Showing posts with label cafe. Show all posts

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG

RAMAI ORANG ISLAM TERMAKAN SOSEJ BABI DI SEBUAH KAFE DALAM PASARAYA HOCK CHOON AMPANG. Terbaca satu perkongsian di blog beautifulnara pasal someone ni katanya terkejut cafe tu menghidangkan sosej daging babi kepada pelanggan muslim.. even yang bertudung pun dia bantai bagi makan babi jugak.. Sebelum tu nak bagitau ni bukan entri copy idea ni entri mengulas semula isu yang di bangkitkan.. Memang dah hobi aku suka mengulas isu2 semasa.. hope takde guna point ni nak kecam aku balik. hehehehe


Berbalik kisah pelanggan Melayu Islam yang di hidangkan menu sosej daging babi tu.. katanya pada suatu pagi someone pergi nak breakfast kat sebuah kedai bakeri dalam pasaraya Hock Choon di Ampang ni. Dia pun order la sejenis roti sosej.. Tapi kebetulan sosej habis..

Nak di jadikan cerita salah seorang pekerja kat situ warga Philippine terus pergi beli stok sosej yang habis. Terkejut la sipolan ni tengok sosej tu sosej daging babi.. Bila dia perasan ramai pelanggan beragama Islam yang banyak pesan menu yang sama tu even yang bertudung pun ada.. maka terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh. la Rupanya selama ni depa makan sosej daging babi..

So dia pergi la tanya tokei kedai tu seorang lelaki cina, lelaki tu dengan kerek jawab dia tak pernah suruh pun orang Islam datang makan tempat dia.. hangin la dia dengan jawapan tokei cina tu.. Aku rasa dia berani cakap macam tu sebab dia tak ada letak sebarang tanda halal atau sijil halal. Kalau ada mungkin boleh di dakwa.. sebab tak ada dia rasa rilex jer sebab dia rasa dia tak bersalah dalam hal orang melayu termakan sosej babi.

Yelah.. kalau tak ada sijil halal tu, restoran pulak pemilik dia bukan Islam.. pekerja pun terdiri di kalangan orang Islam.. pepaham sendiri la. Tak payah gigih jugak nak makan kat situ. Standard sangat ke makan kat cafe macam tu? Even dia tak mention ada babi pun.. Rasanya perlu was was sebab haram bukan hanya babi malah cara penyediaan & bahan2 lain yang di gunakan pun boleh jadi haram buat umat Islam.

Dalam hal ni aku rasa bukan pemilik cafe tu menipu pelanggan cuma dia tak peduli sapa nak makan kat tempat dia.. Bila orang order dia serve je menu yang pelanggan order. Yang ni pun agak kurang ajar jugak.. At Least mention la non-halal cafe macam kebanyakkan cafe yang buka dalam pasaraya buat. Dah kau tahu tempat kau ada serve benda2 tak halal untuk orang Islam. sebab dalam artikel kat beautifulnara tu aku baca ramai pelancong Arab & orang melayu yang makan kat situ.

Moral of the story.. banyak tempat yang ada sijil perakuan Halal JAKIM.. yang takde jugak kau gigih nak makan.. dah termakan babi sila muntah secara berjemaah yer. Nak makan steamboat pun kena jugak berhati hati.. Ni antara senarai restoran steamboat yang tidak halal walau pork free >> Senarai restoran steamboat di Lembah klang yang tidak halal <<

PERHATIAN! 8 PORT MAKAN NI ANDA MESTI TAHU

PERHATIAN! 8 PORT MAKAN NI ANDA MESTI TAHU. Orang perempuan bila keluar satu je masalah yang selalu terjadi.. Tak tahu nak makan kat mana. Lepas tu kalau pasangan dia suggest kat mana2 tempat makan mesti dia rasa macam 'not my taste' tapi bila di tanya kat mana dia rasa nak makan dia tak tahu & tak ada idea pulak nak bagi. Macam aku malas sungguh nak decide makan kat mana2.. Cuma kadang2 teringin nak makan something aku bagitau je kat asben aku & dia la akan cari kat mana ada makanan tu.


Antara Sebab aku malas nak point mana2 tempat adalah kerana aku tak tahu jalan & kelemahan aku susah nak ingat jalan berbanding suami aku. Pergi la ceruk mana pun macam expert je. Dulu first time nak balik kampung aku pun sama. Kalau tanya aku jalan.. Gamaknya tak pulang ke pangkal jalan la. Nasib baik la asben jenis mesra jalan.. Even tempat dia tak pernah pergi pun dia boleh redah & sampai jugak. Tu salah satu sebab aku malas nak decide makan kat mana mana.

