TEKA TARIKH RAYA. JUDI TAK DI SENGAJAKAN
Genap 15 hari puasa & Insyaallah lagi 2 minggu kita akan meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi dugaan berpuasa.. teringat pula sang lekit nostalgia zaman kanak - kanak. Puasa & raya memang zaman kanak - kanak la paling meriah. Sebab budak2 la paling happy time tu.. kan??Kisah ni memang kisah berkaitan pertaruhan kecil antara kanak - kanak yang teruja nak sambut raya. Sehari sebelum pengumuman raya.. sang lekit & teh gang seperti biasa la akan berbual & membincangkan aktiviti raya. acara wajib adalah.. teka bila tarikh raya. Bila ada dua tarikh yang menjadi jangkaan.. mula la nak bertaruh. Selalunya 20sen akan jadi angka pertaruhan. Kalau dalam pertaruhan ada 10 penyertaaan bermakna jadi RM2.. kalau dalam 10.. 6 yang meneka tarikh yang sama & 4 lagi meneka tarikh yang berlainan kalau kemenangan berpihak pada 6 orang peneka tu duit RM2 tu akan di bahagikan sama rata la.
Time tu mana tahu pertaruhan duit ni di kira sebagai Judi walau dalam jumlah yang kecil & haram hukumnya. Yelah.. semua di buat di luar pengetahuan & pengawasan mak bapak, macam tu la jadinya. Tapi bila teringat balik memang seronok.. Bukan la seronok sebab menang dalam teka tarikh raya tu tapi seronok mengenangkan kemeriahan zaman kanak - kanak sambut raya.
Aktiviti pertama pagi raya.. terpacak berbaris depan masjid tunggu orang habis solat raya nak collect duit raya yang pihak masjid sedekahkan. Tapi sebelum tu.. wajib ziarah kubur atuk nenek atau sedara mara yang dah meninggal. Untuk pastikan dapat barisan depan.. kena datang awal. Bayangkan pukul 8 pagi dah terpacak kat masjid.. Nak tunggu orang habis solat raya baru dapat duit tu.. Masa budak - budak memang tak join solat sebab full masjid tapi rajin pula terawih walau tak seberapa rakaat yang di buat. Lepas dapat duit raya dari masjid.. apa lagi aktiviti merentas desa dari rumah kerumah la penuhkan beg duit raya.
Walaupun budaya bertandang dari rumah ke rumah (kenal tak kenal orang tu tak jadi masalah) masih lagi ada tapi tak semeriah dulu dah. Budak2 sekarang malas dah nak ber catwalk kumpul duit raya. Kebanyakkan duduk kat rumah, bila ada orang datang bertandang dapat la duit raya atau ikut mak bapak pergi beraya. Tu pun beratus jugak dorang dapat kumpul berbanding dulu nak dapat RM100 pun jenuh la meronggeng sampai 2 3 buah kampung jiran. kekekekeke