Showing posts with label slot. Show all posts

DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH

DRAMA NAMAKU BEDAH TAK LAWAK TAPI TERHEGEH HEGEH. Sejak dua menjak ni rajin pulak lekatlekit ni dok tengok drama melayu kan.. Sejak siaran TV percuma kat rumah aku ni bagi kerjasama dengan baik boleh la tengok. Kalau siaran dia hilang dari radar sebab tak mampu nak lawan kuali astro punya tarikkan.. Aku tengok TV je la bukan rancangan dalam TV tu hahaha


Tiap2 hari memang aku on je TV.. 8.30 malam tu kadang layan juga drama terbaru Namaku bedah di slot kelakarama TV9 ni. Dok tengok dua tiga kali drama tu serius aku tak rasa ada benda yang lawak walau watak2 dalam drama tu cuba buat komedi. Kebanyakkan yang aku tengok.. adegan adengan terhegeh hegeh.. tergedik gedik.. atau tiga suku yang tak kena pada tempat. Pendek kata.. adegan komedi dalam drama tu serius tak menjadi langsung nak2 lagi dari pelakon2 muda yang memang tak ada bakat semulajadi untuk berlakon komedi ni. Apa ingat semua orang mampu bawa watak2 komedi macam Bell Ngasri tu ke? hahahaha... tetiba Bell Ngasri pulak. Saja la nak bagitau antara pelakon komedi yang terbaik sekarang salah seorang Bell ngasri. Masa budak2 & muda2 dulu berlakon watak2 serius.. tetiba semakin berusia dia berlakon komedi pulak kan.


Bila tengok lawak lawak tak menjadi dalam drama tu kekadang rasa janggal & annoying jugak. Nak2 lagi watak heroin dalam drama tu. Ntah hapa2 la perangai sengal yang tak menjadi tu. Rasanya kena ambil pelakon2 yang boleh bawa macam2 jenis watak.. Macam Izreen Azminda, Zara Zya bagai.. watak sedih menjadi.. watak komedi menjadi barulah drama tu ada aura sikit. Ni ambil pelakon alahai.. amatur sangat skill lakonan depa. Tapi tu la.. Kena bagi peluang kan kalau tak macam mana dorang nak belajar & improve skill lakonan tu cuma tu la.. Kalau kau berlakon tak menjadi memang la kena kutuk. So dalam fasa fasa kau nak belajar jadi pelakon yang terbaik kau kena hadap la benda tu ahahahaha

Drama Namaku Bedah ni mengisahkan seorang gadis bernama bedah binti bedul. Nama tu di berikan oleh arwah ayah & ibu dia hasil gabungan nama mak bapak dia iatu Bedul & hamidah. Dia macam rasa nama tu memalukan so dia minta kat mak dia nak tukar nama tapi mak dia explain la kat dia nama dia tu lambang cinta antara mak dia & arwah ayah dia. Di sebabkan tu mak dia tak benarkan dia tukar nama.

Nak di jadikan cerita dia nak masuk kolej.. so dia terfikir nak guna nama lain masa kat kolej sebab dia rasa nama dia tak sesuai dengan diri dia yang mempunyai wajah yang cantik. So, dia nekad nak guna nama baru bila di kolej.

Watak bedah dalam drama ni macam gedik & suka bergaya. Dia selalu gunakan muka dia yang cantik untuk goda lelaki tapi sebaik je semua lelaki tahu nama dia bedah dia akan di tertawakan. Erkkk.. macam satu penghinaan pada orang yang nama bedah pulak kan.

Bila dia sambung belajar di kolej ramai lelaki minat kat dia sampai ada yang sanggup bergaduh berebutkan dia. Pada satu hari bedah jumpa dengan seorang anak jutawan. Bedah terpikat la tengok anak jutawan yang ensem tu tapi tak sangka pulak anak jutawan tu pun syok kat dia jugak. So, bedah gunakan nama glemer dia Puteri Anis untuk mendekatkan diri dengan anak jutawan tu. 

