Showing posts with label hukum bergambar. Show all posts

MENIPU SANGAT LA KALAU CAKAP TAK TAU PRE WEDDING TU HARAM

Budaya pre wedding atau dalam bahasa melayu dia Pra Perkahwinan ni sekarang dah jadi macam satu kemestian pulak pada bakal2 pasangan pengantin. Tak kisah la. dorang berduit buat je la apa dorang rasa nak buat sebagai kenangan untuk masa depan nanti.

Pre Wedding ni di buat untuk menyimpan kenangan dalam bentuk gambar pasangan sebelum kawen la. Gambar2 yang di ambil pun paham2 je la.. bukan gambar yang jarak antara pasangan tu bermeter2 jauhnya, kadang2 dah macam gambar pengantin pun ada. Dah buat tu.. buat la. Salah memang la salah.. Dah memasing nak buat juga apa nak kata. Ok la.. kau buat tapi memang rasa macam nak lempang guna tapak kaki je bila lepas buat, orang tegur dia boleh pula jawab.. " La.. ye ke haram?? Kitorang dah terbuat. Tak tau pula haram."

Jangan jadi bodoh semata2 nak nampak baik & Jangan jadi hipokrit untuk nampak suci, ok! Bodoh sangat la jawapan kau tu. Mustahil kau tak tau.. bodoh tahap mana kau tak tau bersentuhan dengan orang yang bukan muhrim tu hukumnya haram. Daku ni bukan la baik.. tapi malu aihh.. nak bodohkan diri sendiri untuk cover benda yang salah kita buat dengan cakap tak tahu sedangkan budak sekolah rendah pun dah tahu benda tu haram.

Kau nak buat.. apa boleh orang cakap kalau kau tetap nak buat, kan?? Kau buat la.. nak buat macam mana itu yang kau nak, kan?? Tapi tolonglah yer.. Jangan bagi jawapan tak tahu benda tu tak boleh sedangkan kau sendiri berkelulusan Ijazah (sebagai contoh).. takkan sepanjang kau sekolah dari tadika sampai UPSR.. dari tingkatan satu sampai SPM/STPM kau tak pernah amik subjek Pendidikkan Islam atau kau fail manjang subject tu. Mustahil tak tahu.. kan??

Menangis Mak bapak kau kalau dengar kau jawab tak tahu benda tu haram tau.. Nampak sangat anak dia jahil. kau diam lagi bagus dari kau jawab tak tahu, tahu tak?

Jadi bagi mereka2 yang nak buat pre wedding tu sang lekit taknak la komen apa2.. hak memasing tapi tu lah, jangan la cakap tak tahu kalau hidup di dunia serba hujung jari ni sebab semua informasi boleh dapat dengan hanya clik je. Cakap je tahu.. tapi saja nak buat jugak. Sebab memang dalam sikap manusia termasuk sang lekit ada perangai macam tu.. tahu salah tapi tetap buat, kan?? Mengaku je la.. tak payah cover line sangat.

Pre Wedding Liyana Jasmay (Sekadar Hiasan)

Sekadar berkongsi bahan bacaan.. Yang baik jadi pengajaran, yang buruk jadi peringatan

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

Sumber rujukan kat sini >>  Hukum-hakam Fotografi Dalam Islam

P/S : Entri ni berisiko dapat serangan Anon.. Jadi sang lekit nak bagitau siap2 la entri ni bukan berkenaan tunjuk baik, alim @ warak tapi entri ni just bercakap pasal orang yang nak cover line salah dia & cakap tak tahu dan seterusnya memperbodohkan diri sendiri secara terang terangan. Semoga paham & tak salah paham sebab daku paham daku ni pun tak alim, warak & sebaik mana. Memang serba serbi pun tak betul lagi. Tapi daku takde la nak cakap tak tau laki pompuan pegang sana sini kalau bukan muhrim tu haram. Tau.. pernah buat tapi tak pernah mengaku tak tahu. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com