Showing posts with label kenangan. Show all posts

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....

TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM.... Aku mula berblog sebenarnya sejak 2008 tapi waktu blog aku macam tak ada arah tujuan. Buat 2-3 blog lepas tu delete. 2009 aku mula ciptakan blog lekat lekit story ni. Pada awalnya banyak aku tulis berkaitan aktiviti online radio. Waktu tu aku aktif menjadi DJ untuk online radio selain cerita cerita peribadi yang tak berapa ada manafaatnya. 

2010 aku berkahwin dan mula serius dalam penulisan blog. Mula ada rentak dalam blog ni. Mula menulis isu isu semasa. Lepas tu belajar menulis review produk dan sehinggalah blog aku berjaya mendapat kepercayaan google adsense dan di beri kepercayaan berkolabrasi untuk review berbayar. 

Selain isu semasa, review produk aku juga banyak menulis kisah kisah seram dan review filem filem seram yang aku tonton. Sehingga tahun 2017.. Ujian terbesar yang aku terima bila aku di saman selepas menulis beberapa siri pendedahan berkaitan produk kosmetik. Sehinggalah 2019 baru kes saman tu selesai di mahkamah. 

Selepas 2019 memang perlahan lahan aku mula kurang menulis di blog. Bukan trauma sebab di saman. Waktu tu aku baru melahirkan anak kedua. Jadi bertambah komitmen aku membuatkan aku semakin tiada masa untuk fokus pada blog. 

2024 bila aku rasa dah tak relevan nak bayar sewa domain yang hampir setiap tahun ada kenaikan harga jadi aku buat keputusan 2024 tahun terakhir aku guna domain dot com dari netkl. Lagipun blog aku selain adsense dah tak ada sumber pendapatan lain jadi rasa tiada keperluan untuk aku menyewa domain berbayar. 

Pun macam tu aku masih sayang blog lekat lekit ni. Blog ni bagi aku terlalu istimewa. Tidak hanya menyimpan kisah suka malah blog ni telah mencipta semua bentuk kenangan. Kenangan terindah, kenangan teruji dah kenangan terbaik sepanjang aku bergelar blogger. 

Aku ciptakan blog ini adalah kerana jiwa aku yang suka menulis. Waktu aku pertama kali kenal blog aku tak tahu melalui blog boleh boleh buat menjana pendapatan. Yang aku tahu ada satu ruangan yang boleh aku tulis sesuatu dan ada orang membaca. 

Aku tak pernah menyesal menjebakan diri aku dalam penulisan blog malah sehingga hari ini aku masih mahu bergelar blogger. Aku masih mencari masa & momentum untuk kembali aktif menulis. Bukan untuk duit tapi untuk kepuasan jiwa aku sendiri. Jika ada lagi peluang menjana pendapat selepas ini aku anggap rezeki. Kalau tak ada pun tak apa sebab aku ada sumber pendapatan sampingan yang lain aku sedang buat sekarang. 

Walaupun aku kembali menggunakan domain blogspot.. Sedikitpun aku tak rasa kekurangan dari sudut apapun. Sedikitpun tidak melunturkan semangat aku untuk kembali menulis di ruangan ini. Tiada apa yang berubah dalam jiwa aku cuma masa dan tanggungjawab membataskan aktiviti aku di blog. 

Aku sayang blog lekat lekit ni kerana ia sebahagian dari jiwa aku. Semoga selepas ini ia kembali di warnai dengan pelbagai cerita seperti dulu, Insya Allah. Terima kasih pada yang masih setia membaca blog lekat lekit. Setia menyokong aku dan masih sudi berkawan dengan aku. 

Sebagai kenangan aku editkan satu video pendek tentang blog aku. Jangan lupa tengok tau! 





14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH

14 PERKARA PALING KANAK KANAK SEDIH,KECEWA, TAKUT & MARAH. Sebelum kita jadi orang dewasa kita pun melalui zaman kanak kanak. Yelah.. mana ada orang keluar dari perut mak dia terus membesar bagai juara, remaja kemudian terus dewasa tanpa perlu melalui fasa kencing berak dalam lampin.. dari berbaring lepas tu meniarap, merangkak seterusnya berjalan & berlari katanya. kita semua melalui fasa yang sama. Sebab tu kadang2 kita melalui zaman kanak kanak yang lebih kurang sama macam anak anak kita walaupun zaman dah berubah & gaya hidup pun dah berbeza. Tetap masih ada persamaan dalam beberapa perkara yang pernah kita lalui dulu.. Anak kita pun melalui jugak. Mungkin benda ni di warisi turun temurun kan.


Masa kecik antara perkara paling buat kita meraung bila kena sakat dengan ahli keluarga yang lebih tua.. Tak kira la yang menyakat tu mak ayah sendiri atau abang & kakak kita.. Yang penting depa ni lebih tua dari kita la. prank yang paling menakutkan bila orang cakap kau anak angkat.. Memang tak boleh terima kenyataan. Dan dan tu jugak katanya meraung tak ingat. Jenuh pulak mak nak memujuk.

Tu salah satu perkara yang kanak kanak tak kira zaman sekarang ke zaman dulu memang akan meraung sementara dia nak faham benda tu cuma satu gurauan. Yang tu ok lagi tapi kalau berlaku benda - benda macam ni terutama yang nombor 14 tu memang hancur luluh terus hati & perasaan. Benda ni bukan kanak kanak zaman dulu jer hadapi malah sampai sekarang pun masih ada yang di permainkan perasaan sebegitu rupa. Bukan je kanak kanak.. Orang besar pun kadang2 terkena jugak nak2 lagi yang jenis jarang masuk dapur & masuk dapur semata mata nak makan jer.. Nak tau apa perkara tu meh baca kat sini >> 14 PERKARA PALING ANNOYING KANAK KANAK RASA BILA KENA PRANK DENGAN SAUDARA MEREKA YANG LEBIH TUA << Ramai yang terkena kan dengan benda ni. Hahahahaha..

Apapun.. Benda yang paling kita rasa menyampah bila adik beradik kita kenakan kita dulu bila dah besar & masing2 ada kehidupan sendiri kadang2 benda tu paling jadi perkara yang kita rindu. Kalau dulu.. macam anjing dengan kucing. Kalau boleh tak mau tengok muka depa sebab meluat suka kenakan kita tapi bila berjauhan saat berkumpul ramai ramai tu la paling di tunggu - tunggu. Tu la yang aku rasa bila dah berkahwin & duduk jauh dari family. Kalau dapat balik kampung tu.. Hanya Tuhan saja yang tau perasaan tu..

