Showing posts with label Alyah. Show all posts

AMBOI MEDIA HIBURAN BAIK PUNYA PERLI ALYAH & RAMLI MS

Aku baca jer isu pasal penyanyi alyah & komposer Ramli Ms yang dah kantoi nikah senyap2. Dari awal kontroversi depa di katakan sudah kawen pun aku macam dah boleh agak.. kalau takde apa2 masakan.. depa taknak bagi kenyataan yang jelas pasal status tu. Nak jawab senang jer.. Kalau betul takde apa2.. just cakap memang takde apa2.. tak pernah kawen & mereka bukan suami isteri.. Yang jadi rumit & berbelit bila orang cuba sorokkan status sebenar je. Tapi masa tu just baca malas nak kupas kupis dalam blog sebab bagi aku kalau depa kawen ke tak kawen ker macam bukan satu isu yang best pulak nak tulis.


Tapi semalam terbaca update kat Fanpage Media Hiburan macam tertarik pulak.. Amboi kemain perli nampak media hiburan. Tu la kan.. nak jadi retis gitu la. Kau kena bagitau semua.. kalau sorok2 camtu siap sedia la kalau kantoi confirm la meletup kebabom. Kalau setakat ucapan baik2 takpe gak.. tapi macam biasa la. Ada yang positif & negatif

Kes media hiburan perli tu macam lawak sikit. Ayat takde la kasar tapi kategori perli jugak la kan.. hahahahahaha


Selamat pengantin baru (tahu)... Takpe la baru tahu ke dah lama tahu at least tahu jugak kan? Tak perlu kot nak kutuk depa lelebih pada peminat & pembenci di luar sana. Sorok kawen jer bukan sorok dadah ke. hapa. Tapi tu la kan.. Islam sendiri suruh war war (hebahkan) kan perkahwinan untuk tidak menimbulkan fitnah. Setiap apa yang Allah suruh tu takde yang sia sia.. buktinya macam apa yang kita boleh tengok sekarang. Bila sesuatu perkahwinan tu di sorok.. bila orang tahu dah jadi satu isu yang tak elok. Macam - macam tanggapan negatif yang muncul. Apapun bersangka baik je la.. mungkin mereka ada alasan sendiri kenapa buat macam tu. Alasan yang mereka tak boleh cerita, kalau cerita jadi mengaibkan pulak.. sapa tahu, kan??

Apapun yang baik kita jadikan pengjaran yang buruk jadikan sempadan.

P/S : Pada Datuk Ramli Ms & Datin Alyah.. buat cool sudah. Nanti lama2 senyap la tu. kekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com