SAYA TIDAK MEMFITNAH! PERLU BANTUAN & SOKONGAN ANDA. Assalamualaikum.. Saya yakin ramai di antara kawan2 blogger & pengamal media sosial dah tahu tentang saya di saman oleh satu founder produk ni. Saya tak boleh mention siapa produk apa & siapa pengasasnya secara umum. bagi yang tahu.. Mungkin sedia maklum.
April lalu KKM tengah mengeluarkan laporan terdapat bahan merbahaya dalam produk mereka. Berita tersebut bukan sahaja di sebarkan di media sosial, blog, page2 popular malah berita TV & radio juga menyiarkan berita tersebut. Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan produk tersebut merbahaya malah Kementerian kesihatan 2 negara jiran (Singapura & Brunei) terlebih dahulu mengharamkan produk tersebut dari di jual di negara mereka kerana mengandungi bahan yang bahaya kepada kesihatan manusia.
Sebagai seorang blogger surirumah yang menggunakan konsep penulisan secara 'OutSpoken' saya ada menulis isu itu dalam beberapa entri di blog saya dengan lampiran bukti akhbar & bukti pengakuan pengguna. Penulisan saya sememangnya berbentuk santai & tidak formal.
Akibat dari perkara tu saya di saman fitnah/malu oleh pihak mereka. Saya merujuk kepada beberapa peguam sebelum ni untuk memastikan penulisan saya samada ada unsur fitnah atau tidak & kesemua peguam memberi pandangan tiada unsur fitnah. Penulisan saya lebih kepada 'fair comment' namun pihak mereka menggunakan alasan ulasan saya bersifat melampau sebab itu saya di saman. Saman sivil sesiapa sahaja boleh memfailkan.. Namun yang menentukan betul atau salah hanya bila proses perbicaraan di jalankan. Jadi pihak yang di saman terpaksa juga membela diri samada berasas atau tidak tuduhan tersebut. Untuk membela diri juga perlukan kos yang tinggi.
Di sebabkan saya tidak berkemampuan dari segi untuk menyediakan kos bagi mengambil peguam untuk membela diri, saya terpaksa berkerja keras mencari bantuan sehingga ke hari ini. Saya tahu saya tidak menulis fitnah dan saya takkan berputus asa. Saya akan terus berusaha mencari apa saja yang boleh membantu saya selagi Allah memberi kemampuan saya berbuat demikian. Saya masih berusaha, Doakan Allah permudahkan urusan kes saman ini.
Sebagai seorang manusia & sebagai rakyat malaysia walau saya bukan orang kaya tapi saya tetap berhak untuk membela diri. Apa yang saya perjuangan bukan hanya untuk membela diri , malah pengguna yang teraniaya tanpa pembelaan juga. Jadi saya perlukan sokongan dari semua pihak. Sama - sama kita membenteras produk beracun yang masih di jual secara berleluasa di pasaran tempatan.
Saya harap entri ini dapat di panjangan (share) jika anda sudi membantu saya mencari bantuan untuk saya membela diri di mahkamah nanti. Kes ini di failkan di sebuah negeri yang sememangnya jauh dari tempat tinggal saya. Kekangan kewangan & masalah anak saya yang masih perlu perhatian rapi kerana dia seorang kanak kanak mild autisme yang sedang bersekolah membuatkan pergerakkan saya semakin terbatas. Jadi saya terpaksa mencari solusi supaya saya boleh hadir di mahkamah membela diri walau tanpa di wakili peguam. Sekurang kurang saya dapat hadir di mahkamah.
Saya ingin membela diri & saya boleh membuat permohonan untuk menukar mahkamah namun semua itu tetap memerlukan kos. Ini adalah salah satu usaha saya mencari bantuan bukan mengaibkan mana mana pihak. Saya berharap ada mana2 pihak sudi membantu.
Setiap pertolongan walau hanya share artikel ini adalah sangat membantu saya. Selain itu saya mengharapkan doa dari semua.. Sebab saya percaya kuasa doa adalah senjata paling kuat untuk berjuang. Terima kasih pada semua yang sudi share artikel ini. Moga Allah membalasnya dengan seribu kebaikkan.
DOA ADALAH SENJATA. MOHON DOA DARI SEMUA
SYARIKAT PENERBITAN UPIN IPIN DI DAKWA MENGANIAYA BEKAS KARTUNIS, UJANG. Habis madu sepah di buang.. di buang pulak merata rata.. Macam tu la perumpamaan yang boleh di gambarkan dengan nasib bekas kartunis terkenal dengan komik aku budak minang, Ujang. Antara kartunis paling aku minat sampai sekarang even dia tidak lagi menjual karya kartunnya kat mana mana. Namun kegemilangan Ujang masa di majalah Ujang, Gila Gila, Apo bagai tu sampai hari ni kekal dalam ingatan.
