Showing posts with label lokasi. Show all posts

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN. Dah lama aku rasa benda ni pihak kerajaan & pihak hospital kerajaan kena alert. Menyewakan tapak jualan di hospital. Aku tak kisah sangat kalau booth tu jual makanan, pakaian jer.. Tapi aku rasa jual mainan kanak kanak ni sangat tak perlu ada kat situ nak nak lagi hospital kerajaan. Nak tau sebab apa aku rasa tak perlu ada? Teruskan membaca

Kita sedia maklum yang banyak menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan ni dari golongan miskin & sederhana sebab tak mampu nak bayar mahal. Jadi memang hospital swasta ni untuk golongan orang ada ada atau golongan yang ada medical card dari company bagai.. Walaupun masih ada orang kaya guna khidmat hospital kerajaan tapi tetap yang banyak golongan susah & golongan sederhana macam aku ni. Yelah jumpa pakar hospital kerajaan bayar RM5 jer.. kalau swasta siap beratus  la sekadar nak check up perkembangan anak je. Aku tak kisah sangat kena tunggu lama..  Sebab kita sedia maklum hospital kerajaan ni ramai.

Ada yang datang hospital kadang2 cukup duit tambang jer.. Mungkin anak dia perlu rawatan atau pemeriksaan. Mungkin jugak dia sendiri yang nak buat rawatan atau pemeriksaan kesihatan. Sebab tak ada orang jaga anak dia.. mungkin terpaksa bawa sekali. Anak pulak kecik lagi belum cukup akal. Bukan dia paham mak bapak dia ada duit ke tidak.. Lalu nak masuk ke tempat pendaftaran sampai 2 ke 3 booth jual mainan kanak kanak kalau kat hospital sungai buloh tu.. Anak merengek nak beli. Mak bapak tak cukup duit. Meraung la anak sepanjang dok tunggu nak jumpa doktor.

Kisah tu memang ada berlaku. Aku pernah tengok satu family ni anak ramai datang hospital pergi makan kat kafe. Depa cuma ambil pinggan jer.. Makanan bawa sendiri. Makanan pun nampak sekadar lauk goreng & sayur. Dari penampilan & cara memang nampak susah. Anak kecik kecik lagi.. Bayangkan la budak2 sekecil tu nampak orang jual mainan meraung nak beli.. Allah sedihnya. Kat situ membuktikan ada orang makanan pun tak mampu nak beli dari kafeteria hospital apatah lagi mainan untuk anak anak dia.

Aku rasa tak perlu pun pihak hospital nak sewakan tapak jualan untuk peniaga yang jual mainan ni. Aku rasa kejam sangat la booth mainan yang di letak strategik kat laluan orang nak menuju ke kaunter pendaftaran macam kat hospital sungai buloh. Nak2 pulak nak ke bahagian pediatric pun guna laluan yang sama. Pediatric ni pepaham je memang pakar kanak kanak kan. Maka yang guna laluan tu parents yang bawa anak anak la ramai. Kau lalu ikut mana pun tetap nampak booth jualan yang meriah dengan mainan kanak kanak. Anak aku pun setiap kali check up mesti nak singgah tapi aku dah ajar dia.. Tak payah setiap kali nampak nak beli. So sebab umur dah  semakin besar.. dia dah boleh terima. Tapi sebelum ni memang merengek jugak kalau tak dapat. Dia bukan tau mak dia bawa cash rm5 je nak bayar servis pakar tu.. hahahaha (ok! aku tipu. Selalu aku bawa cash RM10 sebab nak beli roti & air mineral hahaha). Jadi atas sebab tu memang tak cukup cash la kalau anak aku nak beli mainan. Kalau aku ni.. kategori memang la masih mampu nak beli setakat mainan RM5 macam tu.. Tapi belum tentu semua orang lain pun mampu. Hidup ni belajar untuk fikir tentang orang lain.. Jangan ingat kita mampu.. orang lain lantak la. Sampai satu ketika Allah nak uji kita jatuh susah.. jangankan mainan RM5.. nak bayar air kosong 30sen pun tak mampu.. waktu tu baru kita harap orang faham situasi kita.

