Showing posts with label tipikal. Show all posts

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU?

ADAKAH GOLONGAN AUTISME MEMPUNYAI NAFSU? Kecoh minggu ni seorang remaja autisme berumur 22 tahun (lelaki) di tahan polis kerana di dakwa mencabul seorang perempuan. Ramai aktivis Autisme bangkit bersuara isu ni.. & ramai juga orang awam yang tidak memahami tentang autisme mempertikaikan macam macam perkara tentang individu autisme yang di dakwa tersebut.


Sebagai seorang ibu kepada seorang anak autisme (mild autisme level 1) memang isu ni sangat bagi kesan. Even anak saya perempuan & level autisme dia paling ringan tapi cabaran untuk membesar, mendidik & mengawal dia di tempat awam tetap mencabar. Walaupun dah umur 7 tahun.. Tapi tahap kematangan dia bukan seperti kanak kanak yang berumur 7 tahun walau orang nampak dia bersekolah di sekolah biasa dengan budak2 normal lain, boleh membaca & menulis (english & melayu) dengan baik tak bermakna segala perkembangan dia juga seiring dengan umurnya. Banyak perkara tentang pengurusan diri dia masih tidak cekap untuk handle sendiri. Masih perlu bantuan saya & bapak dia.

Saya risau juga nak hantar dia ke sekolah rendah tahun depan.. Tahun ni saya mohon pada KPM untuk lewatkan setahun sesi persekolahan dia.. so dia masih di tadika. Tahun depan saya tak ada pilihan.. Saya terpaksa untuk hantar dia ke sekolah di mana sekolah yang menempatkan pelajar dari usia 7 - 12 tahun. Dia perlu jaga diri.. boleh handle diri sendiri ke toilet semua. Dengan kes buli yang semakin menjadi jadi.. Allahu.. ikut rasa hati nak homeschooling jer. Tapi saya rasa benda tu tak baik untuk perkembangan dia.. Dia perlu bergaul & belajar untuk berdikari. Sekarang saya masih ada & masih mampu jaga dia.. akan datang saya tak tahu macam mana.

Orang takkan faham rasa hati seorang ibu & ayah anak autisme.. Nampak normal tapi tidak tipikal membuatkan masyarakat selalu salah faham. Benda ni mungkin mengundang bahaya & risiko kepada anak anak kami. Mungkin atas kekurangan mereka, mereka terbuat kesilapan seperti apa yang berlaku kepada individu autisme 22 tahun tu. Orang nampak dari pandangan mata kasar dia normal.. Mujur yang parents perempuan tu memilih buat laporan polis. Kalau di pukulnya budak tu.. Allahu tak terbayang macam mana perasaan & kesakitan di tanggung dia. Pasti dia akan jadi keliru kenapa dia di pukul sebab dia sendiri tak tahu perbuatan dia tu adalah satu kesalahan jenayah.

Ada mempertikai.. Autisme ni ada nafsu tak? Nafsu yang di maksudkan nafsu ke arah seksual..  Apa yang saya faham. Autisme dewasa ada nafsu seperti manusia lain cuma membezakan mereka dengan manusia lain sebab mereka melakukan sesuatu. Ada autisme mempunyai masalah sensory yang suka menyentuh. Termasuk menyentuh bahagian2 sulit orang lain bukan sebab bernafsu tapi keinginan mereka untuk merasai & meneroka. Anak saya suka menyentuh tapi bukan body part orang lain. Dia tak boleh tengok apa2 barang dia suka.. semua dia nak pegang. Dia bukan fikir boleh ke tak.. Yang dia tau kalau menarik dia nak sentuh. Sebab tu saya jarang bertandang atau bertamu rumah orang. Sebab anak saya ada behavior macam tu. Sebab saya tak nak menyusahkan tuan rumah & saya tak nak lepas saya balik mula la nak up status kat fb mengecam perangai anak saya. Ingat senang ka nak kepit anak sambil berbual dengan orang.

Walaupun autisme tapi kadang2 setiap individu atau kanak kanak yang ada masalah austime ni tak sama tingkah laku & pemikirannya. Mereka berbeza tapi tetap mempunyai kelainan yang menjadikan mereka golongan autisme. Kelainan tu dah tentu di luar kebiasaan orang normal even kadang2 nampak sama tapi sebenarnya berbeza. Contoh masalah behavior ada orang cakap biasa la budak tak boleh behave sebab fitrah mereka bermain tapi kanak kanak yang ada autisme.. mereka bukan sebab fitrah yang normal tapi sebab masalah autisme mereka. mereka memang akan jadi lost control bila teruja kepada sesuatu yang mungkin boleh mengundang bahaya atau menganggu orang lain.

❝Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (Bahasa Inggeris: pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (Bahasa Inggeris: psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun❞

Autisme ni ada beberapa level.. ada teruk, sederhana & ringan. Ada golongan autisme bila dewasa dia mampu survive & hidup macam manusia lain. Belajar, bekerjaya, berkahwin & bekerluarga & ada yang terpaksa bergantung hidup dengan orang lain sepanjang hayat. Bukan semua autisme tu.. Tak mampu berdikari. Bergantung pada tahap autisme mereka miliki & bergantung pada penjaga mereka juga untuk bantu dari peringkat awal. Autisme boleh di kesan seawal 2 tahun.. So, kalau di kesan awal ia lebih baik sebab terapi dari peringkat awal sangat membantu seseorang anak autisme tu berkembang dengan lebih baik. Tapi kebanyakkan parents ni ada denied pada peringkat awal.. yelah, saya dulu pun rasa macam tak percaya anak saya autisme. Lahir normal, fizikal normal, perkembangan sebelum 2 tahun tu semua nampak normal je.. selepas 2 tahun perasan dia tak ada sebarang perkataan boleh sebut baru refer pakar pediatric. Dari situ perkembangan dia di pantau sehingga umur 4 tahun lebih nak masuk 5 tahun di dignos secara rasmi sebagai mild autisme level 1. Tapi sebab saya refer dari umur 2 tahun.. masukkan dia terapi semua even masa tu masih dalam pemantauan pakar dari situ saya buat persediaan. Anak saya mungkin autisme. Yer.. dia autisme. Semasa di dignos saya dah boleh terima.