Moral of the story.. Hargailah masa bersama keluarga terutama ibu bapa yang ada anak anak tengah membesar ni. Masa mereka bersama kita kadang2 terlalu sekejab. terutama ibu bapa yang bekerja.. Masa bersama anak anak tu tak banyak lepas tu 'Me Time' bagai lagi hangpa nak. Sedar sedar.. anak anak dah besar & dah ada kehidupan sendiri mungkin banyak peluang anda dah terlepas bersama anak anak.

MIMPI MALAM JUMAAT

MIMPI MALAM JUMAAT. Pendek pulak tajuk entri hari ni kan.. Jarang2 berlaku di blog lekatlekit ni. Kalau lekatlekit.com ni bukan je entri dia panjang2.. tajuk entri pun kalau boleh nak buat sama panjang dengan entri katanya. Baru la senang orang tak judge cerita dari tajuk je. Kau baca entri terus kat tajuk tu sebab manusia zaman sekarang suka baca tajuk kemudian komen tu yang kena letak tajuk panjang panjang...


Entri ni bukan la nak cerita pasal tajuk entri. Sebenarnya nak cerita pasa mimpi. Mimpi malam jumaat pulak tu. Mimpi apa gamaknya. Mimpi basah ke, mimpi kering ke, mimpi sedih ke?? Tak tau nak klasifikasikan mimpi ni kering ke basah ke sedih ke tapi mimpi yang sangat menyentuh hati jugak la. Bukan mimpi akil baligh la.. Orang perempuan dia akil baligh takde mimpi2 ok! Lagipun aku dah lama akil baligh.. dah beranak pun. Jadi takde kena mengena mimpi akil baligh ke hapa..

Mimpi yang buat satu perasaan rindu yang rasa macam sakit sangat. Rindu yang tak mungkin sampai pada yang di rindui.. tetiba semalam mimpi arwah ayah yang dah 6 tahun pulang kerahmatullah. Dalam mimpi tu nampak arwah ayah senyum lebar & manis sangat macam sedang berbual dengan sedara mara. Cuma tak dengar la suara ayah bercakap ke apa.. Cuma nampak dia senyum jer... Senyum nampak deretan gigi. ramai berkumpul kat rumah arwah tokwan sebelah mak. Tak sure kenapa tapi memang ramai kat situ..

Mimpi ini memang buat aku rindu sangat kat arwah ayah.. Akhir - akhir hayat dia memang aku agak rapat dengan arwah ayah & mak. Kalau ikut masa aku masuk je sekolah menengah.. memang aku tak berapa rapat dengan ayah. Sebab masa tu kan nakal.. Ayah macam menyekat aku yang masa tu nak bebas. Bukan la salah ayah.. Cuma masa tu awal remaja memang fasa fasa memberontak je la. aku pernah terkilan sebab ayah koyak poster2 artis yang aku tampal dalam bilik. Sebab kebanyakkan poster2 tu ada tandatangan artis. Aku dapat masa tengok road artis yang datang kat tempat aku... termasuk la poster amy mastura. Amy mastura kan artis paling aku suka waktu tu. Aku pernah tengok road show dia & dapat poster & hadiah dari amy mastura. Kira lama jugak rasa terkilan tu aku simpan sampai hilang sendiri. Ayah buat macam tu sebab aku dah buat 1 kesalahan kat sekolah sampai kena tindakkan disiplin. Bukan salah ayah pun.. Memang aku nakal masa tu.

Bila aku berhijrah semuanya semakin berubah.. Mula nampak kasih sayang ayah yang selama ni mungkin dia tak tahu nak tunjuk sebab hari2 ada depan mata. Excited sangat dia kalau aku nak balik kampung. Dia akan plan macam2.. Aku memang rajin melayan mak ayah pergi berjalan. Sebab aku tahu mak ayah rindu nak pergi berjalan dengan semua anak anak dia macam masa anak anak dia masa kecik. Tapi tak berkesempatan bila semua dah mula besar & bekerja. Dekat2 aku nak nikah Ayah kerap call.. Cuma aku tak pernah sangka semua tu petanda dia akan pergi buat selamanya...

Mimpi semalam.. Buat aku rindu sangat. Mimpi malam jumaat jumpa dengan ayah. Ayah nampak lebih muda dalam mimpi tu. wajah ayah dalam mimpi tu adalah wajah yang aku tengok masa aku kecik kecik. Kurus & ramping. Gigi pun penuh lagi. Tak buncit & boroi macam sebelum dia meninggal. Ya Allah.. berat rasa hati menanggung rindu pada orang yang dah tiada ni.. Moga Allah mengampuni segala dosa ayah & meletakkan dia di tempat yang terbaik. Hanya doa yang mampu di utus.. Alfatihah untuk Ayah.. Moga terus berbahagia di sisi yang esa. Amin...

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR

PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR. Hari ni katanya adik adik yang belajar dalam tingkatan 3 sedang berjuang di dewan peperiksaan untuk PT3. Macam biasa ada yang berdebar debar, ada yang mak bapak terlebih debaran, ada yang rilex, ada yang tenang jer sebab dah bersedia dari segi mental & fizikal.. Selebihnya dia serahkan kepada Allah bila dia yang berusaha mengikut kemampuan dia.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau dulu sebelum PT3... Tahun2 aku sekolah ia di panggil PMR. Penilaian Menengah Rendah. Tapi sama jer.. PMR pun berlaku semasa di tingkatan 3. Time umur2 macam tu memang tengah galak dok explore dunia. Zaman memberontak nak kebebasan.. Time2 umur macam tu la. Zaman mula lupa daratan pun yer jugak. hahahaha..

Time aku ambil PMR tu.. Ada satu kejadian yang sampai  sekarang aku tak boleh lupa & mesti tergelak bila teringat. Alkisahnya.. Masa PMR berlangsung. Yang mana tak muat nak sumbat dalam dewan peperiksaan terpaksa di campak ke kelas la. Kira aku yang tercampak dalam kelas. Rasa tenang sikit.. Tak duduk dalam 1 dewan besar yang ramai pelajar. tak tau la mungkin rasa tak selesa kot aku berada dalam tempat & suasana macam tu.

Nak di jadikan kisah yang paling mencuit hati masa kertas matematik tu.. Pengawas peperiksaan yang bertugas tu tertidur atas kerusi di depan kelas. Mula2 ok la.. Dia mundar mandir pantau calon2 yang sedang jawab exam tu. Bila dia kembali duduk kat tempat tu tetiba dia terlena. Apa lagi aku tengok memasing leher jadi panjang macam zirafah. Mula ambil kesempatan nak meniru. Aku ni memang jenis ego tinggi kot.. Aku sedaya upaya tak nak meniru pun. Time tu ntah kenapa aku rasa taknak pulak ambil kesempatan. Sumpah! memang aku tak ambil kesempatan meniru pun walau ada peluang. hehehe

Bila ingat balik macam kelakar pun ada. Nasib baik tak kantoi pengawas peperiksaan yang tertido masa peperiksaan berlangsung.. Kengkawan aku yang meniru tu pun selamat sampai sekarang ahahhaa... Aku Alhamdulillah lulus kertas Matematik walau tak meniru. kekekeke

Kalau zaman sekarang benda tu berlaku & ada yang nampak. Kebetulan pula dia ada smartphone confirm dia buat live  video kat FB & jadi viral macam 9 live Video ni >> 9 Facebook Live Video Yang Menjadi Viral Baru Baru ini >> Nasib baik zaman aku tu.. Cuma budak2 reti guna telefon rumah dengan public phone je. Handphone time tu memang dah wujud tapi bukan semua orang mampu milik lagi.