Salah satu booth yang jual mainan kanak kanak.. Ni sebab gambar jauh aku candid.. banyak tau mainan yang boleh tahan harga dia jual. Tu satu.. jalan terus sikit berdepan dengan pintu nak masuk ke kaunter pendaftaran ada 2 lagi booth tak silap jual mainan. Matilamak kalau setiap booth anak nak singgah & beli

Jadi booth2 jual mainan kanak kanak ni aku rasa kalau pun nak ada letak la jauh sikit. Pi la letak dekat cafe ke hapa... Jangan la letak kat laluan betul2 jalan nak masuk ke tempat orang nak daftar & jumpa doktor. Menyusahkan mak bapak yang bawa anak anak.. Mana nak pujuk anak tantrum tak dapat membeli belah.. mana nak menunggu berejam nak daftar.. pastu berejam lagi nak jumpa doktor. Bab menunggu tu aku enjoy lagi tapi kalau bab anak tantrum sebab nampak booth2 jual mainan.. nak2 lagi mainan mahal mahal dia dok tayang. Rasa macam nak maki orang yang jual tu tau tak??

Yer.. orang yang jual tu pun cari rezeki.. Cuma aku rasa tak patut kat tempat tu dia berdagang benda2 macam tu. Sebab menyusahkan orang balik. Hope pihak hospital kalau terbaca entri ni sila bawa ke tengah isu ni. Tolong kesian kepada golongan miskin. Setakat nak letak orang jual kerepek ke.. kek ke.. kain pasang ke hapa.. Aku rasa ok lagi. Benda tu tak berapa attract kanak kanak kecil yang tak cukup akal. Tapi kalau mainan.. Memang kejam ok!

Moral of the story..Kalau nak hidup selesa zaman sekarang memang perlu pratikkan 5 perkara ni >> 5 Cara untuk pastikan Kewangan Anda Stabil setiap masa << Kos sara hidup dah tinggi tak kira keperluan atau kehendak. Duduk dalam rumah pun macam2 kos dah kita kena bayar.. apatah lagi keluar rumah. Bukan apa bila ada kewangan yang stabil takde la terdera sangat perasaan anak & keluarga kita.. Kita mungkin boleh mengeluh tapi keluhan kita bukan semua orang peduli... Tak caya kau pergi mengeluh kat gerai2 jualan orang jualan mainan kanak kanak tu.. Ada dia kesah?? Yang dia tau kalau anak kau meraung nak mainan sila la beli.. Takde duit pandai pandai la kau pujuk anak kau.

BANYAK YANG PERCUMA KETIKA ANDA MEMBELI BELAH KEPERLUAN KUCING DI AMYCATZ.

BANYAK YANG PERCUMA KETIKA ANDA MEMBELI BELAH KEPERLUAN KUCING DI AMYCATZ. Sekarang ni aku tengok ramai dah manusia mempunyai kesedaran untuk membela nasib haiwan2 yang sepatutnya hidup berdampingan dengan manusia macam kucing rumah. Bukan kucing hutan yang harga RM30K tu yer.. Yang tu jenis liar.. Habitat dia sepatutnya dalam hutan sebab dia tak sesuai di bela sebagai pets. 


Bila kita memilih untuk bela kucing kat rumah.. Bukan setakat bela sekadar teman bosan bosan jer. Keperluan dia semua kena jaga. Makan, minum, kesihatan & kebersihan tu adalah perkara utama kena buat. Jangan bela untuk kepentingan peribadi macam nak suruh tangkap tikus yang berkeliaran dalam rumah je.. Tapi kebajikan kucing tu tak di jaga dengan baik. Setakat bagi makan sisa makanan tak habis jer.. Baik kau bela je tikus. Tikus memang makan sisa tapi kucing kena bagi makanan yang baik & berkhasiat untuk dia membesar dengan sihat, cergas & comel.


Jadi bagi anda yang memang tak tahu kat mana nak cari keperluan untuk si comel anda boleh la berkunjung dia Amycatz. Amycatz ni di buka pada bulan oktober tahun lepas. Kiranya oktober tahun ni dah genap setahun Amycatz di tubuhkan. Di miliki oleh bumiputra.