Masalah orang perempuan lain aku tak tau la.. Adakah depa malas nak decide makan kat mana2 tu sebab depa pun macam aku tak tahu jalan atau sebenarnya depa sendiri pun tak tau nak makan kat mana atau nak makan apa. Susah bila lapar tapi tak tahu nak makan apa & nak makan kat mana alih2 orang yang tolong bawa pun naik fedup dengan kita.

Jadi yang selalu ada masalah tak tau nak makan apa & nak makan kat mana elok la 8 port makan ni >>8 Port Makan Unik Dan Berpatutan Yang Korang Mesti Cuba At Least Sekali Seumur Hidup! << Makan tengah sawah padi pun ada. Wow! macam best je. Nak2 hari ni hari minggu. Esok pun hari minggu lagi so ada change nak ajak try makan kat salah satu 8 port makan ni.

Jadi moga artikel yang den share ni boleh membantu korang buat keputusan nak makan kat mana nanti. Mana2 food hunting tu boleh la mula memburu destinasi makan yang best lepas ni.

RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES

RASA BERSALAH KALAU TAK BAGITAHU PENGGEMAR CHOCOLATE BROWNIES. Perempuan kebanyakkan suka yang manis2 macam chocolate apatah lagi chocolate Brownies ni. Aku ni sikit2 ok la.. Sebab aku pun bukan penggemar chocolate sangat. Sebab tu masa kontroversi tak halal Cadbury aku tak gigih sangat nak makan jugak chocolate tu sebab makan ke tidak tak bagi apa2 kesan pun kat aku. Almaklum la aku kan takut kena kencing manis.. hahahaha... Ye la sangat tu!


Tapi kencing manis bukan halangan pada penggemar manisan ni selagi katanya tak kena potong kaki. Kena terus makan makanan kesukaan sampai ke hujung kaki terakhirnya. Hahahaha... huhuhu bahaya akak2.. acik2.. adik2 Ooi.. Diabetes sekarang nak hinggap tak kira tua muda dah. Walaupun kita penggemar makanan manis macam chocolate brownies sekalipun ambil la secara berpada pada yer..

Tapi ni kalau aku tunjuk kat penggemar Chocalate Brownies ni gamaknya apa reaksi depa. Melopong? Ternganga? tergamam? Terkesima? teruja? terpengsan ke macam mana tak tau la. Mau histeria 5 minit gamaknya. Tapi kalau tak bagitau rasa bersalah pulak simpan sorang2. Almaklum la konsep aku sharing is caring katantnya. takpe hangpa tengok je la kat sini apa yang sampai histeria 5 minit pasal Chocolate Brownies ni >> Yang Wajib Penggemar Chocolate Brownies Tahu Kalau tak Mesti Menyesal <<

Apapun.. pada penggemar Chocolate Brownies lepas clik link kat atas tu bawa2 bersabar yer. Jangan sampai menangis tak berlagu pulak. Itu semua Ujian hidup katanya.. Semua tu nikmat dunia je. Ingat tu.. Makanan yang sedap selalunya tak berkhasiat jadi berpada pada la nak makan sekalipun. Peace Yo!

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK. Zaman media sosial sekarang tak perlu nak tunggu keluar surat khabar atau berita TV.. kadang2 kat paper & TV pun siar berita yang kita rasa dah basi sebab kita terlebih dahulu tahu berita tu melalui media sosial. Medium paling pantas menyebarkan cerita, berita, fitnah, provokasi, gosip & macam2 lagi la. Pendek kata dari sebaik baik perkara sampai la seburuk buruk nya semua ada kat media sosial.


Kalau tengok video rompakkan, samun, ragut dekat stesen minyak ni memang kadang2 ada yang sampai trauma tiap kali nak pergi isi minyak. Apatah lagi nak buat perkara lain kat stesen minyak. Rasa macam tak selamat. Rasa macam penjenayah sedang memerhati menunggu masa nak jadikan kita mangsa. Kalau muka orang jahat tu boleh nampak dari air muka senang la nak detect. Sebab kadang2 orang muka nampak macam jahat tapi sebenarnya tak jahat tapi yang muka nampak suci murni pulak tetiba dia la penyangak. Kita pun rasa tak tau nak percaya siapa.

Stesen minyak sekarang dah ada berbagai kemudahan. Tapi masih selamatkah kita untuk lakukan semua perkara ni >> 8 Perkara Kecemasan Yang Orang Malaysia Selesaikan Di Stesen Minyak << kat stesen minyak. Dalam surau pun ada penyamun inikan di luar surau & masjid. Orang sekarang dah tak kisah nak lakukan jenayah di mana mana saja walau dalam rumah Allah. Stesen minyak menyediakan kemudahan tapi tetap kita kena sentiasa berhati hati sebab stesen minyak adalah tempat terbuka yang boleh berlaku macam2 jenayah.

