PANAS! PENGARAH LELAKI TUMBUK PELAKON WANITA
PANAS! PENGARAH LELAKI TUMBUK PELAKON WANITA. Sok sek sok sek.. hari selasa katanya. Kita cerita sikit la pasal gosip yang dah keluar akhbar ni. Katanya seorang pelakon drama wanita ni di pukul oleh seorang pengarah lelaki di lokasi pengambaran drama 20 episod. Tapi tak di beritahu pulak punca pengarah tu pukul dia. Dalam laporan akhbar dia just bagitau macam mana dia di pukul jer tapi enggan mengulas punca kejadian tu berlaku.cuba teka siapa pelakon ni? |
Perempuan ni al maklum bertindak dengan mulut lelaki pulak bertindak dengan tangan. Takde punca mustahil la pengarah tu sampai naik tangan ye dak? Tapi nak tahu jugak puncanya apa. Dengar sebelah pihak ni jadi tak adil kita nak judge ye dak? Cuma yang pukul adalah lelaki & yang kena pukul adalah perempuan maka jadi la kes polis bila benda tu di laporkan. Perbuatan pukul tu tak kira apa sebab sekalipun memang dah salah apatah lagi yang kena pukul tu perempuan jadi pada pandangan mata umum memang la sangat2 tak patut.
Sumber Harian Metro |
Gamaknya depa shooting drama seram kot. tetiba pengarah tu naik hantu sebab di pengaruhi kuasa mistik yang ada kat situ. Maka dari drama jadi gelanggang wwf. hahahaha... Sila jangan percaya dengan teori seram aku tu, hokay! Hanya rekaan semata mata. Kalau korang nak tengok cerita seram yang tak di reka meh tengok kat sini. Tapi makesure korang yang tak mudah histeria ok >> Video Tape Berusia 20 Tahun Menyimpan Sesuatu Yang Seram <<
Apapun..Semoga ini bukan sekadar kontroversi untuk menaikkan nama sesiapa yang tak berapa popular yer. Kalau cuma salah faham kecil, elok la di selesaikan secara peribadi. tak perlu nak cerita dengan media sangat. Takut bila media highlight benda kecil jadi besar. Tak semua kontroversi tu memberi manafaat kepada artis ada yang membawa malapetaka jugak.
Moral of the story.. Nak berlakon belasah membelasah cuma boleh berlakon atas pentas WWF jer hokay. Kat situ memang drama dia pukul memukul je takde yang lain dah.