Mana tidaknya sebelum Cerita aku budak minang di bukukan.. Siri aku budak minang setiap bulan ada di dalam majalah gila gila tak silap masa tu. Menangis ok aku baca bila part2 sedih mak dia yang asyik pukul dia & pilih kasih tu. Memang terkesan sampai sekarang cerita komik aku budak minang tu even masa tu masih tak mampu nak beli majalah komik macam tu. Tumpang baca orang punya jer..
Rasanya semua dah sedia maklum tentang kontroversi Bekas kartunis, Ujang atau nama profile FB dia Ibrahim Ujang Anon. Nama sebenar dia Ibrahim Anon.. Anon tu kalau hangpa pernah baca komik aku budak minang, di gunakan watak untuk awek yang ujang suka. hehehehe
Sebelum ni ( 6 tahun lalu) Ujang di pujuk rayu untuk membantu sebuah syarikat yang masih tiada nama & terkenal untuk menjadi penasihat.
SEJARAH MAJALAH KOMIK UPIN & IPIN
________________________
Onam tahun yang lalu sobuah syarikat yang tidak di kenali dalam dunia penerbitan dan baru di tubuhkan serta tiada pengalaman terbit komik hantar wakil ko ghumah den mintak tolong ajar teghobitkan komik.Den sebona ey dah bosan dongan dunio penerbitan yang ponoh pengelepetan pada golongan artis.Tapi wakil syarikat tak beghonti datang ghumah dan merayu agar membantu.Den mintak 15k sobulan untuk buek kojo monyediokan konsep,buek pagination,ajar cagho nak apply permit kdn,rekemenkan pengedar,ajar kontrol printing dan monyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah.Tompi sobab syarikat baru....mereka tak mampu nak bayar dan menawarkan untuk bayar rm2k sobulan dan molantik den sobagai penasihat komik.Selopeh onam tahun bejalan dongan baik dan mereka dah pandai....minggu lopeh den pun di beghontikan 24 jam melalui talipun maso den on the way ke Tasik Kenyir.Giliran den pulak merayu ....tapi tak di layan sobab mereka dah tau nak buek sumo bondo tompo bantuan den.Takpo lah......den ucapkan selamat maju jayo dan kenang daku dalam doa mu.Amin
JAWAPAN DARI NYLA SDN BHD MEMBUKTIKAN SAYA DI PECAT ATAS ARAHAN PEMEGANG LESEN IAITU LES COPAQUE.PATUTLAH ISU TERBARU BULAN INI ADA 4 NAMA BARU MENGGANTIKAN SAYA SEBAGAI PENASIHAT KOMIK.TAHNIAH ~ SATU PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM DUNIA PENERBITAN.
_______________________________________
* Den maafkan semuo dan den halalkan semuo ey....cumo lainkali jangan buek laie.Makan samo-samo ok.......den dah nak balik ko hutan dah.....Assalamualaikum
Begitulah kisah bagaimana Ujang boleh terjebak bekerjasama dengan mereka. Tapi biasa la manusia.. saat memerlukan merayu bagai.. Sekali lagi Ujang di uji. Dulu Moy Publication.. menganiaya Ujang sampai tak boleh langsung menggunakan watak watak kartun yang pernah di lukis untuk majalah terbitan mereka.. Kini, syarikat yang mengedarkan majalah upin & ipin & syarikat penerbitan siri animasi upin ipin di dakwa membuat perkara yang sama kepadanya
Takpe Ujang.. Budak minang memang kuat. Kami sentiasa menyokong abang walau setakat ni hanya mampu bagi sokongan moral je. Pun macam tu melalui blog malaysiakini pihak syarikat penerbitan kartun animasi upin ipin tu menafikan pihak mereka mengarahkan perlucutan jawatan ujang tu . Baca je penjelasan mereka kat bawah ni..
Apapun semoga kekeruhan yang berlaku ada jalan penyelesaian yang terbaik. Kesian jugak kalau kena pecat 24 jam macam tu sedangkan dia ada anak bini nak kena tanggung. Hope pihak syarikat penerbitan tu ada perikemanusiaan.. Jangan dah dapat semua yang di perlukan, buang macam sampah.