi yang kononnya lawyer tu cakap.. Urusan pembayaran semua nanti refer dengan sipolan yang konon nak tolong aku. Segala detail cara dia kendalikan kes pun suruh tanya sipolan tu. Nampak dah krik krik kat situ. Sepatutnya sebagai lawyer dia yang kena jelaskan. Dia yang ambil kes tu kan.

Di pendekkan cerita.. 3 hari sebelum tarikh court tu dia tanya samada boleh bank in ke tidak duit tu kat dia. Siap takutkan aku kalau aku tak bayar time tu aku boleh kena gari terus kena jail. tatut titew dengar ok! Aku cakap kalau dia boleh dahulukan & lepas settle aku akan bayar ok. Kalau tak memang tak boleh la. Bayar tanpa black & white ni.. Kalau kena tipu memang kira halal je la kan. Akhirnya dia blocked aku & pasal nak tolong tu terus hanyut bersama mimpi je la. Masa tu aku pasrah je.. Tapi aku tak putus doa minta Allah bantu aku. Memang walau di ambang wati sangat time tu.. Tetap masih harap ada keajaiban berlaku. Memang aku tak putus asa.

Mujur la dalam saat getir dengan tarikh court tinggal tak berapa hari.. Allah hadirkan seorang insan yang bagi aku sangat2 membantu. Dia suruh aku buat surat rayuan ke mahkamah untuk tangguhkan kes. Benda ni tak pernah mana2 peguam yang aku pergi untuk dapatkan khidmat nasihat suggest pada aku. Kebanyakkan private lawyer ni cakap kalau tak mampu tak payah hadir ke mahkamah & perintah ingkar akan di keluarkan & aku akan kalah tanpa perbicaraan. Sebab saman sivil je katanya.. Paling2 aku kena muflis. Yelah.. kau dah tak mampu sapa nak layan kes kau kan. Nasib baik la dalam saat2 akhir tu Allah hantar seorang individu yang bukan lawyer tapi seorang computer programmer yang dah biasa dengan kes2 mahkamah ni. Dia seorang aktivis yang memperjuangkan & menegak keadilan. Menentang korupsi bagai. Orangnya memang sangat lantang & berani. Ni tips untuk hangpa jugak. Bila hangpa ada masalah maybe kena saman macam aku.. Tak payah cari yang imej bawah lindungan kaabah sangat la kan. Serius.. jenis nampak gud gud ni dia takkan hingin nak tolong hangpa. Yang mempergunakan nama agama pun sama. Lebih kepada nak nama jer. Tapi carilah mereka2 yang lantang & berani memperjuangkan kebenaran. Golongan macam ni dia tak takut apa2. Asalkan dia yakin apa yang dia perjuangkan itu benar dia akan tolong. Sebab ada 2 individu yang jenis lantang ada sedang membantu aku sekarang. Memang depa tak bagi duit selopok kat aku tapi bantuan mereka memang sangat membantu. Yang konon positif tu kebanyakkan makan popcorn & tonton masalah kita macam movie jer. Yang paling penting hangpa kena tahu.. Kawan sama2 melantang dulu time camni semua akan jaga kepentingan sendiri. Gila kau.. sorang dah kena saman! Kau takkan ada lagi kawan2 yang akan perjuangkan kau secara terang terangan. Maka merangkak la kau cari pertolongan sendiri. Tapi jangan sesekali kau putus asa ok! Hidup kita ni bukan sendirian. Selagi kita ada Allah.. Kita tak perlu rasa down sangat. Ramai lagi manusia dalam Malaysia ni.. Carilah la. Insya Allah ada yang akan membantu. Yang penting kita sendiri kena kuat & kena usaha. Pertolongan takkan datang bergolek kalau kita tak cari.

Bayangkan aku pos surat rayuan tu pada hari ahad guna pos laju cawangan sungai buloh. Mujur Isnin tu sempat sampai & selasa tarikh sebutan kes. Alhamdulillah.. Rayuan di luluskan & aku ada sebulan lagi untuk cari jalan membantu. Dalam masa sebulan ni moga ada sesuatu yang dapat membantu aku la kan.. Sapa2 ada cadangan untuk membantu sangat sangat di alukan. Terus terang aku cakap.. Aku memang ada masalah kewangan. Jadi jangan la hangpa dok suggest benda yang di luar kemampuan aku nak nak lagi melibatkan duit yang banyak.

