Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK. Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka.

Sekadar hiasan

Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama.

Sumber Google

Samak
Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman ­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut. Sabda Rasulullah S.A.W. yang mafhumnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih.
(Riwayat Muslim)  Contoh : Kulit kambing akan disamak terlebih dahulu untuk menyucikan daging tersebut untuk dibuat kompang atau kegunaan yang lain.

Sertu
Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya/Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah. Contohnya : Anda terpegang seekor anjing, dan anda hendaklah sertu tangan anda mengikut cara yang ditetapkan syarak.

Sumber : Indahnya Agama Islam

Kat Malaysia ni najis mughalazah paling popular anjing dengan babi la. jadi saja la aku buat tajuk macam tu sebab kalau sebut najis mughalazah satgi ada yang tak tau apa benda najis mughalazah tu tapi kalau sebut babi dengan anjing semua orang Islam tahu tak boleh di sentuh tanpa sebab & kalau tersentuh dalam keadaan tertentu perlu di sucikan dengan cara menyertu tapi selama ni kita faham sebagai menyamak.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang Sertu & Samak

Tu la kan.. sebenarnya banyak perkara dalam hidup kita kadang2 kita salah faham semenjak dari kita lahir sampai kita besar. Kadang2 ada orang terpesong pemahaman dia sampai mati. Mati2 kita ingat benda yang kita tahu atau faham tu betul. ending dia alih2 salah pemahaman kita tak kira dari sudut hukum agama atau pemahaman kita dalam perkara lain. Sebab ia di sampaikan dari generasi ke generasi tanpa rujukan apa - apa. Semuanya berdasarkan pemahaman sendiri je. Contoh perumpamaan Harapkan Pagar, pagar makan padi.. walau logiknya mana ada pagar makan padi. Pagar tu bukan spesis benda hidup pun. Tapi kita tetap tak pernah rasa perumpamaan tu salah sampai lah kita tahu sebenarnya bukan pagar tapi pegar.. sejenis burung yang makan padi. Macam tu jugak dengan perkataan Lepaking.. kita fikir perkataan tu cuma bahasa santai budak2 sekarang yang suka sangat rojakkan bahasa. bahasa melayu campur bahasa inggeris Lepak+ing. Tak rasa perkataan tu di iktiraf & ada tercatat dalam mana2 kamus tapi tak sangka pulak perkataan lepaking memang ada dalam kamus oxford. banyak benda yang kita tak sangka berlaku dalam hidup kita kan? Tak sangka perkara tu salah.. tak sangka benda tu ada.. tak sangka dia macam tu.. erkk!

Apapun.. Memang tak salah cara kita membersihkan najis mughalazah selama ni cuma yang salah adalah panggilan pada perbuatan tu je yang kita salah faham. Tapi penting jugak kita tahu perbezaan perbuatan samak & sertu untuk kita tidak menyebarkan fakta yang salah. Aku bukan setazah, hokay! Sebarang komen nak tunjuk berlagak pandai & memperbodohkan orang tak di layan tapi kalau nak sama2 menyebarkan ilmu silakan. Kalau aku salah memberi info tegurlah dengan fakta yang betul  dengan rujukan yang sahih secara berhemah. Semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni memberi manafaat pada semua.

BILA SALIB TERPACAK DEPAN RUMAH AKU

Tu dia apa kes tetiba cerita salib terpacak depan rumah pulak. Jangan nak fitnah2 apa2 yer.. Aku masih Islam kalau nak tahu macam mana salib boleh terpacak depan rumah aku meh baca dulu yer jangan nak buat spekulasi

Buka2 pintu je terus nampak salib terpacak depan rumah. Dengan size agak besar & memang jelas la mata memandang rasa macam tak sedap pulak. Yelah.. memang tak boleh nak elak dari tengok sebab buka je pintu memang auto nampak. Almaklum la rumah jenis buka pintu nampak pintu rumah orang la katakan..

Ni bukan carian google tapi aku gigih snap sendiri tapi pandang kiri kanan jugak la takut jiran2 lain nampak kang pelik pulak depa. hahahaha

Actually owner rumah depan rumah aku ni memang melayu Islam tapi sejak 2 hari lepas ada penyewa baru masuk. Orang india tapi penganut agam kristian la kot sebab dia pacak salib tepi pintu dekat dinding luar rumah dia. Aku perasan dia pacak salib tu semalam masa buka pintu. Takpe hak beragama dia kan, kita tak boleh nak halang selagi dia tak ganggu sensitiviti agama kita tapi aku tertanya tanya.. sebab owner rumah tu kan orang Islam.. so, rumah dia di sewa bukan orang Islam lepas tu letak tanda keagamaan macam tu.. Boleh ke? Aku try la google info berkenaan.. ye ye aku tahu yang lebih baik bukan mengaji dengan google tapi mengaji dengan tok guru agama tapi dah ada kemudahan hujung jari.. So, boleh jugak gunakan. Tak semua info dalam ni tak betul ye dak?

