Showing posts with label perempuan. Show all posts

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA

PERKARA NI PONDAN TAKKAN MAMPU BUAT UNTUK JADI SEORANG WANITA. Melihat seorang usahawan kosmetik transgender ni gigih untuk menyakinkan masyarakat bahawa dia seorang wanita yang di lahirkan sebagai khunsa kadang kadang nak tergelak. Bukan apa.. dah terang terang orang tahu kot jantina dia.. Gigih lahai dia nak juga orang percaya dia tu seorang perempuan. Tak cukup dia heret mak bapak dia untuk sama sama menyakinkan orang awam bahawa dia perempuan.. Dia create macam macam isu untuk membuktikan dia perempuan.


Tapi tak tahu la perbuatan dia samada dia nak orang percaya dia perempuan atau sekadar mencipta kontroversi untuk menaikkan nama dia sekaligus memberi benefit kepada produk jenama dia. Sebab kebanyakan usahawa kosmetik melayu perangai macam tu terutama yang dah menjadi satu brand yang di kenali walau kualiti produk hurmm... so so je. Kadang2 some pah jugak. Cara mereka menaikkan jualan dengan guna marketing murahan macam ni la. Buat isu yang boleh jadi kontroversi.. ramai media akan tulis so secara tak langsung mereka dapat benefit even dengan publisiti murahan.

Berbalik isu dok buktikan diri dia tu perempuan dengan cara tunjuk tuala wanita yang konon dia guna.. hello bang!! Perempuan tulen takde masa nak up benda benda macam tu. Kami rilex je kot kalau datang bulan. Tak ada sampai nak bagitau orang dengan up gambar tuala wanita. Sebab perempuan tulen ni.. secara mata kasar pun boleh nampak keasliannya. Yang tiruan.. kau buat la apapun kau takkan nampak seperti yang asli. Kau kekal nampak tiruan. Sebab Allah ni sebaik baik pencipta. Even kau tiru macam mana sekalipun gaya perempuan setakat ni tak ada pondan berjaya menjadikan diri dia 100% seorang perempuan. Tak payah ambil contoh lain.. lenggok suara pun dah cukup. Lenggok suara perempuan dengan pondan kau buat macam mana pun takkan sama. Tetap yang pondan bunyi pondanya.. Tak ada cara kau boleh buat untuk ubah tone suara kau walau kau boleh tukar jantina sekalipun.

Selain tu of course la dia tukar jantina sekalipun.. suntik hormon & besarkan payudara dia takkan mampu untuk mengandung & lahirkan anak. Tak ada teknologi yang boleh pindahkan rahim seorang wanita masuk ke dalam badan pondan untuk membolehkan dia menjalani hidup 100% macam perempuan tulen. Boleh mengandung, beranak & menysusukan anak. Apatah lagi membuatkan diri kau datang period. setakat siram sirap ros atas pad lepas tu upload kat social media cakap kau datang bulan boleh la. Setakat boleh ambil anak angkat & claim sebagai mama walau hakikatnya kau jantan nyah!

Tu hebatnya Allah.. Dia menjadikan lelaki & perempuan berbeza . walau macam mana sekalipun.. walau kau berusaha untuk mengubah ciptaan asalnya tetap takkan berjaya. Kau potong kemaluan & tukar kepada kemaluan jantina yang kau nak sekalipun kau takkan dapat ciri ciri perempuan yang Allah jadikan sejak azali. So tak payah try hard sangat bak kata orang sekarang ni.

Yer memang ada lelaki jenis lembut bukan pondan.. dia hidup seperti fitrahnya lelaki. Berpasangan dengan perempuan cuma sifat kelakian dia nampak berbeza sikit tapi at least dia menjadi seperti apa yang di jadikan. Dia tunai tanggungjawab seorang lelaki & dia hidup seperti seorang lelaki walau perwatakan dia agak lembut. Bukan hina atau dosa di lahirkan dengan perwatakan lembut ni.. Tapi jika memilih hidup dengan cara songsang itu yang nampak hina sebenarnya.

Moral of the story... Orang islam percaya tiada kuasa yang boleh melawan kuasa Allah & tidak yang lebih hebat selain Allah. Apa yang berlaku ni sebenarnya kalau kita renungkan balik.. Allah sedang menunjukkan kehebatannya dimana seorang lelaki yang berusaha menjadikan diri dia seorang perempuan dengan macam macam cara.. Tapi keluar suara jer kantoi. Nampak simple tapi tak ada pondan berjaya bercakap dengan lenggok suara perempuan asli. Majoriti lenggok pondan je. Allahuakbar.. Itulah kebesaran Allah yang kadang kadang kita tak perasan.

LAGI SEBULAN KITA AKAN TAHU JANTINA SAJAT

LAGI SEBULAN KITA AKAN TAHU JANTINA SAJAT. Amboi.. lekatlekit ni hari ahad mula nak memelodikan diri dengan gosip2 & kontroversi yang melibatkan individu terkenal. Lahai.. Lama dah tak cuit cuit manja orang2 popular ni kan. Apa salahnya sekali sekala bagi publisiti kat depa..


Rasanya isu ni dah lama jadi pertikaian.. pendebatan & tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Jantina sajat memang dah jadi macam masalah besar kat Malaysia ni... Walaupun kita sedia maklum la dia yang macam mana tapi dia sekeras kerasnya menafikan & mengakui dia seorang wanita. Kita pun tak boleh nak buat apa apa sebab takde sapa pernah tengok alat sulit dia kan.. Yang bertebaran cuma spekulasi spekulasi tanpa bukti.

Baru baru ni sajat di jemput dengan cara terhormat oleh pihak JAKIM untuk berbincang berkenaan isu yang sedang hangat di perkatakan di media sosial. Pagi ni terbaca kat blog ROTIKAYA katanya JAKIM akan umumkan jantina sajat dalam masa sebulan lagi..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa kini mereka dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik tersebut.
Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, penjelasan itu dibuat bagi menjawab persoalan masyarakat susulan pertemuan bersama Sajat dan ibu bapa usahawan itu.
“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya melalui Facebook baru-baru ini. - Sumber ROTIKAYA

Nampak rumit sungguh yer masalah jantina sajat ni.. Kita kalau baru lahir tak sampai sehari pun doktor nak sahkan jantina. Kalau yang Khunsa tu takde la sampai akil baligh nak tentukan jantina dia kearah mana.. Tapi dalam isu sajat ni nampak jantina sajat agak complicated sikit. Maybe kejadiannya ni agak rare.. Satu dalam sejuta kelahiran di Malaysia. So perlu ambil masa sikit nak sahkan jantina. Harap semua dapat bersangka baik yer.. tak payah nak stress stress sangat pasal jantina sajat. Tahu la JAKIM buat kerja nanti hehehe

Takpe la kan.. Biarlah mereka yang berwajib je buat kerja mereka. Kita tunggu la sebulan lagi JAKIM umumkan apa jantina sajat. Yang mana tak sabar nak tahu Sajat lelaki ke perempuan umpama menunggu pengumuman raya tu sabaq na.. Tak lari jantina sajat di kejar. Kat situ & tetap ada benda yang sama juga. Melainkan kalau dah 'tetttttttt" la hehehehehe

Moral of the story... Yang baik tentang dia kita ambil sebagai panduan yang buruk jadikan teladan. Manusia tidak sempurna sebab tu di jadikan untuk saling ingat mengingati.

Untuk sajat Anggaplah yang concern pasal U tu semua orang yang sayangkan U ok.. Peace!

BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK

BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK. Wah.. mesti ada pihak yang akan cakap.. Ada mood lagi minah ni nak hapdet blog bagai kan? Blog kan dunia ku.. Mesti la bagi komitmen. Jangan risau yer pihak **tet** tu. Buat la apa yang anda suka terhadap saya.. Saya takde duit saya cuma ada Allah. Perjalanan hidup saya memang Allah dah tulis.. Selepas berusaha kita hanya perlu tawakal & berdoa sahaja. Insya Allah.. Ada hikmah di masa akan datang. Jadi hari ni meh la membaca kisah seorang suami yang mencari penyelesaian bila bini dia mengidam nak naik UFO.