Apapun.. Allah masih ada untuk aku mohon pertolongan. Insya Allah aku yakin Allah sedang membantu aku. Konsep minta tolong ni kita kena sedar diri... Orang nak tolong dia akan tolong. Orang taknak tolong kita tak boleh paksa. Terus je usaha.. Insya Allah.. pasti ada jalan terbaik yang Allah akan lorongkan untuk kita.

Moral of the story dari kisah aku ni.. Walaupun kita dalam kesempitan tapi tetap kena bijak. Biar miskin jangan bodoh. Orang jahat ni dah namanya jahat memang la dia tak ada perikemanusiaan. Walau dia tahu kau susah.. Tetap dia nak ambil kesempatan atas kesempitan kau. Walau kita terdesak sekalipun jangan tunjuk kita bodoh. Macam aku memang lepas dia kata kalau tak bank in dia batalkan bantuan dia nak bagi kat aku.. Time tu aku dah redha. dari aku kena tipu.. kes tak settle adalah lebih baik aku kalah kat mahkamah dari kena tipu dengan dia. Tapi tu la.. Allah tu maha berkuasa.. Maha Adil.. dalam saat akhir dia tolong aku jugak. Bagi aku ia satu keajaiban.. Bila kita meletakkan pergantungan pada Allah, Insya Allah.. Dia tak kejam. Usaha & doa bersungguh sungguh. Allah lorongkan jalan terbaik untuk kita.

P/S : Hangpa boleh baca jugak macam mana permulaan aku boleh kena saman kat sini >> BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG <<

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG. Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak.


Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuatan dia. Mungkin dia tak tau kot mendedahkan data peribadi orang lain tanpa persetujuan juga boleh menjadi satu kesalahan.

Kisahnya.. dia datang minta aku review produk dia dengan bayaran. Seperti biasa... bila review produk & ada free produk untuk aku cuba mestilah aku bagi nama & alamat aku untuk proses penghantaran. Tak terdetik di hati aku benda tu adalah permulaan kepada musibah yang aku terima sekarang. Dari penampilan, rupa & imej yang di tonjolkan kat media sosial sememangnya siapa takkan sangka dia tergamak untuk aniaya orang lain. Sangat baik.. Tak pernah nampak post2 yang berunsur negatif di account media sosial dia. Memang jauh beza la dengan aku kan.. Tapi orang kata manusia memang tak boleh di nilai dari apa yang kita nampak dengan mata kasar. Yer! Itulah pengajaran yang aku dapat. Dah terbukti pun yang nampak gud gud macam malaikat kadang2 jelmaan syaiton nirrojim jugak. Tapi terbalik pulak yang lantang macam nak pecah speaker.. Tu pulak yang baik. Menghulurkan bantuan bila aku dalam kesempitan even tak pernah kenal sebelum ni. Yang tu nanti aku story...

Jadi berhati hati la buat blogger yang menulis & mengulas isu2 semasa, gosip artis, cerita artis, kisah viral bagai tu. Kadang2 kita menulis benda yang ada fakta & bukti namun ulasan kita mungkin boleh buat kita di dakwa. Saman sivil ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.. so tak perlu la bertepuk tangan sangat kalau orang lain kena. Saman sivil sapa2 pun boleh buat.. tuduhan berasas ke tidak tetap boleh di failkan. Itu yang aku belajar la dari lawyer2 yang pernah aku merujuk sebelum ni. Memang sesiapa sahaja berhak mengambil tindakkan undang undang kepada individu yang dia rasa bersalah pada dia cuma yang menentukan salah atau betul adalah bila proses perbicaraan di jalankan. Kita sedia maklum ia bergantung juga dengan kepakaran peguam yang ambil kes tu. Nak ambil peguam bukan pakai modal air liur jer.. Kalau takde duit bekepok kepok mimpi je la kan. Kalau takde peguam, Memang tawakal je la. Nak2 lagi yang kena saman orang yang tak berkemampuan. Dengar kos lawyer pun rasa macam kering air liur nak telan. Maka ber huhuhu je la.