Jawapan yang aku dapat adalah...

Ni penjelasan dari video ceramah Ustaz Azhar Idrus

Sumber Al-ahkam

Ni sekadar info hujung jari selebihnya rujuklah pada guru agama masing masing.  tak kira apapun bangsa & agama jiran baru depan rumah aku hope mulut dia tak tak tahap logi sangat macam jiran veteran sebelah rumah aku ni. Setelah semua ahli mensyuarat tembok dia dah pindah.. lama jugak aku tak dengar suara dia riuh rendah sembang luar rumah atau bertenggek kat depan pintu rumah orang.. semalam dah mula kedengaran suara merdunya bertenggek depan pintu rumah jiran baru aku tu. Hope dia dah insaf & tak ajak jiran baru mengumpat pasal family aku la.. bukan apa2 tup2 jiran nak pindah tetiba datang minta maaf cakap selama ni dok mengumpat family kecik aku ni.. hahahaha.. lawak jugak sebab aku tak pernah ambil kisah pun. Nak mengumpat pun takpe.. lantak la. Kalau dah hobi dia.. biar je la, kan? kekekeke


USTAZ AZHAR IDRUS KENA SUNBURN DALAM VIDEO SEKS YANG TERSEBAR

Isu tengah hangat sekarang selain isu I want to touch a dog, Ale Utooo... isu video seks penceramah & pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Aku ni memang suka ambil tahu isu2 semasa semestinya aku pun nak tahu jugak isu pasal Ustaz Azhar Idrus. Dulu pernah sorang minah ni up status kat FB katanya UAI pernah ajak dia berzina kat hotel.. bila jadi viral status dia terus hilang.. FB2 pun lenyap dari mukabumi. Aku anggap minah tu attention seeker silap langkah jer.

 Boleh baca kat entri ni Ustaz Azhar Idrus ajak gadis berzina

Sekarang muncul pulak video seks UIA bersama seorang wanita.. Sejak video tu tersebar baru hari ni aku terserempak kat news feed FB aku. Sebelum ni cuma gambar jer yang aku dok tengok. Tengok gambar pun aku rasa macam editing. Mana taknya kepala gelap badan putih melepak. Yang aku tahu & pernah tengok UIA ni orangnya bukan cerah sangat. Aku pernah jumpa dia kat satu restoran so.. Kalau dalam video tu ketara sangat warna badan & kepala dia yang berbeza kalau ada tetap nak kata perlakukan tu bukan editing maybe dia anggap UIA kena sunburn kot dari leher sampai kepala sebabnya badan memang putih tak logik sangat bagi orang berkulit coklat macam UIA

 Ko tengok la pic yang kecik tu kemain putih melepak badan UIA, leher keatas coklat jer. Sah kena sunburn. hahahaha

Yelah.. kita bukan budak Multimedia bak kata Amran Fans.. Hanya budak multimedia je mampu trace samada edting atau real. Tapi kalau dah macam tu punya kontra warna kulit dia aku rasa tak payah belajar  multimedia kot.. ikut hukum akal pun dah boleh agak samada editing atau real.

Video yang aku tengok tu bukan la aksi dari warm up sampai klimaks ok.. just beberapa second jer. Macam baru starting. Zaman fitnah mudah tersebar ni.. berhati hati la. Jangan ingat kita bukan somebody kita tak berisiko di fitnah macam tu. Kita tak tahu siapa suka @ benci kita jadi tak mustahil kita jugak berisiko jadi mangsa fitnah. Even fitnah tapi tetap mengaibkan. Moga Alllah melindungi kita dari kejahatan2 manusia macam tu. Moga yang di uji di beri jalan & kekuatan untuk hadapinya.


SYURGA BUKAN UNTUK ORANG TUA

Orang muda je ke masuk syurga?? Orang tua2 yang baik2.. beriman.. bertakwa.. ikut suruhan Allah, tinggal segala laranganNya.. Mati dalam keadaan beriman semua pergi mana lepas mati kalau syurga hanya untuk orang2 muda jer??

Jangan panik yer semua makcik2 & pakcik2 warga emas atau yang rasa mereka2 bakal menjadi atuk2 & nenek dalam usia emas. Kita baca dulu sampai ke titik noktah akhir..

