Showing posts with label Shaheizy Sam. Show all posts

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR

PELAKON SYATILLA MELVIN DEDAH PENGALAMAN PERUT DI BEDAH KETIKA SEDAR. Diam tak diam pasangan selebriti terkenal Syatilla Melvin & Shaheizy Sam dah empat bulan bergelar ibu Ayah kan.. Tengah excited lagi tu ada anak.. Nak2 anak sulung. Confirm tak habis lagi dok belek anak. Kalau berjauhan confirm rindu tak hingat punya.. Sapa -sapa pun macam tu juga. Anak kot bukan boleh buat macam kau uli2 tepung, ukir2 patung. Anugerah Allah yang tiada nilainya dengan harta di dunia..


Suka juga follow cerita cerita pengalaman Syatilla kat LR. Tadi terbaca satu perkongsian kat Instagram Syatilla masa dia nak melahirkan baby boy ensem depa tu.. Almaklum la cheq bersalin normal ja. Excited juga nak baca pengalaman orang bersalin secara czer @ pembedahan ni.. Pengalaman kena toreh perut kot. Satu pengalaman yang mungkin jadi pengalaman menakutkan & mengerikan..

Ni la wajah Sam Syeriv yang dah 4 bulan

Malas la kami nak tulis balik so kami screenshot ja senang untuk hangpa baca. Bukan apa satgi kalau tulis balik kami ni banyak suka menyimpang lepas tu mula nak konar baring. Risau cerita sekangkang kera jadi sedepa pulak. hahahahaha


Betul kata Tilla.. jangan dok ikut orang. Ikut kata hati & kemampuan kita. Bukan satu dosa pun beranak secara pembedahan ni. Biar la mulut mulut bawang nak kata apapun.. janji hangpa & anak hangpa selamat. Dok teran nak beranak normal kalau dah tak mampu.. Benda tu ada risikonya.

Baca pengalaman kena toreh perut hidup hidup ni walau di bius pun ntah kenapa cheq yang rasa ngilu & seram... Apapun setiap ibu yang melahirkan anak tak kira la sekali atau banyak kali.. Wanita memang hebat!! Tak kira la kau beranak secara normal atau czer tapi itulah bukti kekuatan seorang wanita di sebalik kelembutan & kelemahannya..

Sakit bersalin ni tak sama macam sakit lain.. Sakit yang rasa tak reti nak nak describe macam mana. Memang sakit la. Cuma beza setiap orang samada dia perlu menahan sakit tu lama atau sekejab. Macam saya, Alhamdulillah Allah permudahkan sakit tu sekejab tak sampai berejam jam.. Sakit masa perjalanan ke hospital sebab air ketuban dah pecah. Sampai hospital pun tak tunggu lama terus masuk LR beranak jer. Mungkin Allah tahu kemampuan saya setakat mana..

Moral of the story.. Menunggu hari bersalin ni tak kira la kau beranak kali ke sepuluh ke hapa tetap satu perkara yang paling mendebarkan kaum wanita tapi itulah perkara yang orang perempuan jarang nak serik walau sentiasa takut bila sampai saat masuk LR. hehehehe. Ingat anak anak saat melahirkan kamu pun dah susah sangat apatah lagi masa nak membesarkan.  Ingatlah.. ibu bapa ni sentiasa cuba lakukan yang terbaik cuma adakala di luar kemampuan untuk mereka adakan bukan sebab tak sayang.

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

GAMBAR PERNIKAHAN SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Almaklum la orang tengah mood cuti maka blog puaka jadi blog retis sekejab. Nak tulis cerita seram time orang tengah bercuti memang tak ada sapa nak hadap sangat. Orang yang bercuti tak kemana mana macam aku ni je masih hadap blog. Nak buat macam mana masih tak berkesempatan nak holiday even balik kampung pun tak sempat lagi.

Semalam dah tayang2 gambar majlis bertunang & berinai sam & syatilla malam ni meh la kita tengok gambar depa nikah pulak kat Penang sana nu.. Almaklum pengantin perempuan orang penang.

Dah selamat jadi suami orang. Jangan menangis gegadis di luar sana

Yang aku perasan si Sam ni memang dari sejak semalam dia rajin sungguh dok selfie.. ambil video & snap gambar dari smartphone dia. Mungkin dia memang suka bergambar kot. Apapun dedua sama cantik sama padan. Tak ada cacat cela kat mana2 pasangan ni untuk jadi pertikai. Almaklum la.. Manusia ni kadang datang majlis nikah orang ada je tak kena. Pengantin lelaki hensem, pengantin perempuan kurang lawa pun depa mula nak buat spekulasi. Kalau pengantin laki tak ensem tapi pengantin perempuan comel mula la nak kata tu mesti kaya... Padahal kadang2 soal hati ni susah kita nak ramal.

Apapun Allah dah tulis jodoh mereka. Sampai bila atau setakat kita doakan je la sehingga ke akhir hayat bersambung ke syurga. Jadi untuk tidak membebel dengan lebih lanjut mai la tengok gambar2 depa nikah tadi..