Tapi awas pada orang yang dedahkan data peribadi orang lain tu macam nama, alamat, no ic,pasport bagai tu.. Adalah menjadi satu kesalahan undang undang jugak ok!

Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya - sumber DISINI -
P/S : Kalau anda rasa maklumat peribadi anda di dedahkan kepada orang lain tanpa persetujuan anda.. anda boleh membuat laporan polis.

Cuma satu je aku nak tanya pada orang yang aniaya & dedahkan data peribadi aku pada orang lain... Aku cuma aku nak tanya kat dia.. apa salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Apapun niat dia buat macam tu.. Tetap niat tidak menghalalkan cara. Pecah amanah dah satu kesalahan.. mendedahkan data peribadi orang lain dah jadi dua kesalahan. Serius.. Untuk maafkan sipolan tu.. memang tak terdetik langsung di hati aku. Biar la dia merangkak ke.. menjulur ke.. meniarap ke hapa cari aku kat padang masyar nanti. Nak2 lagi dia langsung tak pernah rasa bersalah atau datang minta maaf pada aku. Tapi tak tau la kan.. Manatau akan datang aku dapat petunjuk & hidayah.. Aku ikhlaskan semuanya.. boleh maafkan dia. Rezeki dia la tu.. Tapi buat masa ni, Mustahil la. Kecuali berlaku sesuatu.. Mungkin la aku boleh maafkan. hehehehe

Apapun buat semua blogger.. Apa yang berlaku kat aku ni jadikan la pengajaran. Tak salah kita nak menyebarkan apa2 fakta yang sahih untuk didedahkan pada orang lain, tapi menulis & mengulas secara selamat je. Better copy paste laporan akhbar je selamat hehehehe. Biarlah Allah jadikan aku sebagai peringatan pada orang lain. Allah pilih aku mungkin sebab bersesuaian dengan kemampuan aku memikulnya walau aku tak ada kemampuan dari sudut harta benda & duit berkepok kepok. Tapi mungkin kekuatan dalaman tu lebih besar dari size badan aku.. siapa tahu. Allah maha mengetahui segalanya.. Wallahualam.

Moral of the story.. Selepas 25 hari aku hadap Ujian ni apa yang dapat aku katakan. Aku redha & aku tahu semua ni berlaku adalah kerana Allah ingin menegur aku. Mungkin aku lalai.. aku lupa.. Allah sayangkan aku. Sebab tu dia jentik aku supaya tidak jauh tersesat. Dia uji dengan musibah sebab dia nak aku dekatkan diri dengan dia macam sekarang. Kalau dia uji aku dengan kenikmatan.. dengan kekayaan dunia.. mungkin aku akan jadi sombong, bongkak & rasa berkuasa dengan harta dunia yang aku miliki sedangkan yang memberi rezeki itu pun Allah. Kalau dia nak tarik balik dalam masa sesaat pun boleh kita kehilangan segalanya. Dia jadikan aku tidak mampu dari segi harta benda sebab dia nak aku meminta minta dengan Dia. Allah suka pada hamba yang meminta minta kepadaNya. Bayangkan kalau aku berkemampuan.. Mungkin aku rasa tak perlu meminta minta lagi dengan Dia. Bersangka baik dengan Ujian Allah.. Insya Allah yang datang nanti adalah lebih baik. Even bukan sekarang.. Insya Allah.. Dia tahu bila masa terbaik untuk memberi kita seribu ganjaran dari kesabaran kita tu.

P/S : jangan tanya aku siapa dia.. Biarlah aku & Allah jer tahu. Biarlah Allah je yang membalasnya.

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salah takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Shea Rasol merupakan seorang blogger juga seorang pengacara rancangan TV. Di khabar telah meninggal dunia pada bulan mulia di hari Jumaat ini..


Allah.. antara orang2 yang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa dosanya & menempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman.