Ni bukan benda lawak ok.. Serius bini dia ni mengidam nak naik UFO. Mula2 laki dia ingat sesaja je bini dia bergurau tapi sampai touching sebab kena gelak bila dia cakap nak naik UFO & asyik cakap permintaan yang sama. Dari rasa lawak, laki dia pun mula rasa stress jugak. Kalau nak naik helikopter ke.. naik jetski ke hapa boleh la di usahakan. Ni nak naik UFO.. kapal angkasa yang selalu ada dalam filem2 Alien tu. Mana nak cari Nak Ooi.. Kena cari Aziz M. Osman kot2 dia simpan lagi UFO dalam filem Senario X dulu tu gamaknya hahahaha.

Pelik sungguh kan penangan orang mengidam ni.. Yang bukan bukan je dia nak. Dulu sepupu asben aku bini dia mengidam nak motor pink masa pregnant. Nasib baik la motor pink je kan. Takde la susah nak adakan.. Kalau dia minta UFO pink rasa bukan dia yang terberanak.. laki dia yang terberak. hahahahaa

Bila si bini ni asyik minta nak naik UFO sampai laki dia pening kepala tak tau nak penuhi hayat orang mengidam ni macam mana.. Dia tanya mak dia macam mana nak buat bini dia asyik minta nak naik UFO siap buat ayat kesian.. katanya kalau dia mati masa beranak tak kesian ke tak tercapai hajat nak naik UFO.. Nak tau apa mak laki ni suggest & apa laki ni buat untuk penuhi permintaan mengidam ibu mengandung.. Nak tau hangpa baca sendiri kat bawah ni kisah dia...


Ambil kau naik UFO kat tesco guna token. Tebalkan je la muka katanya demi isteri tercinta. Apadahal.. Malu sekejab je kan dari nak hadap cerita sedih bini yang tak dapat naik UFO hari hari. Biar la dia puaskan hati dia naik UFO. hahahaha

Nasib baik la dapat laki rajin melayan mengidam hangpa wei! Dapat laki yang malas nak layan permintaan pelik pelik tak masuk akal sampai beranak la makan hati gamaknya. Sebenarnya mengidam ni boleh control. Dia cuma perasaan jer bukan sebab apa2 pun. Berdoa la kita orang perempuan ni masa mengandung tak ada nak mengidam benda bukan bukan.. Insya Allah.. Allah permudahkan sepanjang kehamilan kita tu nanti.

Moral of the story.. Pada lelaki yang bakal jadi suami salah satu perkara yang hangpa kena bersedia hadapi adalah perkara perkara macam ni. Jangan ingat benda ni remeh.. Sebab memang mencabar emosi & kesabaran ok! Orang mengandung bila dia nak sesuatu dia akan sentiasa minta sampai dia dapat. hehehehe

INI SEBAB VIDEO PENGANTIN PEREMPUAN NYANYI DI HARI PERSANDINGAN JADI VIRAL

INI SEBAB VIDEO PENGANTIN PEREMPUAN NYANYI DI HARI PERSANDINGAN JADI VIRAL. Jodoh tu orang kata rahsia Allah.. Kita takkan tahu siapa jodoh kita selagi jodoh tu tak sampai. Kita merancang jodoh kita tapi Allah yang memutuskan siapa jodoh kita. Memang kita boleh tulis ciri2 pasangan idaman kita tapi tak mustahil jodoh yang kita dapat tak semua memenuhi ciri yang kita mahukan..


Tadi tertengok Blogger cantik manis Namee Roslan share satu video nyanyian seorang pengantin perempuan kepada suaminya di hari persandingan mereka. Subahanallah.. suara dia memang sedap. Sampai ke hati feel sweet like kencing manis tu.. Nak2 lagi dia nyanyi lagu Ruth Sahanaya.. Kaulah segalanya. Lagu evergreen tu.. Antara lagu kegemaran aku jugak. Lagu tu pun dah memang romantik bangat katanya.. Di tambah la dengan kemantapan vokal orang yang bawa lagu tu.. Boleh terawang sampai langit ke tujuh.Tetiba je rindu laki sendiri ok hahaha.. Nasib baik laki sendiri kan? Kalau terindu laki si pengantin tu haru biru unggu kelabu jugak jadinya.. Jadi tak pelik la kenapa video tu jadi viral. Sebab.. suara dia memang betul2 menusuk hingga ke kelambu ok! Tak caya korang dengar sendiri kat video di bawah ni...

Boleh tonton video pengantin perempuan tu nyanyi kat sini

Walaupun orang kata tengok size badan pasangan tu sangat berbeza.. Mungkin ada yang terfikir  mungkin perempuan tu kaya sebab tu laki tu kawen dengan dia bla.. bla.. bla.. Tak semestinya jugak. Lelaki yang elok size badanya.. Pilih perempuan berbadan besar sebagai pasangan hidup tak semua kerana harta perempuan tu ada. Dulu aku ada kawan yang dia memang lebih tertarik dengan perempuan yang berbadan besar.. Tu yang cantik & menarik pada pandangan mata dia. Badan sekeping macam model memang dia tak terliur langsung.

Tu la kan.. cantik pada setiap mata orang tak sama. Mungkin bukan sebab rupa atau fizikal mahupun material.. Tapi ketulusan seseorang menerima diri kita seadanya.. Sanggup bersama masa susah & senang pun boleh jadi salah satu faktor kita nampak seseorang tu memilih pasangan yang pada pandangan mata orang lain mereka macam tak sepadan.

Tapi kan.. Serius.. terlentok jugak ok aku dengar pengantin perempuan ni nyanyi. Feel sampai ke tulang sumsum katanya. Alahainya sweet.. Hope sweet mereka berdua ni sampai ke jannah la.  Gemuk boleh kurus..yang tak cantik boleh cantik. Guna je benda Alah ni.. Namee Roslan pun pakai ok >> Ini Rahsia 4 Wanita Malaysia kelihatan Muda & cantik.. Termasuk Namee Roslan << Jadi tiada apa yang tak boleh di ubah kalau setakat gemuk atau tak cantik ni kan.. Even hati yang buruk pun boleh di ubah jadi baik kalau kita pandai mendidik. kekekeke

Moral of the story.. Cinta memang buta sebab kadang2 orang tak melihat dari pandangan mata kasar tapi melihat dari pandangan mata hati.

PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI

PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI. Kat sini sapa yang lahir antara tahun 1990 - 1996? Jangan tanya aku genarasi lahir tahun 2000an katanya.. So tak layak ok! hahahahaha. Ok.. ok.. Sorry kalau statement tak sedar diri tu melakukan hati anda. hehehehe
 Atau mereka yang melakukan hubungan sejenis. Macam mana hubungan sejenis tu?? Tu pun tak tau.. yang perempuan dengan perempuan di panggil lesbian. Yang lelaki dengan lelaki di pangil homeseksual atau gay... Ni pun penting untuk spesis macam tu selain perempuan yang lahir pada tahun 1990 - 1996.


Sekarang ni Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - (LPPKN) mengumumkan tentang program vaksinasi HPV boleh di dapati atau di ambil mereka2 (perempuan) yang lahir sekitar tahun 1990 - 1996 yang belum berkahwin, warganegara malaysia atau mendapat taraf penduduk tetap boleh mendaftar untuk program ni.

Untuk layak untuk program ini, anda akan perlu memenuhi kriteria berikut:

1. Dilahirkan pada tahun 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996;
2. Tidak berkahwin / belum pernah berkahwin sebelum ini
3. Tidak mengandung atau mempunyai alahan yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Bagi korang yang tak tahu kenapa perlu mengambil vaksin HPV ni.. Ia bertujuan melindungi lelaki & wanita dari mengidap penyakit kanser di sebabkan jangkitan HPV yang berisiko tinggi seperti

1. Kanser serviks - hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh HPV;
2. kanser dubur - kira-kira 95% daripada kanser dubur adalah disebabkan oleh HPV
3. kanser Oropharyngeal iaitu kanser bahagian tengah kerongkong, termasuk lelangit lembut, pangkal lidah, tonsil; kira-kira 70% adalah disebabkan oleh HPV.

