Showing posts with label cheese. Show all posts

MAKANAN JALANAN PENUH KEJU, BUAT ORANG RASA BERDOSA TAK CUBA

MAKANAN JALANAN PENUH KEJU, BUAT ORANG RASA BERDOSA TAK CUBA. Tu dia sampai berdosa bagai teruk jugak la. Apa sangat buat sampai makanan ber cheese ni jadi berdosa pada orang orang. Mana tak berdosa ja kalau sampai mengugat nafsu orang kan. Nak2 lagi nafsu orang tengah berdiet ni.. Memang satu dosa jugak la bagi mereka. Yelah rasa macam satu dosa je kalau tak beli makan. Tu la kot dia di gelar makanan paling pendosa yang ada di jalanan. Tapi kalau dah kau tinggal kat malaysia terpaksa kena hadap jugak la dugaan makanan yang di jual merata rata yang mampu buat kau berkembang mekar bagaikan sepohon pokok yang cukup baja. hahahaa


Sekarang ni semua nak upgrade makanan dengan letak cheese. Sampai makan nasi pun ada menu yang di campur cheese. tapi aku ada benda yang boleh terima kalau di campur dengan cheese & ada makanan yang aku rasa tak matching kat tekak aku kalau letak cheese. Macam pisang goreng cheese tu sampai sekarang aku tak pernah makan sebab aku rasa macam kombinasi yang meloyakan. Sebab pisang tu dah di goreng dalam minyak.. lepas tu letak pulak cheese. So, macam tak menepati selera aku je walau belum pernah rasa. Tapi nak buat macam mana tak ada keinginan nak cuba kan.. So, pisang goreng cheese memang tak berjaya la menaikkan nafsu serakah aku. hahahaha

Dulu aku tak suka kek keju @ cheese cake & pernah trauma sebab kena food poisoining masa pregnant 6 bulan lepas makan cheese cake. Lama jugak aku tak makan tapi sekarang jadi suka juga tapi bukan la selalu aku makan. Cuma kalau nak makan tekak aku dah boleh terima. Dulu aku tak minat sangat spaghetti cabonara sebab letak cheese tapi sekarang dah boleh terima. Pendek kata.. dulu memang tak suka sekarang cinta mula berputik dengan cheese je cuma masih bukan semua makanan ber cheese ni aku boleh terima.

Tapi.. yang ni aku tak tau samada aku boleh ke terima.. Makanan tempatan yang di upgrade letak cheese. Almaklum la zaman sekarang ni semua nak di hipster.. di western kan.. Maka bukan perkahwinan je campur. Makanan pun dah hadapi transformasi percampuran antara timur & barat.

AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED

AWAS! JANGAN BUANG MAKANAN NI WALAU DAH EXPIRED. Dah kenapa pulak tak boleh buang kalau dah sejenis makanan tu melepasi tarikh luput @ expired. Benda dah tak selamat di makan katanya.. still nak simpan jugak ke? Kan tarikh luput @ expired tu penentu samada makanan tu masih boleh di makan atau tak.


Ada la sebab kenapa tak boleh buang. Bukan semua makanan yang dah expired tu kita kena terus buang. Tak semua makanan yang dah expired tu merbahaya & tidak boleh di makan. Tu la orang Malaysia ni terlampau mewah dengan makanan.. Asal expired jer terus buang beli yang baru. Tengok negara2 yang mengalami kebuluran tu.. Dia tak tengok tarikh dah. Sampah pun depa makan.. sebab kalau tak makan depa akan mati kebuluran. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia yang masih cukup makan pakai ni Insaflah...

Membazir tu amalan syaitan jadi kita perlu belajar macam mana nak jadi umat yang tidak mengamalkan amalan amalan syaitan. So info ni aku rasa sangat berguna pada korang semua supaya korang tahu tak semua makanan yang dah expired tu tak selamat di makan. Ada  11 benda yang kalau expired pun boleh makan lagi. Insya Allah tak menyebabkan keracunan makanan ke hapa kalau di simpan dengan baik. Benda2 ni selalu ada kat rumah kita sebagai stok.. Kadang2 tak sempat nak makan, bila tengok dah expired jadi penting untuk korang tahu perkara ni. Kalau korang seorang yang peka terhadap penjimatan elok baca ni >> 11 Benda Yang Masih Boleh Di Makan Walau Dah Expired <<

Jadi lepas ni tak ada alasan terbuang makanan makanan tersebut sebab tak tahu masih boleh di makan walau dah melepasi tarikh luput. Ada jugak antara makanan yang tersenarai ni aku masih makan tanpa tengok expiry date dia. Sebab entah la aku confident jer selagi rasa & bau dia tak berubah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com