Showing posts with label gosip. Show all posts

EX BOYFRIEND DATO SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA

EX BOYFRIEND DATO SITI NURHALIZA BONGKAR RAHSIA. Di sebabkan blog den ni dah cukup stok sawang.. sedang elok la kita buat sedikit majlis kat sini bagi menghalau segala entiti malas yang menghantui tuan punya blog setelah sekian lama. bukan la tak nak aktif macam dulu tapi apa yang berlaku terus terang memang sedikit memberi kesan pada saya. Di tambah lagi komitmen yang semakin bertambah, so nak cari balik momentum untuk aktif menulis macam dulu kena ambil masa sikit. Tapi jiwa seorang blogger ni masih kuat ok.

Lama tak menulis isu isu hiburan apa salahnya sekali sekala kita meriahkan blog dengan selitan kisah dunia hiburan tanah air kan. Tak semestinya bila sebut cerita artis je.. semua ada stigma buruk. Jangan begitu wahai sahabat..

Bukan apa tadi masa dok layan tiktok tertonton satu konten temubual rozita che wan bersama artis jemputan, Zamani slam. Jadi dengar la apa yang dibualkan tu sekejab. Terkejut juga bila Tahu rupanya Zamani slam tu bekas teman lelaki Dato Siti Nurhaliza. Tak pasti la zaman depa bercinta dulu ada tak gosip ni. Tapi terkejut juga sebab Siti Nurhaliza ni dulu pernah ada isu tak nal bergambar dengan artis lelaki bagai. Ingat tak ada bercinta sesama artis bagai. Rupanya ada yer..

Zamani Slam pun masa tu tak la lekeh sangat. 90an tu zaman kegemilangan mereka juga. So rasanya time tu sama sama tengah naik cuma Siti Nurhaliza lebih kehadapan dan mendapat title penyanyi nombor satu Malaysia dan sehingga kini masih mengekakalkan popularitinya.

Apa paling mengejutkan bila Zamani bongkar rahsia mereka bercinta hampir 6 tahun. Ni kalau budak.. dah tadika. Sebab berpisah tu tak didedahkan kenapa cuma dia menjawab dengan alasan klise tiada jodoh. 

Tapi bagus juga la dua individu ni. Pandai simpan rahsia dan tak over expose kisah peribadi. Mereka naik dengan bakat bukan kontroversi. Bercinta tu naluri biasa seorang manusia tapi cara mereka bercinta sebagai seorang artis terkenal masa tu mungkin sedikit boleh di puji. 

Apapun cuma secebis kisah silam yang mungkin ramai pernah lalui. 

Apapun semoga kedua dua individu hebat ini terus berjaya dengan karier masing masing. masing masing dah ada kehidupan sendiri.

Kalau korang nak tengok video ni boleh tengok kat bawah yer




LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP

LAGU RAYA ARTIS 90AN DI PINGGIRKAN STESEN RADIO WALAU SEDAP. Tu dia.. semua pakat dah on mood raya katanya. Yang mana belum buat preparation raya tu time ni confirm dah sibuk. Almaklum la cuti sekolah pun dah start ni kalau pergi mana2 Mall, pasaraya confirm bercium bontot la. Masing masing ambil peluang beli baju raya bagai kan.

Stesen radio pun time ni dah meriah putar lagu raya tak kira lagu lama atau lagu baru. Tak ada lagu raya memang tak feel la kan nak sambut raya. Cuma yang tak best.. Tahun ni masih dapat baca berita berita orang putus jari la.. cedera parah sebab mercun. Gamaknya kalau tak main mercun, anak bulan tak nampak kot. Hangpa ni.. Main mercun pop pop sudah la. Bukan je tak bahaya orang sekeliling pun tak marah & tak bising. Janji mercun ye dak?

Dok scroll FB tengok orang update pasal preparation raya bagai.. Ternampak satu posting dari vokalis band yang pernah popular tahun 90an dulu. Sapa yang kategori jiwang masa tu confirm tahu kumpulan budak kaca mata ni. Sekarang dah tak budak. Memasing dah jadi bapak budak. Kita pun minat juga dengan budak kaca mata ni sebab dulu suka dengar & call radio. Asbab minta budak kaca mata ni sebab lagu bintang. Asal call radio tetengah malam mesti minta dj mainkan lagu bintang. Sampai kadang2 tak sempat nak cakap.. Dj tu sendiri dah tau lagu apa den nak minta. Hahahaha

Terbaca luahan hati abang Zack yang ada merakamkan lagu raya bersama kartunis Ujang tahun lepas tapi sampai tahun ni tak ada mana mana stesen radio sudi mainkan lagu depa. Bila den dengar lagu dia not bad.. Sedap & melodi raya tu ada. tak la macam lagu lagu raya baru sekarang. Entah apa apa punya lagu sampai spoil mood raya. Ni dengarnya si alip sukeri jutawan kosmetik tu pun nak record lagu raya. Allahu.. Selamatkan kami dari terdengar sesuatu yang berunsur malapetaka tu. Cukup la Bobo di mana dah menghantui kami kami ini. hahahahaha..



Di sebabkan stesen radio tak nak mainkan lagu Reraya dendangan Abang Zack yang bersuara serak serak basah yang mengooda ni.. Apa kata kita support beliau dengan share lagu ni kat wall FB memasing. Sesambil tu boleh buat ucapan raya sekali. Biar viral lagu ni. Sebab memang sedap pun.. Lirik dia pun indah mengambarkan suasana raya. Hangpa boleh dengar dari link youtube kat bawah ni satgi

Hope stesen radio mainkan lagi abang Zack kaca mata yer.. Dari dok mainkan lagu raya baru yang entah apa apa.. Bukan takat tak sedap.. trauma tau lepas dengar. Boleh mimpi ngeri.. Ada bagus lagu lagu macam abang zack ni di mainkan. At least orang sambil drive tu tenang je dengar. Please jangan pinggirkan artis lama.. Sebab kebanyakkan artis yang wujud tahun 90an ni semua kualiti suara & bakat mereka memang tip top, Bukan sekadar gah dengan rupa & kontroversi je.

BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN

BILA DI UJI DENGAN SUAMI KAKI PEREMPUAN. Wanita yang malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. Seorang pakar motivasi pernah berkongsi kata kata tu yang bagi saya mampu membuatkan perempuan yang di uji dengan suami yang perangai maha nirrojim ni akan rasa down & rasa diri dia terlalu malang. Bagi mereka yang di rezekikan suami yang baik, bertanggungjawab penuh dengan ciri ciri suami idaman kaki sondol.. Yelah lelaki yang baik perempuan mana tak mengidam nak buat laki kan? Kaki sondol pun dia nak juga alang alang menyondol laki orang biarlah dapat yang terbaik ye dak. Yang bernasib baik dapat suami serba serbi sempurna sampai tak nampak celah mana kekurangan dia.. memang la mendabik jari suka la dengan caption macam tu. Sebab dia rasa diri dia bertuah dapat suami yang baik.. bukan macam kau malang.. sedih hidup kau sebab kau tak pandai pilih laki, katanya.


So, saya sangat tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan malang tu. Bagi saya wanita yang di uji dengan perangai suami ntah apa apa ni adalah wanita yang hebat di pilih Allah. Sebab Allah menguji hamba hamba yang di kasihi. Yer kadang2 dugaan ni boleh jadi kifarah tapi bukan semua orang dapat kifarah di dunia. Jadi bersyukur la kita yang di balas di dunia. At least masih ada waktu untuk bertaubat kan? So, saya lebih suka mengistilahkan wanita yang tersalah pilih suami ni adalah wanita hebat yang Allah pilih untuk menjadi contoh pada orang lain untuk kuat seperti mereka.

Minggu ni minggu cerita Artis A yang kaki perempuan. Walau berkali kali curang & bermaksiat dengan wanita lain.. Bini dia masih bagi peluang. Tapi untuk kali ni apa yang saya baca katanya.. dia dah bersedia untuk hidup tanpa suami kaki perempuan tu. Semua orang rasa itulah yang terbaik. Dulu masa dia masih bagi peluang ramai kata dia bodoh.. Kesian. Kita tak di tempat dia, kita boleh hamburkan apa saja pendapat yang mengikut spekulasi kita. Kita tak tahu kenapa & mengapa dia masih bagi peluang & cuba pertahankan rumahtangga dia. Tak ada siapa berkahwin semata mata untuk bercerai.. Maybe waktu tu dia rasa mungkin dia dengan peluang suami dia akan lebih menghargai dia & berubah tapi sebab bagi peluang pun dok macam tu jugak.. So kali ni dia pilih move on je la.

Di uji dengan suami kaki perempuan macam tu tak sama dengan suami yang kaki pancing, kaki kelab motor/kereta. walau selalu di tinggalkan untuk berhobi tapi at least hati kita tak la sakit sangat kan.. berbanding dengan kaki perempuan. Tak ada perempuan boleh terima laki dia dok peluk cium & tidur dengan perempuan lain. Rasa jijik, rasa sakit hati, terluka, barai terus hati ni tau! Tapi bila terikat dengan anak nak buat keputusan berpisah tu dia fikir sedalamnya. Hati seorang ibu ni.. Dia banyak fikir kepentingan anak. Tapi kalau macam retis A tu.. sapa jadi bini dia pun memang akan fedup juga. Dia ingat selama ni bini dia nampak macam lembut hati.. mudah memaafkan.. mungkin sebab tu dia tak serik serik dok skandal dengan perempuan lain. Kena ingat.. Manusia ni tak ada yang jenis penyabar. Sebab semua ada limit. sampai overlimit dia akan angkat kaki juga.