HPV juga menyebabkan kanser lain seperti kanser faraj (65% adalah disebabkan oleh HPV), kanser vulvar (50%), dan 35% daripada kanser zakar.

Kenapa penting mengambil Vaksin ni?? Ini sebab ramai orang tidak tahu mereka telah di jangkiti sebab tiada tanda atau gelaja yang menunjukkan mereka terkena jangkitan tersebut sebab 9 daripada 10 orang yang di jangkiti.. hilang dengan sendiri dalam tempoh 2 tahun.

Bukan je wanita perlu ambil malah kaum lelaki juga di syorkan mengambil vaksin HPV ni. Ok! So kaum lelaki jangan seronok sangat anda pun berisiko di jangkiti.

Jadi vaksin HPV ni sangat penting. Untuk maklumat lanjut macam mana nak sertai program Vaksinasi HPV atau Yang lahir sebelum tahun 1990an pun boleh dapatkan vaksin ni jugak. Nak tahu caranya boleh tengok kat sini >> Perhatian Pada Mereka Yang Lahir Pada Tahun 1990 - 1996, Anda Perlu Dapatkan Vaksin ini <<

Ni untuk mereka2 yang bukan dari golongan anti-vaksin la. Yang anti-vaksin mungkin mereka ada cara tersendiri mencegah penyakit tersebut. Apapun cara anda.. Kena ingat cegah itu lebih baik dari merawati. Selagi cara yang di gunakan tidak berisiko & bercanggah dengan tuntutan agama.. Tak salah pun nak mencuba.

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL. Perempuan & kecantikkan memang tak dapat di pisahkan walau ada jugak perempuan yang tak kisah pasal makeup, skincare bagai.. Tapi tipu la kalau dia taknak cantik. Cuma beza samada rajin nak membelai muka atau tak je kan.. Macam aku bab ni memang kategori tipikal perempuan la.. Aku suka nampak cantik & aku juga nak jadi cantik.
Maybelline Fashion Brow Cream Pencil, black color

Aku kategori yang memang suka makeup.. Jadi tak pelik kalau aku review produk kosmetik. Ahad lepas sempat singgah guardian. Macam biasa la.. Kalau menyinggah tu memang jarang keluar tanpa hasil tangkapan even masuk tu sebenarnya nak cari syampoo je kan. Terrrrrrr.. ambil la Maybelline fashion Brow cream pencil, black color. Sebab eyebrow pencil aku yang hitam tu nampak macam tak berapa best je nak guna. So, cari yang creamy sikit supaya senang nak melukis & mewarna kening.

Harus la esok hari tu terus cuba ok!! Sambil mengasah bakat membentuk & melukis kening. Aku pun bab conteng2 kening ni masih level amatur. Nak2 jenis kening serabut macam semak samun ni memang perlukan kesabaran & ketelitian untuk di bentuk tanpa perlu mencukur kening. Tapi sebab aku ni memang gigih belajar setiap hari.. Rasa macam lembut sikit jari jemari aku nak membentuk kening guna eyebrow pencil sekarang ni. Tu nampak dah skill MUA katanya hahahaha... (sila muntah).

Dengan Maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni.. Sebab jenis cream so lembut sangat. Warna dia pun kita calit2 dengan tekanan sederhana pun dah boleh melekat. Warna dia pun natural.. Ok suka. Yelah.. Hitam warna semulajadi bulu kening kan.. Kau selama ni dok conteng kening dengan dark brown feelling anak mat saleh kena sapu arang tu.. Memang la tak nampak natural warna kening cuma takde nampak janggal sebab benda tu ramai yang buat. Still masih cantik katanya. hahahaha

Dah test ok! Tak berketul2 eyebrow pencil dia bila kita apply kat kening. Kalau orang expert bab2 makeup ni mungkin hasil dia lebih cantik la kot.. hehehehe

Kita boleh sapu lite2 (nipis) kalau tak nak kening tu terang benderang sampai boleh nampak kening je dari jarak jauh.. Atau nak nampak garang macam ahli sihir boleh je tebalkan & pekatkan warna dia. Bergantung macam mana yang anda rasa nampak cantik la. Macam aku memang suka yang tak terang sangat & tak terlalu nipis warna ni. At least nampak kening tu dah cukup.. Jangan tak nampak langsung nanti kena tangkap masuk dalam sangkar pulak. Yelah orang ingat burung hantu ke hapa takde kening kan. hehehehee

Selain memberi hasil yang memuaskan.. Ni paling penting. Walaupun maybelline katanya harga tak la menjuling biji mata sangat nak membayar. Kat guardian aku beli cuma RM8.40 je Uolls... Rasanya yang fake lagi mahal selalunya fake cosmetic ni eyebrow ke eyeliner RM10 kan. Buat apa beli fake.. Beli ke original jenama maybelline ni tak sampai RM10. Tidak berisiko pada kulit anda.

Sapa kata cosmetic ni mahal sangat sampai kena skip sebab nak jimat perbelanjaan. Yelah.. sekarang ni zaman ekonomi macam musim hujan.. Turun je tak naik naik katanya.  Sebenarnya kita masih boleh mencantikkan diri dengan membeli kosmetik yang harga mampu milik.. kita ada pilihan samada nak beli yang harga lebih murah & kualiti dia baik. Kalau level2 amatur tu kau pakai yang murah2 dulu sudah... hehehehe

Jadi pelukis pelukis kening sekalian.. Kalau berminat nak cuba maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni memang aku rekemen jugak la. Harga murah tapi hasil & kualiti dia memuaskan. Selamat mencuba hehehehe

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID. Satu benda yang aku memang tak boleh hadam kalau ada manusia yang buat adalah perkara - perkara macam ni. Tak kira la kau bukan muslim.. bangsa apa sekalipun. Darah haid tu kotor & kadang2 ada bau hanyir bagi sesetengah orang. Kita pun takkan simpan bekas darah haid apatah lagi nak gunakan dia sebagai pewarna untuk menghasilkan satu seni kemudian di simpan sebagai kenang kenangan. Bukan tu je siap tayang kat satu dunia. Bagi aku darah haid pun satu aib jugak. Memang tak lah nak tayang2 kat orang. Orang barat tak tau la.. Depa terlebih open sampai telanjang bulat pun depa rasa biasa kan.


Darah haid ni pun salah satu makanan jin jugak ok. Sebab tu wanita yang sudah akil baligh kalau ikut cara orang Islam memang sebelum buang tuala wanita yang ada kesan darah haid kita perlu mencuci dulu kesan tu. Tak boleh main buang terus je. Takut berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Dengan kesan darah haid ni pun orang boleh buat sihir keatas kita. So, Jangan rasa alah.. darah haid je pun... Ia bukan sesuatu yang boleh di pandangan remeh.

Bila ternampak satu viral pasal seorang wanita minah saleh.. Yang menghasilkan satu lukisan macam Embrio menggunakan darah haid dia sepanjang 9 bulan untuk mengekspresikan perasaan sedih dia yang tidak mempunyai anak. Budaya & agama dia mungkin memandang tu cara dia meluahkan perasaan tapi jangan ada pulak orang Islam yang nak ekspresi kan perasaan macam tu. Manalah tau.. kot2 lelaki dia tak de period tapi mengalami masalah sembelit nak ekspresi kan perasaan sakitnya & susahnya dia nak berak dok guna taik pulak melukis kan. Memang minta kena pijak beramai ramai sampai terkoyak usus besar la tu...