Pada peminat shaheizy sam atau syatilla melvin jangan ada yang menangis bawah bantal pulak lepas ni yer.. Redha kan jodoh mereka. Hangpa tak payah berangan sangat la kan.. Kembali la ke alam nyata tak payah hidup dalam drama cinta melayu sangat. hahaha

Punyalah nakal anak mak ni.. sempat dia prank bini dia lepas akad nikah

Sam & Tilla dah selamat di ijabkabulkan. Lepas ni mesti nak honeymoon. honeymoon tak semestinya pergi bercuti. Dalam bilik pun honeymoon jugak. Elok sangat la mana2 pasangan dah berkahwin kalau nak honeymoon mungkin perlukan benda ni untuk lebih bahagia bila bersama. Kenapa beli sekarang? Sebab sekarang tengah buat sale sempena Valentine.. Siap ada free gift lagi couple t-shirt. Tapi Awas! Untuk pasangan yang dah berkahwin je boleh guna.. sebab yang berkahwin je halal buat hubungan kelamin. Nak tahu produk apa meh tengok sini >> Valentine Day Sale Untuk Pasangan Suami Isteri rasa lebih bahagia bila 'bersama' <<

Apapun selamat pengantin baru buat Sam & Tilla.. Selamat menempuh kehidupan yang lebih mencabar selepas ni.

GAMBAR MAJLIS TUNANG & BERINAI SHAHEIZY SAM DAN SYATILLA MELVIN

GAMBAR MAJLIS TUNANG & BERINAI SHAHEIZY SAM DAN SYATILLA MELVIN. Tentu ramai peminat Shaheizy sam mula menitiskan airmata bermula malam ni. Dah tak lama hero malaya ni bakal menamatkan zaman bujang dia bersama seorang pelakon muda & cantik syatilla melvin. Malam ni mereka mengikat tali pertunangan & esok mereka bakal di nikahkan di Nibong tebal, penang kampung halaman syatilla Melvin. Ia disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.


Dalam banyak2 gosip sam dengan ramai artis wanita, akhirnya syatillia yang menjadi pilihan hati. Katanya.. Syatillia perempuan paling penyabar antara perempuan2 yang dia pernah kenal. Kalau dah jodoh..

Nak kawen dengan anak mak macam shaheizy sam ni memang kena banyak sabar & mengalah beb! Silap2 boleh jeles dengan mak mertua sendiri. Kita pun tau macam mana rapatnya Sam & mummy dia tu..Melekat macam belangkas. Tup2 nak kawen. Lepas ni cinta terbahagi dua la sam. Hope takde mana2 wanita kesayangan sam ni akan rasa terkurang kasih lepas sam dah kahwin.


Mesti ramai tak sabar nak tengok gambar2 majlis berinai sam & syatillia kan? Almaklum la bakal wedding of the year dengan tajaan 25 juta tu.. Jadi meh la kita tengok


Taja retis kawen ni macam bagi pinjam je la. Habis kawen semua kena londeh bagi balik. Depa bagi pakai sekejab je so tak payah la kita nak jeles sangat. Melainkan tajaan berbentuk makan, gift, goodies bag bagai.. Setakat taja baju, barang perhiasan tu semua lepas kahwin semua kena bagi balik. Istilah taja retis kawen memang macam tu jer.. hahaha


Syukur la tu.. Dari kena keluar budget sendiri. Ye dak?? Apapun semoga perjalanan majlis Sam & syatillia dipermudahkan segalanya & berlaku seperti apa yang di rancang. Sapa2 yang nak mendirikan rumahtangga dalam bulan febuari macam Sam & syatillia elok la tengok promo ni. Maybe di perlukan untuk mereka2 yang nak menempuh malam pertama >> Produk Untuk Pasangan Pengantin Baru Bulan Febuari << hik hik.. Iklan ni nakal sangat tau.hahaha

LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS

LAGU TEMA CINTA SHAHEIZY SAM & JULIANA EVANS. Itulah lumrah orang bercinta.. Mesti ada lagu tema katanya. Lepas putus mula la meroyan bila terdengar lagu tema cinta tu. alah.. tak payah memalu mengaku je la hangpa memang ada buat perangai macam tu masa bercinta dulu tak kira la couple hangpa sekarang jadi ex atau jadi husband.


Biasa la manusia & lagu memang tak dapat di pisahkan.. Sebab lagu pun di inspirasi dari kehidupan manusia & makhluk bumi jugak. Jarang orang nak buat lagu pasal makhluk asing. Lagu pasai hantu pun ada orang cipta sebab hantu pun tersenarai sebagai makhluk bumi jugak cuma kehidupan dia je di alam ghaib yang tak semua orang boleh nampak.

Lagu2 cinta ni aku paling suka dengar lagu dari seberang. Lirik & melodi dia memang kalau lagu frust kita pun boleh rasa frust walau bukan dalam mood frust katanya. Memang menusuk kelambu sungguh. Kalau lagu romantik tu yang belum kawen mesti rasa esok jugak nak kawen sebab nak rasa feel romantikaditampoi macam dalam lagu2 indonesia tu. hahahaha

Macam tu jugak dengan kisah cinta antara Shaheizy Sam & juliana Evans ni. Depa pun ada lagu tema jugak. Pelangi cinta Shaheizy Sam & Juliana Evans bukan lagi rahsia kalau korang ikuti perkembangan & kisah mereka. Perjalanan Pelangi cinta mereka memang sangat berliku. Banyak dugaan yang terpaksa di tempuhi.