Moral of the story.. Kepada pengawas peperiksaan PT3 hope jangan berlaku perkara macam tu yer... Pastikan cukup tidur. kekekeke

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI

KISAH DI SEBALIK KARI YANG TAK PERNAH DI KONGSI SELAMA NI. Rakyat Malaysia antara penggemar kari kalau tak mustahil nasi kandar mamak menjadi pilihan ramai. Aku? Makan la jugak kari tapi tak sampai tahap ketagih la. Takde la asal makan mesti ada kari. Cuma bila cakap pasal kari teringat satu kisah pada zaman dahulu katanya..


Masa aku sekolah dulu, mak bapak aku memang kerja. Almaklum nak besarkan 6 adik beradik yang jarak tak jauh ni bukan senang. Terpaksa jugak mak aku kerja bagi membantu menampung perbelanjaan. Almaklum la kami bukan orang kaya level2 mak zeton. Kami cuma level mak sudin je yang mampu pakai cincin tembaga. Lain la mak zeton mampu pakai cincin berlian katanya. Tapi arwah Ayah aku memang akan balik tengahari & masak untuk kami adik beradik makan balik sekolah nanti. Tapi tu la.. lauk dia boleh kata hari2 kari ikan kembung. Memang la agak muak & hilang selera jugak tapi bila kenang balik.. Itulah pengorbanan arwah ayah. Balik masak & solat lepas tu pergi kerja balik. Kira lunch time dia habiskan dengan balik rumah & masak je la setiap hari kecuali cuti sekolah kakak sulung aku ambil alih. Tapi menu dia.. pagi makan megi, tengahari nasik, ikan goreng. Petang kang mak aku balik baru la sedap sikit makan.

Ayah aku salah seorang penggemar kari.. Mungkin sebab tu dia suka masak kari selain handal masak bihun sup utara. Tapi ayah aku memang pandai masak. Selalu involve dalam aktiviti memasak di rumah2 kenduri kat kampung aku dulu. Memang antara tukang masak yang di kenali jugak kat kampung. Yelah, kenduri kat kampung ni memang mesti ada kari jugak dalam menu dia. Kari daging paling popular kalau ada majlis kawen yang dibuat secara rewang @ gotong royong.

Orang melayu memang sinonim dah dengan kari cuma yang membezakan antara penggemar kari dengan penagih kari mungkin perkara ni je. Korang boleh baca kat sini >> 7 Tabiat luar biasa penagih kari << Kita yang sekadar suka makan kari je maybe akan rasa jemu kalau asyik menu kari je tapi bagi penangih kari, mungkin hari mereka jadi tak sempurna tanpa kari. Mungkin boleh menyebabkan kemurungan kalau sehari tak makan kari katanya. Hahahaha

Bila cakap pasal kari.. Baru aku sedar rupanya kisah kari ni sangat memberi kesan dalam hidup aku terutama kisah pengorbanan arwah Ayah. Dengan karinya tu la.. buat kami tak lapar lepas balik sekolah setiap hari. Jemu tak jemu tetap hadap jugak. Walaupun malam ada makanan sedap2 sikit yang mak akan masak lepas balik kerja.

Itulah kisah di sebalik 'kari' yang rasanya aku tak pernah share dalam blog ni. Kari & Ayah tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup aku. Semoga Arwah Ayah tenang di sana.. Al fatihah.

GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987

GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987. Aku memang follow page Mimaland sebab suka tengok gambar2 kenangan yang di kongsikan bekas pekerja & pengunjung taman tema air Mimaland. Semua sedia maklum tempat tu dah lama di tutup selepas kejadian pengunjung mati lemas & sekarang jadi port geng2 paranormal dok cari hantu je. Kat tempat tu walau dah jadi hutan tetap masih ada tinggalkan kesan Mimaland macam replika haiwan pra sejarah yang masih teguh di tengah2 hutan. Melatah jugak acik kalau terserempak benda2 macam tu dalam hutan katanya. Hutan kot...


Setiap hari ada je gambar kenangan di kongsikan di page Mimaland bagi mengenang kembali kegemilangan Mimaland zaman sephia tone dulu. Aku time tu jangankan Mimaland KL pun tak pernah sampai. Kenal Mimaland pun lepas tempat tu dah jadi tempat berpuaka je. Yang aku tau Taman Tasik Taiping je masa aku kecik. Almaklum la tu la tempat paling kerap mak ayah aku bawa pergi jenjalan bila cuti sekolah. Selalunya bila cuti raya la. Raya ketiga macam tu mesti la ada aktiviti berjalan jauh sikit. Tapi setakat tu je la jauhnya.. tak penang.. taiping atau merayap sekitar kedah je. Almaklum la.. kami bukan orang kaya. Sekadar cukup la seadanya. Adik beradik pun ramai.

Sumber Mimaland

Tadi ternampak dari page Mimaland yang share gambar artis2 yang pernah berkunjung & bergambar kesitu. Aku lebih tertarik dengan gambar anuar zain je. tak jauh berubah muka anuar zain masa remaja dengan sekarang. Still handsome katanya.. Menurut caption dari gambar tu katanya.. gambar tu di ambil waktu anuar zain menyertai kem bina negara di Mimaland pada tahun 1987. Tahun 1987 maybe ada peminat Anuar zain yang baru lahir atau tak lahir lagi. Aku biasa la.. aku kan baru 18 tahun.. Korang kira la sendiri tahun bila aku lahir. hahahaha. Ok Ok.. jangan belasah aku!

