AWAS! BLOGGER LAVENDER MUMMY KEMBALI DENGAN IDENTITI BARU UNTUK MENIPU
Rasanya ramai penduduk alam maya terutama bloggers memang kenal dengan blogger Lavender mummy ni kan. Dia memang pemes dengan penipuan paling licik di alam maya. Susah sangat nak tangkap & dakwa dia even bukan sikit2 penipuan dia buat melibatkan duit.. Buat report pun asyik terlepas je katanya. Tak tau la ilmu warna apa dia pakai.. licik macam belut sampai susah nak tangkap.Semalam aku perasan ada seseorang gunakan nama profile Lmc Bloggers add aku kat FB. Tengok macam FB dia masih baru sebab friends masa dia add aku pun baru dalam 30++. nak di jadikan kisah aku saja la bergurau tanya.. Lmc Bloggers ni Lavender mummy club ke? terus kena block. Aku jadi pelik jugak.. tanya camtu pun tacing ke? apa lagi aku guna lagi satu account FB & siasat la Lmc Bloggers ni. Memang ciri2 lavender mummy sangat ketara nak2 lagi tertengok post pasal pakej percutian yang di beri nama Kembara Cinta Sakura 2015. (boleh rujuk entri ni Lavender Mummy) Memang sah la.. sebab last penipuan dia guna nama Lavender Mummy pakej percutian Kembara Cinta Sakura jugak dia guna.
Encik mimpi pulak jadi modal penipuan dia. Hope pihak encik mimpi ambil tindakkan segera la yer. Sumber FB Lmc Bloggers
Kalau yang masih tak tahu tentang lavender mummy ni Antara entri berkaitan penipuan yang pernah dia buat termasuk menggunakan nama ustaz kazim elias.. boleh baca kat sini. Semua gambar salinan ic dia ada kat entri2 ni...
AWAS ANDA MUNGKIN JADI MANGSA PENIPUAN BLOGGER NI
USTAZ KAZIM BAKAL BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER LAVENDER MUMMY
AWAS LAVENDER MUMMY SEDANG CARI MANGSA BARU SELEPAS KANTOI DENGAN USTAZ KAZIM