Siap ada OST lagi Pelangi Cinta mereka ni, Memang sweet like kencing manis la kisah percintaan mereka ni. Nak2 lagi sambil dengar OST pelangi cinta ni. Lagu yang ditulis dan dinyanyikan oleh Izzy Muhammad. bertajuk Pelangi ni memang buat mood jiwang karat On la. Yang takde couple confirm peluk bantal sambil dengar lagu ni. Kalau korang nak dengar & tengok video babak2 romantik antara Shaheizy Sam & Juliana Evans boleh tengok kat sini >> OST Pelangi Cinta Shaheizy Sam & Juliana Evans <<

Moral of the story.. nak feel lagu apapun takpe jangan sampai meroyan sudah. Manalah tau dok dengar lagu orang putus cinta sampai jadi kemurungan ke hapa tu pun payah jugak. Patut orang macam tu kena dengar lagu2 nasyid berunsur keagamaan jer sebab dia memang sangat2 menjiwai lagu. Untung lepas dengar lagu nasyid terus kembali ke pangkal jalan.

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS. Sedih betul aku dok ikuti kisah depa dua ni sejak dua menjak ni. Kadang2 terfikir jugak aku.. andai kita ada satu peluang untuk bercakap dengan orang yang kita tahu akan pergi jauh selama lamanya gamaknya apa yang aku nak cakap. takkan nak cakap see U in jannah & good luck je kot. Tak tersusun kata kata kalau nak buat planning awal2 apa nak cakap. Kena secara spontan jugak berada di situasi tu baru boleh tahu apa yang keluar dari mulut aku masa tu.


Tapi kalau kita berada dalam situasi Shahiezy Sam ni gamaknya apa kita nak cakap kat Juliana Evans?? Dalam saat antara hidup dengan mati kadang2 kita boleh tercerita segala benda yang mungkin selama ni menjadi rahsia kita sebab kita takut kalau tak cerita sekarang mungkin kita takde peluang lagi untuk bercerita dengan orang yang kita sayang tu.

Tengok video Sam Meluahkan segala rahsia dia kat Juliana Evans yang tengah koma tu sedih pulak aku. Konon sampai ke hati la sangat punya feel. Kalau korang nak tengok kisah cinta Sam & juliana ni boleh tengok kat sini >> Pelangi Cinta Sam & Juliana <<

Apapun.. Jangan sia siakan peluang yang kita dapat. Hargai peluang yang ada. Jangan sampai satu saat bila semuanya dah semakin berakhir kita mengharap ada lagi peluang yang sama datang biarpun dulu berkali kali kita tak hargai. Sebab peluang pertama yang di lepaskan.. belum tentu menyusul peluang kedua apatah lagi ketiga.

Moral of the story.. Kalau kau sayang atau syok kat seseorang bagitau je.. Tak payah nak simpan2 sangat. Hahahaha

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI

KALAU ANDA PEMINAT SHAHEIZY SAM MESTI TENGOK NI. Dulu aku minat jugak dengan Shaheizy Sam lepas tengok drama Pa'e. Time dia tu dia muda remaja lagi. Zaman umur belasan tahun. Lakonan dia dalam drama tu betul2 menyentuh hati. Sedih sangat cerita tu sebab ending Pa'e Mati lemas dalam sungai. Sedih babak bapak dia pergi cari mayat anak dia yang hilang kat sungai. Bila jumpa.. Ya Allah.. sorok muka belakang bantal aku. Takut orang nampak ternangis katanya. Tu cerita zaman dia remaja.

Ni la Pa'e. Muka budak PMR katanya

Ni ada cerita baru pasal Shaheizy sam. Kalau korang betul2 peminat setia yang tak berbelah bagi apatah lagi curang mencurangi. Sentiasa support dia up & down. Tak kira even dia berlakon iklan pun korang tetap akan tonton. Tu baru betul2 peminat setia katanya.

Ni ada satu kisah online bertajuk Pelangi cinta gandingan Shaheizy Sam & Juliana Evan. Video cerita ni berdurasi 2.09 minit. Pada minit 1.50 sesuatu telah berlaku yang buat korang akan jadi.. kesian sangat. Nak tau apa yang berlaku dalam video Pelangi Cinta version Web ni meh tengok kat sini >> [WATCH] Pelangi Cinta: Episode 1 - Starring Shaheizy Sam and Juliana Evans <<

Shahiezy sam bagi aku seorang pelakon berbakat besar cuma sayang terlalu banyak filem agak bodoh dia berlakon buat talent dia tu nampak macam cheap cheap sangat. Hope Shaheizy lebih selected memilih watak lepas ni. Filem2 asal siap dengan watak nampak memperbodohkan diri tu tolak tepi pun takpe. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com