Dalam kes individu autisme yang menyentuh dada seorang perempuan tu saya sendiri tak tahu dia melakukan perkara kerana masalah sensory atau di dorong sebab nafsu seksual tapi yang pasti seorang yang normal takkan melakukan perkara tu secara terang terangan di tempat awam. Saya percaya dia sendiri tak tahu perkara tu perkara yang salah sebab dia autisme. Ketidakmampuan dia berfikir seperti seorang yang normal dalam usia dia mungkin mendorong dia melakukan apa saja yang dia rasa nak buat.. kemampuan dia berfikir tidak sama seperti orang normal even dia berusia 22 tahun tapi tahap pemikiran & kematangan dia tak seperti lelaki 22 tahun tau. Dia masih kebudakkan sebab tu dia masih di jaga & di pantau oleh keluarga.

Sensori kehendak (seeking/craving)
⚗ Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.
Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.
Contohnya:
❣ Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.
❣ Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut

Bukan saya kata memiliki autisme tiket untuk melakukan jenayah tanpa di ambil tindakkan undang undang.. Tapi cuma harap masyarakat faham & tidak menghukum hanya kerana mereka nampak seperti orang normal. Kadang2 apa yang mereka lakukan bukan sebab mereka berniat untuk menganggu atau menyakiti orang lain tapi itulah kekurangan mereka kerana tidak mampu membuat penilaian atau keputusan yang matang seperti usia mereka. Orang normal pun even sempurna akal fikiran pun kadang2 boleh terbabas dalam perbuatan inikan pula golongan istimewa yang menghadapi masalah perkembangan tingkah laku & kecelaruan emosi.

Saya tak salahkan pihak polis menahan dia.. sebab polis bertindakkan mengikut undang undang. Bukan bidang kuasa polis nak sahkan dia autisme ke hapa.. Polis bila dapat aduan cuma menjalankan tugas. So bukan salah polis. Bab isu parents wanita tersebut yang tidak mahu menerima alasan lelaki tersebut autisme & bertegas nak buat laporan polis & mendakwa.. Pun saya sebolehnya tak nak judge apa apa. Sememangnya masyarakat di Malaysia masih ramai kurang kesedaran tentang autisme. Mereka judge dari apa yang mereka nampak pada pandangan mata kasar. Anak autisme memang kebanyakkan nampak normal tapi di sebaliknya mereka tidak tipikal. Mereka dalam kategori golongan berkeperluan khas. Sebab tu penting yer parents ada anak autisme apply OKU card. Memang berat nak declare anak kita sebagai golongan OKU.. Tapi benda ni sangat penting kalau berlaku apa2 yang tidak di ingini, kita ada bukti anak kita tidak tipikal.


Ada yang cakap.. Kalau dah macam tu kurung je dalam rumah. Jangan bawa keluar sampai ganggu orang lain. Allahu.. adakah anda anggap golongan autisme ni macam haiwan buas yang mengancam manusia? Even anak anak normal pun tak terlepas dari menghadapi masalah behavior di tempat awam apatah lagi golongan autisme. Manusia normal pun kalau di kurung boleh ganggu perkembangan fizikal & mental bayangkan golongan autisme jika di kurung. Bawa mereka keluar bersosial & beriadah juga salah satu terapi untuk membantu mereka berkembang & belajar cuma kami mohon masyarakat memberi sedikit ruang kepada anak anak kami. Mohon fahami kekurangan mereka.. Kami pun seboleh bolehnya mengawal tingkah laku mereka di tempat awam.. tapi kami manusia seperti anda. Anda juga pernah terlepas pandang anak anak anda.. begitu juga kami. Kadang2 hanya tertoleh ke tempat lain seminit pun dah jadi macam macam hal.. Jangan anggap anak kami seperti haiwan buas yang hanya layak hidup dalam kurungan atau jauh dari manusia.

Tiada ibu bapa minta anak mereka lahir autisme atau apa2 kekurangan lain.. Tapi ini bukan pilihan manusia tapi ini ketentuan Ilahi. Menerima mereka dalam kehidupan kita bukan bermakna membiarkan mereka melakukan apa saja sesuka hati tanpa pantauan. Tapi mengharapkan kerjasama dari semua pihak termasuk masyarakat untuk memahami kami ibu bapa anak autisme yang struggle untuk mendidik & mengajar mereka untuk memahami situasi & bertindak mengikut keadaan yang sepatutnya. Kalau anda rasa susah nak didik anak anak normal.. Berganda susah kami sebagai ibu bapa anak autisme untuk jaga & didik mereka.

Moral of the story.. Harap masyarakat di Malaysia lebih memahami apa itu autisme. tak semestinya kita perlu memiliki anak autisme atau ahli keluarga yang mempunyai autisme tapi mengambil tahu untuk anda lebih memahami & tidak memandang serong pada golongan ini. Autisme bukan sakit mental tapi Autisme adalah masalah gangguan perkembangan.