Sebab terlalu teruja dapat anak jutawan bedah jadi tak tentu arah sampai terfikir nak berhenti belajar & kahwin dengan anak jutawan tu. Dia kongsi perasaannya dengan kawan baik dia tapi kawan baik dia tak setuju & cuba menghalang rancangan dia tu. Bedah semakin lupa diri sampai sanggup nak tukar nama dia supaya kekasihnya anak jutawan tu tak tahu so dia minta tolong dari someone tu tukar nama pada kad pengenalannya.


Sebab anak jutawan tu bedah ubah penampilan dia dari seorang budak kampung kepada gadis yang lebih urban.. Erkk.. ingat orang kampung tak reti bergaya ke? Tipikal drama melayu suka gambarkan orang kampung kolot & tak pandai berfesyen. Tu kampung zaman bila.. ni zaman 2000an beb! Patut tukar persepsi tu ok! Sambung cerita bedah tadi.. Bedah semakin berubah suka cakap besar & semakin sombong dengan orang orang kampung dia, Bila mak bedah tahu bedah nak berhenti belajar & kahwin.. mak dia cuba halang. Dia minta kekasih anak dia tu datang jumpa dia dulu. Sebab anak jutawan tu benar benar serius dengan bedah dia sanggup ke kampung bedah & jumpa dengan mak bedah tapi bedah pulak risau takut rahsia pasal nama dia terbongkar.

Tapi akhirnya rahsia tentang nama dia terbongkar juga.. cuma apa berlaku korang kena follow sendiri drama ni..

Alkisahnya pasal nama dia bedah je la kan.. Drama ringan ringan je ni. Nama pun drama komedi kan.. Takkan nak buat cerita berat pulak. Drama ni menurut sumber yang aku baca di adaptasi dari novel Namaku bedah. Ooo.. kisahnya drama adaptasi novel jugak lah yer... Apsal dalam banyak2 drama adaptasi novel takde yang nak buat drama adaptasi novel seram yer?? hahahaha

Walaupun aku rasa Drama Namaku Bedah ni pelakon2 muda dalam drama ni tak menjadi watak komedinya tetap aku bagi publisiti drama tu dalam blog aku ok walau sekadar mengkritik. Tu kira support jugak la drama melayu. Tengok & kritik.. hahahaha. Kena ingat kritikan selalunya ikhlas berbanding pujian hahahahaha

Moral of the story.. bila la trend drama adaptasi novel ni nak habis.. Terlampau banyak drama adaptasi novel penulis novel pun makin tak berkualiti dah sebab masing2 buat cerita ikut trend maka kebanyakkan cerita copy idea cuma ubah sikit2 jer.

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET

ANTARA TAJUK DRAMA PALING BOSAN.. SUAMIKU PALING SWEET. Selepas drama Biar aku jadi penunggu kat slot akasia TV3 berakhir di gantikan dengan drama adaptasi novel suami ku paling sweet. Masa drama Biar aku jadi penunggu tu.. Aku tertarik nak menonton pertama sebab tajuk dia. Bagi aku tajuk2 drama macam tu masih menarik & buat aku rasa nak menonton ceritanya.. Yang kedua sebab Ashraff Muslim.. Hahaha aku suka dengan Ashraff muslim walau watak dalam Drama Biar aku jadi penunggu tu aku rasa kurang sesuai dengan dia. Imej & cara dia terlalu lembut (bukan pondan ok) untuk pegang watak lelaki macam tu hahahaha. Minat pun tak semestinya kita kena suka & puji je ok!


