Showing posts with label tenang. Show all posts

5 PERKARA TENTANG 'BLUE' YANG WUJUD DALAM HIDUP ANDA

5 PERKARA TENTANG 'BLUE' YANG WUJUD DALAM HIDUP ANDA. Tu dia.. terbeliak biji mata bila sebut blue. Masing2 mula memornokan otak. Asal blue je terbayang la yang bukan bukan kan? tapi yelah.. terfikir jugak aku.. sampai hari ni tertanya tanya jugak kenapa filem 'tet..' tu di gelar filem blue. Sempat jugak aku google nak cari info macam mana istilah 'blue' tu di gunakan untuk filem - filem macam tu. Apa kaitan blue tu..


Tapi kebanyakkan artikel cuma cerita pasal sejarah filem blue. Bila ia bermula.. bla.. bla.. bagai.  Tak jumpa jugak apa kaitan perkataan 'blue' tu dengan filem2 'tet..' tu. Erkk... jangan dok fikir aku cari video luca* pulak. Kebetulan terbaca satu artikel pasal blue (biru) ni tu yang tetiba terfikir pasal tu. Tak kuasa la nak hadap filem2 macam tu.. Lagi bagus aku tengok filem seram. Lagipun filem2 sekarang pun tak payah tengok 'blue' bagai... adegan ranjang kadang2 dah ala2 filem B.L.U.E jugak. tersiput siput malu even tertengok dengan laki sendiri pun.

Geram sungguh kalau tertengok adegan2 tak di ingini macam tu nak2 lagi depan family atau sedara mara. Rasa macam nak sorok muka dalam spender je.hahahaha Jangan ingat drama atau filem klasifikasi U atau P13 bebas dari adegan2 yang tak patut di tonton ok! Jadi sentiasa kena ada pemantauan nak2 drama melayu sekarang. Konon nak bagi nampak realistik sangat lakonan tu sampai babak atas katil macam satu kewajiban pulak ada dalam kebanyakkan drama melayu nak2 lagi drama bertemakan cinta ni.

Pun macam tu dalam hidup kita sebenarnya banyak berkaitan dengan blue (biru) yang berlaku terang terangan & secara umum tanpa tapisan ni. Antaranya adalah 5 perkara biru (blue) ni >> 5 Perkara Blue (Biru) Yang Wujud Dalam Hidup Kita Yang Mungkin Kita Tak Sedari << Tu antara 5 contoh biru yang ada dalam hidup kita. Sebenarnya banyak lagi.. Pun macam tu biru2 ni memang sangat 'nikmat' ok! Nikmat yang tak siapa akan menolak. hehehehe

Apapun biru adalah warna yang melambangkan ketenangan & kelembutan jugak. Tak tau la sapa punya kerja dok kaitan biru dengan filem tak senonoh tu kan? Terus tercemar warna biru yang indah. Selain biru yang melambangkan filem 'Tet...' tu Biru juga lambang Barisan Nasional. OkBai... hehehehe

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA

MISTERI TERUNGKAI APABILA MALAM MENJELMA. amboi tajuk entri macam tajuk novel seram jer kan.. Padahal penulisan blog aku ni cukup tak formal. Ala2 mesyuarat makcik2 bawah pokok membincangkan isu anak si Tijah nak berkahwin tiba2 jer.. hahahaha. Biasa la tajuk blog melekit kena berkonsepkan ala2 seram gitu. Walau cerita atau review filem seram bercuti buat seketika waktu. Tunggu Lazada hantar DVD player jab yer.. Nanti kita pergi memancing hantu.


Ingat entri semalam Misteri kehilangan tanpa tanda, Ghaib Di alam Nyata.. Kalau terlepas baca satgi hangpa pi la baca. Tak sampai 24jam.. Misteri tu terungkai apabila malam menjelma ketika aku mengangkat bantal2 untuk mempersiapkan diri tidur... Bertaburan organ dalaman dia atas lantai. Ku kutip satu persatu lalu ku cantum semula menjadi sempurna. Ku cucuk wayar menyambung nyawa yang mati seketika siang tadi.. Ku cuba CPR sehingga dia hidup semula. Maka berkhidmat semulalah Galaxy Y untuk tuannya...

Kempunan la nak merasa enpon baru. Baru dok bincang2 dengan asben aku semalam nak pergi ambil simcard kat Maxis center.. Ada rezeki nak cari enpon baru bagai.. Dah dia pulang kepangkal jalan. Betul la kan.. kejadian ni betul2 macam aku dok cakap dalam entri2 sebelum ni. Kadang2 Allah hilangkan sesuatu.. Bila kita dah tak mencari lagi tetiba dia muncul semula. Sama je macam kes2 ni >> Kejadian Yang Tak Di Sangka Yang Benar Benar Buat Orang Rasa Syukur Sangat. Mesti Korang Pernah Alami Perkara ni  <<

Memang awal2 aku sedar hilang tu aku cari jugak. Aku dah cari bawah katil, atas katil semua tak jumpa. Tak tau terselit celah bantal. Lepas dah tak jumpa aku redha jer la.. Anggap bukan rezeki aku la. So, aku tak cari lagi. Just fikir nak ambil balik simcard je. Bila kita tenang jer... senang je benda tu muncul semula tak payah cari cari lagi. hahahaha

Lepas ni kalau hilang buat rilex sudah.. enpon aku ni zaman pra sejarah maybe ada saka yang jaga. Hilang kang pandai2 dia cari Tuan dia balik. hahahaha. Apapun.. Alhamdulillah. Budget yang konon nak beli enpon baru boleh la di manafaatkan kat Guardian ker.. The store ke.. hahaha.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com