Showing posts with label Zain Saidin. Show all posts

2 PASANGAN RETIS NI MASING2 TAKNAK KALAH NAK TUNJUK GAMBAR CIUM MULUT

2 PASANGAN RETIS NI MASING2 TAKNAK KALAH NAK TUNJUK GAMBAR CIUM MULUT. Aku perasan dua pasangan retis ni depa macam bersaing sesama sendiri jer. Sebelum ni masing2 nak expose anak kat media sosial.. Kalau si nun tayang anak pakai cenggini.. Yang si nin pun tak nak kalah. Sorang anak dah menang anugerah.. sorang lagi belum. Sebelum ni ada kontroversi peminat dok compare anak sapa lagi comel.. Pun tacing si nun.. sebab anak si nin tu lagi comel.


Ni tengah dok hot & spicy pasal gambar romantik dua pasangan ni share gambar bercium mulut. Mula2 si nun buat.. lepas tu si nin pun nampaknya tak nak kalah. Maka2 dua2 jadi kontroversi maha hebat tapi yang dok bertekak peminat depa la. Macam biasa la kalau isu2 macam ni timbul.. confirm la ada komen backing kononnya.. Depa dah jadi laki bini. Tak salah nak comolot pun.. comolot (cium mulut) tu memang la tak salah kalau benda tu di buat kat tempat yang privacy & benda tu tak di share untuk tontonan umum. tak jadi halal semua perkara dengan hanya sah sebagai suami isteri. perkara2 macam tu memang tak boleh di buat atau menjadi tontonan umum walaupun dah jadi laki bini.

Nak komen lebih lebih pun diri tak sebaik mana.. Tapi apa yang salah tu tetap la salah takkan jadi betul walau apa alasan sekalipun. Yang betul tetap betul walau kau tak nak terima kenyataan sekalipun. Pada dua pasangan retis paling romantik dalam Malaysia ni... Sudah sudah la create kontroversi. Dah cukup popular kot hangpa. Dah cukup masyuk kot.. Tak campur lagi job2 anak hangpa dapat. tak cukup lagi ke sampai perlu nak mencetuskan kontroversi macam tu. Tak payah cakap la hangpa tak tau gambar macam tu boleh cetuskan kontroversi. Hangpa bukan retis malaysia pertama buat.. Takkan tak boleh ambil pengajaran dari retis2 yang pernah jadi kontroversi gambar cium mulut sebelum ni atau sememangnya hangpa nak benda tu jadi kontroversi tak tau la. Ni Malaysia kot majoriti penduduk dari kalangan orang melayu beragama Islam. tak payah cakap pasal agama dulu.. Dalam budaya & adat melayu pun perkara perkara macam tu memang bertentangan dengan amalan hidup orang melayu. Tak tau la kot2 depa lupa yang depa masih di tonton oleh orang melayu Islam di Malaysia. Yelah.. kot2 dok feeling peminat depa semua orang ostolia, merika, bagai tak tau la kan. hehehehe.

Moral of the story.. Orang yang suka create kontroversi & mengelabah macam 2 pasangan retis ni aku rasa boleh jugak guna cara ni untuk buat depa bertenang & boleh berfikir dengan baik sebelum ambil keputusan buat sesuatu >> Ni cara paling Berkesan Nak Buat orang tak tergagap2 bila bercakap. Boleh Jugak di gunakan untuk orang suka mengelabah << Try je la kot2 berkesan untuk 2 pasangan retis tu kan. Usaha tu penting katanya hahahaha.

BILA ARTIS SENTAP ANAK DI KATAKAN TAK SECOMEL ANAK ARTIS LAIN

BILA ARTIS SENTAP ANAK DI KATAKAN TAK SECOMEL ANAK ARTIS LAIN. kalau tak suami dia sentap pasal komen orang tentang anak depa, mesti bini dia. Kiranya pasangan suami isteri retis ni sejak ada anak tak habis2 dengan isu sentap pasal anak. Dah tau kau tu selebriti terkenal yang memang jenis tak tahan nak baca orang kutuk atau bandingkan anak kau dengan anak retis lain yang katanya lebih comel dari anak kau tak payah la nak tayang sangat anak kau kat media sosial.