Aku sebenarnya tak tengok pun drama Suami ku paling sweet tu sebabnya tajuk lahai.. Bosan sungguh. Tajuk2 drama hipster macam tu memang bukan taste aku sangat. Aku tetap juga suka tajuk2 drama yang berat sebab selalunya drama2 macam tu sangat menarik jalan cerita & banyak pengisian dalam cerita tu. Babak2 bermain dengan emosi yang boleh  buat kita sampai ke hati.. So, bila menonton drama2 macam tu aku rasa lebih 'Feel' & drama macam tu aku rasa lebih ada jiwa dari drama2 adaptasi novel dengan tajuk2 ala2 korean drama macam Suami ku paling sweet. Sumpah.. tak best langsung. Rasa tak berapa lalu nak layan... Baik tengok keluang man je kat TV9 sebab sama time tayangan dia dengan drama tu hahahaha

Tak tau la sampai bila trend tajuk novel & drama cinta melayu macam ni akan berakhir. serius muak tau walau hanya dengar & baca tajuk... Tiada nilai2 seni dalam karya tersebut. Satgi ada pulak yang dok compare.. Konon lekatlekit ni tulis pun santai lepas tu nak kondem tajuk drama & novel camtu pulak. Jangan la compare dengan penulisan blog.. Blog memang ramai yang suka baca cara santai macam sembang kat kedai mamak... nak2 lagi macam blog aku ni. Kalau tulis macam buku teks sastera hangpa ingat orang nak baca ka? So, tarikkan tu tak sama ok!

Jadi please.. jangan la buat tajuk2 drama ala2 korean drama macam tu. Boleh jer buat tajuk drama yang ada sense of humor & santai2 macam drama Mak Cun.. Tajuk2 macam tu still attractive aku nak tonton sebab masih nampak identiti drama melayu yang bukan tiru konsep drama luar. Kalau setakat suami ku paling sweet.. serius memang nampak identiti tajuk drama korea ok! Nampak sangat penulis dia tak ada identiti hahaha.. ni kira penulisan copy idea je. Kebanyakkan drama atau novel2 macam tu.. Jalan cerita lebih kurang sama. Boring ok!

Dari sinopsis yang aku baca pasal drama Suamiku paling sweet ni.. kisahnya pasal seorang graduan universiti yang terpaksa & di paksa jadi pengasuh sementara seorang kanak kanak. Kanak2 tersebut cucu kepada kawan mak dia. Sebab pengasuh2 sebelum ni tak ada yang mampu bertahan dengan perangai nakal budak tu. Dia terima jugak la sebab dia fikir untuk sementara ja. Masa dia jadi pengasuh tu la bertemu dengan hero dalam drama ni. Kononnya sebab masing2 jenis keras kepala maka agak kecoh keadaan.

Tup tup.. nak di jadikan cerita mak bapak si budak kecik tu pulak meninggal dunia dalam satu kemalangan. Sebab tiada mak ayah budak tu dah tak ada.. dia menumpang kasih dengan bapak sedara dia yang muda lagi hensem (hero dalam drama tu). Hero tu pun sayang anak buah dia pun macam anak sendiri. Disitulah bermula kisah antara hero & heroin. Bila si hero bertemu dengan pengasuh budak tu merangkap heroin dalam drama ni.. hati dia sering berdebar debar. Konon sign cinta sedang berputik tapi masing2 macam bengong dengan tanda debaran tu.. depa buat tak layan je perasaan masing masing sehingga berlaku satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka.

Si heroin kena paksa kawen dengan hero dalam usia yang muda. maka dalam usia macam tu di paksa kawen memberontak sikit la dia. Jadi emosi dia sedikit terganggu. macam macam perasaan muncul dalam diri dia.. terkejut marah benci meluat semua ada la. Biasa la kena kawen paksa kan.. Sapa suka kena paksa ye dak?? Nak2 lagi dalam keadaan yang dia sendiri tak bersedia nak pikul tanggungjawab seorang ibu kepada anak buah si hero tu. Dia syak dia kena perangkap dengan si hero sebab nak bersama dia.