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME

AWAS! JANGAN BURUK SANGKA YANG NAMPAK NORMAL & NAKAL ITU MUNGKIN AUTISME. Selalu cakap pasal isu semasa jer kan.. sekali sekala kita jadi parenting blogger sekejab yer. Almaklum la blog lekatlekit ni macam2 niche dia boleh tulis. Kira blogger serba boleh jugak la kan.. hahahaha. Ok jangan marah. Kita kena bagitau orang kelebihan kita kalau tak macam mana orang nak tahu apa skill kita ada, ye dak? Bukan isu puji diri sendiri ke hapa.. Isunya sebagai blogger orang kena tahu apa kepakaran kau kalau orang nak guna khidmat kau menulis sesuatu, betul tak??


Ramai yang dah tahu kalau selalu follow aktiviti aku kat facebook. Aku memang agak aktif di support group Austime. Tapi korang jangan ingat group Autisme tu untuk parents yang ada anak2 Autisme jer.. Kat situ ramai je followers di kalangan guru, therapist, parents yang ada anak untuk macam2 masalah perkembangan terutam speech delay, hyperactive, low attention (kurang fokus/Fokus Pendek) & ada jugak di kalangan ibu bapa yang ada anak yang normal sekadar untuk knowledge mereka tentang autisme. Benda ni sebenarnya sangat penting nak2 lagi bagi mereka yang merancang untuk ada anak.. atau ibu bapa yang baru dapat anak yang masih kecil untuk kita pantau perkembangan anak anak kita samada normal atau ada kelaianan yang biasanya masyarakat anggap normal tapi sebaliknya tidak normal.

Almaklum la.. Masyarakat kita ni banyak sangat mitos.. lambat cakap katanya biasa la. Ada budak cepat berjalan lambat bercakap.. ada budak lambat jalan cepat bercakap & ada budak katanya lambat sikit semua perkembangan dia tapi nanti semakin besar dia improve sendiri. Bila kita selalu dengar sangat mitos2 macam ni mungkin kita terlambat untuk ambil tindakkan. Sampai umur anak dah 4 tahun baru kita mengelabah cari solution. Baru rasa perlu jumpa pakar & terapi bagai. Adalah lebih baik merawati atau membantu dari peringkat awal. 2 tahun tu bagi aku masa yang sesuai untuk kita tengok perkembangan anak kita samada normal atau tidak. Kalau nampak ada yang terlewat sikit tak salah terus refer dengan pakar Paedriatik. At least kalau ada masalah kita boleh ambil langkah awal untuk membantu. Sebab Autisme ni memang boleh di bantu dengan terapi ok.. Jangan putus asa bila doktor cakap.. Anak anda suspect autisme atau di sahkan autisme. Jangan down atau putus asa.. Autisme ni sangat lain. Ciri2 dia boleh hilang & tak mustahil dengan usaha kita membantu anak kita boleh improve sampai ke level normal, ok! Yang penting jangan berhenti berusaha & berharap. Yakin tiada penyakit tak boleh sembuh kecuali mati. Selebihnya doa & tawakal kepada Allah.

Selalu sagat baca luahan perasaan ibu bapa di support group Autisme Malaysia yang selalu anak mereka yang ada masalah autisme ni di salah anggap sebagai budak nakal, budak jahat bagai padahal ramai yang tak tahu anak2 mereka ni Autisme. Dari pandangan mata kasar mereka tak nampak ada kekurangannya..

Autisme ni korang kena tahu banyak level & berbeza beza walau di dignos sebagai autisme. Ada yang several.. mungkin dia perlu bergantung sepanjang hayat dengan orang lain sebab dia tak mampu nak uruskan diri sendiri, moderate ni Insya Allah masih boleh di ajar untuk berdikari & mild Autisme kebanyakkan boleh berdikari, belajar hingga peringkat universiti, bekerjaya, berkahwin seterusnya berkeluarga macam orang lain.

Salah satu ciri autisme yang dapat di kesan adalah bila perkembangan pertuturan dia lewat atau tiada (non verbal). Kebanyakkan parents akan tahu anak mereka autisme bila dah melepasi peringkat umur sepatutnya belum bercakap berbanding ciri2 lain. Tu salah satu.. sebenarnya untuk di dignos autisme kena ada sekurang kurangnya 3 ciri autisme. Antara ciri tu adalah tiada hubungan mata (eye contact), bila kita panggil dia tak respond. Dia buat macam tak dengar, suka menyusun barang secara barisan & tantrum yang teruk. TU antara ciri2 tipikal autisme tapi kadang2 ada jugak yang takde ciri2 tu.. Dia ada ciri ciri lain. nanti korag google la ciri2 lain autisme yer.

Tapi hari ni aku nak cakap pasal Mild Autisme. Yang kategori ni selalunya nampak normal.. Nampak je normal sebenarnya tidak tipikal sebab tu kadang2 orang salah anggap dengan anak2 Mild Autisme ni. Kebanyakkan orang akan anggap kurang ajar.. kurang didikan.. mak bapak terlampau manjakan anak.. nakal.. bla.. bla.. lagi yang negatif tanpa tahu apa sebaliknya yang budak ni hidapi. Yang kategori mild ni ada jugak yang perkembangan speech (pertuturan) dia tak ada masalah. Boleh cakap.. Lagi la mak bapak dia rasa anak dia takde masalah cuma mungkin di salah anggap kelainan yang mereka ada cuma masalah behavior biasa kanak kanak. Ni yang kebanyakkan parents salah faham. Walaupun anak dia ada ciri2 autisme yang lain di sebabkan anak dia boleh bercakap dia rasa anak dia cuma nakal tapi bukan autisme.