Lelaki yang jenis asal perempuan rela 'tadah' jer lupa habis bini cantik, bini baik kat rumah memang susah sikit nak berubah. Sampai dah tua.. kudrat pun tak dah tak ada, lutut pun dah longgar.. Time tu baru dia ingat nak cari anak bini. Spesis macam ni jangan tanya pasai pa anak buang kat rumah orang orang tua.. anak biar hidup bergelandangan bla.. bla.. bagai. Kena korek sejarah silam depa juga. So tak boleh nak salahkan 100% kalau anak anak sudah mati rasa kasih pada ayah depa. Bukan semua orang mampu redha & maafkan.. Almaklum la manusia kan???

Kita manusia tak selamanya kuat, ensem & bergaya.. sampai masa semua tu akan hilang. Yang kita perlu kasih sayang dari keluarga & anak anak untuk menghabiskan sisa sisa hidup. Jadi masa mereka masih ada dengan kita hargai.. Bina kekuatan kasih sayang tu dari sekarang ia adalah saham masa depan. Kalau kita jaga mereka dengan baik hari ini, Insya Allah anak anak takkan abaikan kita. Kalau kau bela anak sekadar bagi hidup jer.. So jangan pelik nanti anak anak kau layan kau sama jugak.

Moral Of The story...What u give u get back. Simple calculation kan?

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'. Kecoh rokyat malaysia dengan kenyataan dari seorang bekas anggota kumpulan nasyid terkenal yang sejak dua menjak ni dok meroyan dengan statement statement mengundang kontroversi & kecaman netizen. Baru baru ni dia mencabar angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar mengangkat sumpah kalau betul bumi tu berbentuk sphere katanya... Bersungguh nau dia nak buktikan bumi tu flat.

Tak tau la mana dia dapat ilham mengeluarkan info info macam ni.. Yang pasti perangai dia sekarang nampak macam attention seeker je. Tak pun macam orang tak berapa sihat. Atau dia tertekan dengan kehidupan dia sapa tahu. Tapi kita doakanlah yang baik baik pada dia.. Manatau kalau sakit Allah bagi kesembuhan.. Kalau ada masalah gangguan apa apa Allah jumpakan dia dengan penawar yang boleh mengembalikan dia pada realiti..

Di sebabkan kecoh sangat pasal isu abang mie minta Dr Sheikh bersumpah bagai.. Terbaca pagi ni satu posting yang di buat di laman Facebook  Dr Sheikh Muszaphar FanClub bagi menjawab kenyataan yang di buat abang mie tu..

Pic - Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !

Moga Abang mie berpuas hati & tidur lena lepas baca kenyataan ni yer. Bukan apa lagi tak menjawab satgi dia dok fikir kesian pulak makan tak lalu, mandi tak basah & nak homeschooling anak anak dia pun takde mood pulak. Kalau ada show satgi nak perform pun tak boleh nak feel masa nyanyi kan?

Tapi tu la bila di jawab dengan fakta.. dia konar baring pulak. Nak bersumpah betul betul.. hang ingat hang tu sapa sampai orang nak layan semua permintaan hang abang Mie Oooi.. Tak payah la try hard sangat raih attention orang orang hebat macam Sheikh Muszaphar ni. Level dia dengan hang bagai langit dengan bumi flat hang tu. Orang dah bagi kenyataan tu bersyukur la orang prihatin juga dengan statement merapu hang.


Moral of the story.. Biarlah kita buat buat bodoh dari berlagak pandai yang nampak bodoh. Benda tu bukan je memalukan diri sendiri malah memalukan keluarga, bangsa, agama & negara.

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI. Jarang sangat nak tulis entri entri santai sesekali layan boleh la kan.. Almaklum la kita kan pengamal social media yang tegar. Bermakna memang hari hari scroll news feed FB, IG.. twitter je sekali sekala. So apa apa isu yang tengah trending atau viral.. of course la tahu. Tak payah nak stalk stalk bagai.. benda dah terhidang depan mata. Kadang kadang tak ada niat pun nak ambil tahu tapi dah sehari sampai beratus kali lalu depan mata.. Mesti terbaca juga kan isunya.

Ni semalam ada yang terpikat dengan baju ni..Korang boleh usha dekat https://cycledesign.my/product/skuad-bawang-short-sleeve/ ..Harga ada dinyatakan dalam link ni.. So toksah tanya aku lagi berapa
#Owner: Zulhafidz Yahaya
- Sumber : FB Jijah -

Tapi minggu ni skuad bawang nampaknya kena overtime kot.. banyak betul isu 'membawang'.. dari isu persembahan abang pian kat AJL, Isu ex abang pian buat ucapan dari mekah, isu timah buka tudung.. Semalam terbaca isu instafamous di kecam tayang harga beg branded belas ribu di IG. Ni pun rasa ada lagi isu isu yang terlepas pandang.. selain isu pasal abang Mie dengan fakta songsang.. anti tu anti ni masih hangat di perkatakan.

Jadi tak pelik la banyak syarikat majalah hiburan & rancangan gosip hiburan makin kurang rating. Sekarang ni nak dapat gosip, kontroversi, isu isu hangat fresh from oven tak payah nak tunggu melodi, Mbuzz, nak baca mangga, URTV bagai dah.. Buka Pesbuk ja.. tu dia.. semua ada.

Ada isu saya cuma baca & just kunci jari.. Ada isu saya komen juga sepatah dua kan. Bergantung pada isu juga. Apa ingat den ni asal jumpa port nak membawang jer semua isu den membawang ke? Tak juga.. Macam buruk sangat kan lekatlekit ni pada pandangan mata hangpa..

Bukan isu isu gosip golongan popular tak kira artis atau media sosial public figure.. Isu isu semasa lain pun den suka baca juga termasuk politik. Baca jer.. tak semestinya kita taksub. Satgi ada kata.. dari baca benda benda tu semua lagi bagus baca Al Quran. Tu ibadah den. Antara saya dengan Tuhan. Takkan la saya nak update tiap kali saya buat. Apa yang tak perlu kita cerita.. kita simpan untuk kita kita saja. Ibadah ni.. kalau terlalu di tunjuk satgi tanpa sedar macam riak pulak. Rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Takut sia sia je.. Tak dapat ganjaran apa apa bila dah berhijrah ke alam barzakh kan.

Bila dok baca isu isu tengah viral kadang kadang.. Bukan nak salahkan pihak yang kena viral tapi semua berpunca dari mereka sendiri terutama orang orang yang di kenali la. Sesuatu takkan berlaku kalau kita sendiri tak expose benda tu. Yer.. kadang kadang niat kita tak seperti apa yang orang faham.. Niat kita berkongsi tapi apa yang orang nampak sebaliknya. Jadi kena bersedia la dengan penerimaan positif & negatif dari netizen ni. Kejayaan & kegemilangan yang anda raih selama ni juga datang dari mereka mereka juga. So setiap apa yang berlaku tu ada baik & buruknya.

Inilah kehidupan.. Tak kira di media sosial atau realiti yang kita hadap. Apapun kita buat boleh jadi isu even kadang kadang tak buat apa apa pun boleh jadi isu. Orang yang di kenali dah sememangnya cerita mereka di buru.. Tapi kita yang biasa biasa ni pun tak mustahil boleh jadi viral bila bila masa saja. So, tiada siapa tiada risiko di viralkan.. di kecam atau di angkat sebagai seseorang yang hebat dengan kuasa Viral sekarang. Apapun tindakkan kita.. Just kena fikir banyak kali nak buat. Kalau tak sengaja terbuat juga.. Anggap je ujian Allah yang mungkin nak tegur kita yang lalai atau cara Allah nak hadirkan nikmat yang lebih besar selepas musibah.

Moral of the story.. Kadang kadang kita adalah punca orang lain berkata kata.

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA. Sapa masih ingat dengan penyanyi kanak kanak Tegar sekarang dia bukan penyanyi kanak kanak dah.. Dah jadi anak teruna budaknya. Sekarang dah masuk kategori penyanyi remaja. Katanya baru baru ni datang ke Malaysia nak buat persembahan atas jemputan di Pendang kedah sana nu.. Tu dia, orang kedah dapat la tengok penyanyi luar negara secara live kan?


tadi terbaca berita terkini di portal berita MyMetro katanya si budak tegar dah kena kompaun atas kesalahan merokok di kawasan larangan. Rokyat Malaysia semua dah sedia maklum.. Dah di kuatkuasa larangan merokok di seluruh premis makanan.. Kafe tu di kira premis makanan jugak la kan. Kalau dulu boleh.. sekarang ngak boleh lagi ya pak! Kamu ngak baca isu isu semasa negara jiran ya pak?

katanya Pengurus Tegar dia tak tahu sebab Kafe tu dulu nya boleh merokok. Dulu memang la kebanyakkan premis makanan boleh merokok.. So, pengurus dia dari Malaysia seolah olah macam tak puas hati dengan penguatkuasa pulak. Katanya tak boleh bertolak ansur langsung. Sebab terus saman si retis dia. Katanya.. Retis dia retis luar. Dia maybe tak tahu..