Alkisah semalam sambil baring2 sementara tunggu mata nak pejam.. sambil2 tu en asben kita dok dengar ceramah ustaz azhar idrus kat youtube. Dia memang rajin dengar ceramah kat youtube. Kadang2 ceramah ustaz kazim elias.. kadang2 ustaz azhar idrus.. gitu la rutin sebelum tido kalau dia tak layan game atau tengok video pelik gambar mayat kena postmortem ke hapa ke.. Dia buka kita tumpang dengar je.. Terdengar pasal Ustaz Idrus cakap.. Syurga bukan untuk orang tua sebab ada link dengan satu pertanyaan dari sorang hamba Allah yang anak dia suruh tanya kucing dia mati masuk syurga ke tak. Bab kucing tu.. korang nak tau jugak ke. Takde haiwan yang masuk syurga tapi ada haiwan dalam syurga. Haiwan tak masuk syurga atau neraka. Nak lebih info korang google yer..

Carian Google
Kembali ke topik asal.. kenapa takde orang tua masuk syurga?? Wah.. ini tidak adil.. tidak adil.. (nyanyi dalam version lagu yuna yer untuk dapat effect lebih dramatik.. kekekeke). Apa yang Allah jadikan & putuskan adalah seadil adilnya.. Tiada syurga bagi orang tua adalah kerana semua manusia yang layak masuk syurga bila berada di dalam syurga semuanya akan jadi muda2 belaka.. Menurut apa yang sang lekit dengar dari ceramah ustaz azhar idru,  yang lelaki bila berada dalam syurga umur mereka lingkungan 30an.. Biasa la lelaki 30 tahun la paling laku & Perempuan pula lingkungan 17 tahun. Sebab apa dalam syurga perempuan semua berumur 17 tahun.. Menurut apa yang sang lekit dengar semalam.. Perempuan dalam umur 17 tahun itulah sedang berkembang aset tubuhnya dengan cantik termasuk rupa. Jadi wanita2 dalam syurga semua akan jadi cantik & muda & lelaki juga hensem bergaya gitu.

Jadi yang dah melangkah usia emas.. yang dok meniti ke usia emas atau yang rasa dia mungkin akan hidup sehingga usia emas jangan sesedih lagi tau. Sekian sahaja perkongsian ilmu untuk hari ni. Semoga memberi manafaat kepada kita semua.


USTAZ AZHAR IDRUS AJAK GADIS BERZINA??

UAI penceramah/pendakwah yang terkenal dari terengganu ker? Ustaz Azhar Idrus tu?? Ajak gadis berzina?? Ye ker?? erk.. dari mana la sang lekit dapat story hot & spicy ni??

Menurut sumber (Blog MySAHABAT) kononnya ada sorang gadis mengeluarkan statement yang UAI pernah tackle dia & ajak dia check in kat hotel?? Glupp.. telan air liur kejab..

Sumber dari MySAHABAT. segala statement yang ada kat gambar ni bukan dari saya

Yo ko dik...?? Tetiba je ko up status macam tu ke ko frust try goda UAI tak dapat alih2 dia kawen untuk kali 3 dengan orang lain?? kekekekeke... gurau jer yer dik. Bila seseorang tu mula di kenali inilah risiko & kenyataan yang dorang perlu hadapi. Setiap sudut ada jer musuh yang cuba jatuhkan.. Tak tahu statement minah tu betul ke tidak... Sebab kita tak nampak bukti yang ada cuma kenyataan dia laman FB. Tu pun account FB tu dah di tutup selepas dia up status macam tu. Motip ko dik.. Up status kontroversi lepas tu tutup account.

Sumber MySAHABAT

Tapi sayangnya pendedahan tu tak berbukti atau tiada sebarang laporan polis di buat jadi korang tak boleh nak buat kesimpulan apa2. Zaman sekarang ni kadang2 benda yang kita rasa mustahil tu.. boleh jadi tak mustahil. Hanya Allah je la yang tahu kebenarannya..

Buat adik yang up status macam tu.. Bahaya ko dik dok keluarkan statement panas macam ni. Kalau fitnah boleh jadi kes saman menyaman. Dengan ko delete account FB ko tak bermakna orang dah tak boleh cari ko. Segala apa yang ko tulis.. orang boleh lagi trace identiti ko walau ko dah delete account tu di laman sosial.

Semoga jadikan pengajaran.. kalau ada berlaku kes jenayah cabul.. gangguan seksual ke hapa ke bukan lapor kat FB yer tapi terus lapor ke balai polis sebab kalau lapor kat FB hanya mengundang masalah lain. Tak payah la nak cari publisiti sangat kat FB, bukan ada orang nak bayar royalti pun kat ko.

HARAM, BERDOSA BESAR & DI LAKNAT MANDI WAJIB TANPA SEURAT BENANG?