Apa yang aku sempat baca di blog Arwah.. katanya Arwah mengidap cancer. Mungkin itulah asbab arwah meninggal dunia. Apapun asbabnya sesungguhnya sampai masa tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat. Hidup kita dah tertulis sejak azali.

Actually aku tak berapa kenal Shea Rasol ni sebgai blogger cuma kenal semasa beliau mengacarakan rancangan SIS kat tv3 dulu bersama Heliza Helmi & sorang lagi sapa ntah lupa pulak nama dia. Tapi dia agak di kenali di kalangan blogger2 terkenal la. Aku ni walau blogger kadang2 tak berapa kenal sangat dengan blogger even popular.


Tapi sempat google berkenaan Shea Rasol ni, selain blogger & pengacara rancangan TV beliau juga mempunya jenama pakaian sendiri. Seorang businesswoman juga la. Sesungguhnya antara orang yang berjaya semasa hayatnya. semoga disana beliau juga di kalangan hamba hamba yang berjaya, Insya Allah.

Apapun semoga seluruh ahli keluarga Shea Rasol tabah menerima kehilangan orang tersayang. Pemergian beliau di hari & bulan yang baik adalah satu anugerah.. Moga arwah mendapat kemenangan jugak di sana.

Alfatihah...

SURIA LEKATLEKIT BEKUMANDANG DI RADIO SURIAFM

SURIA LEKATLEKIT BEKUMANDANG DI RADIO SURIAFM. Tu dia dah bertukar profesion ke lekatlekit OOi.. dari blogger jadi DJ radio pulak. Kemain hang noh.. senyap2 ja tetiba berkumandang kat SuriaFm apa kes? Nak ganti DJ Lin ka ambil alih rancangan suria cinta ke.


Hangpa ni.. Layak ka kami nak take over rancangan suria cinta Dj Lin ni.. Hagak2 la kan? Blogger puaka macam kami hangpa nak suruh handle  pasal cinta. Satgi jadi cinta alam mistik pulak kan.. Kalau hangpa kata kami Take over Rancangan Jangan Tutup Lampu yang berkeudara setiap Tengah Malam Khamis tu logik la jugak kan? Baru kena dengan branding kami cerita seram ni.. Tapi apa kes kami berkumandang kat radio suriaFM? Jadi blogger jemputan untuk rancangan Jangan tutup Lampu ke?

Ada la jugak Dj BobRinggo selaku Dj yang mengendalikan rancangan Jangan Tutup Lampu tu ajak kami pi konti depa untuk ulas pasal kisah2 seram ni sebab katanya dia pun suka baca kisah seram yang kami up kat blog ni. Sapa sangka blog pinggiran kubur ada DJ radio baca. Tapi memandangkan time rancangan tu keudara tak berapa sesuai untuk seorang ibu yang ada anak masih bersekolah ni susah sikit nak penuhi undangan tu. Tanya asben dia suruh tanya balik kalau dia gantikan boleh tak? Macam la dia blogger kan? Nyampah kami tau! Dia pun nak caras populariti bini dia hahahaha. Erkk.. popular ke? hehehehe

Habis tu macam mana la Suria Lekatlekit boleh berkumandang di ruang udara SuriaFM ni? Hang ni cakap elok - elok sikit boleh dak? Jangan dok loqlaq sangat ok!.. Loqlaq apanya.. Betul la Suria Lekatlekit berkumandang kat SuriaFM tengah malam semalam dalam rancangan Jangan Tutup Lampu. Sebab salah satu kisah seram yang kami tulis dalam blog ni di kongsikan dalam rancangan JTL-SuriaFM semalam.Harus la depa bagi kredit sikit kat admin blog katanya. Alah.. setakat sebut nama kami ja kan.. Jangan la jeles sangat lah. Apapun terima kasih kat Dj BobRinggo SuriaFM sebab sudi announce nama kami semalam noh.. Terima kasih jugak kepada informer yang dengar suriaFM semalam, inform kami pasal ni. Time tu kami dah Zzzz... berpelukkan dengan anak. Yelah.. anak kami tidoq kena peluk2. Kalau time tu kami dok dengaq radio sekali dengan anak kami pun dengaq jugak maka esok harinya tak sekolah la gamaknya. tak payah tanya la bapak dia sapa nak peluk. Meluat aihh... nak jawab. hahahaha