Tak payah point yang mana satu Anuar Zain tengok gambar pun ramai yang boleh teka anuar zain yang mana satu kan

Bila tengok gambar2 lama ni memang nostalgia betul. Mesti ada yang tengok sambil tersenyum.. Tapi kalau senyum tetiba gigi berkarat confirm spoil orang tengok. Jadi kalau nak dapat senyuman paling manis yang mampu menggoda sesiapa yang melihat korang kena tengok ni >> Goda Orang Tersayang Dengan Senyuman Manis & Sihat, Nak tahu macam mana tengok ni <<

22 PERKARA YANG PERNAH WUJUD SEBELUM KEMUNCULAN GADGET

22 PERKARA YANG PERNAH WUJUD SEBELUM KEMUNCULAN GADGET. Setiap fasa kehidupan ada zaman dia tersendiri. Dari zaman sebelum perang.. ke zaman penuh ketakutan iatu zaman perang ke zaman selepas merdeka. Dari zaman wayang pacak.. melang ke zaman tv hitam putih kemudian tv warna lepas tu mega tv.. astro bagai. Tak tau berapa ramai yang masih hidup dari zaman perang  sampai zaman astro.


Apapun zaman berubah bersama gaya hidup manusia. Dulu kalau kat kampung tu orang paling kaya je ada TV.. maka rumah dia akan jadi macam panggung wayang la orang datang tengok TV. Macam kat kampung aku zaman dulu dulu. Menurut cerita makcik aku.. tiap malam orang akan datang ke rumah dia tengok TV tapi kena bayar la. Tapi zaman sekarang ni.. Semiskin2 orang pun dah ada TV apatah lagi sekaya kaya manusia. Mungkin kat rumah dia ada mini cinema katanya. Budak2 sekarang majoriti TV tu bukan benda rare la bagi depa. Apatah lagi smartphone, tab bagai. Mereka membesar dengan benda2 tu semua jadi perkara biasa bagi mereka memiliki gadget. Kalau zaman kita tengok pc pun jakun giler... Zaman sekarang budak2 tak layan la pc.. Depa ada gadget yang lebih canggih.

Semalam terbaca satu status kawan aku kat FB yang kawan2 anak dia sampai tengah malam sibuk ber whatsapp. Tu baru 10 tahun macam tu kot.. Dah ada smartphone sendiri. Kita dulu umur sepuluh tahun hanya tahu benda ni jer >> Inilah 22 Perkara Yang Wujud Sebelum Kemunculan Gadget << Yelah zaman sekarang budak2 sibuk dengan macam2 aktiviti. Kalau tak melekat dengan gadget elektronik aktiviti sekolah pun dah banyak. Pagi petang sekolah. Malam mengaji. Hari minggu tuisyen. Tak macam kita dulu.. even tetap kena belajar masih ada masa untuk bermain & tengok kartun kat tv.

Tapi ada di antara 22 perkara ni masih ada la sampai sekarang cuma mungkin bukan lagi menjadi pilihan anak anak zaman gadget. dah masuk kategori old skool katanya.. Pun begitu menjadi nostalgia paling berharga dalam hidup kita yang dah masuk zon dewasa ni.

JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU PADA TAHUN 80AN

JANGAN TERKEJUT 9 PERISTIWA NI PERNAH BERLAKU PADA TAHUN 80AN. walaupun kita lahir tahun 80an.. Tak mustahil banyak perkara yang berlaku pada tahun tu kita tak tahu. Yelah.. Time tu mungkin baru lahir.. Mungkin terlalu kecil untuk ingat atau faham apa yang berlaku. Yelah.. kalau lahir 1989.. Mustahil la kau membesar tahun 80an kan. Kategori kau besar dalam zaman budak2 90an dah. Jadi.. banyak peristiwa yang kita terlepas pandang atau tak sempat nak pandang. Nak2 lagi yang lahir 31.12.1989 tu.. Memang lepas sehari keluar dari perut mak esok tu dah masuk era 90an.


Aku pun lahir 80an jugak tapi memori aku banyak terakam bila masuk tahun 90an la. hujung2 80an tu ada la jugak satu dua peristiwa yang aku boleh ingat.. macam bakar rumah tok aku.. Tok aku meninggal. Aku lari masa nak tindik telinga.. Tak banyak sangat la memori yang mampu aku ingat sekitar 80an ni. apatah lagi peristiwa2 yang pernah berlaku menjadi sejarah kat Malaysia ni. Yang aku tau 80an ni aku kenal penyanyi raja ema je. hahahaha...

Bila benda2 ni di ungkit kembali terasa seperti lagu new boys pulak.. sejarah mungkin berulang. erkk... Sapalah gamaknya rajin dok buat artikel imbauan macam ni yer. tetiba sayu je rasa hati. yang mana lahir tahun 70an.. mungkin masih ingat semua perkara perkara ni yang pernah berlaku pada tahun 80an.. sebab depa mungkin dah ada memori time tu. Almaklum dah besar sikit.. Jadi mesti confirm tahu pasal 9 perkara ni kan >> Jangan terkejut 9 Peristiwa Ni Pernah Berlaku di malaysia Pada tahun 80an <<

Moral of the story.. Sesekali mengimbau kenangan lalu ni kadang2 buat kita rasa rindu sangat & kadang2 mungkin memberi kesan kesedihan & trauma. Bergantung pada peristiwa yang berlaku. Kadang2 yang pahit pernah kita lalui jadi benda paling lucu bila kita kenang.

CUCU NAKAL 4 TAHUN BAKAR RUMAH NENEK

CUCU NAKAL 4 TAHUN BAKAR RUMAH NENEK. Sejak dua menjak ni ada jer post pasal mengulit kenangan bersama atuk & nenek.. atuk & nenek zaman dulu memang beza sangat dengan atuk & nenek zaman sekarang. Almaklum la zaman dah berubah.. nenek & atuk pun turut berubah bersama peredaran zaman. Yang best nenek dulu2 ni.. Memang kita takkan dapat kat mana2. Kalau duduk rumah nenek ni.. Paling best. tapi aku ni lepak rumah tok (nenek) aku.. jadi nakal pulak. Mana tidaknya sampai hangus rumah tok aku di buatnya.


Alkisahnya... Masa tu aku memang kecik sangat 4 ke 5 tahun kot umur aku masa tu. Biasa la masa tu arwah tok masih ada tapi dah tak kuat sangat. Aku suka lepak kat tilam tok ni. Sambil tengok dia hisap rokok daun. Bila dah hisap rokok daun ni ada la mancis kan. Bila tok tak ada aku & kakak aku pulak take over benda2 tu semua. Kakak aku la konon buat magic bakar mancis sampai ke hujung. Aku ni nak tiru.. bila bakar mancis sampai kena jari aku, sakit aku campak jatuh atas bantal terbakar. Dah terbakar nak padam api letak kain pulak atas tu makin marak api. Apa lagi.. bila dah terbakar kakak aku awal2 lagi lari balik rumah tinggal aku sorang2 dalam rumah terbakar. Aku dah tak berapa ingat macam mana aku keluar tapi yang aku ingat aku nampak alang2 rumah yang terbakar tu. Aku rasa macam bomba ke sapa lelaki yang bawak aku keluar dari rumah yang sedang terbakar. tak tau la ingatan aku ni betul ke tidak sebab aku terlampau kecik masa tu tapi itulah yang aku ingat. Yang tok aku kalut nak masuk rumah bila terbakar sebab dia ingat cucu2 dia ada dalam rumah lagi. Ya Allah kasihnya Tok.. Dia tak fikir rumah dia sedang terbakar tapi yang dia risau cucu2 dia kat dalam padahal cucu2 dia dah selamat balik rumah menyorok takut.

