Amboi tajuk bunyi macam dahsyat sangat servis skynet. Dahsyat macam mana tu? Di hantar barang/surat pakai roket ka? seminit ni pos, seminit kemudian sampai ke camna tu? Mesti korang tak sabar nak tahu apa kedahsyatan servis dari skynet ni kan?
Sumber google
Kena bermua dengan alkisah someone ni nak hantar barang untuk aku review. Dia pos barang tu dalam 10 sept 2014 sampai saat aku tulis entri ni 22 sept masih tak dapat dapat. Bila si pengirim tu call tanya pada 12 sept tu katanya nak hantar esok harinya 13 sept... pun tak hantar. Alasan yang memang menyampah jugak kita nak terima kan.. Memula cakap tak cukup kakitangan.. Perlu ke customer tahu masalah tu? lepas tu alasan standard despatch pemalas orang takde rumah padahal hari2 yang dia kata datang hantar barang tu aku 24jam dalam rumah. Aku tak tau la kalau orang yang hantar tu call kali ketiga nanti dia nak bagi alasan apa pulak.
Ok.. ni pengalaman paling ngeri bagi aku dengan servis skynet. Dulu pos laju.. tapi nampak service pos laju kat area umah aku ni dah semakin tip top. Cepat jer sampai. Ni skynet.. dekat 2 hari barang tak sampai. Ke dia nak bagi alasan rumah aku ghaib pulak bila dia datang nak hantar barang. Manalah tau kan... Tetiba sampai kat alamat umah aku tetiba rumah aku hilang dari pandangan mata dia.
Hello skynet Batu caves... Kalau rasa ada masalah tak cukup kakitangan & dah tak mampu nak gajikan staff secukupnya baik ko hentikan je perkhidmatan kau tu. Bayar murah atau mahal.. Orang bayar untuk servis yang di janjikan bukan orang bayar untuk menanti macam buah durian yang tak gugur2. Tolonglah jangan tiap kali customer call dok bagi janji manis mu jer.
Dah dekat 2 minggu SKYNET sila jangan main banyak sangat. Tak berapa nak sky dah ni.. dah kelaut rasanya service korang.