 Sebab tu la Lisa Surihani & Yusri taknak membesarkan anak mereka sebagai selebriti macam dua pasangan retis ni buat. Yang sorang tu ok la.. Tak banyak sangat isu pasal anak dia. yelah.. anak dia comel macam anak mat saleh. yang sorang lagi ni dari dulu sampai sekarang tak habis2 isu pasal anak. Minta orang kesiankan anak depa.. padahal depa sebagai mak bapak nampak macam tak kesiankan anak sendiri je. Depa yang menjerumuskan anak depa dalam dunia yang akan menjadi penialian pada pandangan mata orang lain. Rasanya bukan sehari dua pasangan laki bini ni jadi retis kot.. takkan tak tau. Bila seseorang tu jadi public fugure memang akan terima dua benda ni. Tak pujian mesti kejian. So, bila anak depa pun depa public kan..  Memang akan terima benda yang sama walaupun masih budak kecik yang tak tahu apa apa.

Jangan harap semua manusia ni ada perikemanusiaan.. kalau semua manusia ada perikemanusiaan mesti tak ada kes penderaan. Sebab manusia ni ada macam2 jenis warna hati dia.. So, hangpa sebagai mak bapak la patut bijak buat pilihan untuk anak yang memang tak mampu nak buat keputusan sendiri lagi. Bila orang compare anak retis si nun lagi comel dari anak depa minta peminat jangan taksub bagai.

Aku pun tak suka spesis yang suka cari pasal dengan budak kecik yang tak reti apa2 ni.. Tapi tetap la apa yang berlaku pada pasangan retis yang manjang sentap pasal anak ni adalah salah depa sendiri. Depa yang tak kesiankan kat anak sendiri.. Guna anak untuk meraihkan populariti & publisiti. Bila anak jadi mangsa kutukan baru nak rasa betapa pedihnya hati.

Bagi aku kalau retis yang sayang & kesiankan anak.. Depa akan pilih cara yusri & lisa surihani. Orang kutuk anak.. rasa sakit sampai tembus ke tulang belakang beb! Aku pun tak boleh orang dok mengata anak aku bukan bukan.. seabad pun aku ingat. Tapi sebab aku bukan retis sapa nak peduli sangat pasal anak aku kan.. Lagipun aku tak berapa expose anak sangat kat media sosial. Ada tu ada la aku upload gambar dia.. tapi cerita anak aku bukan bahan utama untuk aku tulis kat blog walaupun aku bukan retis. Kalau aku tulis pun.. anak aku mustahil jadi se popular anak2 retis tu.. hehehe.

Moral of the story pada retis yang manjang sentap pasal komen orang kat anak depa tu.. hangpa patut rasa kesian kat anak hangpa dulu sebelum harap orang luar untuk simpati. Kalau kesian sila buat benda yang sepatutnya.. Kalau dah apa yang di buat sekarang lebih memberi keburukkan pada budak kecik yang tak berdosa walau sebesar zarah tu maka sila la fikirkan semula.



ZAIN SAIDIN JADI DUTA UBAT KUAT SEKS

Amboi tajuk kan.. Tak nak kalah tu. Tetap nak hot & spicy.. Bukan sekadar hot & spicy sememangnya isu nya benda tu. Bukan sekadar gimik semata mata hokay! Aku tak sekeji tu tau buat tajuk yang takde kena mengena dengan entri even tajuk2 entri aku memang majoriti hangat hangit bagai..

Sumber goggle

Alkisah pepagi dah ternampak post beautifulnara pasal ni.. Dia punya caption kat post Fb tu kemain lagi tau. Amboi. Nampaknya tiap-tiap malam adalah malam Jumaat bagi Che Ta dan Zain Saidin. Tahniah atas perlantikan Zain sebagai duta produk ubat kuat ini.


Gamaknya orang yang makan ubat kuat seks ni memang hari hari mau ke camna? Kalau camtu kategori melampau jugak la kesannya.. hahahaha.... Punya nak mengambarkan kuasa kuda yang ada dalam ubat tu kan. kalau formula tu di transfer untuk cipta kuat kerja pun bagus.. ye dak? hari2 mau kerja. kekekeke

Tak kisah lah apapun produk nak jual.. nak2 produk tenaga batin ni tapi hope iklan dia jangan keji sangat la. Cukup bagi tau keistimewaan produk tak perlu sangat la nak cerita testimoni dalam selimut sampai orang boleh bayang macam mana aksi atas ranjang. Sebab sekarang ni pengedar2 produk kekuatan dalaman ketat metat bagai ni.. macam dah takde kemaluan. Rilex akak abang.. sikit2 kias2 pun orang paham sebab yang guna produk tu orang dewasa bukan budak tadika, hokay. Jangan sampai orang lain tolong rasa malu dengan anda.


