Showing posts with label editing. Show all posts

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA

HUKUM BERMAIN APLIKASI MY HERITAGE PADA GAMBAR ORANG YANG DAH MENINGGAL DUNIA. Bagi yang ada akaun media sosial tiktok mungkin perasan tengah trending sekarang #MyHeritage. Boleh kata sekarang hari hari keluar kat #FYP tiktok saya content content video hasil dari aplikasi my heritage ni. Kebanyakan membuat sentuhan pada gambar ahli keluarga yang sudah tiada.



Apa tu aplikasi My Heritage? Kena bagitahu dulu mungkin ada yang tak tahu walaupun aplikasi ni dah lama wujud cuma kembali popular di kalangan tiktokers seluruh negara termasuk Malaysia.

My Heritage ni satu aplikasi yang berfungsi untuk mengedit gambar seperti hidup. Senang faham buat animasi pada gambar. Maksudnya gambar tu bergerak seperti mata berkedip & bibir tersenyum seolah olah hidup. 

Maka ramai yang boleh menggunakan aplikasi ni untuk membuat editing pada gambar orang orang yang dah meninggal dunia. Sebagai salah satu contoh gambar.. boleh tengok pada video di bawah. Supaya anda lebih faham apa yang saya terangkan melalui penulisan.


Bila ramai mula mengaplikasikan pada gambar gambar ahli keluarga yang telah meninggal dunia mula timbul pertikaian dari beberapa individu di tiktok dengan mengaitkan tanda tanda kedatangan Dajjal di akhir zaman. Apa yang di perdebatkan antaranya.. akhir zaman dajjal akan turun untuk menyesatkan manusia. Antara perkara yang di lakukan dajjal adalah menghidupkan orang yang dah mati. Jadi mereka berpendapat mungkin apa yang di maksudkan adalah permainan aplikasi macam ni. Tapi perkara tu perlu di rujuk kepada mereka yang lebih berilmu. Kita tak boleh terima pendapat tu bulat bulat tanpa rujukan yang sahih.

Tapi ada beberapa pendakwah mula memberi komen & pendapat berkaitan aplikasi my heritage yang tengah trending di tiktok sekarang ni. Antara ustaz dasuki dan ustaz azhar idrus. Anda boleh tonton pada video di bawah..



Bagi saya pulak.. membuat sentuhan animasi pada gambar ahli keluarga yang dah meninggal dunia ni hanya akan memberi kesakitan pada hati sendiri. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada. Tak tau la orang lain.. kalau saya tak kuat untuk nak buat & tengok benda benda macam tu. Dah tentu menganggu emosi saya untuk beberapa tempoh waktu sementara benda tu nak kembali normal. Untuk biasakan diri kehilangan Ayah saya dulu pun hampir bertahun tahun saya bermimpi arwah. Sebab ingatan kita pada sesuatu tu terlalu kuat. Nak terima kehilangan orang tersayang bukan mudah bila kita dah mula terima elakan dari melalukan sesuatu yang boleh membangkitkan rasa sedih tu kembali.

Apapun perkara yang nampak bercanggah dengan ajaran agama kita elok la di elakkan. Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada semua yang membaca blog saya.

EDITING GAMBAR PALING GAGAL PEREMPUAN GEMUK NAK LANSING

Zaman semua boleh di edit ni memang kadang2 orang ghairah nak nampak cantik & menawan. Bukan takat Amran Fans jer suka mengedit gambar dia dengan awek2 cun.. Malah ramai lagi yang suka mengedit gambar untuk kelihatan menarik.. Erkk.. aku dulu pun suka mengedit jugak gambar orang tapi bukan mencantikkan tapi mendajalkan kengkawan... Hahahaha.. Memang masa zaman mirc dulu aku suka bergurau macam tu dengan kengkawan.

Sekadar hiasan. Sumber google

Ok la tu gurau.. editing pun benda2 tak munasabah.. muka tua badan baby bagai.. muka jantan badan perempuan. Yang memang orang tahu editing la. Editing aku pun takde superb sangat.. editing tak bertauliah. Belajar sendiri jer kat rumah dulu. Tu kisah aku mengedit.. ni ada satu kisah editing paling fail... Nak menipu tapi nampak benar menipunya. So how? hahahaha

Kesian kan.. maybe dia nak nampak lansing & badan bentuk S tapi sayangnya teknik dia guna tu maybe bagi dia nampak berjaya tapi menyedihkan pulak aku tengok.. dia guna teknik erase jer.. sonong kojo ekau akak Ooi...

Nak tengok banyak lagi gambar yang kantoi edit meh tengok kat sini Koleksi Gambar Gagal Yang Epik Edisi Photoshop 

Zaman viral ni.. hati2 la buat apapun. Kadang2 benda yang kita nampak tak berisiko boleh jadi satu perkara yang memalukan. Tak salah nak nampak cantik even dalam gambar tapi jangan melampau2 sangat. Takat 360 tu semua orang dah biasa.. tapi kalau sampai camni gaya mengedit, sedih Uolls. hehehhe


USTAZ AZHAR IDRUS KENA SUNBURN DALAM VIDEO SEKS YANG TERSEBAR

Isu tengah hangat sekarang selain isu I want to touch a dog, Ale Utooo... isu video seks penceramah & pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus. Aku ni memang suka ambil tahu isu2 semasa semestinya aku pun nak tahu jugak isu pasal Ustaz Azhar Idrus. Dulu pernah sorang minah ni up status kat FB katanya UAI pernah ajak dia berzina kat hotel.. bila jadi viral status dia terus hilang.. FB2 pun lenyap dari mukabumi. Aku anggap minah tu attention seeker silap langkah jer.

 Boleh baca kat entri ni Ustaz Azhar Idrus ajak gadis berzina

Sekarang muncul pulak video seks UIA bersama seorang wanita.. Sejak video tu tersebar baru hari ni aku terserempak kat news feed FB aku. Sebelum ni cuma gambar jer yang aku dok tengok. Tengok gambar pun aku rasa macam editing. Mana taknya kepala gelap badan putih melepak. Yang aku tahu & pernah tengok UIA ni orangnya bukan cerah sangat. Aku pernah jumpa dia kat satu restoran so.. Kalau dalam video tu ketara sangat warna badan & kepala dia yang berbeza kalau ada tetap nak kata perlakukan tu bukan editing maybe dia anggap UIA kena sunburn kot dari leher sampai kepala sebabnya badan memang putih tak logik sangat bagi orang berkulit coklat macam UIA

 Ko tengok la pic yang kecik tu kemain putih melepak badan UIA, leher keatas coklat jer. Sah kena sunburn. hahahaha

Yelah.. kita bukan budak Multimedia bak kata Amran Fans.. Hanya budak multimedia je mampu trace samada edting atau real. Tapi kalau dah macam tu punya kontra warna kulit dia aku rasa tak payah belajar  multimedia kot.. ikut hukum akal pun dah boleh agak samada editing atau real.

Video yang aku tengok tu bukan la aksi dari warm up sampai klimaks ok.. just beberapa second jer. Macam baru starting. Zaman fitnah mudah tersebar ni.. berhati hati la. Jangan ingat kita bukan somebody kita tak berisiko di fitnah macam tu. Kita tak tahu siapa suka @ benci kita jadi tak mustahil kita jugak berisiko jadi mangsa fitnah. Even fitnah tapi tetap mengaibkan. Moga Alllah melindungi kita dari kejahatan2 manusia macam tu. Moga yang di uji di beri jalan & kekuatan untuk hadapinya.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com