Lukisan ini di hasilkan selama 9 bulan & di beri nama The Diary of My Period

Tapi biasa la.. Bila kita bagi komen benda tu sesuatu yang jijik & tak sepatutnya di lakukan dan jadi ikutan ada yang konon merasai perasaan sedih tu akan menyokong. Ayat acah acah mulia.. pandang dari sudut positif katanya. Positif hek kau benda - benda macam ni. Orang2 yang terlampau positif tak kena tempat ni adalah manusia berisiko nak buat benda2 tak masuk akal & merapu macam ni. Benda2 kotor ni jin & syaitan jer suka.. manusia yang rasa menarik dengan benda2 kotor dia pun maybe jelmaan jin & syaitan jugak kot.

Aku rasa perempuan ni dulu dia ada kekeliruan masa pilih course ni. Mungkin dia belajar medic tapi dia berjiwa seni.. Maka terhasilah karya dari darah haid hahahaha... Sebab penting memilih course (bidang) yang anda suka & boleh carry masa nak sambung belajar. Jadi mana2 adik yang tengah plan nak sambung belajar kena test dulu sebenarnya apa minat korang kat sini >>Kuiz Ini Akan Memberitahu Bidang Yang Paling Sesuai Untuk Anda Sambung Belajar << supaya korang tahu course apa yang paling sesuai korang ambil nanti.

Merapu sungguh la manusia akhir zaman ni kan.. Dah orang ciptakan pelbagai warna... setakat nak lukis guna warna merah darah macam tu bukan susah pun. Sanggup dia dok tenyeh2 darah haid semata mata nak hasilkan satu lukisan yang konon rare la. Gamaknya dia tadah ke camna darah tu masa nak guna untuk melukis. Takkan dia nak kangkang depan kertas lukiskan lepas tu calit2 kan.. entah la.. susah nak teka manusia yang suka buat benda2 di luar kewarasan ni. hahahaha

Moral of the story.. Tak perlu untuk jadi lain dari lain sehingga kita nampak macam orang pelik & gila. Banyak cara kita boleh meng ekpresikan perasaan melalui seni..

VIRAL SEKUMPULAN REMAJA PANJAT SIGNBOARD BESAR IPOH BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

VIRAL SEKUMPULAN REMAJA PANJAT SIGNBOARD BESAR IPOH BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG. Maaf la kan.. Aku memang tak setuju dengan mana2 pihak yang obses nak jadi popular sampai sanggup buat perkara perkara mengarut & merbahaya macam tu. Kalau nak tunjuk keberanian bukan itu caranya. Pi join Heliza Helmi tu.. Dia sanggup meredah ke negera yang berperang untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa perang. Dia tak buat kerja bodoh macam hangpa yang kalau jadi apa2.. bukan je menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan banyak pihak. Apa ingat hangpa jatuh berkecai kat bawah tu.. selesai kat situ ja ka? Ia melibatkan banyak pihak dalam operasi mencari & menyelamat ok. Walau dah jadi mayat pun tetap menyusahkan orang jugak ok!


Dah la pi panjat signboard tu tanpa sebarang kebenaran atau pengawasan pihak tertentu. Tak pakai apa2 peralatan keselamatan. Gamaknya malam sebelum pi buat aktiviti masing2 dah buat solat taubat kot.. Alahai dik.. Akak tengok selfie korang tu sekumit pun tak ada rasa kagum atau respect. Bukan dengki.. Perbuatan hangpa tu terang2 tak ada faedah & kalau jadi apa2 akan menyusahkan orang lain.

Sumber Berita Harian

Tadi terbaca kat Berita harian online katanya kumpulan remaja tersebut bakal di kenakan tindakkan undang - undang. Bagus juga benda ni di ambil tindakkan tegas & di kenakan hukuman supaya menjadi pengajaran kat orang lain supaya tak jadi trend kat Malaysia. Benda ni bergantung pada nasib jer. Nasib baik tak jadi apa - apa so ramai tak nampak kemudaratan yang bakal berlaku. Aku tak rasa benda ni satu aktiviti yang sihat pun melainkan ia di buat di bawah pengawasan pihak yang ada qualified dengan aktiviti macam ni & mendapat kebenaran.. Aktiviti bangang je aku nampak. Kalau rasa nak buat aktiviti yang konon rare lagi bagus korang try buat benda ni >> Bayangkan kalau you all belajar salah satu daripada 5 martial arts ni? Power beb!<< Mampu ke? Ramai orang mampu panjat signboard macam tu tapi belum tentu boleh menguasi benda ni. Kalau rasa hebat try la...


Moral of the story.. Dah la tu buat kerja gila wahai adik adik.. Kau jadi pemes kat media sosial je tak dapat pun apa2 anugerah keberanian. Yang dapat cuma korang bakal di kenakan tindakkan undang undang je. Berbaloi ke???

CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN

CARA BUDAK SEKARANG NAK UJI IMAN BOYFRIEND DENGAN SENTUH KEMALUAN. Mak bapak di luar sana... mesti mengucap dua kalimah syahadah nak2 lagi yang ada anak dara sedang meningkat remaja ni. Tak bagi bersosial memberontak.. Dah bagi sedikit kebebasan mereka berkawan.. Mula la bukan bukan di buatnya. Yelah.. kita pun biasa muda remaja.. biasa nakal.. Faham sangat la dalam umur macam tu memang fasa fasa nak kebebasan yang tanpa batasan. Kalau di sekat mula la rasa macam di kongkong.. Mak bapak tak memahami bagai. Hehehehe...

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google
Dua hari lepas kot.. ada la ternampak satu status mungkin dia copy paste ke hapa.. Konon nak test tahap mana keimanan boyfriend try usik/sentuh kemaluan si boyfriend. kalau dia tepis atau elak maka lelaki tu lelaki yang baik la. Boleh di buat calon suami.. Aduhai.. Macam tak ada rasa segan silu budak perempuan sekarang nak tulis apa2 kat status media sosial tu kan? Kita yang terbaca ni pulak tolong rasa malu.


Bagi hakak la kan.. Dik kalau makwe korang test korang macam tu baik kau tinggalkan je dia. Nampak sangat la dia kurang 'kemaluan'. Tengah dok cinta monyet lagi ni dah buat perangai pegang2 kemaluan orang..  Tapi kalau hangpa pun jenis layan confirm la hangpa tak lepaskan peluang keemasan kan?

Kadang2 tengok adik2 yang dok kena troll atau viral dengan page KHK tu semua bertudung litup bagai.. Nak salahkan KHK pun tak boleh sapa suruh hangpa tak reti malu dok up status bukan bukan. Ada bagusnya KHK dok troll atau Viral kan.. At Least jadi pengajaran pada orang lain jugak. Jangan nak tulis benda2 tak senonoh kat media sosial ni walaupun sekadar bergurau. Betul la bukan semua yang dok tulis benda tak senonoh tu buat perkara tersebut tapi apa yang di tulis tu memang nampak macam awak awak tu perempuan cheap sangat. Kalau tak ada yang buat macam tu mungkin semakin bersepah budak2 dok buat status merapu yang memalukan diri sendiri & keluarga.

Pada adik adik yang rasa bosan sangat cuti sekolah dari dok mengadap FB & muat turun status bukan bukan tu ada lagi bagus korang berhibur dengan benda2 macam ni >> Hiburan Untuk Sepanjang Cuti Sekolah Yang Korang Boleh Dapat Hanya Dirumah Melalui Astro << At Least takde la adegan nak test iman pakwe pegang kemaluan bagai.

Moral of the story.. bersyukur la kita dari zaman remaja yang bebas dari media sosial tapi tu la mencabar jugak nak membesarkan & mendidik anak di zaman media sosial ni kan? Kecik2 senang nak control..Bila mula pandai buat hal sendiri ni yang agak susah.

ADA ARTIS WANITA TAK TAHU NAK MENUMIS KENA GUNA MINYAK MASAK

ADA ARTIS WANITA TAK TAHU NAK MENUMIS KENA GUNA MINYAK MASAK. Sekarang ni majoriti yang nak belajar memasak memang tak merujuk dengan buku buku resepi dah.. Kalau ada pun sikit sangat la yang guna buku resepi kan. Orang sekarang berkembang bersama teknologi so depa google je kalau nak cari resepi atau apa - apa.