Tu la kan.. Apa kita nak buat, buat la bersungguh - sungguh. Insya Allah benda tu akan orang lain nampak. Jangan acah - acah atau suka tiru tiru je. Walaupun kami tulis cerita seram dalam gaya santai & bukan la untuk buat orang takut baca cerita seram kat blog kami tapi cara tu la orang kenal penulisan kami. Tulis apa yang kita suka & tahu.. Meniru sekadar untuk traffic blog ni kadang2 apa yang kita tulis tak meninggalkan kesan di hati pembaca. Sebab tu penting personal branding atau identiti. Tak semestinya kena tunjuk muka bagai.. identiti ni boleh create melalui penulisan jugak. Tapi masih ramai blogger yang mengalami krisis identiti aku tengok sebab terlampau ghairah nak kejar traffic blog. Orang buat tu dia nak buat.. Orang buat ni dia nak buat.. Alih2 hangat2 taik ayam sebab dia cepat boring & sukar nak bagi komitmen pada blog. Rugi la macam tu. Semua orang boleh create blog tapi bukan semua orang mampu cipta nama & jenama melalui blog. Aku pun bukan hebat malah masih banyak perlu belajar. Jadi apa aku tulis ni sekadar perkongsian untuk kita sama sama belajar jugak.

Moral of the story.. Anda boleh jadikan sesiapa sahaja inspirasi dalam berblog cuma jangan cuba jadi orang lain. Benda tu sebenarnya membunuh keyakinan diri kita bila kita cuba jadi orang lain. Kita semua ada kelebihan sendiri yang boleh di serlahkan.. Cuma perlu percaya pada diri sendiri je. Peace Yo!

P/S : Kalau anda peminat cerita seram Jom like page Jangan Tutup Lampu - SuriaFM

DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL

DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL. Walaupun blog aku bukan semata mata share cerita seram tak tau la niche tu lebih menyerlah. Asal suria lekatlekit je orang ingat cerita seram.. Asal ada cerita seram je orang mention atau tag aku. Itulah kesan bila kita menulis sesuatu yang sememangnya kita suka & kita minat bukan sekadar ikut je apa orang buat. Dalam penulisan blog ni.. Kau akan lebih selesa menulis apa kau suka & tahu. Kalau kau sekadar ikut & tiru apa orang buat tu yang membuatkan kau selalu tak ada idea menulis.. Akhirnya blog kau layu di pusara jer.. hehehe


Tu dia mukadimah kan.. Mesti ada segmen mari mengecam sambil menegur katanya. hahaha.. Well.. lekatlekit kan. Ok berbalik cerita pasal yang tertulis kat tajuk tu.. Amboi retisnya blog lekatlekit.com ni sampai ada di kalangan DJ radio pun baca katanya. Harus la retis ok... Ok sila kecam tepi - tepi dulu yer berkenaan pengakuan 'Retis' tu. Aku nak tulis lagi ni.. hahaha

Tadi saja nampak DJ Bob Ringgo.. Dj rock kat SuriaFM buat live video kat fb. Sebab aku selalu jugak ikuti Bob Ringgo kat Facebook. Best dia ni sporting & sangat friendly. Harus la kan.. Dj kena ada sifat friendly tu.. Almaklum la aku ni bekas pendengar radio tegar zaman 90an dulu. Time tu sekolah lagi. panjang jugak bill telefon masa tu sebab selalu call radio & aku pernah terjebak dalam arena online radio satu ketika tu.. Kot mana pun still apa yang berkaitan radio ni masih menarik minat aku walau jarang dengar radio sekarang ni. Tetap aku suka follow & friends dj2 kat facebook. Support ok! tu yang penting. Apa ingat lekatlekit ni reti kecam orang je ke? Tolong la sekali sekala pandang aku dari sudut yang mulia sikit hahahaha

