Showing posts with label Emma Ma'embong. Show all posts

AWAS! BAHAYA ANAK DARA TOLONG BELIKAN ALAT UJI KEHAMILAN (UPT)

AWAS! BAHAYA ANAK DARA TOLONG BELIKAN ALAT UJI KEHAMILAN (UPT). Zaman sekarang semua jadi bahaya walau hanya nak tolong orang belikan UPT. Alat untuk uji kehamilan di rumah. Bagi yang dah kahwin tu tak kisah la.. Orang tak heran dah kalau dia beli. Tapi kalau yang anak dara trang tang tang macam Emma Maembong pergi beli UPT memang jadi gosip hangat la. Orang sekarang memang la suka buat spekulasi sendiri. Kalau dia nak test kat diri dia sendiri confirm la dia rasa cuak nak beli. Status dia sebagai retis yang semua orang tahu dia belum berkahwin.. Semua orang kenal. Mustahil la kalau dia ada buat benda salah dia seberani tu secara terbuka nak pergi beli. Tak banyak, sikit pun mesti risau jadi kontroversi.


Sebab dia tak salah la.. Dia tak rasa apa2 bila tolong kakak dia beli UPT tu. Cuma mungkin dia tak sangka benda tu akan jadi isu dari orang2 yang suka buat spekulasi sendiri ni. kes emma maembong si salah anggap mengandung oleh pekerja farmasi masa dia nak beli UPT di hospital yang dia tengah shooting. Tanpa bagi peluang dia buat penjelasan terus di bawa si emma ni jumpa doktor. Bila jumpa doktor baru la budak emma boleh jelaskan UPT tu dia tolong belikan untuk kakak dia. katanya pekerja farmasi tu teruja sebab yang datang tu pelakon emma maembong yang gebu gebas. Teruja sampai tak dengar dia budak tu nak explain. Kelam kabut sangat dok rasa dia mengandung dah kenapa. Orang sekeliling dengar dah jadi lain pandangan dorang.

Sumber beautifulnara

Memang zaman sekarang yang tak ada isu pun boleh jadi isu besar. Nak2 lagi bab beli UPT ni. Makin hot kalau kita pergi beli dengan yang orang kenal kita. Boleh jadi fitnah yang maha besar. Jadi anak2 dara kat luar sana.. Bukan kata tak boleh tolong belikan UPT untuk orang yang nak test kehamilan tapi tu la.. Kita tak tau apa boleh berlaku dengan pertolongan kecil tu. Manusia ni menilai dengan mata kasar tapi malas nak siasat sebelum sebar.

Ini mungkin salah satu babak dalam lakonan yer.. Jangan gambar ni jadi fitnah pulak. hahaha

Moral of the story.. Anak dara memang tak sesuai la nak membeli belah benda2 macam tu sebab boleh jadi salah faham orang tak tau cerita.

SIM PILIHAN EMMA MAEMBONG,AYDA JEBAT & MIA SARA

Dah nama retis ni apa saja depa buat jadi perhatian. Apa depa tak suka & suka pun boleh jadi cerita. Semuanya ada Value.. Itulah kelebihan seorang artis. Setiap inci cerita mereka sentiasa ada orang nak tahu & jadi berharga pada mereka yang menulisnya. Yang konon tak suka cerita pasal retis dulu pun aku tengok ada jer update pada retis kat FB & blog. Biasa la bila ada harga & di bayar prinsip pun boleh berubah katanya... hehehehe

Pasal SIM pilihan 3 retis ni pun boleh jadi cerita. Entah apa yang best sangat MagicSim ni pun tak tau la sebab aku tak guna. Katanya 3 retis ni nak merasai sendiri keajaiban MagicSim ni. Apa yang ajaib sangat tu pun aku tak sure. Hahahahaha


Yang pasti kalau magic tak payah topup tetiba kredit sentiasa penuh, kuota internet guna sampai lebam pun tak abis abis & dapat full coverage walau dalam hutan amazon sekalipun.. Yang tu maybe orang rasa magic. hahahaha. Apa yang magic sangat retis pun mengakui keajaibannya hangpa tengok la sendiri kat sini. Tak berapa pandai pulak aku nak cerita.

Katanya MagicSim ni sampai jadi trending kat twitter... Amboi hebat sangat ke? Sejauh mana hebat & magic nya SIM ni better la korang tengok sendiri. Almaklum cerita yang di sampaikan dari mulut ke mulut ni kadang2 tak lengkap & banyak tokok tambahnya..hahahaha jadi sila la baca kat sini >> 4 Sebab Utama Emma Maembong, Ayda Jebat & Mia Sara Menggilai SIM Yang Dikatakan Magic Ini <<

Moral of the story.. jangan magic lepas topup tak sempat guna tetiba kredit habis sudah. Yang tu tipikal magic. Asyik hilang jer... hahahaha


MISTERI FATIMAH ROHANI ISMAIL JADI EMMA MA'EMBONG

Bila dah terjunam dalam dunia hiburan & bergelar retis nama pun kena bunyi ala western sikit kan. Tapi bukan semua retis yang suka convert nama melayu dia jadi western.. sesetengah retis masih membawa nama yang di beri mak bapak dia masa lahir, contoh macam Siti Nurhaliza. Berkat membawa nama pemberian mak ayah kot, Alhamdulillah dia berjaya dengan cemerlang, gemilang terbilang.

Sumber google

Rasanya ramai dah tahu nama sebenar Emma Maembong ni kan.. Aku je kot baru tahu bila terbaca status Bro Framestone kat FB. Maka aku google untuk info yang lebih sahih. Yelah nama dia memang Fatimah Rohani Binti Ismail.. Macam Bro Framestone jugak aku tertanya mana datangnya Maembong tu sedangkan nama bapak dia Ismail? Misteri nusantara jugak la bagi aku yang tak tahu ni kan... hehehehe

Maybe nama pena ayah dia kot.. Ayah dia kan seorang penulis tapi aku tak sure la aku tak pernah baca penulisan pakcik Ismail ni & aku pun tak pernah tahu dia ada nama pena lain ke tidak. Tapi Nama emma tu tak pelik sangat la.. maybe dari fatimah tu jadi emma kan.

Apapun Emma ke fatimah ke.. Semoga cinta budak sekolah yang dok main aucak.. kejab putus kejab sambung kejab tak pernah sambung tu lepas ni takde jadi kontroversi sangat la. Sangat bebudak kes nya. Erkk... tetiba masuk cerita gosip. kekekeke...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com