Sampai satu tahap dia memberontak sehingga sanggup tinggal suami dia dan anak buah suami dia tu. Walaupun si suami ni sedih dengan perangai bini dia tu tapi dia faham perasaan bini dia yang di paksa kawen dalam keadaan dia tak bersedia macam tu. So, dia berusaha la pujuk & bagi sedikit ruang untuk si isteri cari ketenangan. Kang dok push2 sangat jadi gila lagi susah nak bela kan.. hahahaha

Dalam drama ni si suami ni memang tak putus asa dok pujuk & akhirnya isteri tu lembut hati & balik la kepangkuan suami & anak buah suami dia tu tapi dengan syarat tak ada sapapun boleh ungkit kisah di sebalik mereka terpaksa berkahwin tu. Aku pun tak tau kenapa depa kena paksa kawen sebab tak tengok pun drama tu. Hangpa nak tau tengok la sendiri yer.. Tapi sebab peristiwa tu di ungkit apa lagi bengang la si bini.. so sekali lagi dia lari dari suami dia walau time tu dia tengah pregnant & terus anggap dia di perangkap sehingga terpaksa berkahwin dengan si suami. Betul ke tidak dia kena perangkap dengan suami dia sendiri.. hangpa tengok la sendiri kalau ada selera nak layan drama Suamiku paling sweet. Sebab aku malas nak tengok suami orang yang sweet2 ni.. satgi takut terasa suami sendiri tak sweet pulak hahahaha.

Tu dari sinopsis drama yang aku baca la.. Aku belum terbuka hati nak menonton drama ni. Tapi kot2 tetiba aku berubah hati.. Rasa sweet pulak drama ni nak layan tak tau la kan. hati manusia ni kan boleh berubah katanya hahahaha

Moral of the story.. Aku sendiri pun tak tau apa moral of the story drama ni sebab tak tengok pun hahahaha.

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ MEMAPARKAN KERJAYA DOKTOR WANITA MEMANG BANYAK MASA TERLUANG. Nak kata tak tengok langsung.. tengok jugak kadang2 hujung2 mata. Nak kata follow sampai tak skip episod tu tak jugak. Jadi nak kata tak tahu langsung pasal drama tu.. tahu la juga pasal kisah cinta antara seorang doktor perempuan yang dulu agak tergedik gedik dengan seorang Kapten bergelar ustaz.


semalam terbaca satu status komen pasal Drama Sayangku Kapten Mukriz tu. Katanya kerja Doktor wanita ni gamaknya terlampau banyak masa terluang sampai kerjanya asyik merajuk dengan laki & tunggu laki pujuk macam dah tak ada kerja nak buat kat hospital. Sungguh tak real drama kehidupan seorang doktor walhal semua orang sedia maklum kerjaya sebagai seorang Doktor ni kadang2 nak tengok muka laki sendiri pun tak sempat. Jangankan nak tengok muka laki.. Tidur pun jarang cukup. Tapi dalam drama sayangku Kapten Mukhriz.. Tengok memang santai sungguh Doktor pompuan tu.

Yelah.. yelah.. satgi ada yang kata nama pun drama cinta mesti la highlight kisah cinta depa. Takkan nak tunjuk kehidupan dia kat hospital jer kan. Tapi rasanya benda tu memberi gambaran tidak betul kepada kerjaya seorang doktor mungkin akan menyebabkan orang membuat persepsi yang salah terhadap kerjaya seorang doktor. Lepas ni kalau doktor silap sikit mula la aku kata.. Macam la banyak sangat kerja doktor tu.. Tengok drama sayangku kapten Mukhriz rilex je dia. Boleh selalu je ber 'romen' tika dengan laki dia selalu. Konon la sampai tak cukup tidur.

