TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....
TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya.
2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar.
Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah.
Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog.
2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar.
Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger.
Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca.
Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang.
Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog.
Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku.
Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau!
Okay je mummy guna blogspot pun. Untungnya guna blogspot ni, kalau dah taknak pakai domain, blog masih selamat lagi. Kalau wp dah hilang semua. Sebab selalunya domain sekali dengan hosting. Kalau terminate domain, macam terminate blog sekali. Takde terus kenangan.
ReplyDeleteWelcome back mummy. Teruskan menulis. Saya setia baca walaupun kadang tak sempat tinggalkan komen.