Showing posts with label bertunang. Show all posts

KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK

KERANA VIRAL PARA ISTERI DRIVER LORI MULA RIAK. Rasanya ramai dah baca screenshot seorang driver lori yang jadi viral. Alkisahnya abang lori ni bercinta dengan seorang perempuan yang mata duitan jugak la. Sebab abang ni driver lori & ada pegawai kastam katanya nak pinang dia.. Maka dia pun terpaksa memutuskan hubungan abang lori ni dengan alasan abang lori tak mampu nak sara hidup dia nanti. Lelaki yang nak kahwin dengan dia sekurang kurangnya kena ada gaji RM2K++ baru layak katanya.


Sekali abang lori tunjuk payslip gaji dia yang RM4K tu terus tanya bila nak meminang. Bila dah jadi viral ni maka orang mula buka mata la kat orang2 yang kerja sebagai driver lori. Kononnya pekerja mungkin la dengar macam tak high class tapi gaji lebih high dari pegawai katanya. Ok la.. benda tu jadi viral aku ambil dari sudut positif. Sentiasa ingatkan diri jangan hina apa2 pekerjaan halal orang lain. Tak kira la dia driver lori atau pengayuh beca sekalipun. Pengayuh beca pun kadang2 income lebih dari orang kerja dalam opis, duduk dalam aircon & pakai tali leher tau. Nak2 lagi tempat pelancongan. Macam tu jugak dengan driver teksi.. Area KL ni driver teksi ramai yang dari golongan educated & profesional. So jangan sesekali pandang rendah pada orang yang kerja sebagai 'Driver'.


Tapi yang tak best ada jugak aku nampak para bini driver lori pulak tetiba jadi riak semacam bila benda tu jadi viral. Tetiba melebih2 pulak rasa bangga depa sampai macam nak menunjuk pendapatan suami depa tu sebenarnya lebih banyak dari golongan2 yang bertali leher tu. Alahai.. kakak2 sekalian. Sungguh la income driver lori ni banyak.. Sebab viral tu orang mula pandang tinggi pada driver lori tapi awak awak semua tak payah jadi macam kaduk naik junjung sangat. Dulu sampai nak mengaku laki awak bawa lori pun tidak.. tetiba je hangpa dok canang pasal kerja laki hangpa yang berpendapatan tinggi sampai tak layak nak terima bantuan apa2 sebab kategori orang kaya la kot. hehehe

Apapun nama pekerjaan & berapa pun gaji yang dapat.. yang penting keberkatan. Tanpa keberkatan rezeki yang banyak pun sentiasa jadi tak cukup apatah lagi yang sikit. Ada orang boleh hidup selesa dengan gaji RM1500 sebulan.. ada orang tetap tak cukup budget walau gaji RM4000 sebulan. Sebab manusia ni ada satu sifat yang tak pernah puas. Lagi banyak dia dapat lagi banyak keinginan & permintaan dia. Dah la tak pandai handle kewangan.. lepas tu tak tau pulak macam mana cara nak memastikan nasib tu sentiasa baik. Memang la gaji sejuta setahun pun tak cukup.

Moral of the story.. Banyak tak perlu riak.. sikit tak perlu mengeluh. Yang penting usaha, doa & tawakal, Insya Allah banyak atau sikit nikmat tu kita akan rasa.

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL. Zaman budak budak semakin kreatif ni kita yang dah masuk zon makcik makcik pun jadi seriau dengan amalan amalan baru depa cipta. Nak2 lagi zaman media sosial yang mudah nak sebarkan sesuatu. Kalau yang tersebar tu baik.. maka baik la jadinya tapi bila yang tersebar tu bunyi macam islamik jer tapi sangat menyesatkannya cara tu yang bahaya.