PENYANYI remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.
Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.
“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.
“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.
“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro. - Berita penuh baca di ☛ 'Sepatutnya beri Tegar amaran dulu...'


Pak.. Ini pengajaran ya pak. At least tegar sebagai artis luar negara pertama di saman dapat memberi pengajaran kepada artis artis luar yang lain terutama Indonesia supaya tahu di Malaysia sekarang tempat tempat makan dah tak boleh merokok. Apatah lagi di kafe lapangan terbang. Takde nak excuse dengan alasan kau tak tahu bagai.. Ini undang undang yang kena di patuhi & patutnya kau pengurus tahu retis kau tu merokok pesan la awal awal. Bagi den.. Penguatkuasa menjalankan tugas mereka. So takde isu nak salahkan mereka tak bertolak ansur bagai.

Dan kata pengurus retis tersebut nak panjangkan perkara ni kepada peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka. Atas alasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan  yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat. Tapi retis dia dah kena saman atas kesalahan merokok di kawasan larangan.. OO.. ye ke? Takpe la pergi la merujuk kenapa retis awak kena saman yer.

Denda yang di kenakan kepada penyanyi remaja tersebut RM300 & katanya agak di luar kemampuan Tegar kerana dia dah tak banyak undangan nyanyian. So sesapa yang nak bantu Tegar boleh la invite dia buat persembahan untuk dia tambah pendapatan. Yelah.. kadang2 artis ni bukan semua kaya raya.. Kita semua tahu background Tegar kan.. Dia bukan berasal dari keluarga kaya. Kesian juga la. Tapi untuk kurangkan bajet.. Kan lagi baik kau tak payah merokok dik! Jangankan kena denda.. Rokok pun tak payah beli.

Moral of the story.. Rokok memang menghabiskan duit.. Bukan je rokok tu mahal malah denda merokok di kawasan larangan pun mahal juga. Jadi renung renungkan.. kekekeke

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING

ARTIS SALAHKAN NETIZEN BILA SUSU BADAN KERING. Sejak semalam dok baca banyak blog2 hiburan, makcik, pakcik, kakak, abang bawang dok up & share isu ni. Den tumpang baca je tak banyak komen sangat kat facebook sana. Tapi macam pelik pulak kan? Kenapa nak salahkan orang lain kalau kau yang pilih untuk buat perkara tu? Ada yang baca katanya.. Maybe dia tertekan dengan komen2 netizen yang mempertikaikan size badan dia yang membesar sejak beranak pinak sampai ada yang menghina dengan gelaran yang tak baik. Di sebabkan tu dia gigih la berdiet sampai drop pengeluaran susu untuk anak dia yang masih baby tu.


Den tak nak la mengulas sapa salah sapa betul dalam isu ni.. Apa yang den nampak maybe si retis tu terlalu nak kurus & cara pemakananan dia semasa berdiet tu tak betul sehingga menyebabkan susu badan dia berkurangan. Sebab apa yang den baca.. Boleh je berdiet untuk kurangkan berat badan semasa menyusukan anak tanpa menyebabkan susu badan jadi kurang.

Sebenarnya dengan kerap menyusukan anak juga boleh menurunkan berat badan. Pengalaman saya sendiri semasa menyusukan anak saya.. Dalam pantang pun, berat badan yang naik sepanjangan kehamilan tu memang totally turun habis & susu tetap melimpah ruah bagaikan coco krunch tertumpah di ladang gandum katanya. Sampai kena pump keluar la.. Banyak sangat sampai bengkak susu. Yang tak pernah merasa bengkak susu.. Mungkin tak dapat bayangkan azab macam mana. Rasa macam gunung berapi nak meletop jer.. Ada orang tak tahan sampai demam demam.

Penyusuan susu ibu membakar banyak kalori, sehingga 300-500 kalori sehari. Masa itu saya tidak bekerja. Bila anak mahu menyusu saya akan berikan.
Tetapi saya juga mengepam susu kerana terlampau banyak susu badan. Sama sahaja jika anda seorang ibu yang mengepam susu secara eksklusif.
Cuba pamkan pada masa yang tetap dan sekerap yang anda boleh. Ini juga akan menambahkan penghasilan susu badan.

Tu salah satu cara untuk menurukan berat badan secara alami tanpa pengambilan sebarang produk. Selain tu.. antara tip yang saya baca di blog The Asian Parents Malaysia..

Pilih makanan yang berkhasiat

Ibu yang menyusu memerlukan 1500-1800 kalori setiap hari. Kalori yang kurang dari yang disyorkan boleh menjejaskan bekalan susu anda, atau menyebabkan anda berasa letih.

Gandakan pengambilan sayur-sayuran hijau kerana ia adalah sumber kalsium semula jadi. Makan makanan yang berkhasiat sahaja untuk memastikan susu yang terhasil berkualiti dan penuh nutrisi untuk tumbesaran bayi.

Antara makanan yang sering diambil adalah buah-buahan, bijirin, oat, susu, ikan, daging dan ayam.

Jika anda ingin mengira berapa kalori yang ada dalam makanan anda, bolehlah cuba MyFitnessPal.com.

Dengan adanya MyFitnessPal.com, anda mungkin akan lebih cenderung untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat. Berikut adalah kiraan kalori untuk beberapa pilihan sarapan pagi Malaysia yang terkenal:

☛Nasi lemak: 494
☛Kopi dengan susu pekat: 341
☛Roti Canai dan Dhal: 360
☛Roti Bakar Mentega+kaya: 270
☛Telur setengah masak : 257
☛Teh Tarik: 310

Minum air yang secukupnya

Air sebenarnya sangat baik untuk menurunkan berat badan dan untuk ibu menyusu. Air bukanlah minuman ajaib yang akan membakar lemak.

Tetapi dengan meminum air yang secukupnya, ini boleh menghalang anda dari makan berlebihan.

Selalunya, orang akan keliru rasa dahaga dengan kelaparan. Akhirnya mereka akan makan apabila mereka sepatutnya minum air.

Air dapat membantu mengeluarkan toksin dari badan, dan ia boleh menyebabkan perut rasa kenyang.

Jika anda tidak gemar minum air, anda boleh masukkan hirisan buah-buahan kedalam air minuman anda. Tetapi jauhkan dari buah-buahan sitrus, oren dan juga daun herba yang mungkin akan menjejaskan penghasilan susu.

Anda juga boleh campurkan air kosong berkarbonat dengan jus segar. Ini adalah pilihan yang lebih sihat apabila anda mengidamkan air soda yang manis.

Senaman Sederhana

Senaman sederhana akan memastikan anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.

Cuba tengok video Melanie Darnell di Youtube. Dia mempunyai beberapa video senaman yang boleh dilakukan ketika mengendong anak anda.

Tetapi aktiviti beriadah yang senang seperti berjalan-jalan selama 30 minit sambil menolak stroller bayi agak baik juga.

Cuba elak dari tekanan dan dapatkan rehat yang secukupnya

Tetapi yang paling penting dari semua adalah untuk mengelakkan tekanan dan mendapat rehat yang secukupnya. Tekanan selalu menyebabkan seseorang makan berlebihan.

Ingat, jika jumlah makanan anda bertambah, maka bertambahlah berat badan anda juga. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk berehat atau keluar seketika tanpa anak, dan bergaul dengan kawan-kawan.

Semua ibu perlukan ME-time.. biarkan ayah yang ambil alih kejap.

Tidur apabila anak tidur. Jangan harap boleh tidur nanti kerana anak boleh bangun bila-bila masa. Anak menyusu dahconfirm tak cukup tidur, apatah lagi kalau lebih dari satu.

Badan kita akan membaiki diri sendiri dan apabila kita tidur. Apabila badan kita mempunyai rehat yang cukup, minda dan hati pun lebih tabah untuk menghadapi cabaran.

Hasilnya, kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan untuk mengurangkan berat badan.

Ibu yang menyusu haruslah berfikiran positif dan sentiasa rileks. Apabila ibu senang hati, susu pun akan mengalir dengan lancar. Harapkan tips-tips ini akan menyumbang ilmu untuk semua!

Rasanya retis yang sedang berdiet dalam pada masa yang sama juga breastfeed anak dia tu dia berada dalam tekanan sebab pernah kena 'body shaming' oleh netizen. Mungkin tu salah satu faktor susu badan dia drop kot. Rasanya dia perlu berehat sebentar dari dok main social media & layan kritikan netizen sampai dia jadi tertekan. Focus pada kesihatan diri & anak dulu. Esok2 dah kurus cantik menawan kau tayang la sampai berdarah mata haters yang pernah hina hang tu.

Moral of the story.. Hidup ni kalau terlalu ambil pusing pasal apa orang cakap terutama yang berkonsep kecam mengecam ni memang takkan ada perkara betul kita buat. Sebab amat mustahil apa kita buat akan buat semua orang suka.. even kita tak buat apa apa tetap akan ada orang benci & mengata apatah lagi kita dok tayang life kita kat social media ni. Dalam isu macam ni dia cuma ada 2 pilihan samada ignore apa yang kita rasa tak perlu kita ambil serius atau tuup account social media kalau kita rasa kekuatan mental kita tak cukup untuk hadap kritikan orang lain.