Bagi kita yang dah biasa dengan kerja kerja memasak even bukan la expert tapi setakat nak mengeyangkan perut2 yang kelaparan dalam rumah sendiri tu kira dah lulus la. Setakat nak dapat pujian anak & suami tu dah memang berjaya tapi bagi orang2 yang memang masuk dapur sekadar ambil pinggan cedok makanan & suap kemulut.. Yang ni memang kadang2 Zero pasal masak.

Tadi tertengok video yang di share kawan kat facebook.. sedutan rancangan ketuk ketuk ramadan yang di sebalik tabir punya. Ada retis tu sampai nak menumis pun dia tak tau kena letak minyak. Memang tak terjangkau dek akal kita2 yang dah biasa buat kerja2 kat dapur ni kan. Ya Allah.. sampai macam tu sekali orang yang tak tau masak bila masuk dapur nak memasak kan? Tapi tak payah la nak kutuk2 dia.. Perempuan tak reti memasak ni bukan satu dosa pun cuma akan di pandang 'Pemalas' je la.. Biasa la kita ni membesar dengan adat yang mewajibkan kaum perempuan buat kerja2 rumahtangga termasuk memasak. Kalau perempuan yang tak reti mula la orang sok sek sok sek pasal dia,

Kalau rajin korang tengok la video ni sampai habis nanti jumpa la babak artis menumis tak pakai minyak sebab dia tak tahu kena letak minyak.

Bila tengok perkara macam tu berlaku.. Benda ni bagi pengajaran jugak kat aku. Kalau nak share resepi kat blog make sure tulis semua step even step yang kita rasa tak bagitau pun orang dah tahu macam menumis guna minyak masak. Contoh kalau nak bagitau step menulis make sure tulis.. mula2 masukkan minyak dalam kuali (lagi bagus berapa liter/sudu minyak di perlukan sebab orang yang tak reti masak ni nak agak berapa banyak minyak nak guna pun boleh jadi satu masalah besar), kemudian tunggu minyak panas.. Baru masuk bahan menumis. Gitulah contoh dia.

Sebab tu dari dulu aku takkan kondem blogger yang share resepi2 simple macam goreng telur mata.. sebab aku tahu masih ada orang yang memang tak tahu even nak goreng telur mata sekalipun. Kena ingat remeh bagi kita belum tentu remeh bagi orang lain. Setiap orang ada kepakaran & kekurang pakaran mereka yang tersendiri. Kalau semua orang lahir2 pandai masak maybe tak ada orang nak makan kat luar so macam mana pengusaha makanan nak cari makan ye dak.

Tapi apapun dalam kehidupan kita tetap ada dua jenis manusia.. Satu memang betul2 tak reti & tak ada talent langsung bab memasak.. Satu yang memang dia malas & tak suka memasak tu selalu tersadai je kat tempat yang pernah jadi kontroversi dulu makan burger ni  >> Burger Yang Menjadi Kegilaan Ramai Sepanjang Tahun Kini Kembali << Bukan takat boleh makan.. Siap ada free wifi. Boleh online sampai lebam katanya. Hahahahaha

Ok la.. aku nak masuk dapur dulu. Perut dah dok raver ni.. Sampai kita berjumpa lagi di next isu. hehehehe

VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK

VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK. Dulu kecoh perempuan montel rakam video kononnya buat laporan polis sebab dia beli krim pelansing ni tapi bila dia pakai tak panas so dia tak puas hati. Katanya kalau tak panas macam mana nak bakar lemak dia.. Walhal memang produk tu dah mention awal2 bahawasanya krim tu memang tak panas tapi mampu melansingkan badan. Siap sebut nama produk banyak kali.. Akhirnya orang dapat detect itu cuma strategi marketing untuk memviralkan produk tu supaya orang tahu & beli.


Ok habis cerita terobek tu.. Ni yang terbaru. Kali ni tak guna minah montel tapi guna perempuan cantik,langsing putih gebu yang stylo milo macam retis datang serang satu kedai jual produk. Konon dia tak puas hati dengan produk yang mula2 katanya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis mak dia..  tapi bila dia check kencing manis mak dia kat hospital katanya dari 15 turun ke 10. Dia tak puas hati sebab turun 5 jer (kat situ sebenarnya dia nak bagitahu produk tu berjaya turunkan level kencing manis mak dia).. Lepas tu dalam video tu tak tunjuk langsung muka orang yang dia maki. Kalau betul dia nak viral confirm la dia tunjuk muka orang yang jual & consult dia pasal produk tu. Confirm dia nak highlight orang yang kononnya menipu dia, ye dak? Ni tak dia video tu hanya fokus kat muka dia & produk tu.. Kat situ nampak sangat la.. saja buat video supaya jadi kontroversi seterusnya akan viral.

Muka cantik tapi marketing tak cantik sangat walau berkesan untuk di viralkan. Cuma orang yang percaya akan maki balik dia la.. hahaha

Alah.. trick sampah la cik kak Ooi.. Orang baru kenal media sosial mungkin terpedaya & percaya la kau betul2 tak puas hati dengan produk tu. Tapi bagi blogger macam den.. Memang selalu mengikuti perkembangan semasa di media sosial ni, nampak 'drama sangat' tau!! Trick2 macam tu kami dah tak terpedaya la. Kalau produk tu betul2 berkesan tak perlu kot nak guna taktik2 drama sangat yang nampak murahan macam tu. Tu kategori menipu jugak tu. Kalau tak tau macam mana nak perkenalkan produk hang tu meh sini bagi blogger buat review secara berjemaah. Kalau minat email je kat den lekatlekitgurl@yahoo.com.

Takpe la.. nampak berbakat jugak dia dalam lakonan hope Mejar David Teo ambil dia berlakon dalam filem seram akan datang. Sebab dia dah ada pakej yang David Teo nak.. cantik.. seksi & boleh berlakon tu sebagai bonus la kan.. hehehehe... Bagi watak hantu pun sesuai nampak garang tu sesuai jugak jadi hantu.

Moral of the story.. Tak payah tengok filem2 macam ni kat wayang dah >> 6 Aksi Panas Dalam Filem Underworld: Blood Wars! Ok. Bawah Umur Sila Jangan Tengok << membazir je beli tiket sebab kat media sosial sebenarnya lagi banyak drama panas boleh di tonton. hehehehe

P/S : Nak tonton video perempuan ni mengamuk tengok kat SINI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI. Baca kisah sekumpulan gadis yang mengikuti perkhemahan di anjurkan pihak sekolah teringat pulak aku masa sekolah rendah pernah jugak join perkhemahan pengakap kat sekolah. Tapi dalam hutan tak pernah la camping lagi. Tu pun masa tu rasa macam seram je memalam kena tidur dalam khemah walau dalam kawasan sekolah. Tapi alih2 semua kena lari menyelamatkan diri bila berlaku satu kejadian tak di ingini..


Pada malam tu selepas selesai aktiviti, memasing kena masuk khemah untuk tidur. Nama pun pengakap.. Mesti la kena survival. Nak dapat keris gangsa so kena la tidur dalam khemah. Tapi berlaku satu kejadian yang di luar jangkaan akhirnya semua di pindahkan ke dalam bilik darjah. Sebab keadaan tak mengizinkan untuk peserta perkhemahan tidur dalam khemah. Tapi bukan la sebab kejadian seram ke hapa.. Tapi hujan & sedikit banjir air masuk dalam khemah. So, tak berapa survivor sangat la kan.. Pengakap kena tidur dalam bilik darjah beralasankan tilam hahahaha

Tu secebis kenangan masa join aktiviti perkhemahan masa sekolah rendah dulu. Tapi bila baca kisah budak2 perempuan ni yang pergi berkhemah dalam hutan & berani buat benda2 macam ni kat tengah2 hutan di malam buta memang rasa.. Wah! Beraninya!! Jangan sampai masing2 tak jumpa jalan balik rumah sudah.. Kena ingat dalam hutan banyak makhluk yang kita tak nampak so berhenti jadi budak2 yang sentiasa nak berseronok tak kira tempat. Aku rasa agak berisiko buat benda2 macam ni dalam hutan.. Nak tahu apa yang budak2 perempuan ni buat boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni? << Ni kategori perangai tak senonoh jugak la sebab rasa tak kena tempat apa yang depa buat tu.