Terjumpa satu post yang mula di viralkan seorang budak perempuan belasan tahun bagi petua hubungan kekal. Mula2 memang rasa nak gelak tapi bila terfikir sejenak bahaya jugak post dia ni. Boleh memesongkan rakan sebaya. Dari mana dia dapat petua sesat macam ni gamaknya. Mencampur adukkan yang betul dengan yang salah. Selawat tu bagus tapi bukan la di susuli dengan perbuatan yang salah macam mencium dahi awek. Nama pun awek confirm la tak ada hubungan yang sah & halal untuk bercium macam tu.

Tak tau la apa yang mendorong dia confident sangat post benda benda macam tu. Ni kalau mak dia baca confirm berbirat kaki kena sebat ke mak dia tak kisah tak tau la. Sebab mak bapak sekarang dah open minded katanya. Apadahal anak2 cium dahi dengan couple memasing.


Cuma tu la akak nak pesan pada hadik2 yang comel... Sebelum percaya ajaran2 atau amalan2 pelik yang di sampaikan oleh rakan sebaya sila rujuk ustazah dulu. Kalau dah budaya bercouple pun tidak di galakkan apatah lagi petua bercium dahi sambil selawat & niat. Umur muda takpe tapi jangan otak jadi terencat yer percaya benda2 mengarut macam tu.

Apa yang berlaku mungkin salah didikan jugak sebab tengok dari perwatakkan macam budak sangat minah ni. Sebab tu pentingnya kita tahu cara yang betul untuk membetulkan atau memberitahu sesuatu pada anak anak dari peringkat kanak kanak lagi untuk mendidik mereka cara berfikir dengan betul. Tapi jangan kata orang lain aku sendiri pun banyak buat salah bila bercakap dengan anak & aku yakin 100% semua kita memang buat kesilapan yang sama bila menjawab atau memberitahu sesuatu pada anak walau kita anggap cara kita selama ni dah betul.

Moral of the story.. Mungkin budak ni dapat petua mengarut dari kawan kawan dia sendiri & tak mustahil dia sendiri yang ciptakan petua tu berdasarkan logik akal dia sendiri. yelah.. maybe dia fikir kalau niat yang baik di sertakan dengan bacaan selawat tu Allah perkenaankan hajat mereka kot untuk kekal couple. Yelah.. boring2 tak tau nak buat apa mula la dia mengarut bukan bukan.

BERSANDING MASA BERTUNANG

Ni salah satu budaya baru yang tercipta dalam masyarakat melayu/Islam sekarang dalam kita sedar & tidak. Sekali lagi Isu panas ni di bangkitkan kat blog Lekat lekit pasti ada punggung2 yang mula panas & jari - jari yang dulu menaip manja akan menjadi ganas. Tak kisah la.. Tapi tetap sang lekit nak kopek isu ni dengan pendapat & pandangan peribadi melekit.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Kalau dulunya Sang Teruna jarang nak datang atau bertandang kerumah pihak perempuan semasa istiadat bertunang di langsungkan. Dorang hanya hanya menunggu dengan penuh debaran kat rumah jer. Di terima ke? Di Tolak ke? Hantaran murah ker? Mahal ker? Pendek kata dorang hanya main teka silang kata atau teka teki je kat rumah sementara menanti rombongan meminang pulang untuk tahu keputusan dari perjumpaan tu. Betul tak??

Tapi tidak lagi berlaku di masa sekarang. Kebanyakkan Sang Teruna akan ikut serta dalam operasi menyerbu kerumah pihak perempuan untuk sesi peminangan di jalankan. Siap berpakaian sedondon lagi dengan Si Gadis. Ala - ala orang nak nikah & bersanding pula. Lepas sah jer bertunang mula la acara mengambil gambar didepan keluarga kedua belah pihak. Berkepit mengalahkan sesi bergambar suami isteri yang baru sah di nikahkan jer. Lepas tu ada lagi satu sesi potong kek. Tangan mu tangan ku bersatu kat pisau.. Senyum.. action nak potong kek & snap!