Amycatz menjual produk2 untuk kucing macam makanan, pasir, sangkar,supplement,ubat ubatan,mainan, barang aksesori. Antara produk makanan yang di jual kat Amycatz adalah Royal Canin, Orijen,Blackwood,Brit,Wahre,Liebe dan banyak lagi. Korang kena pergi sendiri la kat kedai Amycatz. Kalau nak list memang jadi novel jugak la senarai jenama2 makanan kucing kat kedai Amycatz ni.

Ni cuma sebahagian produk makanan.. sebenarnya banyak lagi produk untuk kucing yang di jual di Amycatz termasuk sangkar & aksesori

Alah.. setakat makanan & keperluan kucing ni merata ada jual kat kedai kedai haiwan katanya tapi kenapa perlu ke Amycatz? Mesti la ada keistimewaan dia ok! Sebab Amycatz menawarkan harga yang murah & mampu milik. Setakat ni amycatz dah memilik lebih dari 2000 pelanggan tetap. Selain menjual dengan harga murah & berpatutan di Amycatz juga mempratikkan cara 'mesra pelanggan di mana mereka memberi khidmat nasihat terbaik untuk kesihatan & kebaikkan untuk kucing. Jadi boleh merujuk juga dengan mereka kalau anda perlukan nasihat tentang penjagaan kesihatan kucing anda ni.

Antara kelebihan lain membeli belah keperluan kucing di Amycatz adalah.. 
1. Keahlian percuma seumur hidup
2. Dapat voucher percuma
3. Khidmat nasihat percuma
4. Percuma cat Roaming
5. Harga berpatutan
6. Boleh kumpul mata ganjaran (RM1 untuk 1 point)

Selain dapat banyak perkara yang percuma untuk kucing anda.. Anda jugak boleh mendapat banyak info menarik tentang kucing di
Facebook : amycatz,
Instagram : amycatz_my.
Amycatz dah berjaya mengumpul seramai 60 ribu likers di facebook & 5000 followers di instagram.


Kedai Amycatz beralamat seperti berikut..
22, jln pju 7/16b, mutiara damansara, 47800 petaling jaya, selangor
Waze/google map : amycatz
Amycatz hotline number : 018-3881774 / 03-77330990


Jadi bagi pencinta kucing tu boleh la berkunjung di Amycatz lepas ni. Memang pilihan terbaik sebab banyak kelebihan anda bila membeli belah di Amycatz.

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL. Terlebih dahulu nak minta maaf.. Saya bukan nak gantikan abang ensem blogger yang menulis tentang hartanah. Masih belum berniat nak tukar nama jadi kakak ensem. Lagipun belum layak cuma saya nak berkongsi sesuatu yang saya baca dengan orang lain. Almaklum la saya ni kan memang jenis tak boleh simpan sorang sorang. Apa yang best semua saya nak share. Ok hari ni saya acah2 jadi kakak ensem sekejab yer..


Membeli hartanah ni macam membeli unit rumah atau pejabat la. Tak kisah korang nak membeli yang mana satu tapi tips dia lebih kurang sama jer. Almaklum kita nak beli aset yang mahal lagi berharga ni. Aset2 macam rumah ni bukan jenis aset susut harga. Aset yang setiap tahun harga dia melambung tinggi ke awan biru. Tak macam kereta.. Tahun ni kau pakai.. tahun depan kereta kau pakai tu dah tak dapat harga kau beli jauh sekali kau boleh up harga lebih tinggi. 

Jadi bila nak membeli aset macam rumah ni.. Pastikan anda buat 5 perkara ni supaya anda dapat memilih yang terbaik. Antara perkara yang korang mesti buat sebelum membeli rumah atau ruang pejabat adalah...

1. Tetapkan keutamaan Anda
Anda mesti tahu apa yang anda mahu dari unit rumah yang anda ingin beli. Senarai semua yang anda mahu ada pada rumah yang anda mahu beli. Minta pandangan orang2 terdekat. Kemudian pastikan rumah yang anda ingin miliki ada sekurang kurangnya 5 ciri yang anda mahu.