P/S : Retis tu even badan dia naik selepas beranak pun muka maintain lawa juga. Kau hado?? hehehehe

NAMA SITI AAFIYAH BAKAL JADI TREND SELEPAS NI?

NAMA SITI AAFIYAH BAKAL JADI TREND SELEPAS NI? Ada lagi ke nak tanya sapa si pemilik nama Siti Aafiyah tu? Nampak sangat kan yang tak tahu jenis memang tak suka la nak membawang cerita retis.. Betul ke tak tahu.. Ke sesaja nak bagi nampak rare kekonon tak tahu. Ok la bagi yang tak tahu siapa Pemilik Nama Siti Aafiyah tu..


Si comel tu kan anak pertama kepada Penyanyi Tersohor & nombor satu Malaysia Dato Seri Siti Nurhaliza & tak sure anak keberapa Dato Khalid. Maaf la tak sempat nak stalker keluarga Dato Khalid.. sebab kami tak minat family dia pun hahahha.

Selepas 12 tahun menanti akhirnya lahir Siti Aafiyah tak silap melalui pembedahan dalam usia ibunya , Dato Siti 39 Tahun. Jadi yang belum di kurniakan cahaya mata bersabarlah. Dato Siti tabah tunggu 12 tahun untuk dapat Siti Aafiyah ni.. Hangpa setakat baru 3 - 4 tahun tu jangan la down sangat. Allah tu maha tahu bila masa yang sesuai untuk bagi sesuatu yang kita minta. yang penting usaha.. Dato Siti pun dapatkan Siti Aafiyah dengan kaedah IVF tak silap.

'Aafiyah' yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Siti Aafiyah di lahirkan seberat 3.55kg.. Boleh tahan juga tu. Patut gebu jer..

Melihat Dato Siti & Dato Khalid yang tidak terikut trend letak nama anak sampai 3 - 4 patah perkataan benda ni sesuatu yang baik juga. Mungkin pengaruh Dato Siti akan menjadi ikutan masyarakat lepas ni & letak nama yang ringkas & ada maksud yang baik. Maybe juga nama Siti Aafiyah akan jadi pilihan selepas ni. tak tau la lepas ni ramai yang namakan anak depa Siti Aafiyah.

Takpa lah.. Asalkan nama tu membawa maksud yang baik. Bila sebut seolah olah mendoakan sesuatu yang baik juga pada anak kan. Nama sama pun apa salahnya.. Lagipun letak nama anak berjela pun satgi panggil yang sekontot jugak. Tak panggil yang depan.. dia panggi yang hujung je. hehehehe

Apapun Tahniah pada Dato Siti & Dato Khalid atas kelahiran baby girl yang comel macam mak dia jugak. Putih melepak secara semulajadi jadi tak perlu supplement atau inject vitamin C hehehe. Yelah kalau dah gen tu putih melepak.. Apa nak pelik keluar anak pun putih melepak ye dak? Kita ni yang memang keturunan coklat.. tetiba nak jadi putih tu yang sampai sanggup ambil produk merapu. Terima je la seadanya.. Putih ka hitam ka.. hijau ka. Cantik itu bukan tertakluk pada warna kulit. Kan.. tak pepasal termembebel benda lain.


Ok.. ok.. dah. Satgi dia masuk bab lain pula. Elok la kan buat kata kata penutup sebelum kena ludah secara berjemaah kat sini. hehehhee

Moral of the story.. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah & menjadi kebanggan ibu ayahnya.

SELEPAS 10 TAHUN, AKHIRNYA ADAM CORRIE BAKAL BERGELAR AYAH

SELEPAS 10 TAHUN, AKHIRNYA ADAM CORRIE BAKAL BERGELAR AYAH. Bagi yang tak kenal siapa Adam Corrie takpe den intro sikit berkenaan belaiu. Yelah.. Kan ramai orang Malaysia sekarang bukan kenal sangat selebriti/ artis tempatan katanya. Mana tau dia tetiba terclik blog lekatlekit ni & terbaca entri ni terpinga pinga pulak sapa la si Adam Corrie ni kan..


Adam Corrie Lee merupakan seorang selebriti Malaysia yang dikenali sebagai pelakon lelaki Malaysia yang sering memegang watak antigonis. Ramai mengenali beliau dengan watak Dragon dalam filem KL Gangster.

Dilahirkan dalam keluarga berbangsa Cina dan beragama Islam di Pulau Pinang. Seorang pereka tari profesional (koreografer) dan pelakon di Malaysia yang sudah berada dipersada dunia hiburan lebih 30 tahun dengan lakonan filem sebanyak 31 buah filem. Beliau amat dikenali sebagai pelakon antagonis. Awal penglibatan beliau sebagai penari yang sering muncul di kaca televisyen RTM antaranya rancangan Hiburan Minggu Ini dan Muzik-Muzik. Seorang kolumnis jemputan di surat khabar Metro Ahad setiap hari Ahad sejak 2016 hingga kini.

Beliau juga seorang kolumnis di surat khabar Metro Ahad sejak 2016 hingga kini. Artikel beliau di kolum hidayah yang diterbitkan setiap hari Ahad.

Pada tahun 2017, Beliau telah di anugerahkan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah.Saudara Kita peringkat negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2017.

Adam Corrie mula melibatkan diri dengan bidang seni sebagai penari secara serius pada tahun 1980 ketika itu beliau menggunakan nama Frankie Lee sehingga tahun 2000. Sebelum menjadi seorang penari ketika itu, Adam Corrie juga telah banyak memasuki pertandingan menari dan juga menjadi juara dalam pertandingan yang beliau sertai sejak berusia 14 tahun lagi.

Beliau mula mengorak langkah setapak lagi sebagai pelakon melalui filem pertama iaitu 'Spinning Gasing' pada tahun 1999 ( ketika itu beliau masih dikenali sebagai Frankie Lee.

- Sumber Wikipedia -

Tu serba sedikit latar belakang Adam Corrie. Saya cuma mengenali dia sebagai pelakon sebab dia banyak berlakon sebagai orang jahat atau samseng tapi realitinya dia sekarang ala ala macam pendakwah jugak la kan. Sejak semalam dok terbaca orang share tentang khabar gembira yang di kongsikan beliau sendiri di page beliau Adam Corrie tentang berita kehamilan Isterinya selepas 10 tahun mereka mendirikan rumahtangga.

Dengan Caption "Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu... Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah . Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula. “Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie

Ada Corrie juga berkongsi gambar scan kandungan isteri tapi di hide pada imej bayi dalam kandungan tersebut.


Alhamdulillah.. 10 tahun menanti.. Allah tu lagi tahu bila masa terbaik untuk di berikan kita rezeki zuriat ni. Kita rasa kita dah bersedia tapi Allah tahu bila waktu yang sebaiknya kita mendapat sesuatu. Jadi pada mereka yang belum di kurniakan cahaya mata tu tak payah la rasa loser, down & tidak sempurna sangat.. Setiap manusia ni Allah turunkan rezeki yang kadang2 tak sama. Ada orang rezeki anak ramai tapi kehidupan sedikit susah.. Ada orang tak ada anak tapi harta melimpah ruah. So jangan mempertikaikan rezeki yang Allah bagi. Belajar bersyukur & bersabar pada rezeki yang belum sampai tu.

Apapun tahniah kepada Adam Corrie & isteri. Semoga kandungan itu sihat sehingga lahir & anak membesar seperti doa doa ibu ayahnya.. Amin.

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG

MINGGU BOIKOT ARTIS BERTUDUNG. Tu dia.. lekatlekit membawang dah katanya.. Bila dia start mengulas kontroversi pasal retis mula la haters muncung bibir memasing. Eleh.. hangpa tu kemain kecam bagai nak rak, den rilex je tak cakap apa. Den baru tulis tajuk Minggu Boikot retis memasing dah buat spekulasi. Dasar bawang holand tak sedap!! hahahahaha


Semua orang tahu minggu ni penuh kontroversi pasal retis wanita bertudung. Kebetulan pulak dua2 memang bertudung. Esok siap la habis semua di kupas kupis & kopek dalam melodi. Tapi melodi sekarang orang dah layan sangat. Lambat nak tunggu Ahad.. Social media terlebih dahulu viral. So kebanyakkan isu2 kat melodi tu semua isu basi je la. Makcik2 yang tak kenal teknologi je layan.. kekekkee

Bukan la nak mengaibkan sesapa cuma tertarik dengan isu ni.. Isu minggu ni semua orang tahu Isu pelancaran Tudung ke turban ke atau serkup kepala jenama seorang retis ni yang kita sedia maklum pengasasnya Pelakon/Pengacara yang cantik bagaikan bidadari turban.. erkk.. Bidadari dunia tu. Isu dia buat pelancaran di sebuah kelab malam & isu ada blogger yang hadir pada malam tu menari tiang yang menghairahkan.. Kontroversi memang melatop kebabom

Sebab ramai yang marah produk ada unsur keagamaan tu di buat pelancaran di sebuah pusat hiburan.. Ada gerakkan menyeru kempen memboikot produk & dia sendiri sehingga Instagram artis tersebut kehilangan lebih dari 100 ribu followers... Bertabahlah nak.. anggap je ia salah satu teguran dari Allah. Kita manusia ni memang tak lepas dari melakukan kesilapan.. Ye dak? So yang mana baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jangan sesedih sangat.. Boikot maybe terkesan sikit tapi takde la sampai buat ekau jadi gelandangan kan. So, lap ayaq mata tu..