Di Malaysia sekarang tiada jaminan tempat tu betul betul selamat walau dalam rumah sendiri apatah lagi di luar rumah macam di stesen minyak atau kat mana mana. Jadi kita yang perlu ambil langkah keselamatan awal & sentiasa alert dengan persekitaran sebab kita tak tahu siapa bakal jadi mangsa jenayah seterusnya. Penyamun sekarang tahap perikemanusiaan dah ke level 0. Dia tak kira lelaki ke perempuan ke budak ke atau bayi sekalipun asal target dia ada apa dia nak dah cukup untuk dia tak rasa was was nak buat jenayah.

Sebab tu jangan la pakaikan anak2 kecil dengan barang kemas bila kat luar. Emas tu hilang takpe takut sekali dengan anak hilang menyesal tak sudah. Sentiasa simpan barang2 berharga di tempat tersorok. Jangan nak tayang2 sangat. Lepak2 kat cafe tu jangan la nak menunjuk sangat gadget2 mahal atas meja. Lepas guna simpan terus.

Moral of the story.. kadang2 kita sendiri yang mendedahkan diri kita kepada penjenayah. Jadi trend nak menunjuk2 di khalayak ramai dah tak berapa selamat nak di pratikkan,

BATMAN & SUPERMAN ADA CAFE DI MALAYSIA

BATMAN & SUPERMAN ADA CAFE DI MALAYSIA. Superhero pun gamaknya takde kerja menyelamat nak buat, income pun dah takde bila kurang kerja maka depa pun buka cafe la nak duit poket untuk sara hidup. Kalau batman & superman pun reti nak bekerja.. hangpa yang baru grade tu tak reti nak cari kerja. Belajar tinggi2 cuba kreatif sikit untuk cari sumber pendapatan macam batman & superman ni. Jangan nak harap dapat kerja gaji tinggi sampai ke langit jer.. Zaman ringgit jatuh.. nak demand sangat takut kau menganggur sampai tua.


Tapi cerita pasal cafe batman & superman Ni bukan lawak tapi betul.. Batman & Superman ada cafe kat Malaysia. Sungguh aku tak tipu.. aku pun tak tahu sebelum ni sampai la aku terbaca satu artikel. Tak caya korang tengok kat sini >> Batman & Superman Ada Cafe Di Malaysia << tengok menu2 dia. Memang rare katanya. Tengok apa rasa bila burger batman di gandingan dengan minuman superman. Gamaknya Jadi superbat la kot. hahahaha
.
Betul kan? Aku tak tipu kan? Dalam hidup ni orang yang kreatif je boleh pergi jauh sebab tu pentingnya amalkan makan kismis & makanan2 sunnah lain untuk cerdaskan otak. Supaya sentiasa boleh berfikir kepada perkara yang menguntungkan diri. Nak berniaga pun sekarang banyak saingan jadi kena ada kelainan baru orang rasa nak cuba.

Moral of the story.. Jatuh atau naik ringgit Malaysia.. Orang yang rajin, kreatif & sentiasa berusaha Insya Allah walau ekonomi teruk pun dia still boleh survive. Kalau orang malas harap orang suap jer... Bukan salah ringgit malaysia jatuh, kalau ringgit malaysia naik pun dia tetap kat level yang sama.

20 CAFE BARU HALAL & TIDAK HALAL YANG PERLU ANDA TAHU

Buat kaki kaki makan sekalian entri ni memang untuk korang yang suka bersegmen jalan jalan cari makan. Bukan apa.. kadang2 kita tak tahu yang mana restoran halal & tidak halal.. Ada orang yang jenis semborono jer makan bila ada mention pork free... Tak semua pork free tu halal yer. Haram bukan babi jer.. Banyak perkara lain yang boleh membuatkan jadi haram untuk kita makan.


Jadi untuk memudahkan korang aku nak share 20 cafe baru halal & non halal. Memudahkan kerja korang la.. Takkan tiap kali nak makan nak search kat directori halal JAKIM kan.. Banyak pulak kerja nak buat. Buatnya korang jenis macam aku memang takde mobile internet sebab aku tak suka online bila berjimbaraya di luar. Cukup la aku lenjan Streamyx kat rumah ni.. Kang jadi anti social pulak asyik melekat jer denga gadget. Takut anak pun rasa macam gadget tu anak mak dia bukan dia.. so berpada pada. hehehehe

Ops... terkonar baring pulak. Ok kita berbalik pada 20 cafe baru halal & non halal ni kalau korang nak tahu cafe mana yang tersenarai dalam 20 cafe baru ni meh la rerajin sikit baca kat sini >> 20 Cafe baru Halal & tidak Halal yang perlu anda tahu <<

Kalau dah baca bagus la.. So, jangan ada yang termakan kat cafe tak halal pulak. Info di hujung jari.. Malas dengan rajin je korang untuk cari. Moral of the story... Mencari yang halal itu fardu. Sekian makaseh! Peace Yo!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com