Showing posts with label akta Keterangan bari 1 jun. Show all posts

MULAI 1 JUN ORANG KOMEN BLOG PUN KITA BOLEH KENA TINDAKKAN UNDANG2

Sang Lekit baru dapat 1 info melalui FB berkenaan satu Akta ni.. Akta yang melibatkan pengguna internet. Dari sumber rujukan sang lekit rasa macam boleh jugak percaya jadi sang lekit nak share la.

melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
 Sumber asal & artikel penuh sila clik DISINI

Sekarang banyak berlaku jenayah siber, sebaran fitnah,penyamaran maka terciptalah akta yang bagi sang lekit bakal menyusahkan orang yang tak sepatutnya susah. Tak di nafikan ada kebaikkannya tapi kita tak boleh menidakkan keburukkan yang bakal berlaku

Sang Lekit setuju dengan 1 komen dari site tersebut. Kalau kita di pertanggungjawabkan setelah akaun internet kita di guna @ berkongsi dengan orang lain pun rasanya menyusahkan banyak pihak sebelum berjaya membuktikan bukan kita yang melakukan jenayah tersebut, kan??

 Sumber asal DISINI

Jadi lepas bagi blog yang auto approve komen tu kena la selected & tak boleh lagi auto publish komen takut komen2 yang berunsur jenayah,fitnah & sebagainya tak pasal2 lak kita yang kena kan??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com