Isu kedua paling hangat minggu ni.. Isu Suami kepada seorang pelakon yang katanya menceraikan Isteri pertamanya selepas beberapa bulan.. erkk.. 6 bulan kan bernikah dengan pelakon ni secara senyap senyap. ramai Netizen Anggap.. Punca isteri pertama di ceraikan adalah sebab pelakon ni & depa melabelkan pelakon ni sebagai perampas. Alasan yang di beri si lelaki pulak.. memang agak kejam. Dah tak ada perasaan selepas 5 tahun bersama bekas isteri pertama & selepas 6 bulan kawen dengan bini no 2.

Yelah.. yelah.. sebagai perempuan terkesan juga la di hati kes kes macam ni. Tapi tu la.. tak mustahil kita boleh berada di tempat isteri pertama & kita juga boleh berada di tempat isteri kedua. Perjalanan hidup kita ni masih panjang (Insya Allah).. Cuma apa yang berlaku kita ambil pengajaran. hati manusia ni memang boleh berubah termasuk hati suami/isteri kita. Doa la pada Allah moga di tetapkan hati kita suami isteri pada yang satu (Allah). Kalau hati kita pada Allah.. Insya Allah.. Takde mana2 pihak teraniaya atau di aniaya.

Disebabkan perkara tu.. Nampak kempen boikot pelakon ni juga sedang giat di promosikan di social media. katanya apa juga drama atau rancangan ada muka dia mereka boikot tak nak tengok. sabarlah nak.. Sesungguh tu pun salah satu bentuk teguran dari Allah. Sama sama la kita muhasabah diri. Tu dia.. macam setazah pulak kan.

Boikot sekarang memang akan bagi impak besar jugak.. Contoh kempen boikot yang pernah di buat kepada beberapa jenama terkenal seperti Mc Donald.. Cadbury.. Memang bagi effect juga dari segi jualan. Tapi selalunya bersifat sementara.. sementara tu, berapa lama terpulang la kan. pepandai la kau nak meraih kepercayaan peminat atau pengguna.

Sekian laporan dari wartawan melodisssssssss minggu ini. Selamat berhujung minggu Uolls...

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA. Rasanya ramai dah tahu viral hari ni tentang Neelofa artis & ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kelantan ni. Alah.. Isu pasal majlis launching tudung terbarunya yang di buat di sebuah kelab tu..


Saya tak nak la mengulas isu launching produk tu & isu tarian tiang yang videonya tersebar ke serata alam maya hari ni. Cuma untuk menjelaskan salah faham.. Yang menari dalam video tu bukan neelofa tapi seorang blogger yang sekarang dah jadi retis. Siapa blogger tu saya tak nak sebut cuma nak menjelaskan apa yang menjadi salah faham sahaja. Blogger tu pun katanya dah membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Cuma tadi ternampak sharing dari kawan kawan media sosial surat terbuka yang berunsur teguran kepada Neelofa dari Page Mufti Wilayah Persekutuan. Antara isi kandung surat terbuka tersebut adalah..

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Semoga teguran dari Mufti tu Cik Hajjah Neelofa ambil pengajaran.. Ke Cik Hajjah rasa perlu ignore jugak tak tau la. Mufti dah lakukan tanggungjawab dia.. Insya Allah kat sana nanti dah takde dakwa dakwi kenapa tak tegur atau cegah kemungkaran terpulang la kepada Cik Hajjah.

Apapun semoga kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. 

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL

GAMBAR BABY BOY NORA DANISH & NEDIM YANG SANGAT COMEL. Alhamdulillah.. Terbaca perkhabaran pelakon comel & cantik Nora Danish dah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan keduanya bersama Nedim. Bagus depa ni tak payah nak buat press conference nak tunjuk muka anak bagai.. Terus share kat IG jer..


Almaklum la retis kan.. Memang la ramai peminat tak sabar nak tengok gambar baby depa. Tak retis la kalau tak ada orang kesah dia nak beranak ke hapa kan? retis wajib la ada ramai yang ambil kisah pasal kehidupan mereka. Kau suka ke tidak.. tetap benda tu dah jadi lumrah untuk yang bergelar public figure. Sebab tu hangpa kena pikiaq dulu sebelum menjebakkan diri dalam kancah glamour.. Bersediakah anda untuk di skondeng luar & dalam? hehehee

Tadi ternampak kat Ig Nora Danish & suami mula berkongsi gambar baby boy mereka. Kalau dah mak bapak pun sama cantik sama padan.. Keluar produk tu Comel juga la kan. Mana tumpahnya segak kalau tak pada anak kan? Lagipun baby semua comel takde yang buruk pun.. Anak kucing pun comel inikan anak manusia yang Allah jadikan sebaik baik ciptaanNya..

Mesti hangpa yang tak layan IG tu nak tumpang tengok jugak kan? Ok ok.. kami paham hangpa tak dak account IG so terpaksa la tengok kat blog kami kan? Meh la layan sekeping dua gambar Baby Boy Nora Danish & Nedim ni.. Mesti ramai yang Melting katanya..




Kan? Cheq dah habaq cheq tak tipu.. Memang comel baby nya.. Apapun semoga Baby boy mereka membesar menjadi anak yang soleh. Semoga membesar dengan sihat & bahagia. Semoga dengan kehadiran cahayamata menjadi pengikat kasih sayang mereka hingga ke akhir hayat.. Amin.

Tahniah kepada Nora Danish & Suami atas kelahiran cahayamata yang sempurna sifatnya. Selamat berpantang & selamat bersedia dengan makcik makcik bawang yang maybe akan pertikaian macam macam masa berpantang nanti hehehehe.

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN?

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN? Dah tengok ke filem badang? Jangan tanya den la dah tengok ke belum.. Last tengok wayang rasanya masa filem Boboiboy The Movie lepas tu kami berwayang je kat rumah kalau nak tengok apa2 filem pun. Behavior anak den tu tak berapa mengizinkan nak bawa dia tengok wayang. Setakat filem2 superhero yang dia suka boleh la.. Kalau badang ni takut anak den jadi badut dalam pawagam tu nanti hehehehe..


Actually.. Memang tak ada niat pun nak tengok filem badang ni. Even dvd cetak rompak pun den tak terfikir nak beli untuk filem ni. Almaklum la den cuma minat filem seram & zombie je. Normally filem luar la.. Bukan kata filem tempatan tak bagus cuma tak banyak yang bagus dari yang memang boleh bagi Thumbs up.

Tak nak komen apa apa pasal filem Badang tu.. Kita tak layak mengkritik kalau tak menonton kan cuma tengok kecaman hebat yang di hamburkan tanpa perikemanusiaan di social media terhadap Filem Badang Arahan Datuk Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen yang heronya Jutawan Kosmetik yang memang sangat di kenali di Malaysia Dato Aliff Syukri Terlajak Laris terbayang teruk sangat ke filem ni. Satu pujian pun tak nampak.

Kalau kat Facebook Search #Badang boleh tengok macam2 komen,posting & troll yang di buat netizen termasuk page2 terhadap filem badang. Alahai.. Kesian pulak kan? Nak buat filem ni modal bukan seratus dua.. Paling2 ratus ribu ada yang juta juga. Gamaknya filem ni boleh cover balik modal tak?? tanya je pun jangan sentap!

Sebab filem ni jadi viral baca juga la sinopsis.. Kisah apa sebenarnya badang pakai kostum ni. Sebab kalau cerita rakyat dulu dulu.. Badang ni seorang yang lelaki melayu yang gagah perkasa yang mendapat kekuatan selepas makan muntah jin. Tapi badang versi telajak laris ni dia macam mana pulak.. Jadi gagah pekasam.. ops  perkasa lepas makan produk ke camna..

Katanya filem badang mengisahkan seorang lelaki lembut yang tetiba dapat kuasa luar biasa kemudian menjadi superhero di tengah bandar kuala lumpur untuk membantu orang yang dalam kesusahan & menentang penjenayah2. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga berusaha untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Gitulah kisahnya..

Ada terbaca juga, sebelum terima watak Badang Isteri Dato Terlajak Laris ni memang tak setuju takut di kecam orang ramai. Firasat Isteri dia memang betul.. Bila sekarang ia benar benar berlaku kekekeke. Saya rasa isteri Dato Aliff memang seorang penasihat yang baik & bijak cuma mungkin Dato Aliff ni mempunyai satu level confident yang tinggi kadang2 overlimit yang membuatkan dia nak cuba semua perkara dalam hidup dia termasuk berlakon jadi Badang. Ada baik & ada tidaknya..

Rasanya.. Untuk kerja kerja seni macam lakonan ni bagi la pada mereka yang betul2 talented sebab itulah harga yang penonton nak bayar. Kesian penonton.. bila bayar sesuatu yang tak indah khabar dari rupa. Tiket wayang pun bukan murah.. Kalau angkut satu family kau beratus habis kat tiket je belum masuk popcorn bagai.