Kalau Mild Autisme Level High Functioning & Asperger lagi susah untuk explain pada masyarakat yang anak mereka sebenarnya special kids. Boleh belajar di aliran perdana dengan kanak kanak normal.. Boleh cakap.. boleh buat aktiviti cuma mungkin ada sedikit masalah dalam pergaulan sebab itulah kekurangan mereka. Ramai anak yang Mild Autisme ni boleh belajar & bekerjaya macam orang normal. ramai dah yang belajar hingga peringkat Universiti & pegang jawatan tinggi. Kat situ kita boleh nampak kemampuan mereka lebih kurang macam kita yang normal atau mungkin mereka lebih bijak dari kita. Ada yang genius jugak. Cuma mungkin ciri autisme tu masih ada.. Terutama pergaulan la. Selalunya anak anak autisme susah sikit nak ada kawan ramai.. Tapi rasanya orang normal pun ada masalah macam ni. So jangan anggap ia masalah besar sangat. Asalkan mereka tahu berdikari & boleh jaga diri tu pun satu perkara yang baik untuk mereka survive dalam dunia yang mencabar ni.

Mempunyai anak Mild Autisme ni.. Memang aku rasa ujian dia besar juga sebab kesedaran orang awam tentang autisme masih kurang malah masih ramai yang tak tahu tentang autisme. Kalau macam sindrom down boleh nampak dari pandangan mata kasar tapi Mild Autisme selalunya tak nampak.. sebab ciri2 autisme dia yang tak ketara cuma mungkin masalah behavior (kelakuan) je lain sikit semakin susah nak mengubah tanggapan buruk masyarakat pada anak anak macam ni. Pergi rumah orang.. orang benci sebab tak behave. Kadang2 bawa keluar tengok barang orang yang dia suka terus pergi ambil. Tu antara perangai budak2 autisme sebab mereka perlu ambil masa memahami sesuatu terutama berkaitan perkara perkara macam ni. Tapi boleh di asuh & mereka akan faham juga. Cuma perlukan sedikit masa untuk mereka faham. Tengok macam normal je kan.. tapi tidak tipikal.

Tapi kelebihan anak anak autisme ni kebanyakkan dengan ingatan. Ingatan mereka sangat tajam ok! Sebab tu ada parents yang hantar anak autisme mereka masuk tahfiz bagai & mereka mampu menghafal Al Quran berbanding kita yang normal kadang2 orang kata macam benak sikit nak menghafal. Maha suci Allah.. dia jadikan setiap manusia tak kira yang normal atau tidak tipikal dengan kelebihan & kekurangan masing masing.

Anak aku.. potensi dia yang aku nampak boleh belajar. 5 tahun tu dia dah mula tunjuk skill membaca & Sekarang pun dah boleh membaca walau kadang2 apa yang dia eja bunyi kelaut juga tapi at least dia boleh juga membaca secara spontan perkataan atau ayat yang dia nampak tapi bukan hyperlexia ok. Kebolehan dia sebab di ajar & di pupuk dari awal usia. Tapi Normal la budak2 yang baru belajar membaca ni kalau sebutan ada yang masih tak betul nak2 lagi perkataan yang lebih dari 2 suku kata ni. Masalah fokus dia memang perlu improve lagi tapi lebih baik dari sebelumnya. At least boleh ikuti aktiviti kat tadika tu kira baik sangat la... Speech dia pun dah banyak sangat sebab sekarang dia dah boleh cakap ayat2 spontan menunjukkan sesuatu atau memberitahu sesuatu. At Least apa yang dia sebut bukan hanya meniru apa yang dia dengar atau orang sebut echolalia.. Tapi dia tahu dah berkomunikasi menggunakan ayat2 yang betul secara spontan mengikut situasi. Tapi benda ni bukan semata mata guna produk ok! Semua kena seiringan.. terapi, didikkan, kena hantar ke sekolah supaya dia boleh bergaul dari situ akan improve komunikasi & social skill dia..

Kalau ikut pandangan mata kasar.. Yer shahila nampak macam budak2 normal yang lain cuma tak ramai orang yang perasan dia sebenarnya tidak tipikal. Masalah speech, masalah low attention (kurang fokus) & masalah behavior (kelakuan).. Kalau dalam istilah perubatan ia di sebut ADD (Attention Deficit Disorder Association ). Bila masalah attention (tumpuan) dia semakin baik, boleh nampak perkembangan dia yang lain lain pun turut berkembang dengan baik. Sebab tu kalau apa2 produk aku cari sebagai perangsang yang boleh improve focus dia. Sebab dari awal dia masuk terapi. Therapist pun dah mention kalau tumpuan dia ok maka yang lain2 akan ok! Yup betul apa yang therapist cakap sebab sekarang aku boleh nampak bila dia boleh duduk dengan tenang & focus.. Perkembangan yang lain secara tak langsung banyak dah improve.. Semakin la orang tak tahu masalah yang dia hadapi. Tapi sebagai ibu bapa memang kita harap anak kita berkembang baik sehingga ke level yang normal kan.. Jadi semua tu adalah pencapaian yang positif dalam perkembangan dia. Allahmdulillah.. Salah satu ikhtiar aku selain terapi adalah Essential Oil Focus Blend dari produk young living.. Selebihnya Allah yang maha menyembuhkan, Aku share sebab aku sendiri beli & cuba.. Jadi aku kongsi dengan niat berkongsi kebaikkan bersama. Sebab ramai ibu bapa di luar cari produk2 yang boleh membantu merangsang anak mereka untuk berkembang dengan lebih baik. Ada budak2 normal pun kadang2 lambat pickup.. susah sangat nak faham apa yang di ajar.. Tak boleh focus. Bagi aku semua ni berkaitan dengan focus.. Focus tak semestinya dia tumpu dengan mata je.. dia kena ada tumpuan mata & otak (fikiran) baru apa yang di ajar dia akan faham. Sangat penting ok tumpuan ni.. Tak kira budak tipikal atau tidak.

