PAKAI SUSUK SEBAB NAK RAJIN BERSOLAT
Kali pertama dengan susuk solat ni.. walau niatnya memang kedengaran baik, untuk membuat ibadat tapi 'Niat tidak menghalalkan cara' bak kata Nyah Zulfikar. Tetap susuk ni memesongkan akidah.Rujukan : Harian Metro
Akibat dari susuk ni, selepas ustaz itu memasukkan serbuk campuran berkenaan, dia merasakan kelainan pada tubuh badannya dan setiap kali ingin menunaikan ibadat, dia berasakan seperti ada suara ghaib membisikkan ke telinganya supaya melakukan ibadat & dia kata setiap kali mendengar Azan, badannya terasa panas seperti ada kuasa yang menariknya untuk bersolat. Susuk ni juga ada pantang larang sepanjang tiga bulan pertama pemakaiannya, termasuk tidak boleh menjejakkan kaki di tanah perkuburan dan sekiranya dia tidak mematuhi syarat itu, ustaz terbabit mendakwa dia akan menghidap penyakit misteri yang sukar diubati.
Niat tu dah baik.. Nak jaga solat tapi cara pula tak betul. Tetap jadi salah & berdosa. Moga benda ni jadi peringatan pada kita.. Niat & cara biarlah selari agar apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama.
P/S : Maaf kalau kurang menyinggah kat blog kengkawan semua sekarang ni. Memang tak berapa nak ada masa. Lala kan makin besar, kurang tidur & banyak nak orang layan dia main