Apapun.. Ni cuma pandangan peribadi & kupasan isu semasa. Takde niat pun nak menjatuhkan mana2 pihak.

Moral of the story.. Seni sesuatu yang halus & unik bukan sampah. Jadi penggiat seni jangan jadikan seni itu sampah semata mata untuk meraih keuntungan. Hargai seni..

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA

JANGAN BERANI IKLAN PRODUK PEMUTIHAN DI INSTAGRAM PELAKON NABILA HUDA. Nabila Huda antara pelakon yang berbakat walau masa mula2 kemunculan dia di dunia lakonan agak kayu jugak. Tapi boleh nampak improvement dia dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ni tak siapa boleh kata Nabila Huda tak pandai berlakon. Bagi apa saja watak, Insya Allah tak mengecewakan langsung.


Semua orang rasanya tahu nabila huda ni anak kepada Penyanyi & Vokalis Otai Search, Amy. Cuma bakat dia tidak dalam bidang nyanyian macam bapak dia.. Dia terarah ke bidang lakonan.

Semalam jadi viral juga satu screenshot di mana pelakon Nabila Huda sekolahkan seorang Agent or maybe seller satu jenama produk kecantikkan untuk putihkan kulit. Nabila Huda ni kulit dia tak macam bapak dia Amy Search, putih. Nabila Huda ni mempunyai kulit yang sawo matang tapi nampaknya Nabila huda tak berminat untuk menjadi 'Orang Putih'. Dia lebih bangga dengan kulit asalnya.. Nabila Huda sejenis manusia yang suka berjemur macam mat saleh. Mustahil la dia suka nak cloroxkan kulit dia sampai jadi putih gebu macam Emma Maembong. Emma Maembong memang gen dia putih melepak..

Tetiba kau datang IG orang menumpang iklan percuma mendapat la. Nabila Huda bukan jer sekolahkan dia tentang bahaya produk pemutihan kulit untuk jangka masa panjang malah bagitau dia kulit orang melayu ni la kulit paling cantik pada pandangan mata orang luar negara.


Orang luar rasa kulit kita cantik.. Dah kenapa pulak orang melayu tetiba nak jadi mat saleh pulak kan. Setiap bangsa & etnik tu ada la identiti dia tersendiri.. Tak perlu sangat la kau nak jadi macam bangsa lain. Berbanggalah kau jadi orang melayu yang kulit sawo matang macam den ni.. Den dulu pun terpengaruh juga sebab yelah.. Mentaliti masa tu fikir putih tu cantik padahal cantik itu bukan di nilai dari warna kulit. Kalau putih je cantik.. Orang negro memang semua hodoh 2 lah yer takde yang cantik.

Lambakkan produk kosmetik terutama produk pemutihan kulit tak kira dalam bentuk skincare untuk di sapu pada kulit atau di ambil sebagai supplement.. Kita sendiri pun kadang2 tak tau mana ok mana yang tidak. Ikut saranan doktor pakar memang kita tak perlu ambil supplement. Amalkan pemakanan & gaya hidup sihat dah cukup. Paling penting minum air putih secukupnya.. Ikut doktor rafidah tak payah nak sukat2 berapa air nak minum.. Asal cukup jer.

Dan sebab banyak sangat produk yang mencurigakan di pasaran walau berdaftar dengan KKM.. den stop sekejab ambil sebarang produk kosmetik & supplement untuk review.. nak declare stop terus tak berani la kan. Tengok juga pada produk macam skincare tu. Kalau produk yang cukup kriteria seperti berdaftar dengan KKM, ada ujian clinical atau lab test terhadap produk tu, ada RND, di keluarkan dari pihak2 yang punya tauliah dalam bidang tersebut minta den review Insya Allah.. Den ambil la review tu tempek kat blog. Kalau setakat produk tengok packaging setakat ada nama produk NOT KKM, alamat pengilang pun takde.. Malas la dulu. NOT KKM tu bukan jaminan selamat pun.. Yang menentukan selamat atau tau adalah ujian clinical atau lab test terhadap produk tersebut. tengok berapa lama depa buat RND pada produk tu sebelum di pasarkan.

Kesimpulannya.. Hapuskan mentaliti putih itu cantik. Kecantikkan adalah dari badan yang sihat & insya Allah kulit pun akan cantik. Kau nak putih sampai mana kalau dah lahir coklat.

Moral of the story.. Saya dulu pun saya tak faham sangat tentang produk ni. Saya dulu ambil review & ikut je apa client minta saya nak. Saya tak faham tentang overclaim apa bagai.. Tapi bila kita dah ada info sikit sikit ni, saya cuba ubah. Yang lepas tu jadikan pengajaran.. Duit ni kalau kita kejar memang sampai bila2 kita akan terus kejar sebab kita takkan pernah puas dengan apa yang kita ada. So, tepuk dada tanya selera.

RAKAMAN VIDEO ISSEY & SABRI YUNUS TROLL ISU JANTINA SAJAT DALAM RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG

RAKAMAN VIDEO ISSEY & SABRI YUNUS TROLL ISU JANTINA SAJAT DALAM RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG. Eden ni bukan la follower rancangan realiti TV sangat. Kadang kadang tertengok secara tak sengaja. Malas nak adjust area TV untuk channel lain.. Tengok je la TV apa yang clear katanya. Almaklum la rumah den takde piring esterok mahupun melanggan NJOI ke hapa jauh sekali berani pasang Antena Parabola kat Malaysia ni.. Kang ke dalam pulak kami anak beranak kan.


Semalam sesambil nak tunggu tertido selepas selepas urusan2 wajib tu.. Tengok juga rancangan bintang mencari bintang. Masa tertengok tu Giliran Issey buat persembahan.. Artis jemputan dia semalam Sabri Yunus. Seronok juga bila Otai Lawak bergabung dengan pelawak baru atas pentas dengan loghat kelate demo hok pekat tu kee.. Tu dia tetiba lekatlekit jadi orang kelantan. Bukan apa kena practice tak lama lagi kena pergi kelantan. kekekeke

Tak tau apa tajuk persembahan depa tu.. Tapi memang terkejut juga la Isu Jantina Sajat jadi Troll dalam persembahan depa tu. Siap JAKIM tu kena sarcasm juga tu. Bermula dari pantun Issey yang bertanya sajat lelaki ke perempuan dalam Loghat kelantan. Lepas tu di balas Sabri Yunus.. Katanya kalau semua masalah dia nak kena selesai baik dia jadi menteri hahaha.  Lepas tu dia tambah lagi dalam bentuk pantun balik mempersoalkan Sajat lelaki ke perempuan. Di balas dengan pantun Issey katanya nanti dia jumpa sajat dia tanya sendiri. Lepas tu sabri yunus pulak balas pantun.. katanya kalau dapat jawapan esok, tak payah tunggu sebulan lagi. Hahahahaha. Nak senang paham hangpa tengok je la rakaman episod semalam kat video kat bawah ni..


Gila semua terlibat dalam Isu Jantina sajat ni kena Troll termasuk JAKIM yang pernah keluarkan kenyataan akan umumkan keputusan Jantina sajat sebulan lagi.

Gila berani.. Erkk.. kalau Troll orang macam tu kat TV tak kena saman yer. Den sarcasm dalam blog pun kena saman ni pulak retis yang buat macam tu. Pengaruh Artis & stesen TV ni rasanya lagi besar dari blogger picisan macam lekatlekit.com ni kan.. hehehehe

Tapi depa retis so backup pun kuat berbanding den ni hanya ikan bilis sahaja. Orang nak buli pun senang ye dak.. Alolo.. siannya den. hahahaha

Apapun memang persembahan Issey & Sabri Yunus semalam agak menghiburkan. Apapun Good luck untuk semua peserta rancangan bintang mencari bintang musim ni. Kalau minggu depan tertengok lagi den bagi la komen hahahaha

LAGI SEBULAN KITA AKAN TAHU JANTINA SAJAT

LAGI SEBULAN KITA AKAN TAHU JANTINA SAJAT. Amboi.. lekatlekit ni hari ahad mula nak memelodikan diri dengan gosip2 & kontroversi yang melibatkan individu terkenal. Lahai.. Lama dah tak cuit cuit manja orang2 popular ni kan. Apa salahnya sekali sekala bagi publisiti kat depa..


Rasanya isu ni dah lama jadi pertikaian.. pendebatan & tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Jantina sajat memang dah jadi macam masalah besar kat Malaysia ni... Walaupun kita sedia maklum la dia yang macam mana tapi dia sekeras kerasnya menafikan & mengakui dia seorang wanita. Kita pun tak boleh nak buat apa apa sebab takde sapa pernah tengok alat sulit dia kan.. Yang bertebaran cuma spekulasi spekulasi tanpa bukti.

