Showing posts with label fadzi razak. Show all posts

BLOG APA NI SEMUA CERITA DIA SUMBAT

Ya Allah blog apa ni? Semua cerita dia sumbat. Takde tema langsung. Ni blogger takde identiti ke hapa? Uiks.. tak sampai hati pulak nak cakap macam tu. Tu dia sorang lagi blogger rojak yang wujud dalam alam maya ni. Blog rojak macam mana tu? Blog tu jual rojak ke? atau cerita pasal rojak jer? Bagi yang tak paham istilah blog rojak ni meh baca entri ni sampai khatam.

Sumber google

Blog rojak ni bermaksud blog yang penulisan dia tak tertumpu pada satu genre jer.. Contoh ada blogger dia banyak share pasal anak2 & kisah peribadi jer.. ada blog yang share kisah2 percutian dia jer.. Tu blog2 jenis ada tema. Tapi blog rojak ni semua cerita dia sumbat. Isu semasa, isu2 dunia maya, aktiviti blogger, dunia hiburan, Giveaway, contest,politik bagai... Kira apa saja dia rasa nak sumbat dalam blog dia, dia sumbat jer.. Macam blog aku ni. Suka hati aku la nak tulis pasal apa dalam blog ni. Takde tema2 tertentu. Itulah di namakan blog rojak macam macam ada...

Macam tu jugak dengan satu blog ni.. Nama dia guna macam lelaki tapi sebenarnya seorang wanita & seorang bakal ibu dah semestinya kalau bakal ibu tu bini orang. Warna tema blog dia merah putih.. putih di gunakan sebagai warna background blog dia. Banyak sungguh orang guna background warna putih kat blog yer. kekekeke. Blog ni lebih kepada blog informasi jugak even terselit sikit kisah2 peribadi. Tapi kelemahan blog ni tengok susun atur dia macam tak teratur sangat even tak nampak semak sangat. Kotak iklan.. gadget follower, share button yang kata atas tu macam tak sesuai pulak di susun macam tu. Lagi satu banner iklan nuffnang tu kalau ikut setting yang nuffnang suggest kena letak bawah header tapi ramai yang letak paling atas dalam blog termasuk blog ni. Rasa macam benda tu tak berapa effective & attractive pada pandangan mata aku la. Tapi pandangan mata orang lain mungkin berbeza ye dak. Itulah blog fadzi Razak. Blogger ni selalu je keep in touch dengan aku kat facebook. Level adik adik jer ni...

Bagi menambah kenalan blogger boleh la terjah ke blog Fadzi Razak. Sesama la kita mengeratkan silaturrahim sambil menambah traffic dengan amalan kunjung mengunjung.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com