2. Kaji sebelum Beli
Beli rumah sama jugak macam pilih jodoh. Silap pilih mungkin kena tanggung penyesalan seumur hidup jadi jangan percaya sangat dengan cinta pandangan pertama sebelum mengkaji dulu unit rumah yang anda hendak beli. Siasat latar belakang rumah & pemaju yang anda ingin berurusan dalam pembelian rumah. Takut dapat pemaju yang ada rekod yang buruk, risiko jugak rumah yang anda beli cuma siap pacak tiang je. Kalau beli rumah dari pemilik rumah sebelum ni siasat jugak tentang pemilik atau penyewa sebelum ni. Check rumah samada selamat atau tidak di diami. Mana tau kat celah2 yang kita tak nampak ada dah kena makan anai anai ke. Atau ada apa2 yang bocor dalam rumah tu. Jangan dah beli kita terpaksa tanggung kos membaik pulih yang banyak. 

Yang ketiga, keempat & kelima sangat penting korang kena buat untuk memastikan anda membeli unit rumah yang tepat & tidak bermasalah. Tapi sebab ia artikel orang tak elok la aku cedok semua info masuk blog aku, ye dak? Jadi untuk tips yang ke 3, ke 4 & ke 5 korang baca sendiri kat sini >> 5 Tips penting anda kena tahu sebelum membeli hartanah @ rumah <<

Ingat membeli rumah bukan seperti beli gadget2 elektronik yang sekejab je mahal lepas tu dia dah jadi tak ada harga. Kita guna pun dalam tempoh masa tertentu lepas tu mungkin dia jadi barangan terbuang. Membeli hartanah macam rumah ni ada pelaburan seumur hidup. Mungkin kita akan tinggal seumur hidup kat rumah tu. Jadi penting kita memilih rumah yang betul. Banyak perkara kita kena titiiberatkan sebelum mengambil keputusan membeli sesebuah unit rumah seperti lokasi rumah tersebut. Lebih2 lagi yang nak jadikan ia sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau rumah kita beli kat kawasan tak strategi mungkin rumah tu tak mampu beri apa2 keuntungan pada kita di masa akan datang.

Sekian tips dari kakak ensem. Semoga tips ni memberi manafaat kepada anda yang memang tengah merancangan nak beli rumah. Kakak ensem bukan pakar hartanah macam abang ensem jer.. kakak ensem cuma acah2 pakar jadian sekali sekala je. hahahaha

INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015

INILAH DESTINASI PERCUTIAN PALING HOT 2015. Kita dah sampai ke penghujung tahun 2015 tapi aku tahun ni nampaknya tak pergi holiday mana2 kot. takpe la maybe tahun depan la kot kalau ada rezeki lebih2. Lebih2 beli bawang.. beras.. gula.. bagai. Syiling2 tu simpan dalam tabung manatau hujung tahun cukup buat tambang pergi umrah katanya.. Insya Allah. Yelah.. Kalau ada rezeki, ye dak.


Sekarang nak pergi mana tak risau sangat la tak tahu destinasi nak di tuju atau jalan ke tempat yang nak di tuju sebab semuanya ada penyelesaian semudah hujung jari. Trend sekarang kalau nak pergi bercuti ni takde la bawa diri atau bawa pakaian jer.. Depa dah stanby gadget2 elektronik untuk memudahkan percutian mereka. Yelah.. dulu maybe kalau kita ke sesatu tempat yang tak pernah pergi kita bergantung sepenuhnya pada mape kan.. sekarang waze.. google.. Tu yang paling menjadi rujukan. Mudah & cepat. Nak2 lagi smartphone sekarang boleh di gunakan pelbagai fungsi.. Bukan sekadar buat panggilan je. So memang trend sekarang pergi bercuti mesti bawa gadget elektronik.

Betapa mudahnya sekarang kan nak pergi bercuti. Dulu rasa orang2 kaya je mampu naik kapal terbang tapi sejak ada penerbangan tambang murah ni.. Semua golongan mampu merasa nak flight dah. Bukan takat boleh pergi bercuti kat tempat hot macam ni >> Destinasi Percutian paling Hot Pilihan rakyat Malaysia << malah walaupun nama penerbangan tambang murah tapi dia punya pramugari & pramugara lebih hot dari pramugari & pramugara flight yang tambah mahal.. hehehehe

Yang mana sempat pergi bercuti dalam tahun 2015 ni gamaknya destinasi hangpa semua ada dalam senarai tempat paling hot rakyat Malaysia pilih untuk pergi bercuti ni ke tidak? kalau ramai yang ke tempat tempat tu memang hot betul la kot kan.. Hot hot jugak la kan.. Nak pergi mana, nak buat apa jangan sampai hot till jahanam sudah. yelah.. hahahaha.