Tu lah nenek @ tok.. Sayangnya mereka pada cucu tiada tandingan. Tapi tok & nenek2 zaman sekarang sebab mungkin sibuk dengan kerjaya atau urusan peribadi mungkin masa dengan cucu tu kurang rapat. Mesra pun mungkin segelintir tak semesra nenek2 zaman dulu yang sentiasa menghiburkan dengan cerita dogeng rakyat. Nenek sekarang mana ada nak cerita dogeng rakyat dah.. Sibuk bersosial di laman sosial katanya.

Sebab tu zaman sekarang tak banyak nenek yang macam ni dah >> Yang Kita Mungkin Tak Dapat Lagi dari Nenek Zaman Sekarang << Bila baca artikel ni confirm korang akan mengalirkan airmata teringat nenek masing2 bagi yang sempat ada memori dengan nenek la. aku pun sebelah ayah je sempat merasa kasih sayang tok ni.. Sebelah mak aku sebab tok aku dari mak aku kecik2 lagi dah meninggal. Kira seimbang la sebelah Ayah cuma sempat kenal tok.. sebelah Mak sempat jugak sampai tingkatan 2 dengan tokwan.

Apapun.. Biarpun atuk & nenek kita mungkin dah lama pulang ke pangkuan Ilahi namun kenangan dengan mereka adalah sesuatu yang mungkin akan buat kita rindu sepanjang hidup. Kasihnya atuk nenek ni.. Kasih yang tiada sempadan. Al fatihah buat tok & tokwan.. Moga Allah mengampuni dosa2 mereka & tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018. Teknologi memang memudahkan tapi teknologi juga banyak memusnahkan 'childhood'. Zaman kanak kanak sekarang dah semakin tak best bila mereka banyak habiskan bermain gadget. Kita dulu kalau hari tak sekolah tu.. memang full pack jadual. Pagi bangun nak tengok dulu kartun.. Lepas tengok kartun keluar sekejab jumpa kawan2 nak planning apa nak main petang nanti. Tengahari makan ramai2 bawah pokok. Masing2 bawa la nasi. Tak kira yang makan berlauk sedap atau hanya berlauk telur mata & kicap. Semua enjoy jer buat aktiviti makan bersama sama  ni. Tapi sekarang budak2 kalau tak layan gadget layan kartun 24jam kat TV. Outdoor activity dah semakin kurang.


Aku ni budak kampung.. Tv masa tu pun antena jenis pacak atas bumbung yang jenis macam ampaian kain tu. So, TV rumah aku masa zaman tu memang 'line clear' la berbanding tv rumah orang lain yang pakai jenis area macam sesungut semut tu. Sekali tukar channel, sekali kena ubah posisi area dia. Kira sapa masa tu pakai antena ampai kain atas bumbung macam orang pakai piring UFO esteruk la walau tengok siaran tv yang sama. Dari tv almari hitam putih sampai la tukar tv warna tekan2 butang bawah tv guna antena ampai kain tu. Bila esteruk mula menjajah kampung aku.. antena ampai kain tu tak mampu lagi menunjukkan kuasa veto. Habis semua siaran mula jadi polkadot membuatkan adik beradik aku terpaksa tunduk kepada piring UFO esteruk sebab mak aku kat rumah nak tengok TV.. nak tengok filem tamil tanpa masalah. Depa pun nak tengok cerita korea pun banyak pilihan. Tak payah la nak beli full set dvd/vcd episod drama korea. Walau aku tak terjebak dengan depa.. tahap obses adik & kakak aku dengan drama korea ni memang tahap sanggup order full episod dvd/vcd drama korea la. Tapi tu dulu la sebelum ada esteruk.

Ni la rupa antena tv ampai kain yer adik adik. hahaha. Kan rupa dia lebih kurang macam ampai kain yang di jual kat luar.

Dari zaman tv antena ampai kain sampai la sekarang depa masih gila tengok tv walau masing2 dah bekerjaraya. Tapi bila cuti tak kerja.. Layan cerita korea sampai lemau. Aku balik kampung pun sampai pelik kadang2 adik aku dok ternganga depan tv layan konsert retis korea. Dulu sebelum kemunculan drama korea kakak aku ni gila dengan cerita cina & hongkong. Tak kira drama cina malaysia atau hongkong apatah lagi filem hongkong dia suka tengok. Dia boleh bagitau nama retis2 hongkong lagi kalau dia tengok. Sekarang dah bertukar selera korea pulak. taste dia semua sepet2 & putih2 je gamaknya.

Tapi sekarang zaman antena ampai kain yang dah semakin pupus mungkin akan kembali meriah di bumbung2 rumah rakyat malaysia. Walaupun ramai dah mula pacak piring UFO esteruk tapi percayalah ramai yang akan kembali guna antena ampai kain selepas 2018 nanti. Semuanya sebab ni >> Sesuatu Yang Akan Berlaku Pada Tv di Malaysia Selepas 2018 <<

Dan teknologi akan semakin memusnahkan 'childhood' kanak kanak tak lama lagi. Rasanya akan datang permainan batu seremban,teng teng, galah panjang bagai akan di anggap permainan pra sejarah oleh budak2 zaman akan datang. hahaha.. Abis la apa yang kita pernah main dulu di anggap permainan kuno. Aktiviti budak2 akan datang hanya terpacak depan skrin tak kira gadget atau TV.

Moral of the story.. Lepas ni yang ada piring UFO esteruk tak boleh kerek la dapat jajah semua siaran tv. mungkin antena ampai kain akan merampas kembali kawasan jajahannya. Tunggu je UFO esteruk... Mungkin kau akan di hantar ke planet kembali sebab kau tak berapa sesuai kat bumi. Kalau nak tinggal kat malaysia tak boleh takut hujan tapi UFO esteruk ni takut hujan so dia kena duduk kat planet je takde hujan. hahahaha.. erkk.. planet memang tak pernah hujan ke? tetttttttttttttttt!!

RANCANGAN TAK SENONOH WAJIB TAYANG HARI RAYA ZAMAN DULU

RANCANGAN TAK SENONOH WAJIB TAYANG HARI RAYA ZAMAN DULU. Sapa masih ingat rancangan apa yang memang tiap kali raya mesti tayang. Ni untuk mereka2 yang membesar tahun 80an & 90an la.. Yang lahir tahun lewat 90an atau 2000an memang dah tak sempat nak tengok rancangan ni tiap kali raya. Sekarang aku terfikir apa motif stesen tv tayang rancangan tu tiap kali raya. Nak nak lagi time tu aku budak budak. Tak tau apa kaitan dengan hari raya.