Masa buat memang la rasa best.. kalau kena betul - betul masa tu baru kau tahu hutan tu tebal ke nipis.. malam tu gelap ke cerah.. langit tu tinggi ke rendah. Dalam hutan dik.. Mulut pun orang suruh jaga inikan perangai. Tingkahlaku kita mungkin memberi kesan pada kita semasa berada dalam hutan. Jadi sila 'behave', ok!

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA. Semalam aku ada buat survey kat Facebook.. Tentang pemakaian kain batik di kalangan perempuan zaman sekarang. Banyak jugak respond aku dapat. Sampai sekarang pun masih ada yang merespon kat situ. Bermakna bukan ramai sangat yang unfollow aku kan sebab depa boleh baca lagi post2 aku kat wall. Hehehehe... Yang sekerat dua ajet2 positif tak nak kawan dengan kita tapi still dalam friendlist tu biarkan sahaja... Kita tegur je dia supaya silaturrahim tu tak terputus. Hehehehe


Result yang aku dapat dari survey tu majoriti perempuan sekarang pakai kain batik semasa dalam pantang sahaja.. Tapi masih ada segelintir yang mengamalkan pemakaian kain batik semasa di rumah ketika bersantai, ada juga yang jadikan kain batik sebagai kain basahan ketika mandi je. Tu antara feedback yang aku dapat la dari kengkawan kat facebook yang masih follow aktiviti aku kat situ.

Aku ada kain batik walau tak pernah beli walau sehelai pun kain batik sepanjang umur aku sekarang. Koleksi kain batik kalau tak mak minah kesayangan bagi atau aku rembat dengan keizinan, cik munah aku yang sedekah. Raya lepas pun ada sepasang kain batik cik munah bagi. Tu pun banyak kali tanya dah masuk dalam beg. Risau pemberian dia tertinggal.

Kat rumah aku pakai ke kain batik!! Aku ni dah la pendek.. kain batik semua jenis panjang2. Kalau pakai jenuh bergulung jugak. Lagipun aku dah biasa kat rumah berseluar. Aku memang tak reti sangat nak pakai kain kain ni.. skrit ke hapa pun memang aku tak pakai. Yang jenis kain aku pakai baju kurung je. Kalau nak suruh aku pakai kain batik.. Aku pun sama jugak. Kali terakhir aku pakai kain batik masa pantang. Tu pun awal minggu2 pertama pantang je sebab rasa seriau lagi takut bergesel dengan cawat seluar. Pepaham je la kalau baru lepas bersalin, kan?

So kesimpulannya kat sini.. Kain batik bukan lagi menjadi pakaian harian wanita melayu zaman sekarang. Yang masih mengamalkan mungkin warga2 emas & makcik2 kita kat kampung je. Kalau balik kampung masih boleh nampak la..kain batik masih menjadi uniform rasmi ibu ibu di rumah. Tapi mak aku sendiri pun jarang pakai kain batik dah kat rumah. dia selesa pakai seluar je aku tengok. Almaklum la dia suka berkebun di kebun mini dia tu.

Tak kisah kau nak berkain batik ke tidak.. Yang penting kau pakai sesuatu yang boleh tutup apa yang patut di tutup. Kalau pakai kain batik gaya kemban pun tetap tak nampak senonoh sangat kan? Jadi apa yang kau pakai bukan isu, tapi macam mana kau pakai tu yang melambangkan imej kau. hehehehe

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah.


Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas perikemanusiaan dia pun berhenti la bertanya destinasi wanita tu. Wanita tu katanya nak ke perhentian bas Hospital Sultanah Aminah. Jadi di tumpangkanlah perempuan tu tanpa was was. Yelah.. perempuan kot. Dah tu jalan sorang2 maghrib2 macam tu. Bahaya jugak. Tapi perempuan tu pun tanpa was was juga berani menumpang kereta lelaki tak di kenali. Peringatan penting untuk Wanita2 di luar sana.. Jangan tiru aksi tu yer! Bahaya... Jangan jalan seorang diri di laluan yang sunyi & jangan tumpang kereta orang yang tak di kenali lebih2 lagi lelaki.

Masa perempuan tu naik kereta.. dia minta la Bro ni jangan on aircon, suruh buka tingkap. Bro ni pun ikut jer.. Lagipun permintaan dia bukan la susah sangat nak buat kan? Dah tu jimat tak payah aircon. Dalam perjalanan ke destinasi di tuju, perempuan tu cerita la sepatutnya boipren dia yang datang ambil tapi sebab ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan dia terpaksa jalan kaki ke sana. Perempuan tu pun bagitau dia dah bagitau pakwe dia ni jangan bawa motor sebab dia dah serik naik motor suruh bawa kereta.

Mungkin Bro ni rasa perempuan ni high demand kot.. dia pun pujuk la. Konon naik motor lebih romantik, jimat minyak & kalau jam boleh je menyelit celah2 kereta. Tapi perempuan tetap berkeras dah tak nak naik motor lagi selepas satu kejadian ni. menurut cerita dia.. Pernah satu hari dia membonceng motorsikal dengan pakwe dia. Nasib tak baik haritu ada kereta yang tengah racing menyondol belakang motorsikal yang mereka tunggang.

Dengar cerita perempuan tu, si bro ni pun saya excited nak tahu apa yang terjadi seterusnya. So dia pun tanya la. Sambung perempuan tu lagi sambil menunjuk satu divider pada bro ni & memberitahu kat situ la mereka tercampak & di seret 50 meter.. Dan.... Jeng jeng... jeng.. jeng...

Tahu tak apa berlaku seterusnya... Kata perempuan tu mereka bagaikan romeo & juliet mati bersama di tempat kejadian. Apa lagi si bro ni mula la mengaji kuat2 apa yang patut. Waktu tu tiada apa kedengaran selain hilai tawa yang menyeramkan seterusnya dia terbang keluar melalui tingkap kereta. Niat yang nak lepak2 dengan kawan kawan dia tadi.. terus terbantut & dia kembali ke pangkal jalan. Balik rumah la apa lagi. Bila dia cerita kat pakcik dia yang dah masuk zon warga emas.. pakcik dia cuma tersenyum & menurut pakcik Bro ni kat situ memang dah biasa pemandu2 kena sakat. So, bukan sesuatu yang pelik lagi kalau anak buah dia pun kena sakat jugak.

Moral of the story.. sebab tu orang2 tua suruh duduk kat rumah time maghrib.. Sebab time tu jin & syaitan berkeliaran. Bila kau pun nak keluar jugak time tu.. memang la dia ambil kesempatan tumpang kau. hehehehe. Tapi yang tumpang kereta Bro tu maghrib2 bukan la orang yang dah mati yer.. Tu semua jelmaan jin & syaitan je nak menyesatkan manusia.

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la.


Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak orang teraniaya buat yang jenis berjuang mempertahankan diri. Baru nampak perempuan melayu bukan senang di buli, ye dak?? hehehehehe

Watak heroin tu serius aku puji lakonan Ummi Nazeera sekarang berbanding lakonan dia dalam filem penanggal. Masa dalam filem penanggal aku rasa nak carut je tengok. Kira time tu level2 tiang letrik baca skrip lagi la. sangat amatur & aku rasa time tu dia masih belum layak pegang watak utama. Tapi dalam drama patahnya sebelah sayap ni serius watak yang di bawa memberi kesan jugak la kepada aku yang menonton & aku rasa pilihan dia sebagai watak utama dalam drama tu memang pilihan tepat. Dengan air muka dia yang muka minta kesian & muka kena buli tu.. Merealisasikan lagi watak yang di bawa dalam drama tu.