Sepanjang aku tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni aku tak jumpa apa moral of the story dia nak sampaikan. Dok highlight kisah cinta, jeles tak tentu pasal, orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga, perempuan lain nak take over laki dia, kapten mukhriz kena pujuk bini dia.. bla.. bla.. Kata nak highligt kehidupan seorang angkatan tentera tak nampak pun.. nak kata highlight kehidupan seorang doktor memang langsung tak ada jadi kat sini aku boleh simpulkan semata mata cerita cinta yang tak ada motif & membosankan. Kot2 la ada babak dia tengah sibuk nak merawat patient yang cedera parah tetiba laki dia pun accident teruk masa tu dia terpaksa bersikap profesional & fokus menyelamatkan patient yang tengah parah sehingga berjaya. Ataupun bini tengah sakit tapi laki terpaksa menjalankan satu misi penting waktu tu berlaku satu peperangan dalam perasaan antara tanggungjawab kepada negara & kasih sayang kepada seorang isteri. Kat situ nampak jugak la erti pengorbanan demi cinta cuba di tonjolkan. Bagaimana mereka mengawal perasaan dalam situasi penuh dilema untuk berkhidmat pada masyarakat. Tu pun ada tema cinta jugak tu. Ni sepanjang cerita dari gedik gedik nak ngorat ustaz mukhriz sampai dah kahwin tak ada apa yang mencabar pun dalam kisah cinta Kapten Mukriz & Doktor apa ntah namanya perempuan tu. Aku lupa... hahaha

Gamaknya penulis cerita ni pun dia tak study kehidupan seorang anggota tentera & seorang doktor sebab tu tak banyak dia highlight tugasan sebenar dalam kerjaya tersebut. Jalan cerita dia cuma kisah cinta semata mata.. Kalau nak highlight kisah cinta tak ada motif tukar je tajuk sayangku Mukhriz sudah. Tak payah letak kapten tu.. Sebab kerjaya dia sebagai kapten memang tak nampak langsung dalam drama ni selain pakai uniform.

Tak tau slot drama pukul 7 ni bila la nak ada anjakkan paradigma.. Bukan tak ada langsung drama best yang di tayangkan kat slot tu di TV3 tapi sikit sangat yang best dari yang sampah. Katanya permintaan stesen tv nak drama drama macam tu.. Elok la sangat TV3 kena kecam secara berjemaah dengan rakyat malaysia. Memang stesen TV takde taste. Selera sampah. hehehehe

Orang yang maybe taste dia tak berapa high demand mungkin rasa cerita macam tu dah cukup menyentuh hati & membuat dia rasa terbang ke awan biru walaupun cerita tu sebenarnya cerita yang tak ada motif sangat nak di sampaikan. Macam cerita budak sekolah bercinta je.. kejab ok kejab merajuk. Bukan semua orang bukan citarasa yang tinggi dalam menonton sesebuah drama atau filem. Kalau taste anda tahap biasa biasa.. tak pelik la korang rasa enjoy dengan drama Sayangku Kapten Mukhriz ni. hehehe

Moral of the story.. sebab tu aku suka dengan cerita seram. Dah tentu memang tindakkan di luar jangkaan. Nak2 lagi filem seram Thailand ni.. Kadang2 termencarut jugak la kalau tengok hahaha. Apapun aku doakan industri perfileman & drama Melayu ni berlaku satu perubahan. Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia.. drama kita masih di tonton oleh golongan2 kuat berangan je. hehehe

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST. Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri.


Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak berapa logik sangat bagi seorang budak seusia dia. Dia seolah2 melakonkan watak seorang dewasa dalam watak seorang kanak kanak.

Betul.. Di luar drama ni memang balqis agak bijak & matang dari usianya. Dari dia menjawab soalan2 wartawan atau pengacara rancangan talk show memang tak macam budak2 sangat walau jawapan dia tu klise je.. Jawapan yang biasa artis2 guna. Mungkin jugak dia meniru dari artis artis lain. Tapi dalam drama.. Walaupun watak tu nak tunjukkan dia seorang budak yang bijak tapi jangan nampak watak dia tu macam watak orang dewasa. Macam mana ekk nak cakap.. Kita biasa dalam kehidupan apa2 masalah peribadi yang melibatkan orang dewasa memang pelik la kalau tetiba budak2 nak menyibuk ambil tahu kemudian cuba selesaikan. Jadi watak balqis tu bagi aku macam tak real sangat untuk seorang budak.