Baru baru ni sajat di jemput dengan cara terhormat oleh pihak JAKIM untuk berbincang berkenaan isu yang sedang hangat di perkatakan di media sosial. Pagi ni terbaca kat blog ROTIKAYA katanya JAKIM akan umumkan jantina sajat dalam masa sebulan lagi..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa kini mereka dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik tersebut.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan masyarakat susulan pertemuan bersama Sajat dan ibu bapa usahawan itu.
“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya melalui Facebook baru-baru ini. - Sumber ROTIKAYA

Nampak rumit sungguh yer masalah jantina sajat ni.. Kita kalau baru lahir tak sampai sehari pun doktor nak sahkan jantina. Kalau yang Khunsa tu takde la sampai akil baligh nak tentukan jantina dia kearah mana.. Tapi dalam isu sajat ni nampak jantina sajat agak complicated sikit. Maybe kejadiannya ni agak rare.. Satu dalam sejuta kelahiran di Malaysia. So perlu ambil masa sikit nak sahkan jantina. Harap semua dapat bersangka baik yer.. tak payah nak stress stress sangat pasal jantina sajat. Tahu la JAKIM buat kerja nanti hehehe

Takpe la kan.. Biarlah mereka yang berwajib je buat kerja mereka. Kita tunggu la sebulan lagi JAKIM umumkan apa jantina sajat. Yang mana tak sabar nak tahu Sajat lelaki ke perempuan umpama menunggu pengumuman raya tu sabaq na.. Tak lari jantina sajat di kejar. Kat situ & tetap ada benda yang sama juga. Melainkan kalau dah 'tetttttttt" la hehehehehe

Moral of the story... Yang baik tentang dia kita ambil sebagai panduan yang buruk jadikan teladan. Manusia tidak sempurna sebab tu di jadikan untuk saling ingat mengingati.

Untuk sajat Anggaplah yang concern pasal U tu semua orang yang sayangkan U ok.. Peace!

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN

JANGAN HINA RUMAH KAMPUNG & RUMAH SETINGGAN, INGATLAH KISAH QARUN. Lama tak mengopek isu isu semasa ni kan? Almaklum la situasi sekarang membuat eden jadi busy sikit. Tapi hari ni terasa nak juga menjentik satu isu ni.. Almaklum la kita kan orang kampung. Membesar dari rumah papan sampai la berubah menjadi rumah batu pun still di kampung. Cuma dewasa ku di kota katanya. Yelah berhijrah untuk mencari rezeki.


2 - 3 hari lepas cuma dok baca tajuk pasa isu ni. Katanya seorang Pengeluar kosmetik yang memang terkenal kat Malaysia ni. Muka memang selalu la muncul kat TV. Malas nak nak sebut nama.. Baru baru telah menghasilkan sebuah single.

Orang dok viral dia tak puas hati dengan banglo puluh juta ringgit dia tu. Ok la.. dia tak puas hati dengan hasil kerja yang dia bayar. Sebab dia bayar so dia berhak juga nak macam mana dia nak. Kalau hangpa buat tak ikut apa yang dia nak.. Memang di berhak untuk menyatakan ketidak puasan hati dia tu. Kalau eden pun.. Kita bayar tapi tak dapat hasil yang kita dengan seperti yang kita bayar.. Eden pun berasap hidung jugak kan? Nak2 kos berpuluh juta ringgit malaysia ni. Bukan sikit tu wei. Jadi dalam bab tu eden tak salahkan dia nak marah. Memang dia berhak sebab dia bayar sesuatu yang dia nak. Bukan hangpa buat kerja amal untuk dia.

Tapi bila di umpamakan rumah dia yang kelihatan buruk & low class macam rumah setinggan & orang kampung tu.. Sentap mak nak!! Lap ayaq mata kat lengan baju katanya.. Sob.. sob.. Mak orang kampung takkan la rumah orang kampung sehina tu. Dia pun katanya dulu orang kampung & orang susah jugak kan? Tapi mana tempat Dato rasa paling selesa masa tu? Even buruk ke, hina ke.. Rumah kita la kita akan rasa paling selesa.

Sekarang ni rumah2 kampung pun dah cantik cantik Dato. Setinggan tu mungkin sebab buat rumah atas tanah hak milik kerajaan so depa tak boleh nak buat lawa2 sangat. Bila2 masa je boleh kena runtuh. Tapi bukan bermakna kita boleh mengambarkan rumah2 mereka dengan gambaran yang buruk semata mata untuk mengambarkan betapa low class sesuatu tu. Terluka hati mereka Dato..

Ingatlah dalam Al Quran ada mengisahkan tentang Qarun yang Allah tenggelamkan bersama hartanya.

Awal kehidupan Qarun sangatlah miskin dan memiliki banyak anak. Sehingga pada suatu hari ia meminta Musa untuk mendoakannya kepada Allah, yang ia pinta adalah kekayaan harta benda dan permintaan tersebut dikabulkan oleh Allah. 

Dikisahkan pula dalam Al-Qur'an dia juga sering mengambil harta dari Bani Israel yang lain dan dia memiliki ribuan gudang harta melimpah ruah, penuh berisikan emas dan perak. Setelah menjadi kaya raya, Qarun menjadi orang yang sombong dan suka menunjuk nunjuk. Orang-orang kaya biasanya menyimpan kunci harta mereka dalam tempat rahsia agar tidak diketahui orang lain. Tapi Qarun lebih suka menunjuk nunjuk hartanya secara terbuka untuk menunjukkan kekuasaanya. 

Sudah menjadi kebiasaannya membawa sepuluh orang kuat kemanapun dia pergi. Kesepuluh orang ini adalah lelaki lelaki perkasa yang berotot. Mereka mengikuti Qarun kemanapun dia pergi hanya kerana untuk untuk membawa kunci kunci harta Qarun yang berat. Tidak terhitung jumlah kekayaan yang diberikan Allah kepadanya. Qarun boleh membuat apa saja sesuka hatinya pada orang lain kerana kekuatan & kekayaan dia milik. Fir'aun adalah teman baik Qarun. Jika ada orang yang membuat masalah dengannya, Qarun akan memberitahu & fir'aun maka orang itu akan di hukum. 

ketika Qarun keluar membawa semua hartanya dan orang-orang di jalan melihatnya dengan terkagum-kagum, Qarun di arak di tengah tengah jalan. Saat dia merasakan bangga & angkuh, Tiba-tiba Allah memerintahkan bumi untuk menelannya!Maka bergemuruhlah bumi. Jalan jalan mulai retak. Kemudian retakan itu semakin membesar sehingga terciptalah sebuah lubang yang ternganga. Lubang yang besar itulah menelan Qarun bersama semua tentaranya, kunci-kuncinya, hartanya, bahkan Allah memerintahkan bumi untuk menelan istananya!

Semoga kisah Qarun ni kita jadikan pengajaran yer anak anak.. Yang kaya tu tak payah la nak menunjuk sangat kekayaan konon. Baru beli No plat kereta dah tayang sana sini dengan bangganya.. Sedangkan Allah yang Maha Kaya. Kekayaan kita miliki semua milik Allah. Jangan guna untuk menganiaya orang lain macam Qarun.. Macam kisah cikgu Azizan kena saman & banyak lagi kisah2 lain yang trending sekarang. Jangan sebab kita berduit kita rasa boleh tutup kejahatan & dosa kita dengan kekayaan kita miliki.. Semua nak buat legal action sebab ada duit. Orang takde duit mana mampu nak buat legal action ye dak? Dia lupa.. Kat padang Mahsyar esok Nalla.. punya besar court dok ada.. duit hangpa yang berkepok kepok tu sekupang pun tak laku kat sana. Lawyer terbaik cuma amalan amalan yang kita bawa je. Tapi biasa la.. Kita akan fikir mati lambat lagi kan? Rilex brader.. brader rilex.. Dah tua sikit nanti taubat la. Macam confirm dia akan mati selepas tua.. hehehehe

Sebagai peringatan pada diri sendiri jugak.. Mungkin hari ni saya di uji dengan kesusahan.. Mana tau Allah nak uji saya di masa akan datang dengan kesenangan saya pun jadi lupa diri pulak kan? Na'uzubillah.. Moga2 saya bukan tergolong dalam golongan manusia yang sombong bila di uji dengan kekayaan. Hope saya bukan dalam golongan yang menunjuk nunjuk kekayaan.. even no plat kapcai sekalipun. hehehehe

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA?

DI SEBALIK LAGU TAK TUN TUANG.. NAK TAHU APA MAKNANYA? Lagu yang tengah viral sekarang.. Lagu yang di nyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia yang berketurunan minang. Orang minang ni bahasa indonesia dia tak berapa pekat.. Banyak juga unsur2 melayu kat malaysia ni jadi tak susah sangat nak paham. Berbanding indonesia yang pure.. perasan tak?

Upiak Isil

Ramai yang mula kenal dengan penyanyi lagi Tak tun Tuang yang bernama Upiak Isil ni. Kalau kita kat Malaysia ni dengar nama Upiak Isil ni macam pelik sikit kan tapi bagi orang minang mungkin nama untuk mengambarkan identiti minang kot. Nama sebenarnya Supiah ke hapa.. lebih kurang macam tu la nama dia.

Pagi tadi di sebabkan budak shahila (anak den) bangun awal minta buka TV so sempat la tengok rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) kat tv3. Ada jemput penyanyi Tak tun Tuang si Upiak Isil ni.. So, tahu la serba sedikit tentang sejarah lagu tak tun tuang ni.