Nak cuba produk young living essential oil focus blend sangat rekemen beli dengan Puan Shareena ni sebabnya dia akan bagi guidlines cara nak guna supaya dapat kesan yang baik. Yang cedarwood tu kalau ada anak bermasalah dengan tidur.. jenis tidur lewat boleh la cuba. Insya Allah membantu juga. Berminat Boleh contact Puan Shareena di : 013 3993407


.Kat sini bukan aku nak jual produk sebab aku bukan seller apa2 produk pun cuma aku nak bagi info kepada orang di luar sana supaya jangan menilai dari apa yang kita nampak dari pandangan mata kasar kita. Nampak normal tapi sebenarnya tidak tipikal. Bertanya sebelum membuat spekulasi atau persepsi nak2 lagi berkaitan masalah kelakuan kanak kanak ni. Jangan terus nak hentam kat media sosial.. siap buat rules bagai kat orang yang bawa anak bertandang ke rumah depa. Takpe hak korang nak buat rules tapi jangan kecik hati kalau kami2 yang ada anak tidak tipikal tapi nampak normal ni tak bertandang kerumah hangpa sampai anak kami mampu control behavior depa bila berada di rumah orang. Sebab hanya mereka yang ada anak2 macam ni je faham.. Orang lain susah nak faham atau mereka tak peduli pun. Yelah.. bukan anak depa kan. Jadi sesetengah orang fikir tiada keperluan dia nak tahu atau faham tentang anak anak macam ni. Tu biasa la manusia. Even aku dulu sebelum ada anak pun tak terfikir nak cari info berkaitan perkara ni. Sebab masa tu rasa macam tak ada kepentingan lagi.

Moral of the.. kepada ibu bapa yang di kurniakan anak istimewa hanya dengan bersyukur & sentiasa positif dengan pemberian Allah sahaja boleh buat kita redha. Selagi kita tak mampu positif selagi tu kita tak mampu untuk menerima sekaligus membantu anak kita berkembang dengan lebih baik. Autisme bukan satu kegagalan tapi ia satu anugerah sangat istimewa sebab mereka masih ada banyak potensi & peluang untuk bersaing & berjaya seperti anak anak normal. Tapi ia bergantung pada kita.. bagaimana kita membantu mereka dari peringkat awal. Sama je macam mana kita nak bentuk anak anak normal kita dari kecik cuma beza autisme ni perlu lebih sikit didikan.. sebab tu mereka perlu masuk sesi terapi & di terapi setiap masa kat rumah. Jadi tak payah sedih sangat, enjoy je dengan hidup membesarkan anak anak autisme. Ignore segala tanggapan buruk.. terus didik mereka menjadi manusia yang berguna. Contohi atlik Paralympic yang baru kahwin tu. dia seorang autisme tapi tak nampak pun autisme dia. Dia boleh berjaya & boleh berkahwin. So, tak ada apa yang mustahil.

GADIS GELANDANGAN NAK UBAH NASIB DATANG UJIBAKAT MENTOR MILENIA

GADIS GELANDANGAN NAK UBAH NASIB DATANG UJIBAKAT MENTOR MILENIA. Aku memang suka tengok ujibakat yang di tayangkan kat TV kalau ada apa2 rancangan realiti TV. Tapi untuk siaran tv free je. Yang berbayar memang tak dapek la den nak nengoknya. Tapi aku punya perangai aku tengok yang sesi ujibakat je dah masuk stage memang aku tak layan dah. Cemuih.. sebab dah banyak sangat rancangan realiti tv hilang selera dah nak layan. hehehe


Tapi setiap ujibakat untuk rancangan realiti TV bukan je mentor milenia,  yang akan ada drama sedih dari peserta ujibakat.. Nak2 lagi yang tak dapat. Suara level2 karaoke jamban lepas tu tak dapat mula meraih simpati dengan kisah sedih.. orang susah nak ubah nasib keluarga bla.. bla.. bagai. Satu je Milah nak cakap.. sudah sudah la tu nak meraih simpati dengan cara tu.

Malam ni pun ada dua cerita meraih simpati.. sorang dari ibu tunggal alasan dia nak ubah nasib.. & sorang dari seorang gadis yang katanya gelandangan bersama ibu dia. Yang budak perempuan ni konon nak buat untuk mak dia..Nak ubah nasib. Nak datang ujibakat katanya pinjam duit orang RM20. Nak bagi lebih dramatik dia pun buat ayat.. Susah dia nak dapat RM20. Kalau kau pergi kerja kedai makan cuci pinggan pun boleh dapat lebih dari RM20 sehari dik.. Ni kau berangan nak jadi senang ekspres dengan jadi retis memang la jadi susah kau nak dapat RM20 tu. Konon apa dia buat untuk mak dia. Nak buktikan kat mak dia katanya.. Tu alasan biasa la nak meraih vote simpati dari juri katanya. Aku tengok rambut dia kemain berkarat.. rasa macam krik krik je

Nak ubah nasib pi la buat kerja lain tak payah berangan nak jadi retis & membayangkan kau boleh jadi kaya. Ingat semua orang bernasib baik ke dalam bidang seni hiburan ni even berjaya jadi retis sekalipun. Berhenti la membayangkan yang indah2 seolah2 kalau jadi retis korang confirm berjaya macam Dato Siti Nurhaliza. Siku liku dalam dunia seni ni tak seindah bayangan.. erkk.. macam aku pernah jadi retis pulak kan? hahahaha...