Mesti ramai tertanya tanya rancangan apa yang wajib tayang tiap kali raya tu. Kalau hangpa ingat lagi rancangan sarkas mesti tayang kalau hari raya tu. Memang seingat aku tiap kali raya. Dengan mat & minah saleh pakai spender & bikini.. dok terkangkang kangkang buat aksi gimnastik bagai selain aksi haiwan haiwan yang buat persembahan. Dengan yang lelaki nya pakai spender nampak seketol2 bentuk dia punya tut.. Macam tak sesuai pulak tayang masa hari raya. Tapi zaman dulu mungkin sebab rancangan tv pun tak banyak macam sekarang tak cukup rancangan hiburan di tambah dengan rancangan realiti ntah hapa hapa.. Sampai tak cukup slot nak siar kat tv katanya. Tu yang muncul astro bagai... hahaha

Walaupun dulu rancangan tv tak sebanyak sekarang tapi cerita dia memang enjoy je kita tengok. Kalau tak drama opah tak ada la bertahan sampai bertahun tahun kat tv. Banyak sebenarnya yang kita lalui masa kecik dulu yang budak2 sekarang mungkin dah tak dapat nikmati lagi.

Apapun tetap rancangan sarkas tu aku rasa benda paling tak masuk akal tayang hari raya. Tu pun pulun orang tengok kat kelip mata. Tak tau la tengok tang mana.. Tang aksi ka tang benda terbojol kat badan gimnas2 tu. hahaha.. Tapi zaman sekarang dah tak ada rancangan sarkas tayang kat TV lagi. Gamaknya kalau tayang mesti klasifikasi 18SG.

INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV YANG RAMAI TAK TAHU

INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV  YANG RAMAI TAK TAHU. Aku ni nak kata orang dulu sangat pun tak la.. nak kata lahir dalam zaman gadget elektronik yang canggih2 pun tak sangat. Tapi masa aku kecik sempat jugak la tengok tv peti yang hitam putih tu. Rumah aku pun pernah guna TV tu sebelum bertukar ke tv warna. Tapi masa rumah aku dah ada tv warna ada lagi rumah orang lain yang masih pakai tv peti hitam putih.


Tapi kan makcik aku pernah cerita zaman dia muda2 dulu ada seorang orang kampung yang kategori kaya jugak la. Kiranya rumah dia je ada TV jadi rumah dia jadi macam panggung wayang jugak la bila hari2 orang datang tengok TV. Dia siap caj 20sen seorang. Kalau dah ramai mesti banyak side income dia masa tu kan? 20sen zaman tu kira mahal jugak la. Tahun bila aku tak ingat la. Makcik aku sekarang pun dah umur 70tahun++ . Zaman dia muda tu tak tau la umur berapa.

Tv dulu tak ada remote control. Kalau tak tekan butang kat TV.. jenis yang pulas2 untuk cari siaran. Kadang malas nak bangun guna kaki je. Tu kalau Tv jenis button la., Kalau pulas2 gila nak guna kaki. Kalau tengok satu channel tu memang malas dah nak tukar channel. Sebab malas nak bangun duduk. Dah tu siaran tv pun bukan banyak. Kalau raya la rasa paling meriah sikit banyak filem tayang kat TV. Tak macam sekarang tengok filem sampai naik muak sebab stesen tv asyik ulang tayang cerita sama.

Punya struggle orang dulu2 nak tengok tv tak macam kita sekarang. Tak cukup dengan Tv, langgan astro bagai. Tak cukup astro layan movie @ drama online. Punya senang la nak menonton. Budak2 sekarang memang tak terbayang la macam mana orang dulu tengok tv. Confirm ramai budak2 sekarang tak pernah tahu macam mana siaran TV orang dulu. Kita yang yang generasi Y pun kadang2 tak tahu macam mana rupa siaran Tv orang dulu. Jadi bagi mengimbau kembali zaman Tv peti meh kita tengok macam mana orang dulu layan siaran TV >> 5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang <<

Moral of the story.. Beruntung la budak2 sekarang yang lahir zaman semua pakai robot je. Nak tukar channel tak payah bangun bagai. tekan je remote sebab tu la orang2 sekarang banyak yang obesiti. Salah satu sebab kurang bergerak. Semua boleh control dari jauh. hehehe

CARA MEMBELI KEBAHAGIAN & PENGALAMAN DENGAN DUIT

Betul la orang kata.. bila ada duit ni boleh beli segalanya termasuk bahagia. Tapi ada caranya.. Bukan kau pergi supermarket cari bahagia memang la tak jumpa. Yang banyak bala ada la.. Apa tak balanya... masuk supermarket nak cari tisu toilet je keluar supermarket setroli dia shopping. hahaha...


Siapa kata pengalaman & kebahagian tak boleh di beli hanya boleh di cipta? Kalau hangpa nak tau pengalaman & kebahagian  jugak boleh di beli sebelum di cipta.. Aku terbaca satu artikel ni tentang kajian kenapa kita perlu belanjakan duit untuk mencipta pengalaman & kenangan dari memilih membeli barang yang kita suka macam gadget,kereta & sebagainya..

Menurut kajian tu bila kita beli barang yang kita suka kita hanya akan dapat kebahagian yang sementara tapi bila kita membelanjakan wang kita untuk sesuatu yang mencipta pengalaman & kenangan yang indah kita akan mendapat kebahagian yang berpanjangan. Bagus jugak artikel tentang kajian ni. Korang boleh baca artikel penuh kat sini >> Sains Jelaskan Kenapa Kita Perlu Belanjakan Wang Pada Pengalaman, Bukan Material<<

Tapi kita ni memang jenis suka kejar kebahagian yang sementara.. contoh beli gadget even kita tau satu masa nanti kita pun akan rasa boring dengan dia tetap kita suka jugak beli, kan?

Moral of the story.. kau kaji la apapun selagi bernama manusia majoriti kalah dengan tuntutan nafsu serakah. hahahaha


TERBONGKAR SKANDAL USTAZ ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Skandal ustaz mana pulak ni? warm up blog dengan kisah skandal orang ni.. Amboi krik krik sangat tau. Kiah propa pun tak sempat nak hantar biji mata memerhati, Laju sungguh hang merisik gosip terkini kan. Gosip ni bukan terkini sangat cuma baru terbongkar je semalam. Confirm cuak ustaz tu nak baca entri ni kan?? Rilex Ustaz... Pembongkaran harus di dedahkan katanya untuk bagitau perkara sebenar.