Bertunang, bernikah & bersanding dah takde beza lagi sekarang ni. Mungkin beza halal dengan tak halal jer kan?? Tapi aktiviti yang di jalankan kalau dulu bertunang takde sesi2 bergambar ala2 bersanding, potong kek berdua duaan macam tu tapi kini adat & budaya itu telah di upgrade. Sang Lekit tak cakap salah atau tak salah. Terpulang pada individu itu sendiri untuk melabelkan manis atau tak atau nak ikut adat lama atau budaya baru cuma sang lekit nak tekankan disini dengan munculnya budaya baru macam ni maka makin hilanglah adat yang atuk nenek, mak bapak kita pegang selama ni. Bab hukum hakam ni kita serah kepada yang lebih pakar jer yer.. Ilmu sang lekit ni terlalu cetek nak cakap bab2 tu kang jadi pertikaian pula.

Entri ni sekadara kupasan untuk pembacaan & perbincangan secara umum jer. Sekadar ingat mengingati diri sendiri & sesama kita. Apa yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Biarpun pepatah ni pepatah lapuk tapi rasanya masih relevan untuk di guna pakai.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger yer. Andaikata tempias ni terkena kat batang hidung sesiapa anggap la entri ni cuma kebetulan bukan nak mengaibkan korang. Apapun tersilap kata, terkasar bahasa sang lekit dengan rendah diri mohon maaf.

P/s : Korang juga boleh terjah ke blog Good Morning, Teacher sebab yang turut mengopek isu ni.

NAK BERTUNANG SAMPAI TERPAKSA MINTA WANG TEBUSAN

Duit ni buat manusia hilang akal kadang - kadang. Biarpun bertunang cuma salah satu adat tapi mungkin kerana ketegasan dari pihak perempuan yang tak nak skip adat bertunang ni buat seorang lelaki terpaksa mencari helah untuk mendapatkan wang bagi kegunaan perbelanjaan untuk bertunang dengan kekasih hati.

Alkisahnya seorang pemuda memperdayakan bakal tunangnya, mendakwa kononnya beliau di culik & penculik meminta wang tebusan sebanyak RM42K & kereta milik bakal tunangnya. Si gadis yang mengelabah ni nasib baik la masih waras & membuat laporan polis sehingga terbongkar la rahsia bahawa penculikan ni cuma satu sandiwara dari lelaki yang bakal bertunang dengannya tahun ni.

Sebab nak bertunang punya pasal dah jadi kes jenayah.. Kalau di sabitkan kesalahan bakal di kenakan hukuman hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan. Berbaloi ke? Kenapa agaknya lelaki ni sampai bertindak sedemikian rupa kalaupun kesempitan wang untuk perbelajaan pertunangan tu?? Kenapa sampai tidak boleh di bawa berbincang? Mungkin juga desakan dari pihak perempuan & cinta yang mendalam sang arjuna pada si gadis?

Bertunang bukan lah perkara wajib dalam Islam.. Kenapa perlu diadakan juga kalau dah tak mampu. Buat la sekadar yang mampu. Zaman sekarang bukan zaman dulu - dulu yang melalui proses perkenalan dari peringkat merisik, bertunang & seterusnya bernikah. Sekarang kebanyakkan berkahwin atas dasar cinta. Kalau tak bercinta pun sebelum bertunang atau berkahwin kebanyakkan akan mengenali pasangan masing - masing terlebih dahulu, Kan?? So, adat2 macam tu sebenarnya untuk proses perkenalan sebelum berkahwin jer. Kalau memang dah kenal bertahun - tahun, rasanya kalau tak mampu untuk ikut adat langsungkan yang wajib pun dah cukup. Jimat la sikit. Lain la bagi yang berkemampuan & berkehendak nak buat.

Jangan la anggap sang lekit bagi pandangan macam ni sebab sang lekit tak pernah bertunang terus berkahwin.. Bukan la sang lekit tidak menyokong adat di teruskan tapi kalau sampai memudaratkan perlu ke kita junjung adat tu lagi?? Ikut la adat yang tidak membebankan.

Rujukan : Sinar Harian

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com