Bukan aku cakap balqis berlakon tak best ke hapa.. Mungkin watak yang di bentuk untuk dia terlampau over dewasa sangat dalam drama tu. Pun macam tu dia sentiasa menampilkan lakonan yang sangat2 baik dalam apa2 drama sekalipun.

Apapun Drama Akulah Balqis.. Mengisahkan realiti yang berlaku. Mak bapak terlibat dengan dadah, anak terumbang ambing. Isteri yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga membelakangkan keinginan suami. Suami pulak ambil kesempatan atas kekurangan isteri untuk jadikan benda tu alasan cari perempuan lain. Takde tipikal sangat la dengan trend drama2 sekarang kahwin tak cinta.. kemudian jatuh cinta.. kemudian ada orang dengki dengan kebahagian.. bla.. bla.. bagai. Not bad la drama akulah Balqis.

Ni pandangan peribody aku yer.. Bukan sebab aku memang suka kondem drama melayu. Yang best takkan aku nak cakap tak best. Tapi kalau yang tak best.. Berat rasa hati nak bagi pujian palsu. hahahaha

Tapi tengok pelakon kanak kanak sekarang habis satu drama keluar lagi drama lain macam life dorang hanya di set pengambaraan je.. Gamaknya depa sempat tak lalui kehidupan normal sebagai seorang kanak kanak macam kita dulu. Sempat tak depa buat aktiviti2 macam ni >> 18 Perkara Yang ada kaitan dengan kanak kanak di Malaysia << Kalau terlampau banyak job berlakon dapat. Yelah.. bekerja dari kecik. Kita masa kecik di kerjakan mak je kalau nakal. Nak bekerja betul2 dapat income ribu riban macam pelakon kanak kanak ni memang takde la kan. Setakat upah 20sen tolong pergi kedai tu ada la. hehehe

Apapun untuk si cilik Balqis.. Awak memang talented. Anugerah bakat yang sangat luar biasa dalam usia awak. Tahniah.

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN. Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni.

Sumber Google

Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.

Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.

Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?

Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.

Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota. 

Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING

AWAS! DRAMA SLOT AKASIA TV3 BAHAYA PADA MANUSIA & KUCING. Sapa2 yang ada bela kucing tu sila ambil langkah berjaga jaga. Pastikan setiap hari isnin sampai khamis pukul 7 malam anda kurung kucing2 dalam rumah. Sebab time tu la drama di slot akasia akan di siarkan di tv3. Bukan apa takut nanti habis je drama tu kucing korang pun hilang atau mati. Nak tahu sebab apa.. meh baca entri ni.


Setiap hari start pukul 7 hingga 8 malam.. Isnin hingga khamis kat blog aku entri akan mendapat views banyak masa tu adalah entri pasal drama Hello Mr Perfect. Bila dah dapat views tinggi untuk entri tu keywords pun banyak la berunsur kritikkan terhadap drama tu. rata2 yang google akan menulis keywords yang mengambarkan drama tu cukup hampeh, teruk, tak best,bosan & mengecewakan. Ingat aku je rasa drama tu kategori sampah rupanya ramai lagi. Aku tengok episod mula2 jer.. sekarang memang takde nafsu nak follow. Kadang2 baca jugak update dari Boni Kacak yang cuba memperbaiki jalan cerita setiap episod yang dia tengok dengan idea dia. Aku rasa drama ni patut bagi Boni Kacak je arah.. sebab jalan cerita dia buat nampak lagi best dari jalan cerita yang di dramakan. hahahaha