Baru aku rasa sekarang zaman kebangkitan drama melayu bila kat TV meriah tayang drama macam Samudera Rindu & patahnya sebelah sayap walau ada yang dok kondem katanya drama patahnya sebelah sayap copy paste drama korea ntah hapa tajuknya. Aku tak layan drama korea so aku tak tau la apa cerita jadi aku malas nak compare hahahaha. Yang penting bagi aku sekarang drama patahnya sebelah sayap memang best.  Pelakon2 dia pun bagi aku semua membawa watak masing2 dengan jayanya. Watak Jahat Izzue Islam dengan muka dia yang minta penyepak tu.. Serius memang menjadi. Watak lelaki muka kelat tapi romantik yang di lakokan Aeril Zafrel tu memang sesuai la dengan dia sebab dia memang biasa dengan watak watak macam tu. So, watak tu nampak senang dia nak bawa. Gabungan 3 pelakon muda & hebat dalam drama ni membuatkan drama ni hidup & memberi kesan kepada penonton. Baru orang tak judge pelakon jual muka jer.. Pakej pelakon macam ni la baru la orang akan support drama melayu, ye dak???

Korang tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap pasal drama melayu... Apa ingat peminat cerita seram tak layan ke drama2 berkisahkan kehidupan macam ni. Ingat peminat cerita seram layan cerita cerita macam ni je ke? >> Bila pelawat misteri datang ke sebuah perkampungan yang aman.. Satu persatu hilang nyawa. Ada berani tengok?? << Cerita seram tetap layan tapi bukan la hari hari.. Hari2 biasa kita layan drama jugak. Aku pun manusia. Aku bukan rare cuma kadang2 lain sikit je taste dari orang lain. hehehehe

Moral of the story.. Akhirnya di fasa2 trend drama adaptasi novel kisah cinta yang buat orang nak muntah tengok.. ada juga drama melayu yang boleh mengangkat maruah drama melayu yang di pijak2 sebelum ni. Tahniah untuk drama patahnya sebelah sayap & samudera rindu dari saya pengkritik filem & drama melayu paling tegar. hahaha.

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI. Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. hehehehe


Bila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. Memang pelaris dia cuma muka cantik je. hahaha


Penangan nasi lemak anak dara.. Bagaikan ubat kuat untuk lelaki. Jarang nak tengok fenomena lelaki sanggup berbaris macam ni kecuali nak beli tiket perlawan bola jer.. Kerana nasi lemak anak dara abang abang semua jadi kuat, sabar, tabah & sangat setia menanti giliran. Semua sopan santun jer.. Takde pun yang potong Q atau bertumbuk sebab nak beli nasi lemak anak dara katanya. Baru la nampak ciri2 idaman dara.. manalah tau sambil membeli sambil mencuri.. Bukan mencuri duit jualan nasi lemak anak dara.. mencuri hati anak dara katanya. Selagi belum di ijabkabul selagi tu ada peluang.. ye dak??


Para2 isteri korang tak payah cuak sangat la dengan fenomena macam tu..Depa nak beli nasi lemak je pun. Kalau rasa tergugat sila belajar masak nasi lemak paling sedap.. Insya Allah asal makan nasi lemak tak kira anak dara ka, mak dara ke.. mesti ingat bini dia kat rumah. hehehehe

Pada abang abang tu tak payah poyo sangat la kot macam mamat mamat ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Nasi lemak je kot. Setakat ni yang viral sebab anak dara cantik je yang jual. Selain dari anak dara & cantik.. lain2 kelebihan nasi lemak tu tak dengar lagi la jadi viral. hahahaha

Moral of the story.. Tu la orang kata rezeki. Sebab kena saman dia jadi viral kemudian semua orang tahu ada anak dara cantik jual nasi lemak. Berpusu2 orang datang beli yang majoriti lelaki. Peliknya.. kenapa takde pelanggan di kalangan akak2 lepas viral. Akak2 semua menangis bawah tudung saji ke camna? hikhikhik

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK

12 RESEPI MUDAH UNTUK GOLONGAN 20AN YANG MASIH TAK TAHU MASAK. Aku dulu zaman anak dara bukan la tak reti masak langsung tapi malas yarabbi nak masuk dapur. Nak2 masa tinggal kat kampung & jadi penganggur terhormat. Hobi aku ni dulu suka dengar radio sampai subuh. Lepas subuh baru terhegeh2 nak tidur maka memang jarang bangun pagi. hahaha... Hari2 kena bebel dengan mak. Tapi selepas berhijrah jauh dari family kehidupan tu berubah 360 darjah katanya. Orang pemalas wajib kena hidup berdikari baru dia jadi rajin sebab semua perkara kena buat sendiri.hehehehe


Dari belasan tahun memang aku dah tahu masak sikit2. Berkat kawan baik aku si Siti ajar aku masak masa aku tinggal dengan makcik munah kesayangan aku dunia akhirat tu. Yer aku di jaga makcik munah dari aku budak budak tapi bukan dari baby. Makcik munah tu kakak arwah ayah.. dia ibu tunggal ada seorang je anak, abang aku. Keluarga aku dengan makcik munah memang sangat la rapat. Abang aku tu dah macam abang kandung... dia pun tak ada adik beradik yang seibu.. Kalau se ayah tu ramai. Cuma kami je paling dekat & rapat dengan makcik & abang.

Ops.. tercerita pasal hal keluarga pulak. Berbalik kisah aku seorang anak dara pemalas dulu.. Masa duduk dengan makcik tu aku rajin jugak memasak. Masa tu makcik aku kerja. Umur aku time tu belasan tahun lagi. Tapi lepas abang aku kahwin masa tu aku tingkatan 3.. aku pulang ke pangkal jalan. Tinggal dengan mak bapak aku balik yang rumah cuma seberang jalan je dengan rumah makcik. Kalau dari rumah aku tu jerit panggil makcik aku pun dia dengar. Habis sekolah & jadi penganggur terhormat sebelum sambung belajar sikit kat kolej cap ayam..  Bermulalah rutin malas & suka tidur lewat. Sampai la aku ambil keputusan membawa diri mengubah nasib kat sini.. Masa bujang tak la rajin masak sangat. Tapi tetap la jugak masak sebab masa tu aku tinggal dengan adik aku. Boleh kata tiap2 hari balik kerja aku masak sebab aku tau ada orang makan. hahaha. Sampai la dah kahwin.. jadi surirumah maka rutin memasak tu dah jadi benda wajib. Makin hari makin banyak la resepi aku tahu masak sampai sekarang kalau balik kampung pun aku la tukang masak walau mak aku still membantu. hehehe

Dah masuk umur 20an ni.. Memang dah patut belajar memasak. Memasak ni sebenarnya bukan susah cuma yang susah kalau malas & tak ada keinginan nak memasak je. Walaupun dalam Islam bukan satu kewajiban wanita untuk memasak tapi air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya menjadi pengikat kasih sayang dalam keluarga. Kita pun kalau duduk berjauhan dengan mak.. salah satu benda paling kita rindu adalah masakan mak. Bayangkan kalau kita jadi mak yang tak pandai masak.. Takde la anak2 kita nak rindu masakan kita nanti. Jadi pada mereka yang dah masuk umur 20an ni mula la belajar masak. Kalau tak reti nak masak mulakan dengan belajar 12 resepi mudah ni dulu. Boleh tengok kat sini >> 12 Resepi Mudah Untuk Golongan 20an Belajar Masak <<

Moral of the story.. Air tangan seorang wanita itu sangat istimewa walau apa yang di masak cuma telur goreng & nasi putih jadi rajin2 la kedapur yer para wanita. Tak payah la nak guna hujah Islam pun tak kata masak tu tugas seorang isteri jadi kita pun rasa tak perlu la nak memasak. Kena ingat.. kita inginkan kehidupan yang bahagia.. Ikatlah hati suami & anak anak dengan masakan kita supaya sejauh manapun mereka pergi di hati mereka tak pernah lupa kita., Insya Allah.