Bila aku join ber chit chat kat komen live video Dj Bob ni.. erkk.. tetiba dia cakap dia selalu juga baca cerita2 seram kat blog aku?? Kelip pop mata kita tau.. sambil senyum kepit2 gitu. Gila kau tak suka! Mesti la suka ada orang baca blog kita.. Habis kau fikir aku tulis blog nak baca sendiri ke? hahahaha


Terharu biru unggu kelabu jugak la bila dengar pengakuan ikhlas tu.. Buat ahkak semakin bersemangat proton waja nak memperbanyakkan koleksi2 seram di blog ahkak ni tau. Ahkak bertekad akan jadi lebih berpuaka niyang rapik lagi lepas ni supaya dapat mengumpul koleksi peminat di kalangan selebriti pulak hahaha.. ha kau! berangan nak jadi lebih retis dari retis la tu kan.. hahahaha

Live video tu tadi ada Abang Bob Ringgo dok share cerita2 seram.. Tapi berhenti seketika untuk bagi laluan kepada solat Jumaat. Akan bersambung semula selepas pukul 2 nanti. Kalau korang nak dengar sila follow Facebook : Bob Ringgo yer. Jangan risau Dj Bob Ringgo sangat ramah tamah orangnya kalau tak ramah mana boleh jadi DJ ok! hahahaha

Kalau korang nak tengok video nama suria lekatlekit di sebut2 tu boleh tengok kat bawah ni hahahaha. Tapi awas! video ni Bob Ringgo share banyak cerita seram..


Siap nak ajak suria lekatlekit pergi studio lagi tu katanya.. Untuk segmen seram. Aduhai.. kita blogger seram biarlah misteri dulu yer. Satgi terlebih popular lupa diri pun susah pulak katanya. hahahaha... Tu dia belum apa2 dah plan nak lupa diri. Ni mohon pijak beramai ramai. hahahaha

Apapun thanks untuk Bob Ringgo SuriaFM sudi membaca blog saya..Insya Allah kalau ada rezeki & jodoh manatau kita bertemu kat konti SuriaFM. Sedang elok la tu Suriafm bertemu Suria lekatlekit katanya. hehehehe

Kalau peminat SuriaFM & Cerita seram jom ramai like Fb page : Jangan Tutup Lampu Suriafm korang boleh share kisah & pengalaman seram kat situ.

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN

KEMPEN BENCI LEKATLEKIT SEPANJANG ZAMAN. Sebenarnya detik detik paling bersejarah selama aku berblog suatu ketika dulu aku dah lama lupakan sampai aku tak pernah ambil port pasal mereka & keluarga mereka. Aku tak kisah dah jatuh bangun depa. Takde nak doakan yang baik baik atau yang buruk buruk. Pendek kata aku dah lupakan semuanya sejarah aku dengan 'Kelab blogger popular tu dah lama sangat.


Dulu mungkin masa isu tu masih hangat aku jadi sedikit emosional.. Tapi biasa la bila rasa tu dah hilang.. back to normal. Aku tak kisah pun nak berkawan dengan mana2 ahli dari group 'nametag' tu.. Aku lebih bersikap terbuka. Yang bermasalah dengan aku bukan semua tapi dua tiga kerat je dulu. Apa salah yang lain pada aku kan? Dah tua tua katanya, tak payah feeling macam budak budak hingus hijau sangat la.. Tapi aku perasan jugak yang taksub sangat dengan kelab 'nametag' tu dulu sampai blocked aku kat fb ig bagai sekarang ramai dah unblocked. ada yang unblocked lepas kena sindir.. kelam kabut blocked balik.. erkk... dia tau pulak kan? nampak sangat la rindu aku dok stalk stalk aku tu hahahaha

Yang aku perasan setiap kali ada yang keluar dari geng 'nametag' tu mesti ada yang cari aku tanya pasal kenangan silam aku bersama mereka dulu. Seperti cerita cerita lepas.. Dari cerita ex ex depa ni.. Aku antara blogger yang paling di benci dalam geng 'nametag' tu. Terkesan sungguh depa dengan nama 'Suria Lekatlekit' ni kan. Depa akan minta blogger2 bawah naungan depa membenci & memboikot lekatlekit. hahahaha... very da budak2 budak hingus hijau Uolls... Tapi apsal dari mula kempen boikot aku sampai sekarang aku tak rasa kesan kena boikot tu pun. Malah aku rasa semakin berjaya hahahaha