Akibat menonton drama Hello Mr perfect ni aku dapat satu komen kat entri tu menyatakan betapa dia tertekan sangat setiap kali tengok drama tu. Aku tak paham kenapa dia tengok jugak walau setiap kali tengok mesti stress. Gigih sungguh kekdahnya. Maybe dia takde esteruk macam aku so tak pilihan sangat rancangan tv time2 tu. Takpe aku suggestkan kat dia lepas ni on TV alhijrah baru tenang jiwa sikit. Tapi tak sangka rupanya bahaya tengok drama di slot akasia lebih2 lagi drama Hello Mr Perfect ni..  Sampai katanya hampir2 nak bunuh kucing jiran lepas tengok drama Hello Mr Perfect ni. Tv3 sila ambil perhatian yer! Please.. selective sikit drama2 yang nak di siarkan di slot akasia tu. Setakat yang pecahkan tv sendiri tu ok lagi.. Jangan Bangunan TV3 kena pecah sebab slot akasia je tak berbaloi katanya. Hahahaha. Bukan dia je rasa stress laki aku pun kalau tertengok cerita ni cepat2 dia suruh tukar channel. Dia sendiri akui tension tengok drama tu. Kang ada yang bendul sangat tak faham apa yang nak di sampaikan ni macam2 pulak pertikaian muncul. Secara mudahnya dia nak bagitau inilah drama paling tak layak di tayangkan kat tv. Ada paham?? hehehe

Komen ni membuktikan betapa drama tu memberi tekanan yang amat besar kepada penonton hahaha

Tak boleh nak kata apa.. Semakin hari drama & filem melayu semakin banyak yang layak flush dalam jamban dari di tayangkan di pawagam atau kaca tv. Yang betul2 berkualiti & best ni boleh kira dengan jari je. Jadi jangan salahkan penonton jika lebih memilih filem luar. Orang nak tengok sesuatu yang best..

Moral of the story.. Pilihan yang kita ada kalau rasa tak best cerita tu tukar je channel lain atau tengok je dvd macam aku. Zaman sekarang nak tengok tv atas tapak tangan pun boleh tak macam dulu orang nak tengok tv pun susah sebab tu rasanya drama2 & filem dulu lebih berkualiti dari zaman sekarang walau orang dulu struggle giler macam ni semata mata nak tengok tv >> Jom Tengok Adakah Anda Sempat Tak Lalui Zaman Kesusahan Nak Tengok TV Macam Ni << Sebab sekarang semua mudah, maka pembikin drama & filem pun ambil jalan mudah je nak siapkan karya mereka dengan tagline asal boleh jual. Tu yang bersepah karya sampah kat Malaysia.

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3

DRAMA HELLO MR PERFECT CERITA CINTA PALING SAMPAH DI TV3. Untuk slot Akasia terbaru tv3 sedang di tayang drama terbaru Hello Mr Perfect. Aku tengok jugak la satu dua episod walau dengar tajuk je ala2 korean drama apatah theme song dia memang konsep ala2 korea jugak. Lagu pun lirik sory sory sayangku i hate u, i love you, i miss you bagai. Hahaha... memang very da korea je suka buat lagu mix bahasa ni. tengok cerita tak tau la ala2 drama korea ke tidak sebab aku bukan follower korean drama.


Sedih sangat bila tengok Drama hello Mr Perfect ni tau. Rasa nak menangis tepi tv je setiap kali dia bersiaran. Bukan sebab cerita dia menyedihkan tapi cerita macam ni pun boleh jadi drama & keluar tv ke? TV3 ni memang jenis takde taste gamaknya. aku tak tau la versi novel macam mana cerita dia tapi versi drama ni memang aku rasa macam penulis & pengarah drama ni seorang kanak kanak yang baru belajar mengarang cerita cinta dengan imaginasinya. Aku tak berani la kata pelakon tu lakonan dia membosankan sebab aku tak tau apa yang membosankan sebenarnya. Tapi aku rasa dua2 pun membosankan. Yang pelik tv3 boleh kutip tayang cerita2 murahan yang asal siap macam ni.

Antara komen di post Beautifulnara

Starting pun bosan nak mampus.. hari ni malas dah nak tengok. Kang follow episod dia mulut asyik dok mengkritik je lagi bagus tak payah tengok. Lagipun time2 maghrib waktu siaran dia bagus jugak tv3 tayang cerita2 sampah macam ni. Sebab orang yang mempunyai high taste tak layan. Yang layan mungkin kanak kanak yang baru nak belajar eja perkataan cinta. hahahaha.