Alkisahnya sejak seminggu lalu hidup aku di selubungi kisah kisah lama.. Macam2 kisah di ungkit & terungkit. Sampai kisah yang aku tak pernah tau pun sekarang dah tau. Ooo.. selama ni depa2 ni nampak je memasing malu2 siput sedut tapi kemain skandal sana sini yer... Termasuk sorang ni sekarang dah jadi Ustaz ensem. Tak heran dia ramai peminat sebab dari kecik comel. Ingat ramai peminat jer... Rupanya dia pun dulu dalam diam diam.. dalam gud gud.. Ramai jugak skandal noh.. Amboi ustaz. Ni di namanya shy shy meow...

Mesti hangpa pelik kisah apa pulak ni? Ustaz mana.. Ustaz dan din don ke hapa. Dok aih.. Ni kisah kengkawan ex sekolah rendah aku dulu. Almaklum la semua baru berjumpa balik dalam 1 group whatsappp.. Maka riuh rendah dok terobek (throwback) kisah dulu dulu. Semalam tetiba tajuk cerita skandal masa sekolah rendah. Masing2 pecah rahsia.. skandal depa. Termasuk seorang kawan aku yang dah bergelar ustaz sekarang ni. Dulu dia budak comel yang bijak bistari. Jadi ketua pelajar lagi.. Rupanya dalam diam, malu2 kucing tu ada jugak kisah cinta monkey ek ek ek... Bukan sorang gugirl di kaitkan dengan skandal dia.. ramai pulak tu. Kemain ustaz ROS******* Yang peliknya aku tak pernah tau pun. Almaklum la aku bukan di kalangan budak hotstuff masa tu.. Maybe masa tu aku tak peduli sangat pun pasal cinta monkey ek ek ek.. orang.


 Dalam ni ada gambar ustaz ensem yang banyak skandal masa sekolah rendah. Cuba teka yang mana satu. Mustahil la yang pakai pinafore tu ustaz kan? hahahaha

Aku tak ada skandal lama nak di bahan sebab taste aku tinggi. Tak main la masa tu syok dengan rakan sebaya.. taste aku cikgu2 ensem jer... hahahhaa walau cikgu2 ensem tak heran pun kewujudan aku. Taste aku pun tak kalah.. ustaz ensem pun terlist jugak. Dari darjah satu aku sukakan mu katanya... ustaz tu aku syok tapi tak tau time tu syok macam mana. tak boleh nak describe perasaan budak sebab feel tu tak ada la sampai nak bercouple atau berangan naik pelamin dengan cikgu2 yang kita syok kan.. Just suka & harap cikgu tu bagi perhatian lebih je kat kita. hahahahaha...

Inilah berlaku bila berpuluh tahun terpisah & jumpa balik dalm group menyembang. Sejam tak buka Whatsapp.. Jenuh scroll conversation depa. Semuanya topik throwback jer... Ingat senang nak habis cerita 6 tahun terkumpul tu. Dari darjah satu sampai darjah 6. 1 hari satu tahun punya cerita pun tak habis bayangkan nak habis cerita yang 6 tahun...

Walaupun aku bukan jenis suka sangat dok sembang kat group whatsapp ni.. Tapi dengan geng2 ex sekolah rendah ni enjoy la jugak sebab banyak topik throwback. Benda yang lepas bila di kenang yang pahit pun jadi manis..  Kalau nak cakap isu semasa,politik @ blog ni memang aku selesa bercakap secara umum kat FB & blog jer... sembang banyak satgi banyak pulak salah faham berlaku.

Moral of the story.. Inilah kuasa teknologi. Tak mustahil rahsia kita berpuluh tahun dulu boleh terbongkar hanya kerana kecanggihan teknologi sekarang. Macam Ustaz Ros***, MI**,ja** & lain2 tu. Ooo... tengok dulu malu2 ja noh... rupanya dating belakang kelas. hehehehe

RUMAH PALING SEDIH DI HARI RAYA

Raya.. tak semua rumah yang kita kunjungi tu nampak meriah & ceria dalam suasana raya.. Kadang2 ada rumah even di hias untuk sambutan raya.. ada persiapan raya macam orang lain tapi bila masuk memang kita rasa suram & sedih sangat. Bukan sebab penghuni dia orang susah ke,orang kurang upaya atau orang sakit.. cuma mungkin sesuatu yang kita rasa hilang bila kita melangkah masuk setelah berpuluh tahun tak jejakkan kaki.

Macam tu la yang aku rasa bila bertandang kat sebuah rumah ni.. dulu rumah tu bagi aku bersih, kemas & cantik walaupun tak besar mana. Nampak meriah orang yang menghuninya.. dari kecik rumah tu selalu aku keluar masuk... lepak.. sembang.. Tapi sekarang setelah berpuluh tahun aku tak pernah lagi masuk rumah tu, raya pertama haritu aku masuk.. Ya Allah.. sedihnya. Banyak perkara dah 'hilang' yang ada cuma kenangan.

Yang hilang 'kawan baik' aku sejak dari sebelum aku kenal ABC lagi.. membesar sama sama. Bukan dia dah takde kat dunia ni cuma dia & keluarga dia dah tak tinggal kat situ cuma Ayah & mak tiri dia jer yang take over rumah tu sekarang. Susun atur dah lain.. cuma mungkin ada beberapa barang yang masih kekal di situ.

Kenangan tetap indah walau kadang2 menyakitkan

Rumah tu banyak menyimpan cerita kami... Cerita yang dah tiada kesinambungan lagi... Cerita yang dah lama menjadi episod akhir. Biarlah cerita tu usang di dalam rumah kecil itu... Masing2 punya episod baru dalam hidup. Jalan cerita kita dah tak sama lagi...

INI SEBAB ANDA PERLU SHARE KISAH RAYA DI LAMAN SOSIAL

Sapa ada pengalaman raya yang best tak kira sedih ke, suka ker janji kita anda memang menyentuh hati & menarik. Jangan sia2 kenangan raya korang macam tu jer... Manafaatkan dengan peluang yang ada.


Terbaca satu iklan petronas yang mencari kisah pengalaman raya untuk di jadikan filem pendek untuk iklan mereka. Wah just share kisah raya anda dengan hashtag #RayaTreasures korang berpeluang untuk lihat kisah korang dalam filem pendek iklan petronas nanti.

Macam best jer... Yang mana suka mengarang cerita lebih - lebih lagi blogger ni elok la try la karang pengalaman raya korang tu. Manalah tau.. Tuah korang kan. Tak cuba jangan harap tuah bergolek2 macam pocong datang kat hangpa noh.. Tak payah malu bukan suruh hangpa berlakon pun suruh karang cerita ja. Amboi tulis blog kisah sweet like kencing manis dengan partner hangpa tak malu pulak nak tulis kisah pengalaman raya tetiba tersiput siput malu pulak. Aku dah join. Alah senang jer.. karang entri kat FB/twitter/Instagram/Google.. post & hashtag jer...