Terbaru semalam.. Dapat cerita yang sama juga. Namaku masih menjadi sebutan dalam group 'nametag' tu. aduhai.. kenapalah korang suka bagi publisiti kat aku di kalangan ahli2 nametag korang tu yer.. Sudahlah. aku dah cukup retis sekarang ok! Katanya sampai kalau ada sapa2 dari group 'nametag' yang nampak mesra dengan aku kat media sosial ni akan di soal siasat. Aku ni kadang2 nampak mesra kat public jer.. Tapi jarang nak bermesra atau rapat dengan sesiapa secara privacy. So jangan takut selagi korang jaga anak buah korang dengan baik rahsia korang dalam tu still selamat tapi kalau korang asyik nak buat depa macam 'lembu kena cucuk hidung' confirm la ada yang tak tahan kecuali lembu2 je tahan.

Aku still kekalkan cara 'lone rangger' aku. Aku tak nak ada hubungan rapat dengan sesapa. Sebab kalau rapat sangat depa tau aku ni baik maka mula la nak ambil kesempatan atas kebaikkan aku.. Bila aku rasa orang ambil kesempatan mula aku jadi jahat. Bila aku jadi jahat mula orang benci aku hahahahaha.. Bagilah peluang aku nak jadi baik sekejab & di sayangi ramai orang hahahaha

Kepada ahli ahli nametag jang jib jub jeng bagai... Sudah sudah la dik. Dok bersedekah pahala dengan dok mengumpat akak sepanjang zaman dalam group hangpa tu. Move on beb! Move on..  Akak tak pernah menghasut atau menghalang pun sesapa nak join komuniti korang sekarang ni. Malah akak tak pernah ambil tau pun sapa yang nak masuk & keluar dari group 'namteg' hangpa tu. Tapi selalunya yang masuk memang la takkan cari akak tanya pendapat cuma bila yang keluar je akan datang bertanya khabar & menyampaikan khabar berita. hahahaha. Nak kata depa saja buat2 cerita pun pelik juga bila depa tanya kenapa hangpa benci sangat dengan akak sebab hangpa asyik mengumpat akak je. Kat situ boleh detect depa tak tau pun kes dulu cuma sejak depa join hangpa depa di ajar untuk benci & boikot lekatlekit je... Sapapun nak join atau leave group 'namteg' tu takde kena mengena dengan saya. Biar depa sendiri rasai pengalaman manis bersama hangpa. Akak ni macam hangpa dok nampak la.. blog sentiasa berhadpet.. FB pun sentiasa berhapdet. Baru semalam je akak kembali menjentik pasal hangpa balik.. Tu pun sebab akak rasa di cuit so akak terlatah sekejab hahahaha.

Apapun aku tahu sampai bila2 pun aku akan nampak 'Jahat' sebab aku bercakap secara terbuka manakala pihak sana mengata & menghasut secara tertutup. Cuma bak kata pepatah 'bangkai mana boleh sembunyi, lama2 ter bau juga kan.' Tuhan tu nak membuka pekung setiap dari hangpa tu dengan macam macam cara. Dan setiap kali ada orang leave dari group tu.. aku akan dapat cerita2 macam ni. Well.. untuk pengetahuan hangpa.. Aku still bahagia. Jangan risau. Makan kenyang, tidur lena & tiap2 bulan ada je income dari blog ni. Alhamdulillah, rezeki yang Allah Alamatkan untuk aku sentiasa ada. hahahaha

Moral of the story.. Kalau rasa nak kempen benci lekatlekit teruskan.. Takde apa yang aku rasa perlu takut pun. Sedangkan Mc Donald yang pernah kena boikot teruk dulu pun sekarang dah kembali seperti biasa.. inikan lekatlekit yang selama ni tak pernah pun terkesan apa apa di boikot oleh geng nametag tu. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com