JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!
Amaran keras tu! Siapakah gerangan perempuan comel berperut boyot itu?? Wakakakakakaka.. comel kah ia?? Tentang comel masih dalam siasatan kerana beliau sering kelihatan comot sahaja tapi berperut boyot memang terbukti walaupun perutnya sedaya mungkin di sorok walau kini tidak berjaya lagi.Apa kisah perempuan berperut boyot itu? Kenapa tidak boleh di pandang? Sebab akan dia akan bertukar menjadi hulk apabila terlalu menjadi perhatian setiap kali melangkah keluar rumah. Pandangan macam mana yang membuat perempuan boyot itu marah? Yelah.. kau takat pandang seimbas lalu, pandang hujung2 mata, pandang dengan pandangan biasa jer beliau takkan la bertukar kaler hijau (hulk) tapi bila setiap kali terserempak dengan orang yang sama, family yang sama asyik pandang dengan pandangan pelik, sinis lepas tu berbisik sesama sendiri memang la mengundang kemarahan.
Hasil carian google. Sekadar hiasan
Tapi tak tahan juga.. semalam turun kebawah nak beli roti. Serempak la dengan dua adik beradik india ni. Nampak je muka sang lekit secara drastik dorang pandang kemudian pandang sesama sendiri, bisik apa entah lepas tu senyum. Tetiba jer mood ni bertukar mulut ni bersuara dengan perlahan tapi agak garang. Terus la aku sound.. "Apsal U all ni suka pandang2 I, ha?? Apa tak kena?? Tak pernah tengok orang ker?" Walau dorang masih senyum sesama sendiri lepas kena lazer tapi kat muka seseko mula cuak dah. Harap lepas ni dorang takkan pandang sang lekit macam nampak superstar tamil lagi. Rimas tau tak??
Bukan la sang lekit ni jenis sombong tapi ada pandangan yang akan buat kita jadi tak selesa. Kalau rasa nak berkenalan tegur.. Kalau nak mengutuk pastikan orang di kutuk tu tak perasan. Kalau nak kutuk depan - depan, silakan. Kalau tak kena point kau kutuk aku maka kau bersedia di balas dengan kata - kata berhemah penuh berapi dari aku pula. Tapi asyik pandang lepas tu senyum2 sinis & berbisik sesama sendiri. Sekali takpe jugak ni tak setiap kali serempak je adengan tu mesti terjadi. Sekali sekala rasanya tak salah kot bagi pengajaran sikit, kan??