Moral of the story... Dah biasa duduk tempat hot hot ni.. Rasanya kalau ada rezeki nak cari tempat cool cool sikit la. Manalah tau lepas balik bercuti, jadi putih macam salji. hahaha

PANAS! PENGARAH LELAKI TUMBUK PELAKON WANITA

PANAS! PENGARAH LELAKI TUMBUK PELAKON WANITA. Sok sek sok sek.. hari selasa katanya. Kita cerita sikit la pasal gosip yang dah keluar akhbar ni. Katanya seorang pelakon drama wanita ni di pukul oleh seorang pengarah lelaki di lokasi pengambaran drama 20 episod. Tapi tak di beritahu pulak punca pengarah tu pukul dia. Dalam laporan akhbar dia just bagitau macam mana dia di pukul jer tapi enggan mengulas punca kejadian tu berlaku.

cuba teka siapa pelakon ni?

Perempuan ni al maklum bertindak dengan mulut lelaki pulak bertindak dengan tangan. Takde punca mustahil la pengarah tu sampai naik tangan ye dak? Tapi nak tahu jugak puncanya apa. Dengar sebelah pihak ni jadi tak adil kita nak judge ye dak? Cuma yang pukul adalah lelaki & yang kena pukul adalah perempuan maka jadi la kes polis bila benda tu di laporkan. Perbuatan pukul tu tak kira apa sebab sekalipun memang dah salah apatah lagi yang kena pukul tu perempuan jadi pada pandangan mata umum memang la sangat2 tak patut.

Sumber Harian Metro

Gamaknya depa shooting drama seram kot. tetiba pengarah tu naik hantu sebab di pengaruhi kuasa mistik yang ada kat situ. Maka dari drama jadi gelanggang wwf. hahahaha... Sila jangan percaya dengan teori seram aku tu, hokay! Hanya rekaan semata mata. Kalau korang nak tengok cerita seram yang tak di reka meh tengok kat sini. Tapi makesure korang yang tak mudah histeria ok >> Video Tape Berusia 20 Tahun Menyimpan Sesuatu Yang Seram <<

Apapun..Semoga ini bukan sekadar kontroversi untuk menaikkan nama sesiapa yang tak berapa popular yer. Kalau cuma salah faham kecil, elok la di selesaikan secara peribadi. tak perlu nak cerita dengan media sangat. Takut bila media highlight benda kecil jadi besar. Tak semua kontroversi tu memberi manafaat kepada artis ada yang membawa malapetaka jugak.

Moral of the story.. Nak berlakon belasah membelasah cuma boleh berlakon atas pentas WWF jer hokay. Kat situ memang drama dia pukul memukul je takde yang lain dah.

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE?

LAKSA TEMPURUNG JADI VIRAL SEBAB UNIK TAPI SEDAP KE? Dua tiga hari ni laksa dalam tempurung ni memang jadi Viral.. Lokasi katanya di Kulim kedah.. Amboi dekat dengan kampung halaman cheq tu. Keywords blog aku pun penuh dengan orang cari lokasi kedai laksa dalam tempurung ni. Mentang2 la ada dua tiga entri aku tulis pasal laksa kan termasuk resepi laksa sotong aku tu... Tak tau la apa yang best selain keunikkannya adalah di hidang laksa tu dalam tempurung. Sebab ramai sangat dok google pasal laksa tempurung ni terpaksa jugak aku tulis kat blog... hahahaha terpaksa la sangat. Sebenarnya lebih kepada mengambil kesempatan je.


Nak review pasal laksa dalam tempurung aku pun tak pernah sampai kedai dia apatah lagi merasa sejauh manasedap rasa dia. Adakah se gah orang dok viral tu. Tapi kalau sesapa yang teringin nak mencuba laksa dalam tempurung ni korang boleh la pergi ke lokasi seperti tercatat kat gambar di bawah