 
Aku rasa macam best jer tu yang aku share dengan hangpa semua. Jadi kalau hangpa minat nak try boleh tengok syarat & peraturan contest ni & macam mana nak submit kisah pengalaman raya korang melalui media sosial macam FB,IG, Google & Twitter kat sini >> Biar betul! PETRONAS nak jadikan pengalaman Raya korang filem pendek untuk iklan mereka? <<

Moral of the story... semua kisah adalah menarik jika kita pandai mengolah dengan baik. Percayalah..


KISAH KAD RAYA PERTAMA YANG BUAT AKU TERHARU

Aku budak kampung.. Lahir & membesar kat kampung. Bersekolah pun di kawasan perkampungan jugak even sekolah aku takde la daif sangat. Alhamdulillah kalau zaman aku sekolah tu kira ok la sekolah aku tu berbanding sekolah asben aku even kat KL pun sekolah papan katanya...

Sumber google sekadar hiasan

Kisah kad raya pertama aku dapat ni.. Ya Allah kalau aku ingat balik rasa nak nangis bawah bantal. Punyalah teruja masa tu dapat kad raya sampai kusam kat tu aku usung merata2 even nak pi main dengan kengkawan kat kampung pun aku usung jugak. Baca berkali2 tulisan dalam kad raya tu seolah2 baca novel panjang yang tak abis episodnya. Yelah... nama pun barang pertama kali dapat, dia punya excited mengalahkan kera dapat bunga.

Kad Raya pertama aku dapat masa umur 8 tahun darjah 2 di sekolah kebangsaan permatang Tok dik yang di beri oleh cikgu kelas aku waktu tu, Cikgu yang bagi aku kad raya tu bagi aku sangat baik, sangat penyayang Cikgu Fauzilah. Dia bukan bagi kat aku sorang tapi kat semua murid dalam kelas aku tu. Tak sangka dah berpuluh tahun terputus khabar dengan cikgu aku tu tetiba terjumpa balik kat FB.

Ni la cikgu Fauzilah.. Ni aku rasa gambar lama sebab wajah ni aku masih ingat masa mengajar aku dulu. Sekarang dah berubah sikit mungkin faktor usia tapi cikgu tetap cantik sebab cikgu sangat baik

Terima kasih cikgu... waktu usia macam tu kat sekolah cikgu umpama ibu kepada saya. Zaman tu cikgu banyak garang2.. Tapi cikgu Fauzilah ni tak garang tapi penyayang buat kita rasa seronok dalam kelas dia. Dia pernah ajar kami buat sketsa pentas untuk hari penyampaian hadiah.. Time tu aku pun berlakon jugak. Tak sangka ramadan kali ni menemukan kita semula. Semoga cikgu kami sentiasa di lindungi Allah, di limpah rezeki & kebahagian & di balas semua kebaikkannya dengan setimpal jasanya pada kami. Insya Allah, kasih sayang kami kekal di hati untuk cikgu yang baik, Cikgu Fauzilah.

P/S : Keistimewaan seorang guru dia kekal menjadi guru kepada seorang murid walau anak muridnya tu waktu tu lebih berjaya dari dia tetap dia akan di panggil CIKGU sampai akhir hayatnya. Berbanggalah jika anda seorang guru sebab Gurulah yang menghasilkan ramai insan berjaya di dunia ni.

Salam aidilfitri buat semua kawan2 saya & juga pembaca blog saya. Andai selama ni penulisan & kata2 saya menguris hati kamu, saya pohon kemaafan.. Selamat hari raya.


CIKGU SOFIAN NAK SEPAK BONTOT ATAS PENTAS

Entah kenapa tetiba teringat pula memori sekuntum rindu.. Op's takde kuntum2 sangat memori ni cuma imbauan kenangan zaman sekolah rendah dulu. Tentang cikgu sofian. Korang kenal?? Tentu sekali tak melainkan korang sebaya sang elkit & bersekolah di sekolah yang sama dengan sang lekit.

Siapa cikgu sofian ni. Tentu sekali la cikgu saya bukan cikgu kamu. Cikgu Sofian ni ajar subject muzik. Tak silap sang lekit masa tu sang lekit darjah 3 ke 4 ntah.. lebih kurang camtu la umur sang lekit. Maaf yer sang lekit kurang minum nescafe macam Nyah Zulfikar tu sebab tu ingatan sang lekit tak sehebat Nyah tu. Kekekekeke. Kisahnya bermula pada satu hari dimana kelas muzik sedang berlangsung..

Sang Lekit tak ingat pula hari tu cikgu sofian ajar lagu apa tapi yang sang lekit tak boleh lupa adalah pesanan cikgu sofian. Walaupun dia cikgu muzik tapi dia selalu pesan, kalau besar nanti jangan jadi penyanyi sebab pekerjaan tu katanya kurang elok. Cikgu Sofian yang cakap bukan Cikgu Shida, ok! Dia kata kalau ada anak2 murid dia yang jadi penyanyi nanti, kalau terserempak dengan dia, dia akan sepak bontot atas pentas. Agak kelakar la bagi sang lekit masa tu.

Ni cuma cerita menyampuk kat entri cikgu sofian yer.. Masa sang lekit darjah dua, memang cita2 sang lekit nak jadi penyanyi bukan cita2 tu start dari darjah 2 malah dari kecik sebab terpengaruh dengan penyanyi pujaan sang lekit masa tu, Raja Ema. Cikgu kelas sang lekit masa tu cikgu Mashitah kalau tak silap nama dia, ajar subject BM. Kebetulan haritu kena buat karangan tentang cita2. Banyak kawan2 sang lekit tulis cita2 nak jadi cikgu (perempuan), Askar, polis (lelaki) tapi satu2 pelajar yang lain dari yang lain cita2nya adalah sang lekit sebab dang lekit tulis nak jadi penyanyi. Bila cikgu Mashitah periksa buku sang lekit dia panggil sang lekit kat meja guru depan kelas, kemudian dia cakap lembut2, dia kata nanti kalau besar jangan jadi penyanyi, pekerjaan tu kurang elok. cikgu Mashitah yang cakap, bukan cikgu shida, ok!

Kalau ada mana2 penyanyi yang baca entri ni jangan la kutuk sang lekit pula.. bukan sang lekit yang cakap, itu semua pesanan cikgu sang lekit. Tapi bila dah besar, baru perasan suara ni lunak sikit jer dari suara sang puru (Katak) maka cita2 tu terus terpadam. Itulah episod imbauan kenangan sang lekit untuk entri kali ni.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com