Dan berhenti guna cara 'cerita sedih' untuk meraih sokongan dari juri. Tak sedar lagi ke selama ujibakat untuk apa2 rancangan TV ni cerita sedih belum pernah buat juri jadi kesian & pilih kau jadi peserta untuk rancangan tu. Paling2 depa bagi moral support je kat situ. So, berhenti jadikan benda tu amalan setiap kali ada ujibakat untuk rancangan realiti tv. Aku sampai naik cemuih nak hadap. Serius.. Aku kalau ada drama2 macam tu dalam ujibakat rancangan realiti TV hilang terus rasa simpati.

Moral of the story.. Sebelum datang ujibakat sila minta orang tak pekak dengar korang nyanyi dulu supaya tak menyusahkan juri. Dan berhenti menangis depan juri. hahahaha

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME? Tu dia ni kalau mak bapak lara alana baca tajuk entri mati dia sembur aku sampai hangus. Silap haribulan dia viralkan aku tak pasal pasal terpopular aku. Tak pasal2 blog aku terus mencanak juta juta lemon. Takpe la kalau kena viral sebab tajuk entri aku.. bagus tu jugak tu. secara tak sengaja retis mempromosikan blog aku. hahaha


Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.


Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. hanya mampu langgan streamyx & tengok benda2 ni je kat internet >> 14 Plot secara rawak yang anda boleh tengok di internet & Ia memang di luar jangkaan << Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.

Sumber Beautifulnara
`

Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..

Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Tiada eye contact (hubungan mata) - Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil seolah olah macam pekak @ tidak dengar atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. 

lebih suka bersendiri - Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja

Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Masalah sensory - Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

kurang daya imaginasi - Contoh macam tak pandai bermain olok2 (Pretend Play). Bermain olok2 ni macam main masak - masak konon macam mereka tengah memasak. Selalunya kanak kanak autisme ni kalau main permainan macam kereta mainan.. dia main satu part jer.. contoh kebanyakkan mereka suka pada benda berpusing & bulat macam roda.

Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.

Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Tantrum - Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab jugak mereka boleh tantrum.
 
Gangguan pergerakan - Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi

echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa

Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.

Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan.  Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.

Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.

Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..

Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..

Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.

Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.

KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR

KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR. Cuti2 sekolah ni la ramai yang ambil kesempatan untuk pergi bercuti nak2 lagi yang ada anak. macam aku mungkin tahun depan dah tak boleh suka suka nak travel jauh ikut kepala lutut sendiri jer. Sebab Tahun depan anak aku dah masuk tadika. Belum masuk tadika cikgu tadika dah add dalam group whatsapp.. Zaman sekarang kan? Cikgu tadika nak menyampaikan info dalam group whatsapp jer.. So, mak bapak zaman sekarang kena jugak sekurang kurang reti guna whatsapp.


Tercerita pasal cikgu tadika pulak.. berbalik pada isu yang berbangkit.. isu yang tidur jangan di bangkitkan. Kadang2 ada jenis orang yang kedekut nak mampus. sanggup bekerja 24/7 seminggu. Duit gaji semua masuk akaun. Tinggal yang betul2 untuk makan, tambang tiap2 hari pergi kerja je. Makan pun sanggup catu apatah lagi kalau nak ajak pergi bercuti, confirm ni la banyak alasan yang dia akan bagi sebab bagi dia bercuti adalah perkara yang akan buat duit dia habis. Tahap pemikiran orang kedekut ni, kadang2 tempat dia akan pergi paling jauh adalah tempat kerja, kedai beli stok makanan atau tempat yang dia boleh jalan kaki hanya keluar peluh tak keluar duit. Kalau nak jauh dari tu.. Mungkin bila dapat sponsor 100%. Dia perlu keluarkan kudrat je untuk berjalan.

Walaupun buku akaun dia sampai tak cukup ruang nak record transaksi simpanan dia yang masuk jer.. keluar tak pernah tetap dia takut nak guna walau singgit dari simpanan dia. Apa yang masuk memang bersimpul mati la dalam akaun tu. Takde istilah ikat tepi dah. Tak tau la orang kedekut tahap macam tu.. macam mana dia dia enjoy dengan life dia. Adakah dengan hanya membelek baki simpanan dalam buku akaun dia dah rasa cukup happy? tak paham sungguh aku. Kalau aku ni masuk Guardian pun boleh histeria kalau keluar lenggang kangkung jer.. apatah kalau duit berkepok2 dalam akaun, confirm la panjang wishlist aku. hehehe

Tak baik kedekut2 ni. Bukan suruh membazir tapi at least kita manafaat duit tu untuk kehidupan yang lebih bermakna. Bukan kata simpan sampai takut nak guna.. Ada duit lebih bawak2 la tengok2 tempat orang. Bak kata pepatah.. jauh perjalanan, luas permandangan. Simpan duit banyak2 sampai takut nak guna untuk berseronok sekali sekala.. kang mati duit tu waris buat pergi bercuti kita jugak tak merasa. Orang dah sampai hujung dunia.. Dia akhirnya bercuti dalam kubur je. Yelah.. kat situ je dia dapat bercuti dari semua urusan dunia. Bak kata orang. Tak dapat keliling dunia, dapat sampai ke tanah suci mekah pun dah cukup Alhamdulillah. Kalau mampu jangan sia siakan waktu..

Moral of the story.. Kadang2 jadi orang yang duit cukup2 makan tu lebih enjoy dari orang yang ada duit banyak tapi sanggup sampai tak cukup makan sebab kedekut.

TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR

TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR. On off je cerita seram kat blog lekatlekit.com sekarang ni. Yelah... Bila tak ada mood nak tulis cerita seram aku selalunya biarkan je segmen seram serik bersawang buat seketika waktu. Aku jenis tak suka paksa diri buat sesuatu yang memang aku tak ada hati nak buat. Malam ni walaupun sebenarnya ada cerita seram yang aku rasa macam best nak share tapi mood nak menyunting cerita2 tersebut belum pulang ke pangkal jalan jadi aku tulis je cerita yang tak perlu aku olah. Taip terus je katanya. Yelah.. sumber fresh dari kepala hotak dongga aku ni. Hahahaha

Sumber Google

Selalu je kita tonton atau baca kisah2 seram ni mengambarkan pontianak & langsuir ni spesis yang suka pakai baju putih lusuh & berambut panjang. rambut panjang tu takde la macam model2 iklan syampo bagai apatah lagi macam rambut yang siap di rebonding. Mesti di gambarkan rambut panjang, kusut masai..  tapi kalau hantu nak rasa rambut cantik bersinar, lurus & rapi boleh la buat rawatan percuma kat sini sempena krismas >> Percuma rawatan rambut  & hair revival kit sempena krismas. Cepat tengok << Kalau tersikat rapi dah tak berapa menghantui pulak orang yang tengok kan? So, tak fungsi pulak la dia jadi hantu tapi tak dapat nak menyakat orang. hahahaha.

Tapi sekarang kalau dalam filem seram watak hantu dah tak berapa nak hantu. Walau mata merah, muka pucat tapi rambut tetap rapi terurus... Kira tak comot dari hujung rambut sampai hujung kaki la berbanding cerita seram dulu dulu.. Kalau yang pegang watak hantu tu memang takde part kita tengok yang terurus dah. Bukan takat rambut, gigi pun tak pernah bersih. Tak lekat darah mesti lekat sisa makanan kotor. hahahaa. Almaklum la watak hantu selalunya berdendam. Hantu pun kalau dalam keadaan tak bahagia tak ada nafsu dah nak cantikkan diri. Jangankan nak tenyeh lipstik nak sikat rambut pun rasa macam angkat balak. Berat Ya Rabbi.

Itulah tipikal hantu asia atau melayu yang sampai sekarang pun masih di gambarkan dengan fesyen yang sama. baju putih, rambut panjang kusut masai, bertengek atas dahan pokok, terbang, tumpang kereta/ motorsikal orang. Tapi kalau hantu siam ada jugak yang rambut pendek tersikat rapi.. Tak caya tengok filem nang nak. Memang hantu dalam filem tu rambut pendek ala2 tomboy gitu. Tapi tetap watak hantu nang nak tu seram ya amat walau dia takde rambut panjang mengurai... Kesimpulannya watak hantu tak perlu tipikal dengan rambut panjang pun sebenarnya.. Kekuatan jalan cerita & effect2 lain yang menjadikan kisah seram tu penentu samada filem atau cerita tu berjaya membuatkan orang rasa takut atau sebaliknya.

Inilah filem seram yang aku dok cari dvd dia untuk buat koleksi tapi sampai hari ni tak jumpa orang jual. Filem ni aku memang pernah tengok tapi sebab filem ni filem yang best & seram, rasa best jugak simpan sebagai koleksi. sapa ada.. boleh la pm aku. tak nak la version baru mae nak tu.. Yang tu aku ada dvd dia. Yang tu filem dia walau best tak seseram filem nang nak ni.

Moral of the story.. lepas ni hope tak banyak cerita atau filem seram ni buat watak hantu yang tipikal sangat. Cuba buat kelainan sikit dalam watak hantu tu. Tapi jangan la sampai watak hantu di gantikan dengan asap putih atau bayang bayang jer.. Dah macam tengok filem documentari seram yang melibatkan aktiviti paranormal je. Filem2 camtu tak berapa taste sangat la aku. hahahaha

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN

KAU AKU KITA TIPIKAL DRAMA MELAYU YANG MEMBOSANKAN. Aku sebenarnya malas nak tulis review pasal drama ni sebab aku bukan follow sangat pun. Kadang2 je aku tengok. Sebab hari2 masuk keywords pasal drama Kau Aku Kita ni maka biarlah aku kritik serba serbuk sikit pasal drama ni.

Sumber Google

Sebab starting tu aku tengok la jugak.. Jadi aku tahu la sikit2 macam mana bermulakan perkenalan hero & heroin drama ni. Rupanya depa ada nama yang sama. Cuma beza jantina je. Di sebabkan nama sama depa berkenalan seterusnya kawen. Kawen pun atas dasar terpaksa tapi sapa paksa & kenapa di paksa.. aku tak sure. Macam aku cakap.. aku tak follow sangat drama ni.

Malas nak follow drama2 tipikal ni.. Jalan cerita lebih kurang sama je. Kena kawen paksa.. masing2 mula2 tak suka antara satu sama lain.. lama2 jatuh cinta, hidup bahagia lepas tu mengandung & beranak. Perjalanan cerita dia pun sama.. dah tak suka masing2 tak jalankan tanggungjawab suami isteri. Bila laki nak sentuh bini dia tak nak. Sementara nak tunggu suka kira derhaka la si isteri tanpa rasa bersalah dengan alasan depa kawen sekadar nak penuhi permintaan orang lain so kawen macam tu tak jalankan tanggungjawab masing2 macam tak berdosa je. Drama yang ajar orang buat macam tu.. So, kalau berlaku dalam realiti kehidupan kita cerita kat TV salah satu penyumbang jugak.