Mungkin pengarah & penulis skrip drama ni dah ketandusan idea sampai perlu nak adaptasi cerita novel entah apa apa. Atau producer drama sekarang memang jenis suka cerita2 remeh yang membosankan macam ni. depa lagi suka labur modal untuk cerita bodoh dari cerita yang berkualiti. Kesian fatah amin.. kenapalah dia sanggup terima job untuk drama ni. Kemaruk nak jadi hero sangat atau takde job dah nak ambil atau asal masyuk sudah.


Cerita2 macam ni layak untuk pelakon2 amatur buat persembahan untuk hari penyampaian hadiah sekolah rendah je. tak perlu laburkan modal untuk drama2 sampah macam ni. Tak layak pun sebenarnya tayang kat tv. hahahaha


Dari layan cerita ni baik aku tengok magic show lagi enjoy walau magic ni sekadar guna trick. Sekurang kurangnya trick yang dia buat boleh buat kita terpegun. 

Moral of the story.. Nampaknya tv3 sekarang memang tak macam dulu yang selalu tayang drama2 berkualiti dari segi jalan cerita sehinggalah ke pelakon. TV3 sekarang asal benda tu jadi cerita dah cukup lulus untuk di tayangkan kat tv. Bukan takat drama sekali dengan tv3 layak humban dalam tong sampah kemudian kitar semula jadi bahan yang lebih bermanafaat. hahaha

P/S : Kritikan ini ikhlas dari blog puaka lekatlekit.com

AKHIRNYA PEMBAWA WABAK MEROYAN BERAKHIR HARI NI

Meroyan ni satu wabak ke? Yer boleh jadi satu wabak bila ada sesuatu yang menyebabkan kaum wanita tak kira yang gadis mahupun perempuan dewasa jadi meroyan dalam tempoh waktu yang sama setiap hari. Alhamdulillah penyebab penyakit meroyan sejak dua menjak ni akan berakhir hari ni. Erkk... meroyan pun ada expired date ke?

Sumber Google

Pembawa wabak meroyan yang aku maksudkan adalah drama slot akasia Hati perempuan. Tengok post media hiburan tadi katanya hari ni episod akhir maka bermula esok Insya Allah tiada lagi status meroyan yang aku nampak kat news feed aku. Aku mula2 tengok jugak la sikit tapi macam taste drama2 macam tu aku malas nak tengok sangat. Bukan apa.. kang terbergaduh dengan peminat drama tu pulak. dah la hero & heroin hanya layak pegang watak penyapu ahli sihir berjubah hitam & berhidung panjang, drama pulak boleh morning sickness aku jadinya even tak mengadung. So, aku ambil keputusan tak payah follow sangat la. Nak hadap pun tak berapa selera macam mana nak kusyuk, katanya. hahahaha


Setelah aku rasa terlalu panjang episod drama ni, hari ni di umumkan sebagai episod akhir. aku rasa macam nak sujud syukur je. Bukan sebab benci sangat dengan drama ni tapi syukur sebab menyelamatkan ramai kaum wanita dari terkena tekanan emosi dengan watak Yuhanis yang selalu aku dok baca status geram,marah & sakit hati dari ramai kaum wanita yang follow cerita tu.

Moral of the story.. Kalau korang rasa annoying sangat perangai perempuan macam watak Yuhanis tu maka ambil la pengajaran, macam tu jugak pasangan korang yang rasa annoying kalau korang jenis prasangka tak tentu pasal. Ye betul tak ramai lelaki yang macam laki Yuhanis tu.. kalau laki lain rasanya abis talak la perempuan macam Yuhansi tu dapat. hahahaha

P/S : Pengikut drama ni jangan terlepas pulak episod akhir takut hangpa pulak meroyan tak dapat tengok ending hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com