D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG
D'HERBS TERLAJAK LARIS DI DAPATI BERSALAH KERANA MENGIKLAN PRODUK DENGAN AKUAN KESIHATAN YANG MENYALAHI UNDANG UNDANG. Semua orang tahu kot pemilik syarikat D'Herbs Ni adalah Dato Aliff Syukri Terlajak laris tu. Yang selalu mencetuskan kontroversi dengan perangai perangai tak semegah dia kat media sosial atau media elektronik. Pun macam tu walau nampak macam lemah lembut orangnya sangat kental sehingga mampu membuka sebuah empayarnya sendiri dengan jenama D'Herbs & tagline dia Terlajak Laris. Bagus dia buat tagline macam tu sebab kata2 tu kan satu doa. Bila orang sebut jadi la doa2 yang baik melariskan jualan produk dia. heheheeheTerbaca kat astro awani katanya Syarikat D'Herbs di denda RM11,000 oleh mahkamah majistret atas kesalahan mengiklankan kenyataan yang mempunyai akuan kesihatan yang bertentangan dengan akta makanan. Ada 2 produk dari syarikat D'herbs ni di saman..
Yang pertama produk Jus perawan Gold di mana dia menggukan kenyataan iklan 'Membantu meningkatkan sistem Imuniasasi. Di denda sebanyak RM5,000. Yang kedua Air Masyur dengan menggunakan kenyataan iklan membantu meningkatkan peredaran darah" dan "membantu melancarkan peredaran darah dan oksigen dalam badan kerana terdapat gingko biloba di dalam madu. Di denda sebanyak RM6,000.
Pengeluar produk kesihatan atau apa2 produk makanan ni sila ambil perhatian yer... tak boleh simply2 nak buat kenyataan iklan macam tu. Macam Dato Terlajak laris ni apalah sangat RM11,000 dia nak bayar katanya. Dia duit berkepok kepok.. kalau yang usahawan kecil baru nak menapak dalam dunia perniagaan tu please la penting untuk anda tahu garis panduan sebelum membuat sebarang kenyataan iklan.
Moral of the story.. Ambil je apa2 moral yang korang rasa baik. Ok bai... hahahaha