Macam - macam orang buat untuk menarik pelanggan ke kedai/gerai/restoran mereka. Padahal kalau letak dalam mangkuk macam biasa pun rasa dia sama je tapi sebab dia letak dalam tempurung tu yang mencipta keunikkan & kelainan untuk orang datang mencuba. Tapi unik hidangannya hope tak unik & pelik sangat la rasa dia sampai tak boleh terima tekak orang melayu. heheheh... Apapun inilah dinamakan kreatif,hokay! meniaga sekarang banyak persaingan so kita kena kreatif mencipta kelainan. Setakat laksa bersepah orang jual tapi maybe laksa tempurung setakat ni satu satunya kedainya kat situ je. Laksa tempurung ni memang nampak identiti utaranya.. sebab nampak macam ada sambal sotong kat situ. Kedai dia pun kat kedah kan... Tapi bila ada udang & makanan laut yang lain.. Laksa tempurung ni lebih tepat macam laksa seafood yang kawan aku jual kat kulim jugak cuma dia tak letak dalam tempurung la. Laksa Seafood IejaZol. Google je mesti jumpa.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di Fanpage Laksa Tumis Seafood IejaZol

Apapun setakat ni aku baca komen2 kat Fanpage Laksa Tempurung Kulim ni.. Alhamdulillah semua cakap sedap. So takde la pelanggan rasa tertipu sangat kan.. Tengok gambar cantik, menawan,menyelerakan.. Bila rasa indah khabar dari rupa. Nak meniaga makanan ni pastikan anda betul2 ada skill memasak masakan yang anda nak jual tu bukan pandai deco makanan tu nampak cantik & unik je

Lain orang lain selera.. Nak tau rasa dia sedap ke tak kena rasa sendiri, ye dak??

macam macam jenis laksa yang ada dalam Malaysia ni.. Laksa sotong la.. laksa seafood IejaZol la.. Laksa tempurung la... Tu laksa utara tak campur lagi laksa2 dari negeri lain. Nama laksa tapi takde rupa laksa. Mesti ada yang antara korang tak pernah tahu kan?

Moral of the story.. Rasa macam nak try jugak la laksa tempurung ni balik kampung nanti. Jaga2 laksa tempurung.. kalau tak kena dengan tekak kedah cheq abis la cheq bagi komen ikhlas kat blog hahahaha.

MISTERI BUKIT TOK KERAMAT

Bukit tok keramat.. dulu zaman aku budak budak agak menyeramkan la kalau nak pergi kat situ. Yelah.. di momokkan dengan cerita2 mistik, misteri & seram berkaitan bukit tu. Almaklum la budak.. Otak masih fresh mudah percaya dengan momokkan orang tua2 dengan kisah2 hantu.

 Sekadar hiasan. Carian Google

Tapi pernah jugak dulu hiking kat lereng bukit tok keramat. Masa join aktiviti pengakap sekolah rendah dulu. Pengakap Uolls... kenit2 aku pun kemain pengakap katanya. Padahal sesi latihan pengakap mingguan jarang sangat aku nak pergi. Lencana orang bersusun aku ada la satu dua sebab banyak aktiviti aku tak join. Yelah.. aku ada aktiviti lagi best kat rumah dengan geng kampung aku. Kami pun selalu hiking kat satu bukit yang kami panggil bukit rohana. Sebab dekat dengan rumah seorang kawan bernama Rohana. hahahaha

Bukit tok keramat ni sekarang aku tak sure jadi apa.. Terletak kat kampung aku jer. Hujung kampung la. Dah lama tak menjenguk kesitu. Dulu pun bukan rajin sangat dok pi sana. Orang tua2 tak bagi pi. Katanya ada rimau.. banyak binatang berbisa. Almaklum hutan bukit bukau ni kan.. Yang misterinya sampai sekarang aku tak tau siapa Tok keramat tu & apa yang keramat nya bukit tu. Masih berkeramatlah lagi kah?? Dan siapa bagi nama bukit Tok Keramat??

Tapi tu la kawasan berbukit & hutan ni kalau orang yang minat aktiviti hiking (mendaki) memang sesuai la.. Alah takat mendaki  bukit yang tak mencabar sangat tak thrill la kan?? Kalau korang nak mendaki bukit tok keramat ni jauh sangat. Kat kedah..

Moral of the story.. Sekarang ni tak susah nak mendaki tak payah cari bukit bukai bagai.. Banyak tempat tinggi boleh di daki. Macam rumah aku ni pun kalau lift rosak kena mendaki jugak. Mendaki tangga kejayaan katanya...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com