Menurut cerita si Upiak Isil.. Lagu Tak Tun Tuang ni sebelum ni pernah di nyanyikan oleh seorang penyanyi lelaki minang jugak.. Tapi dia ambil lagu ni buat renovation sikit dari segi liriknya & nyanyikan dengan cara dia tersendiri. So bermakna penyanyi asal lagu Tak Tun Tuang ni bukan si Upiak Isil la.. cuma di ambil & di olah semula. Pencipta lagu ni seorang lelaki yang tak tau la sapa.. Takde pulak di sebut nama tadi.

bagi yang tak pernah dengar lagu Tak Tun Tuang boleh tengok video ni

Mesti ada yang nak tanya apa maksud Tak Tun Tuang? Bukan aku sayang Yahudi ok.. Hangpa kan.. kalau dengar perkataan pelik sikit semua nak translate aku suka yahudi bagai kan. Dia tak ada maksud apa2 cuma perkataan Tak Tun Tuang tu cuma mengambar kesan bunyi gendang kata si Upiak Isil. Alah.. lebih kurang macam rappers dok buat bunyi ala2 alat muzik tu juga la. Jangan ingat Tak Tun Tuang ni mentera2 yang menyeru jin & syaitan pulak bila tengok penyanyi dia macam ting tong je bila nyanyi lagu ni. hehehehe

Si Upiak Isil ni bukan la baru dalam industri seni indonesia.. Cuma dia mungkin tak di kenali macam penyanyi penyanyi popular di Indonesia. Upiak Isil telah menghasilkan 19 album tapi hanya satu lagu je yang laku, Tak tun tuang.. Tak silap lagu2 minang la. Cuma Tak Tun Tuang ni yang menaikkan nama dia sekaligus menjadikan dia seorang yang di kenali di Indonesia & malaysia. Dah rezeki dia..

Senang si Upiak isil ni dia tak payah fikir pakai baju cecantik nak datang buat persembahan.. tadi kat MHI pun dia pakai baju macam blaus, kain batik & selipar jer. Memang konsep untuk bawa lagu tu santai macam orang tak mandi gamaknya.

Orang ni spesis bantut macam den juga.. Apa yang menarik pasal di Upiak Isil ni dia nampak mempunyai confident level yang agak tinggi, orangnya nampak kelakar. Dulu aku ingat dia memang jenis suara sumbang tak boleh nyanyi tapi sebenarnya suara dia tu ada.. Cuma untuk bawa lagu ni mungkin dia membawa dengan cara yang macam ada sumbang2 sikit sebab tu lagu ni nampak unik bila Si Upiak isil ni nyanyi.

Haritu ada baca keratan akhbar yang Upiak isil tak berapa puas hati bila Andi Bernadee seorang penyanyi baru cover lagu & menjadi viral di media sosial. Dia kata Andi Bernadee mengaku itu lagu dia padahal budak tu takde keluar statement kat mana2 pun kata lagu dia. Upiak isil kena ucap terima kasih tau sebab Andi Bernadee mempopularkan lagu tu di kalangan pendengar malaysia. Dah tak yah gaduh2.. den cadangkan hangpa berdua berduet je confirm meletop macam popcorn. hehehee


Itulah serba sedikit tentang lagu Tak Tun Tuang.. So bagi yang tertanya tanya apa maksud tak tun tuang tu tak di selubungi misteri lagi lah yer..

ADA YANG AMBIL KESEMPATAN SELEPAS ELYANA DEDAHKAN MENGIDAP KANSER TAHAP 4

ADA YANG AMBIL KESEMPATAN SELEPAS ELYANA DEDAHKAN MENGIDAP KANSER TAHAP 4. Den takde esteruk so masa Elyana buat pengakuan dia mengidap kanser Limfoma stage 4 memang den tak tengok la.. Yelah.. nak tonton celah mana kalau tak langgan esteruk kan. Tapi takpe apa2 informasi semua hujung jari jer. Tak sampai 24jam kalau isu2 hangat macam ni cepat je tersebar.


Takde apa nak komen pasal Elyana tu.. Hope Elyana teruskan rawatan & kuatkan semangat. Kadang2 semangat tu jadi penawar pada semua penyakit. Kalau tak ada kekuatan dalam memang susah nak lawan penyakit. Tapi nampak Elyana seorang yang kuat kerana mampu survive kanser selama 7 tahun. Memang perlukan kekuatan mental & fizkal.

Cuma yang tak best bila ada yang mengambil kesempatan mempromosikan produk yang katanya mampu membantu pesakit kanser stage 4 selepas Elyana membuat pengumuman di GV bahawa dia sedang menghidap Kanser Limfoma tahap 4... Allahu.. Orang tu sakit jangan la gunakan dia untuk jual produk & claim seolah olah produk tu mampu membantu menyembuhkan kanser. Jangan la bagi harapan tinggi sangat pada pesakit kanser dengan apa2 produk. Kalau supplement sehebat tu mampu kurangkan sel kanser dari stage 4 ke stage 2.. Patut hospital gunakan salah satu alternatif merawat penyakit kanser ni. Apa ingat hospital di bina untuk membunuh orang ke? Hospital fungsinya merawat orang sakit.. Jadi apa benda yang terbukti boleh membantu merawat pesakit kalau terbukti keberkesanannya & terbukti selamat.. Kenapa tak di gunakan dalam rawatan di hospital.. ye dak??

Ini yang aktivis medic dok berjuang.. Overclaim dari penjual produk yang nak meraih keuntungan dari mereka2 yang mungkin terdesak nak sihat.. nak sembuh dari penyakit bahaya macam kanser ni. Tapi aktivis medic pulak di tuduh & di fitnah bukan bukan. Ada yang di ugut dengan macam macam jenayah.. Ingat senang ke nak bagi kesedaran & pendedahan pada masyarakat ni. Risiko macam macam.. Setakat saman tu tak extreme sangat. Ada yang lebih extreme aktivis media sosial kena tapi mereka yang di takdirkan menjadi aktivis ni maybe ada satu kekuatan yang luar biasa kot. Keberanian mereka memang kadang2 kita pun rasa nak tabik spring!

Kanser antara penyakit yang tidak boleh di jadikan iklan untuk apa2 produk. Jadi menjadi satu kesalahan mengiklankan apa2 produk yang boleh menyembuhkan kanser. Jangan la bagi harapan macam tu pada pesakit kronik.. Sapa tak nak sihat.. Sapa tak nak bebas dari penyakit kronik macam kanser. Sebab tu ada yang sanggup berhabis duit ambil macam2 produk dengan harapan dapat sembuh & sihat.


Den bukan anti local produk.. Tapi sebagai blogger yang dah insaf katanya.. tu dia statement dah insaf macam sebelum ni jahat sangat la kan.. Den tak jahat. Den tak memfitnah.. cuma outspoken jer. adalah menjadi tanggungjawab menyampai info untuk orang lain. Anda pengeluar & penjual produk kena bertanggungjawab keatas produk yang anda jual.

Hope Elyana tidak mengambil apa2 produk tanpa nasihat doktor. Apapun sama sama kita doakan Elyana di beri kesihatan yang baik, di beri kekuatan untuk melawan kanser & di beri kebahagian dunia & akhirat.

Moral of the story.. Allah dah kata setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Berusaha je la cari penawar tapi jangan semborono nak ambil apa2 produk atau ubat tanpa nasihat pakar.. Memang la ia salah satu ikhtiar tapi biarlah mendapat nasihat pakar. Kita sedia maklum lambakkan produk di pasaran ada berdaftar.. ada tak berdaftar & ada yang bahaya. Kita yang takde konowledge ni kadang2 bukan tahu ingredient produk tu bahaya ke tak.. Penjual kata selamat.. kita pun ambik je. Last2 kena bungkus macam tu jer.

SITI NURHALIZA BERGELAR DATUK SERI & ADI PUTRA BERGELAR DATUK

SITI NURHALIZA BERGELAR DATUK SERI & ADI PUTRA BERGELAR DATUK. Selepas mengumumkan berita kehamilannya baru baru ni.. Sekali lagi Penyanyi nombor 1 malaysia mendapat rezeki dengan anugerah Datuk Seri.. Tu la kan. Siapa sangka dari budak perempuan biasa, masuk bintang RTM, menang & terus berjaya & kaya sampai sekarang.


Apapun kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza ni bukan mudah macam sesetengah orang. Nampak usaha dia dari bawah sehingga di kedudukkan sekarang. Takde bergambar depan pagar Istana terus dapat title dato.. Last last dato ke mana hapa.. kedalam juga dengan uniform oren & purple. hehehehe.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza.. antara artis yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar adalah pelakon Adi Putra & Datuk Eizlan Yusof

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima SSAP.
Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk. - Sumber Siakap Keli -
Erkk..Adi putra pun dah dapat Datuk.. Mana2 warganegara luar yang teringin nak dapat title Datuk ni mai la kerja kat Malaysia ni ok! Sultan Pahang memang pemurah untuk menganugerahkan gelaran Datuk kat sesapa jer yang layak bagi beliau. Bila gamaknya blogger nak dapat title datuk anugerah dari sultan pahang ni yer... hehehehe

Apapun tahniah kepada semua yang mendapat anugerah datuk bagai tu.. Datuk Datuk Sekalian moga membawa gelaran tu dengan baik & memberi manafaat kepada masyarakat yer. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com