Betul ke? Sang Lekit pun baru first time dengar hukum macam tu. Yelah kan.. selama ni kita tak ambil kisah sangat pasal ni kan?? asal mandi sudah.. Persoalaanya sekarang, adakah betul hukumnya macam tu? Jom kita kupas kupis topik pasal ni


Menurut Ustaz Azhar Idrus katanya memang Haram, Berdosa besar & di laknat sekiranya mandi kat tempat ambil wuduk di masjid dalam keadaan tanpa seurat benang tu. Kalau dalam bilik air sorang diri atau dengan pasangan yang muhrim tak jadi masalah. Pasal mandi wajib tanpa seurat benang tu pun takde masalah. Jangan ada yang anggap tak sah pula mandi wajib dalam keadaan berbogel. Terus buat hukum sendiri nanti jadi sesat pulak. ( Rujukan kat SINI )

Style Ustaz Azhar Idrus ni jawab soalan memang sang lekit perasan dari dulu lagi mesti ada gimik & suspen tapi benda tu buat dia nampak ada identitinya sendiri cuma sang lekit kadang2 dengar kuliah dia kat youtube tak berapa faham sangat sebab dia punya slang terengganu tu pekat sangat. Sang Lekit pernah juga terserempak dengan dia kat restoren cili ke hapa nama dia. Orangnya low profile.. masa tu yang ada dengan dia farah asyikin (penyanyi yang sekarang dah berhijab) & dua tiga orang lain lagi. Maybe masa tu dia ada ceramah kat masjid area2 situ kot, takde pula sang lekit soal siasat masa tu.

Apapun kadang - kadang kita rasa benda remeh tapi sebenarnya kita tersalah pemahaman selama ni.. contoh macam istilah sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin (Boleh rujuk kat entri ni : TIADA ISTILAH SEJAHAT JAHAT MANUSIA ADALAH SEBAIK BAIK JIN). Tak wujud sebenarnya istilah tu.. Jin macam manusia juga. Yang baik tetap la baik.. malah mungkin lebih baik dari manusia. Yang jahat tetaplah jahat, takde istilah jahat manusia tu sama dengan jahat jin. Nampak sangat la nak fitnah jin tu sejahat2 makhluk, kan?? Dan satu lagi kat Fb semalam ada pertikaian pasal pemahaman kita selama ni yang percaya hawa di jadikan dari rusuk adam. ada yang kata takde dalam hadis.. ada yang kata ada.. Sang Lekit bukan la pakar dalam bab ni jadi sang lekit pun tak pasti apa yang betul & salah. Sapa2 yang ada info pasal tu boleh la share untuk kita sama2 belajar.

Jadi tak semestinya benda remeh kita kena pandang ringan. Kadang2 yang remeh boleh jadi berat bila apa yang kita percaya selama ni sebenarnya salah. Mungkin dulu zaman sebelum wujudnya dunia hujung jari kita tak terdedah dengan  sebaran ilmu macam sekarang, jadi kalau kita tersilap percaya pun kita boleh ubah balik mulai sekarang.

KOMEN BALAS CIKGU SHIDA TENTANG KOMEN USTAZ AZHAR IDRUS

Bila baca kat blog cikgu shida yang membalas balik komen terhadap Ustaz Azhar Idrus terhadap video miming beliau (Sebab ada orang yang bertanya bukan sesaja ustaz ni nak komen yer..) rasanya macam lain yang orang cakap lain pulak dia jawab. Jom baca pertanyaan & komen dari ustaz azhar idrus ni dulu sebelum kita sambung mengopek..


Tu soalan & di jawab oleh Ustaz Azhar Idrus.. Cikgu Shida ni macam touching pulak. Mesti la terasa kan sebab yang di sebut nama & perbuatan dia. Tapi cara dia menjawab.. Macam menegakkan benang yang basah pulak. Lepas tu berbelit2 cuma membetulkan apa yang silap.



Sebahagian kenyataan cikgu shida

Rasanya cikgu shida ni silap memberi hujah balas pada isu ni. Lumrah.. bila menjadi seorang icon, seorang yang di kenali maka setiap perbuatan & kata2 dia akan jadi perhatian orang lain. Silap sebesar kuman pun orang akan nampak jadi kena la banyak berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kata2 atau komen. Kalau dah pilih untuk jadi perhatian orang lain maka kena terima akibatnya. kan?? Kan?? Kan?? Amalina yang convert imej ala2 Amelina tu pun kena hentam.. tapi buat masa ni takde minat pulak nak komen isu tu. Nak buat macam mana sang lekit ni kan peminat cikgu shida.. kekekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com