Tak tau bila drama2 tipikal macam ni nak pupus kat TV. Dulu banyak sinetron indon pun rimas.. sekarang dah makin banyak drama melayu asyik jalan cerita sama je. Aku suka drama melayu memonopoli stesen tv tempatan tapi kalau dah drama kita pulak rasa pedih ulu hati bila tengok.. Pun susah jugak nak support. Sebab dah tak best.. Takkan nak buka cerita tu tapi buat hal lain semata mata nak naikkan rating drama melayu kat TV. Apa! Ingat bill letrik tiap2 bulan bayar pakai angin kentut je ke?

Satgi ada yang kata pulak.. Hang tu cerita seram je best. Cerita2 macam ni mana kena dengan taste hang. Hello.. aku pun layan jugak drama2 TV hokay! Dulu drama tentang Dhia & teman lelaki upahan aku follow sampai episod akhir tau. Drama tu memang best.. so aku cakap best. Kalau yang hampeh.. kenapa perlu aku cakap best semata mata nak jaga hati orang lain. Komen jaga hati dalam industri hiburan ni adalah komen yang menjahamkan je. Sebab mereka perlu komen yang jujur, berani & telus untuk memperbaiki kelemahan drama/filem tempatan ni. Baru la industri perfileman kita boleh pergi jauh. Ni bukan komen nak pujuk awek.. boleh la puji2 bohong semata2 nak bagi dia senyum.

Sudah2 la dok adaptasi cerita dari novel cinta yang membosankan ni. Gamaknya novelis sekarang pun jenis tak ada idea menulis dah kot. Serius dari aku tengok drama2 macam ni lagu bagus aku belajar main dota. 

Moral of the story.. Nak aku puji sila buat drama best2 sikit yang ada kelainan. Drama2 tipikal ni.. Orang baru kenal tv jer mungkin layan la kot. Sebab selama ni dia tak pernah tengok TV kan so mungkin dia rasa sesuatu yang baru. Tapi kalau orang dari kecik kenal TV.. drama2 macam ni jeling2 hujung mata je. Lagu bagus ulang siar drama Opah zaman 80an/90an dulu. Lagi banyak mesej yang nak di sampaikan dalam drama tu.

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA

15 PERANGAI TIPIKAL ORANG MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI LUAR NEGARA. Setiap negara tu ada perangai dia tersendiri yang boleh terbawak bawak sampai ke negara orang. Yelah.. dah terbiasa hidup dengan cara macam tu dari kecik sampai bangka kan... Ingat senang ke nak ubah. Jadi bila pergi ke negara orang pun dia susah sikit la nak ikut cara hidup orang tempatan kat situ..


Salah satu perangai tipikal kebanyakkan rakyat Malaysia adalah lintas jalan ikut suka hati even dah di sediakan zebra line atau jejantas. Yang ni sama perangai macam orang bangla.. & suka potong barisan. Tak payah nafikan memang ramai orang Malaysia perangai macam tu tak kira la apa bangsa sekalipun. So, bila dah biasa buat perangai macam tu kat negara sendiri.. pergi mana mana pun perangai macam tu susah nak ubah.

Selebihnya kalau korang nak tahu apa lagi 15 perangai tipikal rakyat Malaysia suka buat bila bercuti atau berkunjung ke luar negara meh baca kat sini. Nak copypaste artikel orang pun tak berapa elok sangat dalam arena blog jadi bacalah sendiri yer >> 15 PERANGAI TIPIKAL RAKYAT MALAYSIA BILA PERGI BERCUTI DI NEGARA ORANG <<

Tapi bukan semua yang datang dari Malaysia tu buruk buruk jer... Masih ada culture orang Malaysia ni yang boleh di banggakan. Adat la Negara yang di huni manusia pasti ada yang buruk & baik... Manusia tu kan bersifat tidak sempurna.

Moral of the story.. Bukan negara tu yang menentukan sikap @ sifat manusia tapi kita tak dapat menafikan yang membentuk keperibadian seseorang kadang2 faktor budaya & cara hidup jugak.


FRAME GAMBAR BOGEL MASA KECIL ADALAH GOLONGAN TIPIKAL

Sapa yang jenis suka frame & gantung gambar2 kenangan kat rumah? Mesti ramai kan.. Yelah, dalam hidup seorang manusia ni keinginan untuk menunjuk tu tetap ada tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.


Selalunya kita akan frame gambar yang ada kenangan istimewa atau gambar yang kita rasa cute, comel & cantik. Jarang la sangat orang nak letak gambar buruk dia kat dinding rumah sebagai hiasan. Kalau ada orang tu memang rare. Maybe keindahan & kecantikkan bagi dia tak sama macam orang lain. Maybe dia rasa buruk tu pun satu seni yang menarik hahahaha.

Ok hari ni aku nak share 15 gambar tipikal yang orang suka framekan di rumah. Salah satu gambar yang maybe mak bapak atau kita sendiri rasa comel di framekan adalah gambar masa kecil yang bogel tapi terselindung alat sulit tu. Sebab golongan macam ni berpendapat gambar tu sering mendapat perhatian tetamu yang datang kerumah.  Alah.. macam retis sekarang dok buat, dapat anak je buat photoshoot bogel. Bukan anak je separuh bogel sekali dengan bapak pun nak tumpang bogelkan separuh badan jugak. kekonon dia nampak anak dia bogel cute, dia rasa dia bogel pun cute jugak kot. hahahaha.

Kalau hangpa nak tau hangpa termasuk dalam golongan tipikal yang suka frame 15 jenis gambar ni atau tak.. Mai tengok hangpa frame dak gambar gambar macam ni kat rumah.. Gambar macam mana? Jom tengok kat bawah ni

15 Typical Photos You'll Find Framed Up In A Malaysian Home


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com