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR

AKSI BERANI MATI GADIS MELAYU BERGAMBAR. Aku rasa perempuan ni memang dah cukup amal ibadat tengah bersedia je malaikat maut datang cabut nyawa dia. Kalau dia belum ready aku tak rasa dia berani bergambar dengan aksi macam tu tanpa di lengkapi dengan peralatan keselamatan. Yer yer aku kagum dengan dia.. bukan sebab aksi berani mati dia tu tapi sebab dia dah bersedia untuk menemui Tuhannya bila bila masa je dengan aksi berani mati tu.


Semalam ternampak friendlist kat FB aku share satu gambar seorang gadis melayu yang bergambar dengan berpaut pada batu atas gunung yang pasti dia tulis kat bawah tempat di terjuntai bergayut tu gaung. Kalau sapa2 pun tengok aku rasa kering darah apatah lagi mak bapak atau family dia yang tengok. Ni mau mengecut terus rahim mak kau yang mengandungkan kau dik kalau tengok gambar kau macam tu.. Silap haribulan bapak kau pun boleh kena heart attact. Seriau beb!!

Tahu la.. zaman sekarang zaman semua orang nak menunjuk aksi2 rare yang boleh jadi viral cuma satu je nak pesan jangan sebab nak popular di media sosial kau memperjudikan nyawa kau sampai macam tu sekali. Aksi2 macam tu aku rasa kalau nak buat pun biarlah di bawah pengawasan mereka yang profesional & lengkap dengan sistem keselamatan yang di pasang kat badan kau. Badan kau bukan kebal dik.. kalau jatuh tak mustahil bersepai macam daging cincang.

Aktiviti hiking tu memang cukup baik & cukup sihat dari dok bersenam dalam pub bagai.. Cuma tu la kalau dah terlebih berani macam tu pun jadi tak berapa sihat pulak. Nasib ni kadang2 kali pertama dia baik.. kali kedua ketiga & seterusnya belum tentu. Contoh macam orang yang main ular.. banyak dah terjadi akhirnya mereka mati di patuk ular walau sepakar manapun mereka macam tu jugak dengan kau. Sebaik mana pun kau boleh buat aksi berpaut berani mati macam tu.. Kena ingat aksi macam tu hanya dengan kesilapan kecil boleh menyebabkan kemalangan & kematian. Betul la ajal & maut dah tertulis di mana, bila & bagaimana tapi sebagai manusia rasanya memang wajib kita menjaga keselamatan diri. Kalau dok fikir kalau nak mati tu mati jugak.. Baik kau pergi tidur kat landasan keretapi jer.. Kalau belum ajal Insya Allah kau tak mati.

Bergayut macam tu je.. buatnya time tu tetiba tapak tangan berpeluh licin.. Na'uzubillah... Semoga kau sentiasa di lindungi dari segala malapetaka yer dik. Jangan tiru mat saleh sangat la dik.. bak kata mami jarum orang barat otak dia berkarat tu kadang2 cara depa berfikir di luar logik akal manusia. hehehe

Moral of story.. Ni cuma nasihat dari seorang kakak.. Hope kau tak buat lagi aksi2 macam ni. Ingatlah orang tersayang walaupun kau tak sayang nyawa sendiri tapi masih ada orang yang sayang kau & akan bersedih jika berlaku sesuatu keatas diri kau. Kalau tak sayang diri sendiri, kasihanilah mereka yang menyayangi diri mu. Peace Yo!

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN

DRAMA SAMUDERA RINDU KISAH PEREMPUAN TERKENA PENYAKIT MEROYAN. Dari dok tengok iklan promo kat TV lagi aku nampak drama ni macam best. Drama ni penganti Drama nek mis yang dah habis episod tayangan kat TV9 di slot Azalea. Semalam kalau tak silap episod pertama kot drama samudera rindu ni.

Samudera Rindu Slot Azalea TV9

Masa dok tengok iklan promo nampak Dinaz memegang watak macam perempuan tak berapa betul atau terencat tapi sebab iklan je tak tau apa cerita watak dia macam tu... Rupanya bila tengok semalam maka fahamlah aku. Kenapa nanti watak Dinaz tu macam terencat akal rupanya dia kena penyakit meroyan selepas kematian anak dia. Alkisahnya masa mengandung dia terlampau ikut sangat cakap seorang bidan kampung ni.. Sampai tak nak bersalin kat hospital. Akibatnya bayi dia lemas dalam perut & bidan kampung tu tak dapat buat apa - apa terpaksa di hantar jugak kat hospital. Tapi kesiannya bayi dia tak sempat di selamatkan. Lepas peristiwa tu dia mengalami kemurungan & mula muncul tanda tanda nak meroyan. Almaklum la orang dalam pantang ni memang tak boleh susah hati memang berisiko kena penyakit meroyan. Tapi atas sokongan moral suami & keluarga dia kembali ceria & sihat tapi di sebabkan seorang perempuan yang sakit hati sebab perempuan suka kat suami.. cuba provok dia & hasut dia untuk ingat kembali anak dia yang telah mati.. Sebab fikiran dia kembali di hantui rasa bersalah atas kematian anak dia.. maka sistom2 meroyan datang kembali. Time tu pulak dia tengah mengandung anak kedua...  Untuk episod semalam sampai setakat tu je la cerita dia..

Antara watak watak utama dalam drama samudera rindu yang di tayangkan setiap selasa hingga ahad jam 8.30 di tv9 dalam slot Azalea

Dari sinopsis yang aku baca kisah ni mengisahkan kehidupan seorang gadis bersama ibunya yang mengidap penyakit kemurungan (meroyan). Gadis ni seorang yang baik & bijak walaupun kehidupan mereka sekeluarga tidak kaya kerana ayah dia terpaksa bertukar pekerjaan kerana penyakit ibunya. Walaupun kelahiran dia dalam keluarga mereka yang pada mulanya di harap dapat memberi kesembuhan pada penyakit kemurungan ibunya tapi sayangnya kelahiran dia tidak mengubah apa2. Ibunya tetap dalam dunianya sendiri. Semakin membesar dia menjadi kawan baik kepada ibunya yang berperangai seperti kebudak budakkan akibat kemurungan yang di hadapi selepas kematian anak pertamanya. Mereka tetap bahagia walau keadaan ibu dia macam tu. Sampai la dia berjaya sambung belajar ke menara gading. Time tu dia mula bosan nak melayan kerenah ibunya. Dia juga mula rasa malu nak mengaku perempuan yang mengalami penyakit kemurungan sehingga menyebabkan dia jadi tidak waras tu ibunya. Apa yang berlaku seterusnya..???

Untuk mengikuti kisah macam mana kehidupan seorang wanita yang meroyan ni korang kena tengok sendiri la kat setiap episod drama Samudera rindu yang aku dapat rasanya drama ni drama yang boleh follow jugak. Jangan asyik dok sebut meroyan je tapi sebenarnya tak ramai yang tahu penyakit meroyan sebenar. Yelah.. Perkataan meroyan sekarang memang sangat popular di kalangan pengguna media sosial.. Untuk generasi muda jangan pelik kalau ada yang tak tahu meroyan tu satu penyakit yang serius jugak melibatkan gangguan mental yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi macam orang gila. Nak mendalami apa tu meroyan boleh la tengok drama samudera rindu.

Moral of the story pada adik adik yang suka sangat guna perkataan meroyan bila nak sarcasm orang tu faham la yer lepas ni. Meroyan tu satu penyakit gangguan emosi yang biasanya di hidapi wanita wanita lepas bersalin. Tapi bukan semua orang la.. Selalunya wanita yang terlampau banyak fikir, bersedih & susah hati semasa dalam pantang berisiko terkena penyakit meroyan. Jadi para suami penting tu jaga perasaan isteri ketika berpantang ok!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com