INILAH GAMBAR ANAK ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN

Ramai yang tak sabaq ni nak tengok rupa baby girl Che Ta & Zain saidin. Macam Barbie Doll ka? Almaklum la bapak pan asian.. Mak pun tak kurang lawa. Entah macam mana la gamaknya rupa anak depa kan? Semua dok bayang yang comel2 je la..

Ok.. meh la kita share sikit gambar gambar comel anak selebriti sensasi & kontroversi ni. Dari sebelum keluar perut lagi cerita pasai dia tak abis abis.. Maka inilah rupa wajah comel dari syurga..



Sumber Hlive Fanpage


Memang ada rupa pan asian jugak kan. Sumber beautifulnara

Apapun semoga dia membesar dengan akhlak yang comel seperti wajahnya. Welcome to the world wahai anak... Moga kehidupan mu di permudahkan

BABY OF THE YEAR CHE TA & ZAIN DAH SELAMAT KELUAR

Pasangan selebriti yang serba serbi jadi kontroversi.. Terbaru isu tajaan hospital dengan kelas mewah untuk Che ta bersalin. Akhirnya baby yang sejak dari dalam perut mak dia membawa rezeki melimpah ruah ni dah selamat melihat dunia, Alhamdulillah.


Lepas ni mesti beratooq la program ni program tu untuk si kecik yang glemer dari sejak dalam perut ni. Toksah la dok cakap bukan2 kat dia.. dia ahli syurga yang belum di cemari apa2 dosa & noda. Doakan si kecil tu menjadi insan yang berguna. Apapun tahniah che ta & zain.. Muka pan asian ka dak baby girl tu kena la tunggu tayangan eklusif. Ingat depa nak buat tayangan eklusif kat Instagram ka.. Mungkin tidak.



ARTIS TOLONG JANGAN ANGGAP PEMINAT NI LUBUK DUIT ANDA

semalam ada baca kat blog beautifulnara pasal kisah dua retis merpati sejoli jual biskut raya. Retis yang bernama Rozita Che Wan & Zain Saidin. Memang retis sekarang kebanyakkan meniaga menjelang ramadhan & musim raya kan?? Tak salah.. jual la selagi boleh jual. Tapi yang jadi pelik & kelakar juga rasa memalukan apabila.......


Tapi yang kelakar ni cara marketing depa.. Bukan la nak mengata di bulan ramadhan ni TAPI Barangsiapa membeli biskut raya zain saidin & che ta paling banyak akan dapat invitation ke majlis perkahwinan depa nanti. Memang rasa kelakar sangat cara dorang nak lariskan biskut raya dorang tu. Kalau ya pun nak untung lebih.. Guna la strategi lain yang lebih mulia & bijaksana.

Kalau nak untung sangat apakata che ta & zain buat je tiket untuk peminat attend wedding korang lepas tu jual. Mesti wedding of the year Uolls. Untung pun dapat. Boleh buat bajet pi honeymoon kat obersi. Amacam cadangan den ni che ta & zain?? Ok tak?? Konsep dia lebih kurang nak untung lebih jugak la.. kekekekeke

Wahai para retis kat luar sana.. kalau nak invite peminat ke wedding sebagai menghargai mereka menyokong anda selama ni tak payah la umpan depa supaya berabis untuk hangpa. Sepatutnya hangpa tu sesekali bagi la rewards sikit kat depa.. Ni nak ajak makan kenduri pun macam nak tengok konsert kena bayar mahal mahal. Nak lariskan peniagaan pun guna la cara yang tak memalukan diri sendiri sangat & nampak sangat nak pergunakan peminat untuk lariskan jualan. Jangan anggap yang bernama peminat ni ni macam lubuk duit korang sangat sampai nak jemput makan kenduri pun korang nak depa keluar modal dulu.



antara komen berkenaan isu che ta & zain saidin jual biskut raya


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com