GAMBAR ANUAR ZAIN SERTAI KEM BINA NEGARA DI MIMALAND PADA TAHUN 1987
Setiap hari ada je gambar kenangan di kongsikan di page Mimaland bagi mengenang kembali kegemilangan Mimaland zaman sephia tone dulu. Aku time tu jangankan Mimaland KL pun tak pernah sampai. Kenal Mimaland pun lepas tempat tu dah jadi tempat berpuaka je. Yang aku tau Taman Tasik Taiping je masa aku kecik. Almaklum la tu la tempat paling kerap mak ayah aku bawa pergi jenjalan bila cuti sekolah. Selalunya bila cuti raya la. Raya ketiga macam tu mesti la ada aktiviti berjalan jauh sikit. Tapi setakat tu je la jauhnya.. tak penang.. taiping atau merayap sekitar kedah je. Almaklum la.. kami bukan orang kaya. Sekadar cukup la seadanya. Adik beradik pun ramai.
Sumber Mimaland |
Tadi ternampak dari page Mimaland yang share gambar artis2 yang pernah berkunjung & bergambar kesitu. Aku lebih tertarik dengan gambar anuar zain je. tak jauh berubah muka anuar zain masa remaja dengan sekarang. Still handsome katanya.. Menurut caption dari gambar tu katanya.. gambar tu di ambil waktu anuar zain menyertai kem bina negara di Mimaland pada tahun 1987. Tahun 1987 maybe ada peminat Anuar zain yang baru lahir atau tak lahir lagi. Aku biasa la.. aku kan baru 18 tahun.. Korang kira la sendiri tahun bila aku lahir. hahahaha. Ok Ok.. jangan belasah aku!
Tak payah point yang mana satu Anuar Zain tengok gambar pun ramai yang boleh teka anuar zain yang mana satu kan |
Bila tengok gambar2 lama ni memang nostalgia betul. Mesti ada yang tengok sambil tersenyum.. Tapi kalau senyum tetiba gigi berkarat confirm spoil orang tengok. Jadi kalau nak dapat senyuman paling manis yang mampu menggoda sesiapa yang melihat korang kena tengok ni >> Goda Orang Tersayang Dengan Senyuman Manis & Sihat, Nak tahu macam mana tengok ni <<
Betullah, sama je dari dulu.. suka tengok dia senyum.. ;)
ReplyDeleteZaman Mimaland tu saya kecik lagi, tinggal dekat kampung.. Jangan kata Mimaland, KL pun tak pernah sampai lagi masa tu.
senyumn dia pun dh kenal...hihih
ReplyDeleteAnuar Zain memanglah, dari dulu sampai sekarang maintained handsome. Memang sukalah tengok ^_^
ReplyDeleteAkak pun tak pernah sampai Mimaland ni, maklumlah kalau Suria baru 18 tahun, akak congak-congak balik umur akak ni baru aje 21 tahun tau!
Sekarang kalau ajak buat research kat saki-baki Mimaland tu, memanglah akak tak pergi. Takut arghh terserempak hantu. Keh3x!