Showing posts with label kelantan.taiping. Show all posts

AWAS GADIS CANTIK DI MALAYSIA DALAM BAHAYA

Yang mana rasa diri cantik tu maka sila la ambil langkah keselamatan dari awal. Jangan ambil kesempatan atas kecantikkan yang anda miliki sebab manusia zaman sekarang ni banyak yang nampak normal tapi sebenarnya mental. Muda2 lagi dah ada masalah sakit jiwa.. Maka bukan sesuatu yang pelik jika berlaku tekanan perasaan depa melakukan perkara yang di luar perikemanusiaan.

Terbaru baca kes student UitM umur belas2 tahun lagi jadi mangsa kelar seorang lelaki yang katanya syok kat dia.. tapi dia tolak cinta lelaki tu. Hasil pembacaan aku di laporan akhbar katanya perempuan ni di culik dengan cara laki tu ugut guna pisau suruh ikut dia naik kereta. Yelah.. mula2 pelik jugak aku dok fikir macam mana perempuan ni boleh ikut mamat pysko ni naik kereta kalau kata dia tak suka kat laki tu. Memang mula2 cerita ni tersebar katanya mamat tu boipren dia, sekarang cerita dia dah jadi lain katanya mamat tu yang syok kat dia, culik kemudian kelar leher perempuan tu sampai mati.

Ngeri sungguh aku dengar kes2 camni tau.. haritu awek cun dari kelantan kena kelar muka sebab putuskan hubungan dengan lelaki yang kelar muka dia tu. Tu pun kemain lawa. Putih gebu.. Yang semalam kena bunuh dengan mamat pysko pun kemain cun melecun. Orang2 gila zaman sekarang pun taste tak kalah tu.. Nak yang lawa jugak. Yelah.. orang gila pun bernafsu jugak kan. Masalahnya orang gila zaman sekarang pandai cover gila dia.. Tu yang bahaya. Tengok macam normal sampai satu tahap baru nampak kat mana gilanya.

Dua gadis cantik yang jadi mangsa kekejaman lelaki mental. Yang sorang bernasib baik.. masih hidup & selamat mendirikan rumahtangga.. Yang sorang lagi di bunuh. Apapun semoga roh adik ni di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman

Jadi yang cecantik tu hati2 la yer.. Jangan gunakan kecantikkan untuk kepentingan diri dengan permainkan perasaan lelaki. Jaga kecantikkan tu agar takde yang jadi dendam dengan anda. Kadang2 kesilapan bermula dari sebab kita yang melayan perasaan mereka kemudian bila sampai satu tahap perasaan sayang depa tu dah berada di puncak..  kita declare depa as a kawan baik. Mau tak remuk hati depa kan?  Even kita tak menyatakan secara lisan pun.. kadang2 layanan kita tu buat orang salah faham. Jadi pepandai la jaga diri, perbuatan & perkataan. Apapun bukan salah anda di lahirkan cantik cuma mungkin salah cara anda membawa kecantikkan tu.

P/s : yang rasa tak cantik pun jangan rasa selamat sangat tau. Tetap kena ambil langkah keselamatan sebab cantik pada pandangan mata setiap orang tak sama termasuk pandangan mata orang gila. hehehehe

P/S : hashtag:akubukanperempuancantik .... kekekkee


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com