GADIS MATI AKIBAT TAHAN BERAK
Jangan ada yang gelak yer baca tajuk entri.. Tak kelakar ok! Mati bukan perkara gurauan kot.. Bila sampai menyebabkan kematian memang kes serius jugak yang patut di jadikan pengajaran pada orang lain. Bukan semua orang rasa nak berak terus pi berak.. Ada orang fobia nak berak jadi dia sanggup tahan berak sampai berbulan bulan. Ni bukan cerita dogeng ok!Seorang gadis mild austisme yang katanya setiap kali nak berak dia jadi fobia & sanggup tahan berak sampai 2 bulan. Bayangkan 2 bulan tak berak.. sedangkan kita membuang hari hari. Kalau tak buang satu dua hari mula la jadi sembelit bagai. Tapi remaja ni boleh tahan sampai 2 bulan. Dia meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.
Ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini. Gejala yang dialami oleh gadis tersebut adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak. Sewaktu mayatnya dipindahkan, seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut gadis tersebut yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya.
Jadi moral of the story.. Jangan tahan berak. Kalau tengah meeting dengan bos nak berak sila minta izin pergi berak. Bukan apa kalau di ajar tahan2 ni kang terbiasa asyik nak tahan jer lama2 benda tu memudaratkan diri.